Belum terlambat lagi jika anda sebagai ibu rasa ada kekurangan yang perlu diperbetulkan pada anak apabila rasa perkembangan mereka tak macam kanak-kanak lain.
Cuma bagaimana kita nak pastikan semuanya berjalan lancar adalah kesedaran dari awal dan tak putus usaha. Lagi awal di kesan lagi baik kerana ia dapat memberi satu perubahan positif dalam masa singkat.
Berikut perkongsian dari Puan Wawa Shauqi mengenai masalah dua anaknya yang suka gigit baju dan lambat cakap tapi dah berjaya di atasi dengan melakukan stimulasi yang sangat simple.
Ada satu masa, Ammar yang dah umur 4 tahun kembali dengan habit menggigit baju, menggigit wayar dan memasukkan mainan dalam mulut.
Aqlan pulak waktu tu hampir masuk umur 2 tahun, tapi masih belum ada perkataan yang boleh disebut.
Saya akui waktu tu saya agak sibuk dengan kerja-kerja freelance untuk tumpu kepada aktiviti bersama anak-anak.
Sehinggalah kali pertama ke kelas bersama OT Maryam Jamadi, banyak persoalan saya tentang tingkah laku anak terungkai.
2 masalah yang dihadapi Ammar dengan Aqlan adalah masalah yang berbeza,
tapi ada beberapa pendekatan yang sama saya boleh ambil.
Ads
1) Untuk Aqlan, masalah lambat bercakapnya belum masuk ke fasa red flag. Tapi masih perlukan stimulasi.
Antara stimulasi nya, saya perlu kembali cari aktiviti untuk galakkan komunikasi antara kami, antaranya bercerita dan masak sambil sembang bersama.
2) Baby talk atau sebutan pelat tidak digalakkan sama sekali, kerana pada fasa ini, anak-anak perlu simpan maklumat sebutan yang betul ke dalam otak mereka.
3) Makanan yang berkhasiat dan seimbang juga digalakkan untuk keperluan perkembangan otak anak, memandangkan 20% tenaga dari badan digunakan untuk aktiviti berfikir, bercakap, memahami percakap dll yang mana ini adalah kerja otak
Ads
4) Memilih makanan yang bertekstur keras, chewy dan rangup juga mampu meransang otot pada mulut untuk bekerja lebih selain ia membantu merangsang deria rasa.
5) Untuk Ammar, waktu tu dia mengalami kekurangan ransangan deria rasa type hypo yang menyebabkan dia bertindak seperti mencari kepuasan untuk mendapatkan ransangan dalam mulut.
6) Aktiviti MENIUP adalah SALAH SATU aktiviti yang sesuai untuk digabungkan buat Ammar dan Aqlan pada waktu tu. Meniup buih, meniup lilin, meniup tangan sendiri dan meniup ‘PAPER CATERPILLAR’.
Ads
7) Proses buat ‘paper caterpillar’ ni jugak memberi Ammar peluang melatih otot tangan dan bahu melalui perbuatan menggunting kertas dan melipat. Untuk Aqlan yang baru berusia 2 tahun, menggunting bukanlah aktiviti yang sesuai. Tapi sebab taknak dia kacau abang, bagi jugak dia pegang.
Aktiviti yang sesuai untuk Aqlan salah satunya adalah merenyuk kertas. Untuk kita, mungkin renyuk kertas ni macam tak berfaedah. Tapi, cuba kalau Allah buat jari kita ada arthritis atau ada masalah saraf motor.
Bukan ke ianya mencabar untuk kita gunakan jari hanya untuk renyuk kertas. Macam tu la umpamanyaaa. Renyuk-renyuk kertas boleh exercise jari anak kecil tau!
Nak nampak lagi berhasil, lepas renyuk kertas, kita gunakan ia untuk buat kolaj bergambar. Lepas baca, harap cuba.
Rawat anak sendiri di rumah boleh dilakukan. Refluks, cirit birit, mabuk kenderaan, kulit terselar cahaya matahari (sunburn) dan batuk adalah beberapa keadaan yang sering terjadi kepada mereka. Apa kata kita gunakan 6 petua ini. Tapi syarat utamanya ialah dapatkan terlebih dahulu rawatan doktor.
