Mesti ada antara kita yang dah mula perasan. “Eh! Anak darjah 1 kita masih sukar menulis rupanya”..”Laah… Anak 6 tahun kita masih belum pandai tulis huruf rupanya”..”Alamak. Anak darjah 2 kita masih lambat menyalin dari papan hitam lah”
Walaupun kita perlu raikan kemampuan anak kita dan tak digalakkan paksa anak di luar kemampuannya.
Tapi, kita tetap perlu beri AKTIVITI RANGSANGAN berkaitan kesukaran anak tu.
Ini perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Aisyah Rozalli mengenai aktiviti apa sesuai untuk anak membantu kemahiran akademiknya.
Ni saya kongsikan aktiviti yang saya sangat suka dan sesuai untuk anak-anak yang:
1. Sudah mula mahu dilatih menulis.
2. Mahu dikukuhkan kemahiran asas sensori-motornya agar boleh menulis lebih efisyen.
Macam mana nak buat aktiviti ini?
Ads
Anda boleh guna: Pasir, atau Beras, atau Garam, atau Kacang hijau
Pilihlah mana yang selamat dan senang anda nak kemas.
Mula-mula, minta anak trace bentuk yang kita sediakan di kertas, dan kemudian, buat bentuk yang sama menggunakan jari telunjuk pada pasir pula.
Kalau anak bawah 3 tahun, bagi anak buat bentuk yang macam dalam gambar ni dulu.
Kalau dah masuk 4 tahun, bagi buat bentuk-bentuk asas yang lain : segi empat, segi tiga, bentuk rumah.
Ads
Kalau dah masuk 5 tahun ke atas, baru ajak buat bentuk huruf. Itupun saya galakkan bagi anak tulis bentuk huruf yang dia sedang belajar baca.
Kalau anak sedang belajar baca huruf “a”, ajak anak tulis “a”. Kalau anak sedang belajar baca “na”, ajak anak tulis “na”.
Simple kan?
Tak payah la asal ajar anak tulis, baca mesti kena guna pensel-kertas.
Ads
Bagi aktiviti macam ni di rumah. Lebih membantu merangsang otak anak.
✅ Tekstur pasir beri anak rangsangan sensori tactile, proprioseptif yang akan buat anak lebih sedar dengan corak pergerakan jarinya.
✅ Guna jari telunjuk buat anak yang ada masalah genggaman terlalu kuat atau lemah untuk punya isolasi jari yang lebih baik dan membantu anak lebih mudah koordinasikan jarinya semasa menulis.
✅ Menyalin dari kertas ke pasir merangsang memori visual anak yang sangat membantu anak untuk menulis lebih cekap dan pantas.
✅ Buat aktiviti yang bukan kertas-pensel buat anak rasa dia sedang bermain sambil belajar. Boleh kurangkan stress anak.
Best kan? Jadi mulakan dari sekarang dan jadikan ini aktiviti santai bersama anak di rumah.
Aktres cantik, Lisa Surihani berkongsi lukisan milik anaknya, Yahaira Leanne, 3 tahun di instagramnya. Yahaira merupakan anak sulung hasil perkahwinan Lisa dan Yusry Abdul Halim (KRU). Anak kedua beliau Yusof Leonne yang kini berusia 1 tahun lebih.
Posting beliau mendapat hampir 12 ribu like dengan caption yang mendapat perhatian ramai “Yook Mummy! I want to show Daddy my painting. I did with Yayah (her Uncle Arif)! Is it naish? Do you yike it?”
Anak-anak adalah anugerah yang perlu dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Dalam sesebuah keluarga yang bahagia, perasaan cinta dan hormat-menghormati antara satu sama lain mesti dipupuk sejak kecil.
Jika anak-anak dibiasakan dengan suasana penuh kasih sayang, mereka akan membesar dengan hati yang lembut, mudah berempati, dan tahu menghargai hubungan kekeluargaan.
Namun, dalam kehidupan seharian, pasti ada masanya anak-anak bergaduh sesama sendiri, sama ada kerana berebut mainan, cemburu atau salah faham. Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh membiarkan pergaduhan ini menjadi kebiasaan.
Anak-anak yang sering bertelingkah tanpa bimbingan yang betul mungkin akan membawa sikap negatif ini hingga dewasa, yang akhirnya boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan.
Sebagaimana perkongsian Dr Taufiq Razif yang berkongsi maklumat mengenai cara mengelak anak daripada suka bergaduh. Beliau menyediakan 7 tip untuk memberikan ibu bapa dalam mendidik anak.
Buat ayat kata anak-anak ini perlu didiak perasaan kasih sayang untuk jadi keluarga bahagia. begitu juga anak2 jangan dibiasakan bergaduh. menerusi perkongsian jadi ibu ayah kena bg Anak yang selalu bergaduh kena tahu
Anak yang selalu bergaduh tu kena bagitahu mereka 7 nasihat ini.
