Semalam, aktres Nadya Syahera berkongsi berita gembira yang memberitahu dirinya kini sedang berbadan dua. Pelakon yang berusia 28 tahun ini telah memuatnaik sebuah video pendek yang menunjukkan hasil ujian UPT yang dibuat kerana period datang lambat.

Artikel Menarik: [Postpartum Depression ‘Sakit’, Usah Biar Isteri ‘Alone’ Lepas Bersalin!]

Alahan Teruk, Tak Boleh Makan. Nadya Syahera Umum Hamil Anak Ke-3!

Melalui kapsyen di video tersebut, Nadya melahirkan rasa syukur serta menceritakan perasaan gementar ketika mula-mula dapat tahu dirinya sedang mengandung anak ketiga. Tambahnya lagi, pada awalnya dia menyangka kitaran haid menjadi tidak teratur kerana pengambilan vaksin. Rupa-rupanya perubahan tersebut terjadi kerana dia hamil!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NS (@nadyasyahera)

 Yess! Number 3 is on the wayyy..

“Kita MERANCANG Tapi Allah Sebaik-baik PERANCANG.

Yess! number 3 is on the wayyy. Alhamdulillah.
First tau pregnant nervous risau,tak sangka tapi tetap teruja nk lalui fasa2 pregnant ni. Mula2 ingat sebabkan vaksin period tak betul, sekaliiiiii haa kau 😅😅”

Simpan dulu sehingga masuk trimester kedua

Memilih untuk merahsiakan tentang dirinya yang hamil kerana risau jika ada pihak yang mungkin kurang senang sehingga mungkin boleh menjejaskan emosinya. Oleh itu, Nadya memutuskan untuk menyimpan berita gembira ini sehingga kandungannya masuk trimester kedua.

IKLAN

“Ada juga rasa risau mulut2 orang, tanggapan2 jahat, kata2 yg kurang sihat utk didengar sbb based on my pengalaman before ada je org yg tak senang dgn khabar gembira kita kan,cakap itu ini yg buatkan i tak happy dgn hal yg sepatutnya i happy. Soooo, Thats why i simpan duluuuu 😁”

Artikel Menarik: [Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris Di Novakid!]

Alahan teruk, tak boleh makan dengan baik

Dia juga ada berkongsi tentang keadaan dirinya semasa awal-awal kehamilan dahulu. Diuji dengan alahan yang teruk serta perubahan mood yang ‘turun-naik’, Nadya turut memberitahu yang dirinya tidak boleh makan dengan baik sehingga hampir dua bulan.

“Sickness dan mood naik turun tu dh habis kot, cuma awal2 haritu diuji Alahan teruk lepastu tambah plak dgn ‘benda pelik’ buatkan i lembik tk boleh makan dgn baik almost 2month.”

Masuk ke trimester kedua, keadaannya sudah semakin baik dan dia boleh makan apa sahaja yang diingininya. Nadya juga memohon agar para pengikutnya untuk mendoakan agar dirinya sihat, tiada alahan dan segala urusannya dipermudahkan sehingga tiba saat melahirkan.

IKLAN

“Sekarang ni 2nd trimester dah, i enjoy je buat n makan je apa i nak. Doakan i takde dah alahan,sihat dan dipermudahkan sampai lah baby keluar next year tau. after 4tahun nak beranak pulak weyyyyyyy. Sis nervous😅😅😅”

Diakhir tulisannya itu, Nadya turut mendoakan agar pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata akan dimurahkan rezeki untuk merasai nikmat ini.

“Oh ya, masa i dapat tau i pregnant tu, terus terdetik dekat hati , i doa supaya Allah hadiahkan dan hadirkan jugak khabar gembira macamni utk mereka2 yg masih berusaha utk dapatkan zuriat. InsyaAllah usaha,doa dan tawakal okay 🌸”

Rata-rata yang melihat perkongsian Nadya ini teruja dengan berita gembira ini;

Alahan Teruk, Tak Boleh Makan. Nadya Syahera Umum Hamil Anak Ke-3!

IKLAN

Alahan Teruk, Tak Boleh Makan. Nadya Syahera Umum Hamil Anak Ke-3!

Alahan Teruk, Tak Boleh Makan. Nadya Syahera Umum Hamil Anak Ke-3!

Semoga Nadya dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat dan perjalanan kehamilannya dipermudahkan sehingga masa untuk bersalin. Tahniah sekali lagi buat Nadya sekeluarga!

Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.

Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950

Alahan Teruk, Tak Boleh Makan. Nadya Syahera Umum Hamil Anak Ke-3!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI