Anak-anak yang lahir diketahui umum mempunyai hubungan yang istimewa dengan ibunya. Mana tidak, seorang ibu mengandungkan anaknya sehingga 9 bulan di dalam perut. Setelah lahir, si ibu menyusukan pula anak sehingga berumur 2 tahun.
Namun, apa pula peranan bapa dalam penjagaan anak-anak? Biasanya, tugas menjaga anak-anak lebih banyak dibebankan kepada ibu, mungkin kerana mereka dilihat mempunyai lebih banyak masa bersama anak, lebih-lebih lagi 2 bulan di awal kelahiran anak.
Eksperimen
Saintis daripada Imperial College London, King’s College London dan Oxford University telah melakukan suatu eksperimen untuk mengkaji persoalan di atas. Menggunakan sampel seramai 128 bapa dan anak, saintis merekod interaksi bapa dengan anak-anak mereka pada usia mereka 3 bulan. Kemudian, ketika kanak-kanak ini berusia 24 bulan (2 tahun), saintis kembali menguji keupayaan kognitif kanak-kanak dalam sampel ini menurut teknik Bayley Scales of Infant Development, Second Edition.
Ads
Hasil Kajian
Mereka mendapati kanak-kanak yang meluangkan lebih banyak interaksi aktif dengan bapa-bapa mereka pada usia kecil seawal 3 bulan menunjukkan fungsi kognitif yang lebih baik secara signifikan pada usia 2 tahun. Walaupun terdapat banyak sebab yang mempengaruhi perkembangan mental kanak-kanak, dapatan ini menunjukkan kesan interaksi bapa dan anak-anak yang agak signifikan terhadap perkembangan kognitif anak-anak, walaupun lebih banyak maklumat perlu dikaji pada masa hadapan.
Malah, bapa yang bersikap positif juga menghasilkan anak yang membesar dengan mempunyai keupayaan kognitif yang lebih baik. Kesan positif ini juga dilihat sama antara bapa dengan anak samada lelaki atau perempuan.
Ads
Mengambil kata-kata Professor Paul Ramchandani dari Fakulti Perubatan, Imperial College London mengenai eksperimen ini:
“Even as early as three months, these father-child interactions can positively predict cognitive development almost two years later, so there’s something probably quite meaningful for later development, and that really hasn’t been shown much before.”
Oleh itu, para bapa hendaklah berperanan lebih aktif dalam interaksi dengan anak-anak dan bukan sekadar menjadi pemain simpanan yang duduk di tepian menjadi pemerhati sahaja.
Selain kuih siput yang menjadi igauan kita di hari raya, Kuih Gunting juga tidak kurang hebatnya. Rasa sedap dan rangupnya buat kita tidak sedar habis sebalang. Lagi-lagi jika kuih gunting yang diadun dengan rasa yang sedap, rangup dan padu.
Resipi ringkas dan mudah yang dikongsikan oleh Salmah Hj Hassan ini memang meletop. Rupanya begini cara menyediakan kuih gunting yang sentiasa jadi dambaan kita di hari raya. Mudahnya!
Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
250 g marjerin
1 biji telur
1 Kiub ikan bilis
Minyak
*100 g bwg merah
*50 g bwg putih
*50 g ikan bilis
*50 g udang kering
*Cili kering -agak-agak
*Sedikit garam dan perasa
*Air 200 ml -utk mengisar
Kisar bahan-bahan bertanda *. Kisar sekali hingga sebati.
Tepung diramas dengan marjerin, masukkan telur.
Masukkan bahan kisar dan uli hingga rata. Masukkan daun kari yang telah dipotong dan uli lagi hingga doh tidak melekat lagi dijari. Agak-agak tidak terlalu lembek dan terlalu keras.
Bahagikan dan bulat-bulatkan doh supaya senang dicanai dengan kayu giling.
Panaskan dalam pan non stick sekejap tanpa minyak supaya keras. Sejukkan dan boleh dipotong/digunting seperti pada gambar.
Goreng dalam minyak yang banyak. Tos dengan tisu untuk serap minyak.
Selain kanak-kanak berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat strok haba semalam, seorang bayi yang baru sahaja berusia setahun tujuh bulan turut menjadi mangsa peralihan monsun ini.
Bayi kecil yang berasal dari Kampung Kota, Kelantan itu disahkan meninggal dunia pada Selasa lalu selepas mengalami strok haba.
Menurut laporan Astro Awani, bapanya iaitu Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir mendedahkan anak tunggalnya, Nur Imani mengalami batuk sejak seminggu dan muntah-muntah selepas beberapa hari.
Malah menurut perkongsian bapanya, anak tunggalnya itu mengalami dehidrasi malah paru-parunya juga sudah mengecut.
Menurut Ahmad Faris lagi, mereka terlebih dahulu mendapatkan rawatan di hospital kerana anak kecilnya itu sudah mula kritikal pada Isnin lalu namun dibenarkan pulang oleh doktor yang bertugas.
“Punca kematian hasil ‘post-morterm’ adalah disebabkan strok haba. Air dalam badan semua kering, paru-paru sudah kecut semua,” katanya.
“Semasa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II, keadaan anak saya lemah dan kesejukan.
“Namun doktor yang bertugas di unit kecemasan pada malam berkenaan hanya memberikan ubat dan meminta kami membawa pulang anak kami.
“Doktor bagi balik, saya pun tak tahu. Memang niat nak suruh masuk wad sebab anak saya lembik dah,” katanya berkongsi kisah sedih itu.