1.Bagitahu anak anak yang kita sayang mereka semuanya tanpa terkecuali sorang pun! 2. Bagitahu anak anak yang sulung akan jadi Person In Charge untuk jaga adik-adiknya apabila kita dah tak ada suatu hari nanti 3.Bagitahu mereka yang di atas ke sayang yang di bawah. Yang di bawah pula kena hormat yang di atas. 4.Bagitahu mereka yang kita semua berada dalam satu pasukan yang sama. Tak boleh selfish! Kena pakat bantu membantu bila berada dalam satu pasukan. 5. Bagitahu anak anak yang takkan putus air walau dicincang. Seteruk mana pun bergaduh takkan boleh putuskan pun hubungan darah yang mengalir di dalam mereka. 6. Bagitahu anak anak untuk utamakan keluarga lebih daripada harta. Jangan berebut harta setelah kita tiada nanti. 7. Bagitahu anak-anak utamakan membantu sesama ahli keluarga dulu sebelum nak bantu orang di luar sana. Jangan sampai adik beradik sendiri kelaparan sedangkan kita di rumah tersadai kekenyangan!
Jadi melihat tip yang dikongsi oleh penceramah keibubapaan ini, jika anak selalu bergaduh, ibu bapa perlu mengambil pendekatan yang bijak untuk menangani situasi ini. Jangan hanya memarahi atau menghukum tanpa memahami punca sebenar. Sebaliknya, ajar mereka cara untuk menyelesaikan masalah dengan baik belajar berkongsi, meminta maaf, dan menghormati perasaan orang lain.
Selain itu, ibu bapa sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik. Jika anak melihat ibu bapa berkomunikasi dengan lemah lembut dan menyelesaikan konflik secara matang, mereka juga akan belajar untuk berbuat perkara yang sama. Keluarga yang harmoni bermula dari didikan yang penuh kesabaran dan kasih sayang.
Jadi, didiklah anak-anak dengan penuh kelembutan. Ajar mereka bahawa kasih sayang itu adalah asas sebuah keluarga yang bahagia, dan pertelingkahan bukanlah jalan penyelesaian.
Walaupun masa raya, anda tetap boleh merangsang minda anak secara positif antaranya bantu anak mengenali Allah secara dekat. Sememangnya musim raya ini anak-anak akan ‘bebas’ bermain tanpa kawalan ibu bapa. Mana taknya, waktu ini ibu bapa sibuk berbual dan menjamah hidangan bersama adik beradik ketika berkumpul di kampung.
Namun, apa salahnya ambil masa 15 minit, untuk jangan sekali lupa untuk mendidik anak-anak mengenali Allah. Ini lah masa yang sesuai!
Cantiknya adik pada hari raya ni. Hebatkan Allah, ciptakan kita ni cantik-cantik.
Gunakan sumber yang sahih
Kita boleh menggunakan 99 nama Allah untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada Pencipta mereka. Dengan adanya garis panduan ini, anak-anak akan didedahkan dengan persepsi yang betul tentang Tuhan mereka. Contohnya, “Cantiknya adik pada hari raya ni. Hebatkan Allah, ciptakan kita ni cantik-cantik. Allah itu Al-Khaliq, Dialah yang cipta tangan, mata, hidung dan mulut kita.”
Ingatkan ganjaran Allah
Setiap kali anak-anak melakukan kebaikan, ingatkan tentang ganjaran yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Contohnya, “MasyaAllah, hari ni Fahim solat sunat raya dengan mama, lepas tu tolong mama susun kuih raya. Mesti Allah suka tengok Fahim buat baik dengan mama dan sediakan Fahim pahala banyak-banyak di akhirat nanti!”
Imbangi kisah teladan
Seimbangkan kisah-kisah azab dan siksa yang menjadi pembalasan pada orang yang fasik dengan kisah-kisah ganjaran yang Allah berikan pada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak mempunyai tanggapan negatif terhadap penghukum. Jadi, kita mestilah berhati-hati dalam membentuk persepsi yang betul terhadap Allah.
Kaitkan sikap menabung dengan rahmat Allah
Kanak-kanak harus didik menghargai rahmat Allah. Contohnya apabila anak kita mendapat duit raya, kita boleh katakan pada mereka, “Alhamdulillah, Aiman dapat duit raya banyak hari ini. Allah suka orang yang tidak membazir. Nanti Aiman boleh simpan duit raya ni ye di bank nanti. ”
Beritahu kanak-kanak yang Allah sentiasa sayangkan mereka
Setelah anak bersalam dengan anak memohon maaf di pagi raya. Katakan kepada mereka bahawa Allah juga sayangkan mereka. Sebagaimana anak-anak perlu tahu yang mereka disayangi oleh ibubapa, pasti mereka merasa lebih selamat dan terhibur apabila mereka mengetahui yang mereka turut disayangi oleh Allah, setiap masa dan ketika.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.