Al Kauthar Eduqids menjalinkan kerjasama dengan Universiti Selangor (UNISEL) dalam meneroka peluang untuk membangun, menyokong dan memperkaya pembangunan penyelidikan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Al Kauthar Eduqids Jalin Memorandum Kerjasama Dengan Universiti Selangor (UNISEL)

Menurut Pengasas Al Kauthar Eduqids Dato Bakhtiar Aliff, “Bagi meneruskan usaha pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, Al Kauthar Eduqids menyediakan penempatan buat pelajar dari Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial UNISEL di Pusat Pendidikan di bawah Al Kauthar untuk menjalani praktikum. Manakala, dari segi kerjasama penyelidikan pula, UNISEL menjalankan kajian kes untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah pengajaran dan perkembangan kanak-kanak dan hal-hal lain yang akan dikenal pasti,” ujar beliau.

Al Kauthar Eduqids Jalin Memorandum Kerjasama Dengan Universiti Selangor (UNISEL)

Tambah beliau lagi, dengan jalinan memorandum kerjasama tersebut, Alumni dari Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak UNISEL diberikan keutamaan peluang kerjaya sebagai guru dan juga pentadbir di Pusat-Pusat Pendidikan di bawah Al Kauthar Eduqids Sdn Bhd. Tidak terhad pada pelajar UNISEL sahaja, tenaga pengajar di Pusat-Pusat Pendidikan milik Al Kauthar Eduqids turut ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di UNISEL.

UNISEL dan Al Kauthar Eduqids turut bersetuju untuk kerjasama mempromosikan pendidikan awal kanak-kanak kepada umum melalui aktiviti promosi, bengkel, seminar dan sebagainya bagi meneruskan usaha meningkatkan tahap kesedaran kepentingan Pendidikan awal kanak-kanak.   Dengan kerjasama tersebut kedua pihak turut bersetuju menubuhkan ikubator (Pusat Jagaan/Tadika) di bawah Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak.

IKLAN

Al Kauthar Eduqids berpegang teguh pada misinya sebagai tempat pembelajaran awal kanak-kanak yang menyeronokkan dan selamat berasaskan pada nilai dan ajaran Islam.  Ia direka untuk membentuk dan mengukuhkan generasi baru yang mempunyai asas Islam yang baik, iman yang teguh dan nilai-nilai akhlak yang tinggi.

Al Kauthar Eduqids Jalin Memorandum Kerjasama Dengan Universiti Selangor (UNISEL)

Bukan sekadar mendidik kanak-kanak untuk cemerlang akademik dan akhlak sahaja namun Al Kauthar turut menyediakan program pakej perlesenan konsultasi dan bimbingan kepada usahawan yang mahu memulakan perniagaan tadika sendiri.

IKLAN

Dengan memiliki lebih daripada 500 orang pendidik dan 6000 orang pelajar di seluruh negara, maka tidak hairanlah AKE mendapat pengitirafan daripada pelbagai jenama termasuklah Jenama Pilihan Pa&Ma, SME Entrepreneur Business Awards, Malaysian Prestigious Industry Awards, Superbrands Malaysia’s Choice, The Brand Laureate dan Baby Talk Readers’ Choice Awards.

Terdahulu, Al Kauthar Eduqids turut menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dengan beberapa institusi pendidikan bertauliah negara iaitu Open University Malaysia, Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Vokesional ERT Setapak.

Al Kauthar Eduqids Jalin Memorandum Kerjasama Dengan Universiti Selangor (UNISEL)

IKLAN

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/


Al Kauthar Eduqids Jalin Memorandum Kerjasama Dengan Universiti Selangor (UNISEL)

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI