Akui Ada Dua Orang Puteri, Hafiz Mahamad Hadiahkan Gelang Tangan Buat Isteri Dan Anak

Share

Instafamous serta ahli perniagaan, Hafiz Mahamad sememangnya dikenali kerana sering membuat kejutan buat isteri tersayang. Sejak bercinta, ketika majlis perkahwinan mereka dan baru-baru ini selepas Aaina melahirkan anak sulung mereka, Hafiz tidak pernah merasa bosan untuk menghargai isterinya itu.

Instafamous serta ahli perniagaan, Hafiz Mahamad sememangnya dikenali kerana sering membuat kejutan buat isteri tersayang. Sejak bercinta, ketika majlis perkahwinan mereka dan baru-baru ini selepas Syafiqah melahirkan anak sulung mereka, Hafiz tidak pernah merasa bosan untuk menghargai isterinya itu.

Baca Artikel Ini: [Lebih Banyak Pahala Jaga Anak Lelaki, Sebab Lasak Dia Lain Macam]

Memuat naik sebuah video di laman Instagramnya, Hafiz berkongsi momen ketika dia memilih hadiah buat isteri tercinta. Bapa muda ini telah menghadiahkan seutas gelang tangan buat Aaina dan anak mereka, Raisya Arisa. Bukan hanya untuk menghargai pengorbanan Aaina bertarung nyawa melahirkan anak mereka, Hafiz membuat kejutan ini kerana kebetulan tarikh lahir Aaina dan anak mereka jatuh pada bulan yang sama.

Anak Sembelit Dan Sering Selesema? Cubalah Resipi Ini: [Sup Ayam Singo Pear Untuk Anak Sembelit. Boleh Kurangkan Kahak & Selesema]

Sempat berseloroh, Hafiz berkata apabila anak mereka semakin besar nanti sudah tentu ibu dan itu akan berpakat untuk minta dia belanja hadiah lagi. Dia juga memohon agar semua pengikut mereka di laman Instagram untuk sama-sama mendoakan agar dia murah rezeki.

Video berdurasi satu minit itu menunjukkan ekspresi wajah Aaina yang terharu menerima hadiah tersebut. Hafiz juga dilihat memakaikan gelang emas ke tangan anaknya. Syafiqah Aaina telah selamat melahirkan anak mereka pada 24 Jun 2019 yang lalu. Buat Raisya Arisa, semoga kamu membesar menjadi anak yang sihat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Sumber: Hafiz Mahamad

 

IKLAN