Rupanya ada jenis permainan yang boleh bantu anak bijak berdikari kerana kanak-kanak belajar ketika bermain. Jadi lepas ini janganlah halang atau marah bila anak sibuk main permainan tersebut. Layankan sahaja kerana ada banyak manfaat pada perkembangan mereka sendiri.
Walaupun setiap kanak-kanak itu adalah sebaya usianya namun perkembangan mereka berbeza. Kadang kala kanak-kanak yang lahir di awal tahun juga mempunyai perkembangan yang berbeza dengan kanak-kanak yang lahir di hujung tahun.
Tetapi ia tidak bermakna kanak-kanak tersebut tidak boleh membesar dengan bijak dan boleh berdikari. Yang penting mereka menerima rangsangan yang betul daripada ibu ayah.
Justeru itu, ibu dan ayah perlu bijak menyediakan pelbagai bahan bantuan pengajaran untuk mendidik kanak-kanak secara belajar sambil bermain. Berikut adalah beberapa bahan bantuan pengajaran yang diguna pakai untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak.
1. Permainan doh
Kanak-kanak amat gemar dengan permainan doh. Ia merupakan sejenis permainan yang sangat menarik untuk anak-anak bermain dan mendapatkan pengalaman. Aktiviti ini membolehkan mereka menguli, memicit, menggentel, meramas,mencubit, menekap menggunakan acuan biskut, memotong dan membentuk.
Permainan ini menggalakkan kreativiti dan imaginasi semasa bermain dengan permainan ini. Jika tidak mahu membeli doh mainan yang dijual, anda boleh buat sendiri doh mainan menggunakan bahan-bahan masakan di rumah. Lebih selamat dimain oleh anak-anak.
Cara membuatnya
Ads
3 cawan tepung serbaguna
1 1/2 cawan garam halus
3 sudu minyak sayuran
3 cawan air panas (masuk sedikit-sedikit)
6 sudu tartar cream
pewarna
Campur semua bahan, masuk air sedikit-sedikit supaya tidak lembik. Uli sampai doh tidak melekit. Kemudian bahagikan doh untuk letak pewarna kesukaan dan siap untuk dibuat bermain.
2. Mengira duit
Kanak-kanak belajar mengenai matematik melalui penggunaan wang. Dalam permainan ini, kanak-kanak akan belajar berjimat cermat menggunakan wang,mengira,mengenal duit dan penggunaan wang syiling. Ia merupakan kemahiran asas yang penting untuk dikuasai pada usia murid-murid prasekolah.
Penggunaan atau perbelanjaan duit merupakan cara yang menarik dalam memperkukuhkan kemahiran asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Pembelajaran ini membantu kanak-kanak memahami serta mengetahui pertukaran nilai wang ketika berbelanja dan pembelian barang adalah sangat penting.
Ads
3. Belajar Mengenali dunia
Cara mudah untuk kanak-kanak belajar mengenali negara-negara di seluruh dunia ialah melalui globe. Anda boleh beli sebuah globe bagi membolehkan anak belajar tentang nama benua dan negara-negara di seluruh dunia. Mereka juga lebih memahami kedudukan Negara Malaysia dalam peta dunia.
Kemudian menjelaskan terdapat pelbagai negara di seluruh dunia. Pembelajaran ini mengenalpasti setiap kanak-kanak mempunyai perfahaman yang baik. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecerdasan kanak-kanak yang akan menjadi kayu pengukur untuk mendidik kanak-kanak mengikut tahap perkembangannya.
Ads
4. Mengikat tali kasut
Kanak-kanak memang gemar hendak mencuba mengikat tali kasut mereka sendiri. Jangan marah atau halang mereka. Biarpun anda terpaksa bersabar menunggu mereka selesai mengikat tali kasut tetapi ia berbaloi kerana mengikat tali kasut adalah salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran motor halus .
Ia merujuk kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan seperti tangan untuk membuat pergerakan. Kepentingan aktiviti ini ialah kanak-kanak mudah melakukan pergerakan anggota tangan (jari-jemari) lebih mudah diajar menulis, melukis, dan melakar. Dalam pada itu, ia turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan.