Pun begitu kata Ahmad Faris, keadaan anaknya didapati semakin teruk dan menghembuskan nafas terakhir pada sekitar jam 7.20 pagi Selasa.
Turut terkorban dan menjadi mangsa strok haba sebelum ini adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak siapa menduga percutian gembira boleh bertukar tragedi sekelip mata. Itulah yang dilalui oleh keluarga ini yang sedang dalam percutian di Hatyai.
Menurut perkongsian En. Raja Kamil, anaknya yang berusia 7 tahun tertelan duit syiling ketika bermain bersama adik beradik lain. Kerana kurangnya informasi tentang hospital di luar negara, En.Raja Kamil terpanggil untuk berkongsi pengalaman terutama yang membawa anak kecil bercuti ke luar negara.
Ada siapa-siapa nak pergi Hatyai dalam masa terdekat? Info ini, mungkin berguna untuk anda. Dalam post ni, saya akan kongsikan pengalaman saya, masuk ke hospital Hatyai, Thailand.
1. Alkisahnya, pada hari terakhir kami di Hatyai, anak bertuah saya, Noh, telan duit syiling.
2. Rupanya, dia cuba buat magik nak tunjuk kat adik beradik dia. Duit syiling, kami memang simpan elok2 tak sepah2 sejak anak kedua lagi.
Cuma kali ni, duit syiling tu jatuh daripada poket seluar abang dia waktu tertidur.
3. Noh ni darjah 1. Tak terfikir langsung, dia akan masuk duit ke dalam mulut. Well, siapa ada anak, pasti tahu, budak2 sukar dijangka. hehe
4. Bila dapat tahu je anak telan duit syiling, saya pun buatlah yg tekan perut tu, kasi keluar duit. Tak keluar.
5. Bila tanya Noh, duit tu kat mana, dia tunjuk tekak dia. Panik lah.
6. Tarik nafas, terus checkout. Memang tengah nak checkout dah tu sebenarnya, tengah kemas2 sikit lagi.
7. Bila dah jadi macam tu, dalam kepala, dok terbayang, balik Jitra secepat yg mungkin. Hatyai ke Jitra, ambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit.
8. Tiba-tiba Noh muntah. Allah. Bawa masuk bilik air, dia muntah lagi. Dekat 5 minit juga muntah.
9. Waktu tu, dah suruh isteri bawa anak-anak, tunggu kat kereta.
10. Lepas Noh dah bertenang, turun bawah, checkout.
11. Jam 12 lebih. Kereta banyak kat jalan. Banyak pula trafik light.
12. Noh muntah lagi, isteri saya dah siap bagi plastik, so muntah kat plastik.
13. Tengok google map, 1 jam 30 minit. Risau jadi makin teruk, terfikir nak cari hospital. Dalam kepala dah terfikir, kalau bill mahal sangat ni, nak cari mana duit nak bayar. Alhamdulillah, kami memang ada ambil siap2 Takaful 360, takut perkara kecemasan camni berlaku. Tapi, risau juga, takut tak cukup. Ye lah, negara orang.
14. Minta isteri search kat google map, Hospital Hatyai. Dalam 10 minit jarak dia. Ok, reroute ke hospital.
15. Tak lama kemudian, baru terfikir, eh, swasta ke gomen tu? haha. Minta isteri search Public Hospital Hatyai. Alhamdulillah, hospital yang sama.
16. Sampai je hospital, saya turun, bawa border past. Ketentuan Allah, border pass saya, pair dengan Noh. So, saya yg uruskan.
17. Drop, dan isteri drive keluar hospital, first thing sy minta dia buat, ialah, cari simkad. Sebab, kat Hatyai ni, kitorang pakai 1 simkad je, internet tu buat hotspot.
18. Waktu kat hospital, sy tak nampak kawasan Emergency, so sy tanyalah staf kat situ. Kat tangan saya, dah translate siap2 ke Thai, “Anak saya tercekik duit syiling”
19. Tunjuk kat staf. Staf suruh pergi kaunter sana. Lepas tu, dia tunjuk wad kecemasan.
20. Sampai wad kecemasan, register, dia minta passport ayah dan anak.
21. Dah bagi, dia ambil vital, dan kemudian, bawa ke wad kecemasan.
22. Dalam wad, doctor bertugas buat fact finding. Mujur dia boleh cakap sikit2 dalam English. Ada beberapa soalan, kena guna google translate.
23. Tak sampai 1 jam, anak saya dibawa ke bahagian Xtray. Waktu tu Noh, rileks je, dan dah stop gagging.
24. Kat bahagian Xtray, saya tunggu kat luar je.
25. Dalam 5 minit, selesai Xtray, Noh di bawa ke wad kecemasan tadi semula.
26. Dalam 15 minit, doctor dah dapat result dan tunjuk kat sy skrin komputer Xtray tadi.
27. Alhamdulillah, duit tu dah jatuh ke bawah.
28. Doctor minta xtray semula lepas 3,4 hari kalau duit tu tak keluar dalam najis.
29. Doc bagi kertas, dan saya pergi bahagian bill dan bayar.
Boleh rujuk komen pertama, untuk jumlah bill hospital.
30. Saya tulis post ni, sebab waktu sy nak pergi hospital hatyai, saya cuba search pengalaman orang lain masuk ke hospital hatyai, tapi saya tak jumpa. So, saya tulislah post ni, kot2 ada yang perlukan di masa hadapan.
Komen saya : perkhidmatan cemerlang, waktu menunggu tak lama. Kos, affordable (pada saya agak murah jugalah, bagi bukan warganegara sana kan).
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.