Pejam celik, pejam celik masuk lima bulan buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah jadi kakak selepas mamanya melahirkan adik lelaki, Umar Abdurrahman
Walaupun dah setahun berlalu kisah Ainul berjaya melalui proses pembedahan, masih ramai yang mengikuti kisahnya hingga ke hari ini.
Melalui perkongsian mama Ainul, Nurul Erwani, nampaknya sekarang Ainul dah semakin panjang akal dengan pelbagai gelagat mencuit hati.
Semakin hari semakin banyak perubahan dari Ainul. Alhamdulillah. Yang paling syukur sekali, Ainul dah tak perlu pakai oksigen lagi. Yeayy! Ainul dah bebas nak bergerak tanpa halangan.
Sekarang tengah fasa ajar Ainul makan dan minum ikut mulut pulak. Ainul pun dah pandai mintak-mintak makanan. Sikit lagi Ainul, Ainul pasti boleh.
Ads
Lagi satu yang kelakarnya, Ainul pun dah mula faham dan bezakan mama membebel atau bercakap dengannya.
Menurut mama Ainul, sekarang dia dah pandai tutup telinga bila dengar mama membebel. Tak sempat nak record bila Ainul tutup telinga tu!
Ads
Sementara itu, dalam perkongsian walid Ainul pula, Ahmad Safiuddin, Ainul dah makin pandai dan faham setiap arahan serta mula gayakan pelbagai aksi ikut lirik lagu apa yang nak kena buat.
Safiuddin juga bersyukur, melihat perkembangan anak sulungnya membesar dengan sihat dan makin cerdik, serta doa tak putus dari orang ramai buatkan dirinya dan isteri rasa Allah Maha Mendengar apa yang dimintanya sebelum ini dah makin tercapai.
Moga Ainul terus membesar dengan sihat dan dapat menjadi anak kebanggaan walid dan mama!
Kredit: Ig Nurul Erwani & Ahmad Safiuddin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertuahnya siapa yang lahir pada bulan Disember ini! Ini kerana hanya pengunjung yang menyambut harijadi dari 1 hingga 31 Disember tahun ini berpeluang masuk Zoo Negara secara percuma! Pengunjung hanya perlu menunjukkan kad pengenalan mereka di kaunter tiket untuk mendapatkan tiket percuma itu.
Namun, bagi mereka yang lain, harga tiket dewasa bagi warganegara Malaysia adalah RM44 seorang dan RM16 bagi kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun sementara warga emas berumur 60 dan ke atas dikenakan bayaran RM21.
Promosi ini adalah bagi menggalakkan lebih ramai pengunjung untuk datang ke Zoo Negara terutamanya ketika cuti persekolahan.
10 tempat haiwan menarik di sini
Rebut promosi ini supaya anak-anak berpeluang untuk melawati ruang pameran pelbagai jenis haiwan yang di sini. Malah pada waktu tentu terdapat ‘show time’ di ruang khas yang memaparkan persembahan haiwan. Mesti anak seronok dengan pengalaman baru ini!
Selain tiket percuma, Zoo Negara ini ini mesra kanak-kanak. Inilah tempat terbaik untuk anak-anak mengenali fauna dan flora.
Selain berjalan kaki, anak-anak boleh menaiki tram tram yang disediakan dengan bayaran RM8 untuk dewasa dan kanak-kanak sebanyak RM5. Namun, tentu ada anak-anak ‘excited’ untuk berjalan-jalan kan! Boleh melihat secara dekat gelagat haiwan dan membaca maklumat haiwan di papan tanda. Bagi yang membawa stroller, memang ada ruang penjalan kaki yang mesra pengguna. Biasanya jika memilih untuk berjalan ke seluruh tempat ini adalah antara 3 sehingga 4 jam.
Berikut adalah 10 tempat menarik untuk anda bawa anak-anak melihat secara dekat haiwan-haiwan di sini.
1.Giant Panda
Anda dapat melihat panda yang comel dari China Xing Xing dan Liang Liang. Ruang ini sangat selesa dan ada pendingin hawa. Struktur binaan tempat panda ini juga sekali pandang seperti berada di dalam sebuah stadium mini.
2.Taman Rama-Rama
Tentu anak-anaka teruja melihat pelbagai jenis rama-rama disini. Jangan lupa mengambil gambar dengan suasana rama-rama berterbangan.
Di sini anak-anak dapat melihat 7 daripada 10 spesis enggang di Zoo Negara.
Wow besarnya gajah! Terdapat 3 ekor gajah iaitu Siti, Simbol dan Teriang. Gajah-gajah ini berasal daripada Negeri Pahang. Ini antara daya tarikan yang menjadi tumpuan orang ramai di sini.
Anda akan terbayang seperti berada di Afrika kerana dikelilingi oleh haiwan afrika seperti zirafah, burung unta dan kuda belang.
300 ekor burung berterbangan di Tasik Tunku Abdul Rahman. Meriahnyabunyi kicauan burung-burung seperti Painted storks, ibises, egrets, swans dan pelicans!