Ini bermakna anda boleh menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling untuk membantu si manja pulih. Jom ikuti petua berikut;
REFLUKS
Refluks kerap terjadi pada si cilik terutama sekali yang mempunyai berat badan yang berlebihan di mana asid dalam perut tertolak ke esofagus semasa atau selepas waktu makan.
Pada orang dewasa, ia dipanggil Gastroesophageal Reflux (GERD). Jika anak anda mengalami keadaan ini, apa kata cubaberikan gula-gula getah tanpa gula (bagi anak tiga tahun ke atas) selepas makan. Ia berupaya mengurangkan asid pada esofagus dan mengurangkan risiko refluks. Awas, jangan biarkan si manja menelan gula-gula tersebut pula!
Apa pun, pastikan anda membawa anak mendapatkan rawatan doktor terlebih dahulu kerana refluks boleh menyebabkan masalah kesihatan pada masa akan datang jika tidak dirawat dengan betul!
KULIT DISELAR CAHAYA MATAHARI
Apabila bersiar-siar atau bermain di bawah cahaya matahari terik, terutamanya di tepi pantai, kulit si manja boleh terbakar, kelihatan gelap dan rasa pedih. Apatah lagi jika lupa nak disapu dengan krim pelindung UV (sunblock)!
Sapukan lendir daripada isi lidah buaya pada kulit yang terbabit. Tindakan ini akan mengubati kulit terbakar akibat terdedah kepada sinar dan luka matahari dengan cepat kerana kandungan kelembapan yang tinggi pada isi dan lendir lidah buaya.
MABUK KENDERAAN
Mabuk kenderaan menyebabkan rasa tidak selesa seperti pening dan muntah. Anak yang mengalami mabuk ketika menaiki kenderaan bolehlah diberikan teh halia setengah jam sebelum memulakan perjalanan. Maniskan dengan meletakkan madu. Boleh dihidangkan sejuk atau panas.
ALERGI HABUK
Tanda-tanda alergi habuk ialah seperti hidung berair, bersin dan mata yang berair. Hal ini boleh dikawal dengan memasukkan makanan yang mengandungi quercetin, iaitu flavonoid yang terdapat di dalam epal, buah citrus seperti limau, sayur berdaun hijau dan bawang besar. Memasukkan makanan yang mengandungi quercetin akan mengurangkan risiko alergi habuk dari mengganggu mereka.
BATUK
Selain mengambil ubat, mama boleh memberikan madu untuk melegakan batuk kepada anak. Madu membantu mengurangkan sakit pada tekak dan membolehkannya menelan dengan mudah. Madu mengandungi antioksidan dan anti bakteria. Berikan madu 30 minit sebelum adik tidur supaya batuk tidak mengganggu tidurnya.
CIRIT-BIRIT
Makanan yang mengandungi probiotik seperti yogurt dan makanan berasaskan soya elok diberikan kepada adik yang sedang mengalami cirit-birit. Probiotik seperti Lactobacillus reuteri atau L. reuteri ialah bakteria baik yang akan menggantikan tempat bakteria jahat di dalam perut adik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
ADHD sebenarnya singkatan untuk Attention Deficit Hyperactive Disorder. Admin tertarik dengan perkongsian Puan Fatimah apabila beliau cuba mengenalpasti tentang masalah anaknya dan menyediakan platform yang betul untuk anaknya yang mempunyai ADHD.
Dalam rancangan Pa&Ma sebentar tadi di Astro Prima & Maya HD, Puan Fatimah telah berkongsi pengalamannya mengendalikan anak ADHD.
Dalam tempoh 2 tahun membesar, anak saya mempunyai masalah kesihatan. Saya mula perasan anak saya dari segi perkembangan agak perlahan. Saya mengambil keputusan untuk belajar etntang apa itu ADHD.