5. Mari memasak
Kalau anak suka mengikut anda ke dapur, biarkan sahaja. Jangan halang minat dan keinginan mereka untuk belajar. Beri mereka peralatan dapur yang selamat untuk kanak-kanak bermain seperti mangkuk, senduk, pinggan plastik.
Jika ada bajet mungkin boleh beli alat permainan dapur bersaiz kanak-kanak yang ada peralatan seperti kuali, periuk, peti sejuk, mop, penyapu, sudu dan garpu, pinggan dan mangkok. Cara ini memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka aktiviti dan berhubungkait dengan dunia sebenar. Aktivirti ini menggalakkan juga kanak-kanak mengetahui peranan seorang ibu di dapur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila terlalu manjakan anak akan memberi kesan negatif kepada perkembangan diri anak. Makan bersuap, ikut kehendak anak dan tidak membiarkan anak berdikari adalah antara sikap yang boleh menjejaskan personaliti anak-anak. Situasi ini sekali gus akan menggangu ketrampilan diri anak apabila memasuki darjah satu nanti.
Semoga perkongsian Puan Syuhada Amir yang merupakan ibu kepada empat orang ini, memberi panduan berguna kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Bagi Puan Syuhada mendidik anak perlu ada ketegasan
10 SEBAB ANAK TIDAK BOLEH TERLALU MANJA 1.Anak tak pandai buat apa-apa Apabila kita terlalu manjakan anak, ia akan membuatkan anak kita tak pandai untuk buat apa-apa sebab semua pun kita yang buatkan. Contohnya, anak kita berusia 5 tahun nak basuh pinggan sendiri. Tapi, disebabkan sinki yang tinggi, kita larang “tak payah basuh sendiri, nanti ummi basuhkan”. Anak memanjat sikit kita suruh turun, air tumpah kita lapkan, macam mana anak kita nak belajar macam mana nak uruskannya? Biarlah anak kita buat sendiri. Yang penting, kita ajar mereka cara yang betul. Anak kita akan belajar melalui tauladan dan contoh yang baik kan? 2.Terlalu mengharapkan orang lain Ibu ayah yang selalu buat segalanya untuk anak akan menyebabkan anak terlalu bergantung kepada orang lain untuk buat segala kerja. Tak reti nak buat sendiri kerana tidak pernah diajar cara-caranya. Nak basuh baju tak pandai, nak lipat baju pun tak kemas. Kesian anak kita nanti bila mereka besar sebab akan ada masa di mana mereka akan ditertawakan kerana tidak pandai menyelesaikan masalah. Nak buat macam mana, mereka tidak dilatih untuk berfikir akan cara menyelesaikan sesuatu masalah kan? 3.Hilang keyakinan diri Anak yang terlalu dimanjakan akan hilang keyakinan diri. Nak buat ini rasa macam salah, bila disuruh buat itu tak boleh nak fikir. Lama-lama nanti mereka dah tak yakin dengan apa yang mereka mampu dan boleh buat. Mereka akan sentiasa fikir yang mereka tak berguna kerana tak boleh nak bantu apa-apa.Sebagai ibu ayah, bina keyakinan anak adalah penting demi masa depan mereka. Jadikan anak kita orang yang berani untuk berdiri dengan apa yang mereka percaya. 4.Takut untuk mencuba Budak yang manja akan jadi takut untuk mencuba sesuatu yang baru sebab semua yang mereka nak ibu ayah akan lakukan. Mereka tak pernah diberi peluang mencuba buat segalanya sendiri. Mereka juga tak pernah rasa gagal mahupun puas hati bila berjaya melakukan sesuatu. Jadi, nak buat benda yang tak pernah dibuat, akan buat anak kita takut.