Masuk ke ruang ini memang mendebarkan! Anak-anak dapat melihat buaya yang terbesar di dunia, ular yang terpanjang di dunia dan juga kura-kura kedua terbesar di dunia.
Anak-anak dapat melihat secara dekat kangaroo yang merupakan ikon kepada Australia. Turut berkonsi tempat di sini burung terbesar di Australia.
Comelnya penguin ini! Ada beberapa penguin Humboldt datang dari zoo Republik Czech yang dipamerkan di sini.
Ruang ini membolehkan anak-anak anda berjalan di sekitar tempat itu sambil deria mereka dirangsang. Ia adalah tempat di mana anak anda menghidu rusa, kambing, dan kuda kecil. Malah boleh melakukan aktiviti mengira mengira arnab atau kura-kura dalam pameran ini.
Selain itu terdapat ruang pameran lain yang anak-anak dapat lihat di Zoo Negara iaitu beruang, Bird Aviary, badak sumbu, Mammal Kingdom dan Tunku Abdul Rahman Akuarium.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rupanya ada jenis permainan yang boleh bantu anak bijak berdikari kerana kanak-kanak belajar ketika bermain. Jadi lepas ini janganlah halang atau marah bila anak sibuk main permainan tersebut. Layankan sahaja kerana ada banyak manfaat pada perkembangan mereka sendiri.
Walaupun setiap kanak-kanak itu adalah sebaya usianya namun perkembangan mereka berbeza. Kadang kala kanak-kanak yang lahir di awal tahun juga mempunyai perkembangan yang berbeza dengan kanak-kanak yang lahir di hujung tahun.
Tetapi ia tidak bermakna kanak-kanak tersebut tidak boleh membesar dengan bijak dan boleh berdikari. Yang penting mereka menerima rangsangan yang betul daripada ibu ayah.
Justeru itu, ibu dan ayah perlu bijak menyediakan pelbagai bahan bantuan pengajaran untuk mendidik kanak-kanak secara belajar sambil bermain. Berikut adalah beberapa bahan bantuan pengajaran yang diguna pakai untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak.
1. Permainan doh
Kanak-kanak amat gemar dengan permainan doh. Ia merupakan sejenis permainan yang sangat menarik untuk anak-anak bermain dan mendapatkan pengalaman. Aktiviti ini membolehkan mereka menguli, memicit, menggentel, meramas,mencubit, menekap menggunakan acuan biskut, memotong dan membentuk.
Permainan ini menggalakkan kreativiti dan imaginasi semasa bermain dengan permainan ini. Jika tidak mahu membeli doh mainan yang dijual, anda boleh buat sendiri doh mainan menggunakan bahan-bahan masakan di rumah. Lebih selamat dimain oleh anak-anak.
Cara membuatnya
3 cawan tepung serbaguna
1 1/2 cawan garam halus
3 sudu minyak sayuran
3 cawan air panas (masuk sedikit-sedikit)
6 sudu tartar cream
pewarna
Campur semua bahan, masuk air sedikit-sedikit supaya tidak lembik. Uli sampai doh tidak melekit. Kemudian bahagikan doh untuk letak pewarna kesukaan dan siap untuk dibuat bermain.
2. Mengira duit
Kanak-kanak belajar mengenai matematik melalui penggunaan wang. Dalam permainan ini, kanak-kanak akan belajar berjimat cermat menggunakan wang,mengira,mengenal duit dan penggunaan wang syiling. Ia merupakan kemahiran asas yang penting untuk dikuasai pada usia murid-murid prasekolah.
Penggunaan atau perbelanjaan duit merupakan cara yang menarik dalam memperkukuhkan kemahiran asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Pembelajaran ini membantu kanak-kanak memahami serta mengetahui pertukaran nilai wang ketika berbelanja dan pembelian barang adalah sangat penting.
3. Belajar Mengenali dunia
Cara mudah untuk kanak-kanak belajar mengenali negara-negara di seluruh dunia ialah melalui globe. Anda boleh beli sebuah globe bagi membolehkan anak belajar tentang nama benua dan negara-negara di seluruh dunia. Mereka juga lebih memahami kedudukan Negara Malaysia dalam peta dunia.
Kemudian menjelaskan terdapat pelbagai negara di seluruh dunia. Pembelajaran ini mengenalpasti setiap kanak-kanak mempunyai perfahaman yang baik. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecerdasan kanak-kanak yang akan menjadi kayu pengukur untuk mendidik kanak-kanak mengikut tahap perkembangannya.
4. Mengikat tali kasut
Kanak-kanak memang gemar hendak mencuba mengikat tali kasut mereka sendiri. Jangan marah atau halang mereka. Biarpun anda terpaksa bersabar menunggu mereka selesai mengikat tali kasut tetapi ia berbaloi kerana mengikat tali kasut adalah salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran motor halus .
