Alih perhatian anak kecil kita dari gajet, apa kata mak ayah cuba asah kemahiran motor halus anak-anak di rumah sebaiknya. Apa kemahiran motor halus anak dan apa aktiviti yang boleh merangsang mereka?

Ini yang mak ayah perlu tahu.

Kemahiran motor halus adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan menggunakan otot-otot kecil di tangan dan pergelangan tangan. Kemahiran motor ini adalah kompleks, melibatkan usaha yang diselaraskan antara otak dan otot.

Ia dikembangkan berdasarkan kemahiran motor kasar yang membolehkan kita membuat pergerakan lebih besar, seperti berlari atau melompat.

Aktiviti Fun Macam Ni Bantu Tajamkan Skil Motor Halus Anak, Ibu Pun Boleh Join Main!

Berikut antara perkara yang boleh dilakukan menggunakan aktiviti motor halus:

* Memegang pen atau pensil
* Melukis gambar dan menulis dengan kemas
* Menggunakan papan kekunci
* Menggunakan gunting, pembaris dan alatan lain

Kemahiran motor halus adalah penting untuk melaksanakan kemahiran harian seperti berpakaian dan memberus gigi. Tanpanya ia boleh menjejaskan harga diri kanak-kanak.

Bagaimana kemahiran motor halus berkembang?
Kemahiran motor halus mula berkembang semasa bayi dan terus meningkat apabila anak semakin membesar. Umumnya, setiap kanak-kanak akan berkembang pada kadar yang berbeza. Namun terdapat pencapaian yang biasanya boleh dicapai mengikut usia tertentu.

Sebagai contoh, pada usia 5 atau 6 tahun, anak biasanya sudah boleh menyalin bentuk atau huruf serta menggunakan sudu mahupun garpu dengan mudah.

Manakala apabila berusia 7 atau 8 tahun, mereka biasanya mampu untuk mengikat kasut, memakai butang atau zip baju atau seluar dengan sendiri.

Aktiviti Fun Macam Ni Bantu Tajamkan Skil Motor Halus Anak, Ibu Pun Boleh Join Main!

Aktiviti motor halus prasekolah
Sebenarnya banyak perkara boleh anda lakukan bersama si kecil di rumah yang dapat merangsang kemahiran motor halus mereka.

IKLAN

Berikut antara cadangan yang boleh anda cuba:

1. Pom pom
Apa yang perlu anda sediakan adalah pom pom dan bekas kek cawan. Sertakan juga beberapa alatan motor halus seperti penyepit pakaian atau tweezer. Aktiviti ini memerlukan anak untuk memasukkan pom pom ke dalam bekas kek cawan menggunakan alatan yang disediakan.

2. Playdough, salah satu aktiviti motor halus prasekolah
Bermain playdough menawarkan begitu banyak faedah untuk anak-anak. Ia juga bagus untuk kawalan motor halus.

Penggunaan alatan seperti pemotong biskut, pisau plastik, penggelek dan sebagainya turut dapat merangsang deria motor halus anak. Tambahan barangan seperti manik dan butang juga amat digalakkan.

Selain playdough, terdapat pilihan bahan lain yang boleh digunakan seperti tanah liat, plastisin atau slime buatan sendiri.

Aktiviti Fun Macam Ni Bantu Tajamkan Skil Motor Halus Anak, Ibu Pun Boleh Join Main!

3. Garisan dengan butang
Kegiatan yang merangsang kemahiran motor halus ini amat mudah untuk disediakan di rumah! Apa yang perlu anda lakukan adalah melukis garisan atau sebarang bentuk pada kertas dan meminta si kecil mengikut garisan tersebut dengan menyusun manik atau butang.

4. Melukis
Melukis merupakan salah satu aktiviti yang menawarkan banyak manfaat. Berikan kebebasan untuk anak melukis apa yang disukai mereka.

Aktiviti Fun Macam Ni Bantu Tajamkan Skil Motor Halus Anak, Ibu Pun Boleh Join Main!

IKLAN

5. Straw bertali
Potong penyedut minuman plastik kepada bahagian kecil – anggaran 1 inci. Beri anak peluang potong penyedut minuman juga bagus untuk merangsang kemahiran motor halus mereka!

Gunakan tali plastik atau benang bulu kambing yang disimpulkan pada hujungnya. Minta anak masukkan straw ke dalam tali atau benang tersebut.

6. Span & air
Minta anak merendam span di dalam air dan kemudiannya memerah span ke dalam mangkuk yang lain. Aktiviti mudah ini dapat membantu menguatkan tangan dan lengan bawah anak.

7. Permainan air
Asas aktiviti ini sama seperti span & air. Cuma anak perlu menggunakan picagari ubat (medicine syringe) untuk memindahkan air dari 1 cawan ke 1 cawan lain.

Untuk lebih menarik, anda juga boleh memberi anak lebih banyak cawan, menambah pewarna makanan dan menjadikan ia sebagai aktiviti mencampur warna. Ibu juga boleh bermain bersama.

Aktiviti Fun Macam Ni Bantu Tajamkan Skil Motor Halus Anak, Ibu Pun Boleh Join Main!

8. Gunting mengikut garisan & bentuk, antara aktiviti motor halus

Ingin merangsang kemahiran anak menggunakan gunting? Ini mungkin aktiviti yang sesuai untuk si kecil! Lukiskan garisan berbentuk pada kertas berwarna dan minta si kecil memotongnya.

IKLAN

Aktiviti Fun Macam Ni Bantu Tajamkan Skil Motor Halus Anak, Ibu Pun Boleh Join Main!

9. Berkebun & bercucuk tanam
Bagi ibu yang gemar menanam pokok, apa kata libatkan si kecil ketika melakukan hobi anda ini?

Aktiviti mengorek tanah mungkin tampak lebih sesuai kepada kemahiran motor kasar, tetapi ia juga memerlukan kawalan otot lebih kecil.

Sebagai contoh ketika memindahkan anak benih ke dalam bekas tanaman memerlukan kemahiran koordinasi tangan-mata untuk membawa tumbuhan lebih kecil ke lubang baharu dengan selamat.

Aktiviti Fun Macam Ni Bantu Tajamkan Skil Motor Halus Anak, Ibu Pun Boleh Join Main!

Seperti yang anda lihat, sangat mudah untuk melakukan perkara yang dapat merangsang dan membangunkan kemahiran motor halus pada si kecil.

Hanya dengan menggunakan peralatan atau barangan di rumah, anak sudah boleh melakukan aktiviti motor halus prasekolah yang menyeronokkan dan menarik! Lepas ini tidaklah hanya bermain gajet sahaja.

Menarik: 6 Bulan Ni, Sayalah Paling Bahagia, Rutin Urus Bilal Mencabar Tapi Membahagiakan PU Riz!

Aktiviti Fun Macam Ni Bantu Tajamkan Skil Motor Halus Anak, Ibu Pun Boleh Join Main!

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI