Lepas bersalin, mulalah rasa tak ada mood. Asyik sedih saja, takt ahu apa sebabnya. Kadang-kadang serabut bila dengar suara anak menangis, nak makan dan tidur pun susah. Pendek kata, semua benda serba tak kena! Para suami, jika ada tanda-tanda ini pada isteri anda segeralah dapatkan bantuan. Itu mungkin simptom yang menunjukkan isteri anda sedang mengalami postpartum depression.

Sumber foto: www.shutterstock.com

Melalui segmen Tanya Pakar, Pa&Ma mendapatkan Dr Umi Adzlin yang merupakan seorang Pakar Psikiatri untuk menjelaskan tentang topik ini. Menurutnya, kemurungan selepas melahirkan anak adalah gangguan emosi. Mama yang mengalami masalah ini biasanya akan berada dalam kesedihan yang berpanjangan, melebihi tempoh dua minggu.

Artikel Menarik: [Tak Perlu Sekat Apa Nak Buat, Biar Dia Cuba Semua Perkara, Jadi Lagi Berani]

Tak ada semangat, rasa nak MATI!

Perasaan sedih ini pula bukannya biasa-biasa kerana ia boleh sehingga ke tahap mama merasa tidak bersemangat, tiada motivasi untuk bangun atau melakukan kerja-kerja mudah dan untuk membuat keputusan juga menjadi sukar. Bahkan mama akan menangis sepanjang hari sehingga waktu makan dan tidur juga terganggu.

Lebih teruk lagi, ada juga mama yang akan mengatakan lebih baik mereka mati sahaja! Tahukah para suami, perasaan sedih begini TIDAK NORMAL. Biasanya perasaan sedih seseorang tidak akan berpanjangan sehingga dua minggu tanpa sebab.

Sumber foto: www.shutterstock.com

Waktu untuk seseorang itu menghadapi postpartum depression?

Selepas dua minggu berterusan, ketika itulah doktor atau pakar akan mempertimbangkan untuk mendiagnos seseorang mama itu sekiranya mereka menghidap postpartum depression. Tempoh kemurungan ini boleh berlanjutan sehingga usia anak satu ke dua tahun dan ia berkaitan dengan penjagaan anak dan bukannya isu lain.

Siapa yang berisiko?

Semua wanita berisiko untuk mengalaminya. Bukan sahaja anak pertama, bahkan mama yang sudah beberapa kali bersalin pun boleh kemurungan. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, baik dari golongan profesional atau suri rumah. Ia bukan perkara main-main kerana 1 dari 10 wanita mengalami kemurungan selepas melahirkan bayi (sama ada mereka memilih untuk menderita dalam senyap atau mendapatkan rawatan).

IKLAN

Artikel Menarik: [Resipi Roti Paratha Pepperoni, Sarapan Anak Paling Mudah Sedia, 15 Minit Siap]

Kemurungan boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya;

  • Kelahiran merupakan peristiwa besar dan boleh memberi efek kepada emosi.

Sebagai contoh, mama mahukan kelahiran secara normal tetapi terpaksa menjalani pembedahan kecemasan.

  • Berkemungkinan ada masalah dengan bayi selepas dilahirkan.

Sebagai contoh, bayi mengalami jaundis berpanjangan atau anak ada masalah kesihatan yang lain.

  • Kekurangan sokongan dari orang sekeliling.

Sekiranya suami sudah nampak isteri mengalami perubahan tingkah laku dan tidak sama seperti biasa atau mungkin lebih emosi (risaukan perkara yang tak rasional, tidak yakin, terlebih sensitif dan sebagainya), itu mungkin simptom mereka mengalami kemurungan selepas bersalin.

Artikel Menarik: [Cukup 12 Bulan Cuba, Tak Dapat Zuriat Wajib Jumpa Doktor. Kaedah IUI & IVF Mana Lebih Sesuai?]

IKLAN

Antara tanda lain adalah apabila mama tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa. Mereka juga mungkin mengalami kesukaran untuk menguruskan diri sendiri apatah lagi anak-anak. Sekiranya ini berlaku, usah bertangguh! Segeralah dapatkan bantuan dan penilaian dari doktor atau pakar.

Suami boleh membawa isteri berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan mahupun pakar di hospital. Biasanya rawatan awal berbentuk penilaian untuk melihat tahap kemurungan si isteri sama ada ia ringan, sederhana atau berat. Sekiranya berada di tahap ringan atau sederhana, rawatan berbentuk terapi psikologi akan diberikan. Namun jika sudah memasuki kemurungan tahap berat, pakar akan mengadakan sesi terapi psikologi dan memberi ubat tertentu untuk membantu.

Suami mainkan peranan penting!

Suami merupakan support system terbesar buat isteri yang baharu melahirkan bayi. Berilah sokongan kepada isteri kerana ia adalah rawatan terbaik buat wanita yang mengalami kemurungan. Sesi terapi psikologi dengan pakar mungkin mengambil masa satu ke dua jam (mungkin 1-2 sesi setiap minggu) tetapi keberadaan suami di sisi isteri adalah setiap masa. Oleh itu, peranan suami sangat besar.

Sumber foto: www.shutterstock.com

Berikan sokongan praktikal kepada isteri yang berbentuk bantuan seperti ambilkan air, tolong jagakan anak dan sebagainya sudah cukup untuk membuatkan isteri merasa dihargai. Selain itu, sokongan emosi juga sangat penting. Jadilah pendengar yang baik dan penuh empati supaya isteri terasa dirinya didengari.

IKLAN

Suami juga boleh mendapat risiko kemurungan selepas isteri bersalin! Sekurang-kurangnya 1 daripada 20 orang lelaki mengalaminya selepas isteri mereka melahirkan bayi. Ia mungkin berlaku kerana si suami terlalu risaukan isteri dan anak mereka. Tekanan untuk menyediakan yang terbaik juga boleh menjadi pencetus kepada masalah kemurungan ini. Oleh itu, suami isteri perlu saling membantu antara satu sama lain bagi memudahkan segala urusan selepas mendapat cahaya mata tersayang.

Kalau dapat newborn, kena beli SET TILAM istimewa ni. Cantik-cantik!

Untuk lebih info, boleh tonton video ini;

Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!!

Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.

Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!