Ia merujuk kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan seperti tangan untuk membuat pergerakan. Kepentingan aktiviti ini ialah kanak-kanak mudah melakukan pergerakan anggota tangan (jari-jemari) lebih mudah diajar menulis, melukis, dan melakar. Dalam pada itu, ia turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan.
5. Mari memasak
Kalau anak suka mengikut anda ke dapur, biarkan sahaja. Jangan halang minat dan keinginan mereka untuk belajar. Beri mereka peralatan dapur yang selamat untuk kanak-kanak bermain seperti mangkuk, senduk, pinggan plastik.
Jika ada bajet mungkin boleh beli alat permainan dapur bersaiz kanak-kanak yang ada peralatan seperti kuali, periuk, peti sejuk, mop, penyapu, sudu dan garpu, pinggan dan mangkok. Cara ini memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka aktiviti dan berhubungkait dengan dunia sebenar. Aktivirti ini menggalakkan juga kanak-kanak mengetahui peranan seorang ibu di dapur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah ya, kita nak bekerja dan anak-anak dengan kelas online mereka. Macam-macam hal, kalut setiap hari! Fitrahnya anak-anak, mereka suka bebas untuk bermain. Suka explore dan buat perkara baharu setiap hari. Apabila pergerakan mereka terbatas, mulalah muncul pelbagai idea pelik yang kadang-kadang buat kita naik hantu! Maklum sajalah, anak-anak tak boleh keluar rumah sekarang, jadi segala idea dibuat di rumah.
Itu adalah normal dan sebagai ibu ayah kita harus memahami naluri anak-anak. Mereka adalah anak yang bijak dan kreatif, sebab itulah kita selalu ‘dikejutkan’ dengan idea mereka setiap hari. Sebenarnya, perkara itulah yang membahagiakan untuk dikenang (walaupun masa berlaku tu memang geram dibuatnya!).
Menurut perkongsian dari Pn Wawa Shauqi, sangat penting untuk kita menjadi ibu ayah yang mudah terhibur. Eh, macam mana pula tu kan? Ikuti penulisan ibu kepada dua orang anak ini;
Jadi mak ayah ni, kena latih diri untuk mudah terhibur. Pernah satu ketika ni saya ditegur. Macam mana saya boleh bersabar dan steady bila anak kacau saya waktu tengah rekod video.
Ada satu video tu, saya biarkan je anak main-main kat sebelah. Saya ni bukanlah 100% penyabar. Ada tahap yang saya goyah juga. Pulak tu saya spesis yang mudah annoyed juga.
Tapi saya perasan, bila saya LATIH diri untuk mudah terhibur, saya melihat banyak perkara dari sudut yang membahagiakan.
Bayangkan kalau semua benda kita pandang serius. Anak main kejar-kejar kita akan mudah rimas. Anak terloncat, jantung kita pun ikut meloncat. Anak memanjat, sabar kita terperanjat. Anak menjerit happy pun kita ikut menjerit.
Tapi kalau kita cuba pandang guna sudut ‘mudah terhibur’, kita akan tersenyum dengan hampir setiap telatah anak. Anak berkejaran, kita rasa syukur mereka masih sihat. Anak memanjat, kita akan perasan betapa cepatnya mereka membesar. Anak menyepah, kita dapat bayangkan hebatnya otak mereka bekerja.
Jangan kata hal anak. Saya ni kalau start mode mudah terhibur, tengah basuh blueberry hari tu pun rasa berbunga di hati. Pebenda. Tengah potong brokoli pun tergelak kecil. Tah apa yang comel kat brokoli tu. Dapat basuh tangan pun ya Tuhan nikmat rasa air lalu ke tangan. Pijak rumput pun, sedap betul rasa tapak kaki memijak. Dapat berguling dengan anak-anak pun, terhibur sungguh rasa.
Betapa besarkan impak positif bila kita latih diri jadi mudah terhibur ni. Kita akan jumpa nikmatnya bila memandang sesuatu dari sudut membahagiakan. Kadang bila dah overdose terhibur tu, pinggang sakit dan tapak kaki pedih dek lama berdiri dan non stop buat kerja pun… Badan terasa rasa puas semacam.
Sebab hati bahagia dapat divert ‘letih’ kepada ‘rasa diri produktif’. Cuba. Latih. Pilih. Untuk jadi ibu yang lebih bahagia. Lebih ceria. Mana tau, keceriaan awak tu berjangkit kat orang yang melihat awak.❤️❤️❤️
Anak-anak yang sedang membesar memang banyak ragam. Benarlah, kita harus cuba memandangnya dari sudut yang positif. Tak mudah, tapi tidak mustahil. Kalau asyik marah-marah pun letih juga kan? Berikan mereka ruang untuk bereksplorasi dan kemudian sama-sama kita ajak mereka untuk kemas semula rumah yang bersepah. Dengan cara ini, anak gembira dan kita pun TAK STRES!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita yang menawarkan lebih 100 hidangan tradisional serta program CSR penuh bermakna sepanjang Ramadan.