5.Cepat marah Anak manja sudah terbiasa dapat segala yang mereka nakkan. Sebab itulah apabila mereka tak dapat, mereka akan marah. Kadang kala, sampai mak ayah pun kena marah sebab tak bagi apa yang anak nak. Kalau dibiarkan, risau nanti sampai ke besar mereka akan tunjuk sikap sebegini. 6.Bunuh daya imaginasi anak Budak-budak dilahirkan dengan imaginasi yang tinggi. Pada mereka, setiap perkara yang mereka buat adalah exciting dan fun. Tapi, kalau sikit-sikit kita buatkan, anak memanja sikit kita suruh turun, anak nak makan sendiri kita tak bagi, mesti kita suapkan.Bila perkara-perkara sebegini terjadi, anak kita tak dapat nak explore dunia mereka. Tak dapat nak belajar kesan dan akibat sesuatu benda. Imaginasi mereka terbantut apabila kita selalu sangat halang apa yang mereka nak lakukan. 7.Malas Anak-anak yang manja akan jadi malas bila dah terbiasa semuanya orang lain yang buatkan. Nak makan, mak suapkan, dah main mak yang kemas mainan, air tumpah bibik yang tolong lapkan. Anak tak buat apa pun.Bila dah terbiasa begitu, mereka akan jadi malas. Kalau nak air “ummi, ambilkan air”, bila nak makan, anak duduk depan tv, “ayah, nak nasi” Ayah pun bawa la nasi bagi pada anak. Memang malas la kan tu namanya? 8.Tantrum bila tak dapat sesuatu Apabila tak dapat apa yang mereka nak, mereka akan tunjuk tantrum. Menangis guling-guling sampailah mereka dapat. Pernah tengok tak di supermarket anak yang duduk membatu ataupun menangis meraung tak dapat apa mainan kesukaan? Mak ayah yang malu bila orang pandang.
Anak kena tahu limit dan boundaries. Jangan sampai mak ayah kena ikut cakap anak macam anak nie bos. Kita bukanlah melahirkan tuan, tapi kita perlulah didik mereka menjadi anak soleh solehah yang taat perintah Allah.
9.Suka mengarah orang lain Risau anak kita nie mengarah orang suruh buat apa yang mereka nak sebab di rumah mak ayah turutkan sangat apa yang anak nak. Jadi, mereka fikir yang semua orang lain pun akan buat perkara yang sama. Mereka tak tahu yang bukan semua yang mereka nakkan akan dipatuhi oleh semua orang. Tugas ibu ayah adalah untuk didik anak cara yang betul, bukannya ikutkan sangat apa yang mereka nak sampai tantrum bila tak dapat. 10.Tak belajar erti responsibility Paling penting adalah anak kita takkan belajar erti responsibility. Mereka tak tahu yang setiap yang berlaku akan kesan dan akibatnya, tapi apabila mak ayah tak tunjukkan akibat dan kesannya, macam mana anak nak tahu kan? Jadi, bila tak diajar untuk bertanggungjawab, anak kita takkan buat dan sampai bila-bilalah mereka akan dapat lepaskan diri daripada tanggungjawab mereka.
Boleh ke cabut gigi anak yang hitam-hitam tu doktor? Tak cantik tengok, sebab bila cepat cabut cepat gigi baru tumbuh.
Tak semudah tu ye mak ayah semua. Gigi anak-anak yang hitam tu dipanggil karies. Gigi yang berkaries ada 2 jenis, satu yang aktif atau ada lubang, satu tak aktif tak berlubang.
Menurut Dr Izaza Mohd Zan, gigi karies yang tak aktif dipanggil ARRESTED CARIES, gigi tak akan rasa sakit sebab tak ada lubang, cuma warna hitam sahaja.
Arrested caries ni kebanyakan doktor gigi akan advice supaya gigi sentiasa dijaga dan diberus bersih supaya gigi tidak bertambah rosak.
Tunggu gigi kekal tumbuh baru dicabut. Sebab gigi kekal akan tumbuh berperingkat-peringkat dan ikut umur anak-anak.
Gigi karies yang aktif pula, selalunya jadi punca gigi sakit dan gusi bengkak. Sebab makanan akan masuk ke dalam gigi yang berlubang dan menyebabkan gigi sakit.
Gigi yang berlubang, wajib ditampal. Jangan dicabut sekiranya belum masanya. Boleh dicabut sekiranya gigi tersebut reput atau tidak boleh diselamatkan.
Ingat ye mak ayah, gigi susu anak-anak perlu dijaga dan dibersihkan. Jangan dicabut sekiranya gigi tak sakit dan tak goyang.