Bila doktor sahkan anak saya mempunyai ADHD, saya terus buat homework tentang bagaimana cara saya untuk salurkan tenaga anak-anak pada tempat yang betul. Dari situlah saya masukkan mereka ke Fencing Academy.
Sebab saya rasakan, FOKUS adalah asas untuk mereka. Alhamdulillah, selepas saya masukkan ke dalam Fencing Academy yang mana latihan mereka memerlukan fokus yang tinggi, mereka berjaya dalam akademik di sekolah kerana mereka dapat fokus dengan baik.
Daripada tidak boleh membaca, mereka terus boleh membaca. Kemajuan mereka bagus dari segi skill motor dan tahap kekuatan semakin meningkat.
Jika anda terlepas menonton rancangan Pa&Ma episod Beza Anak Hyperaktif & Aktif pukul 12 tengah hari tadi, anda boleh tonton siaran ulangan pada pukul 9 malam ini di Astro Prima dan Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak suka merajuk dan membaling barang bila kehendaknya tidak diikut antara yang biasa berlaku. Keadaan ini jika tak diatasi boleh berlanjutan hingga anak besar.
Sebagai mak ayah, perlu faham dulu kenapa anak bertindak sedemikian dan jangan cepat mengalah hingga menyebabkan perbuatannya makin menjadi-jadi.
Perkongsian dari Ibu Rose mengenai cara terbaik ibu bapa boleh buat adalah:
Jangan Takut Anak Merajuk
Jangan takut anak merajuk. Ia adalah cara anak berlawan kuasa dengan anda. Kalau anda tidak bijak dan anda hanya menggunakan senjata marah, maka anda SENANG KALAH.
Cara Atasi Anak Kuat Merajuk
(Umur kurang 1 tahun) Pujuk
Selalunya anak yang suka merajuk ni dia ni sensitif. Dari kecil umur tak sampai setahun kita boleh tahu akan karekternya itu. Semasa dia kecil lagi, bila dia merajuk, anda perlu bisikkan kepadanya untuk usahlah merajuk. Kalau tak dapat benda tak perlu merajuk.
(Umur kurang 1.5tahun) Benarkan anak ekspres diri
Kalau dia tunjuk perangai, jawab dengan tenang dan biarkan dia ekspres dirinya. Jika dia baling barang, biarkan dulu. Tapi biar barang yang bahaya tiada di situ. Bila sudah dia dah lebih tenang sikit, ambik dan peluk dan beritahu dia, kenapa anda tak boleh beri barang itu. Cara ini untuk anak di bawah 1.5 tahun.
(1.5tahun-4tahun) Tenangkan anak dengan 4 langkah
Bila dia dah 1.5 tahun, anak sudah mula mengamuk atau tantrum. Tantrum ini lebih kerana ledakan emosi yang tidak dikendalikan dengan elok. Contoh kekecewaan, kesedihan, penat, tidak cukup tidur, tidak faham kenapa dimarah, tenaga tengking yang diterima, TIDAK CUKUP BERMAIN AKTIF TERUTAMA DI LUAR RUMAH, tidak boleh melakukan banyak perkara kerana dilarang atau kerana badannya belum cukup besar dan banyak lagi.
Bila ledakan emosi ini berlaku, anak akan mengamuk dan seolah-olah monster akan keluar dari diri anak itu. Anda perlu tahu, anak itu sendiri takut bila ini berlaku. Oleh itu, apa yang anda boleh buat ialah menenangkannya. Buat seperti gambar yang Ibu sertakan ini (peluk dari belakang-akan kurang impak rontaannya pada anda).
Walaupun dia meronta dan memukul anda, peluklah dan bacakan ayat dan bersuara dengan berbisik ke telinganya. Katakanlah perkara yang positif dan bacakan doa. Lepas dia sudah tenang, basuhkan mukanya dengan air yang telah dibaca doa mengikut kaedah agama masing-masing.
Mandikan pun lagi elok dan beri dia tidur kerana semasa dia ‘bergelut’ dengan monster dia itu, dia amat letih.
Semoga Allah memudahkan kita didalam mendidik anak-anak kita.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.