Masalah kulit sensitif dan ekzema memang boleh membuatkan anak-anak sentiasa menggaru malah hingga berdarah! Ibu bapa yang mempunyai anak ekzema mesti tahu bagaimana perasaannya. Kegatalan kulit yang kemerah-merahan dan bersisik boleh menyebabkan bayi menangis tidak selesa. Selain berjumpa doktor untuk rawatan lanjut, anda boleh cuba petua untuk mengatasi masalah ini.
Biasanya masalah ekzema berlaku disebabkan alahan pada pemakanan dan persekitaran yang berhabuk. Apabila anak mengalami masalah ekzema, segera buat rawatan sendiri di rumah secara natural ways sebelum ia melarat ke anggota badan lain.
Ini antara bahan-bahan di rumah telah terbukti dapat membantu mengurangkan dan melegakan masalah masalah kulit sensitif dan ekzema.
1.Green smoothie
Ibu boleh membuat green smoothie dengan kombinasi sayur-sayuran dan buah-buahan yang dikisar menjadi hancur seperti smoothi. Antara pilihan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti bayam atau sawi (asalkan hijau), pisang dan strawberi. Kisar bersama air atau susu. Minum dua kali seminggu. Lakukan selama dua minggu atau sebulan secara konsisten untuk hasil yang berkesan. Misalnya khasiat pisang sememangnya kaya dengan kalium, mengandungi nutrien yang menurunkan aras histamina, magnesium, dan vitamin C. Yang pasti sayur-sayuran dan buah-buahan adalah pembekal utama bahan antioksida. Nyata, minuman ini dapat membantu kulit si manja kembali ‘subur’ dengan nutrien yang betul supaya dapat berfungsi dengan baik.
2.Minyak zaitun
Apa yang perlu ibu lakukan kepada anak adalah menyapu minyak zaitun pada bahagian ekzema. Ia akan bertindak melembutkan kulit yang kering dan mengawal rasa kegatalan. Untuk kadar penyerapan yang lebih baik, lakukan sapuan pada kulit selepas mandi. Di samping itu, boleh dijadikan sebagai mandian dengan campurkan dua sudu besar minyak zaitun dan satu cawan susu untuk mandian anak anda. Selain minyak zaitun, anda boleh mengunakan sebarang minyak sayuran lain.
3.Lidah Buaya
Mula-mula pastikan lidah buaya tersebut bersih, kemudian buang lapisan luar. Ambil lendiran daripada tumbuhan tersebut dan sapu pada bahagian ekzema. Lendiran lidah buaya pada bahagian ekzema anak. Amalkan petua ini sentiasa kerana ia ternyata memberi kelegaan kepada anak. Mulai hari ini bolehlah tanam lidah buaya di rumah kerana tumbuhan ini mudah dijaga. Tanam dalam pasu pun boleh.
4.Kunyit
Ambil kunyit hidup dan tumbuk sedikit dengan lesung sehingga mengeluarkan sedikit air daripada kunyit hidup itu. Sapu pati kunyit pada bahagian ekzema yang dikatakan mampu menyembuhkan luka ekzema. Jika tiada kunyit hidup boleh cuba menggguna debu kunyit. Campurkan debu kunyit dengan air ke dalam besen. Anda boleh jadikan ia sebagai mandian buat anak. Untuk kesan yang lebib baik gosok pada bahagian ekzema semasa mandi. Tahukah anda, kajian mendapati sejenis bahan antioksida iaitu curcumin yang terdapat dalam kunyit, dikatakan mampu melindungi dan memelihara kulit serta mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit.
5.Serbuk penaik
Baking soda atau serbuk penaik ini dikatakan melembutkan kawasan kulit yang kasar dan mengurangkan kegatalan. Hanya campurkan baking soda dengan air kemudian disapu ke kawasan yang bermasalah. Namun cara ini sesuai untuk ekzema yang sudah kering . Jika masih ada kesan luka ia akan menyebabkan rasa pedih kepada anak. Ini kerana ia berfungsi sebagai pengelupas semulajadi dan dikatakan mampu menghilangkan parut ekzema.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
"Tak siapa sangka, rumah yang dulu penuh dengan suara gelak tawa kini bertukar menjadi lokasi tragedi berdarah."Awal pagi tadi, ketika kebanyakan daripada kita masih...