
“Alhamdulillah… ” Itulah luahan penuh syukur dan bangga oleh Angkasawan Negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, apabila anak keduanya, Sophea Natasha, 12 tahun, terpilih menyertai Program Bakat Olimpik.

Terpilih ke Program Bakat Olimpik
Menerusi laman Instagram milik angkasawan, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, beliau ada kongsikan perkembangan terbaharu mengenai anak keduanya.
Beliau kini terpilih menyertai Program Bakat Olimpik, sebuah inisiatif yang bertujuan mengasah dan membimbing atlet muda berpotensi tinggi untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa. Pemilihan ini adalah hasil daripada dedikasi, disiplin, dan semangat juang yang ditunjukkan oleh Tasha dalam setiap latihan dan pertandingan yang disertainya.
Figura terkenal ini juga turut menyatakan latihan akan menjadi lebih mencabar kerana jadual Tasha agak padat dengan aktiviti harian yang perlu dijalankan.
“Tapi ini juga bermakna, latihan akan menjadi lebih mencabar. Pagi jam 5.30 – 7.30, malam jam 7.00 – 9.30, 6 kali seminggu, Bermula minggu depan.
“Tak pasti macam mana Tasha nak hadap semua ni. Daddy pun pening. Pagi pergi sekolah sekolah kebangsaan, petang pula sekolah rendah agama, subuh dan malam, di kolam renang.
“Sekarang pula, Tasha sedang bersiap untuk Kejohanan MSSD. Acara 200m dan 1200m, Latihan setiap hari sepanjang cuti sekolah. Minggu ini juga ada Pertandingan Matematik Olimpik. Memang huru-hara jadinya,” katanya.
Walaupun penuh dengan aktiviti yang perlu dilakukan namun Sheikh Muszaphar dan isteri sentiasa menyokong minat anak perempuannya itu.
“Beliau turut menyatakan bahawa perjalanan untuk berjaya pastinya memerlukan pengorbanan, komitmen dan disiplin agar setiap impian yang dikejar dapat direalisasikan dengan penuh bermakna serta mampu membentuk jati diri yang kukuh dalam menghadapi cabaran mendatang.
“Tapi kami tahu, Tasha boleh! Mommy dan Daddy sentiasa di sini, menyokongmu dengan sepenuh hati, mendoakan dari jauh dan sentiasa bersorak dalam diam.
“Perjalanan ini perlukan pengorbanan, komitmen sepenuhnya, disiplin dan usaha yang konsisten. Daddy sangat bangga denganmu, Tasha. Semoga impianmu untuk menjadi seorang atlet Olimpik satu hari nanti akan menjadi kenyataan,” jelasnya.
Inspirasi Buat Semua
Kisah Tasha adalah bukti bahawa dengan sokongan keluarga, dedikasi, dan peluang yang tepat, anak-anak kita mampu mencapai kejayaan luar biasa. Semoga kejayaan Tasha menjadi pembakar semangat kepada ibu bapa dan anak-anak di seluruh negara untuk terus berusaha dan tidak pernah berputus asa dalam mengejar impian.
Tahniah diucapkan kepada Sophea Natasha dan keluarga atas pencapaian gemilang ini. Semoga terus cemerlang dan menjadi kebanggaan negara di pentas dunia!
Baca artikel lain juga: Sijil Lahir Anak Hilang, Ni Cara Mohon Semula Secara Online Di JPN, Mudah!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berdebat Dengan Anak Sulung Pilih Nama, Aisyah Hijanah Kongsi Nama Anak Ketiga Di Hari Ke-7 Kelahiran!

Bagi mengambil keberkatan dan sunnah di hari ketujuh kelahiran, pempengaruh Aishah Hijanah berkongsi pilihan nama buat anak ketiganya yang baru dilahirkan pada 27 Mac yang lalu.
Menerusi Instagramnya, Aisyah berkongsi nama indah pilihannya dan suami iaitu, Safiyyah Hijanah.
Namun menariknya kata Aisyah, sebelum memilih nama itu, dia dan suami terpaksa berdebat dengan anak sulungnya yang mahukan nama lain buat adik barunya. Memang comel.

“Bismillah, hari ini cukup 7 hari puteri kami dilahirkan. MasyaAllah anak yang sangat mudah diurus walaupun dalam keadaan yang masih kuning.
“Ever since she’s in my tummy, memang Allah pelihara sungguh hebat, tak banyak meragam, tak ada alahan, everything was so smooth.
“Sunnah hari ke 7 kelahiran adalah untuk memberikan nama yang baik kepada anak.
“Alhamdulillah nama yang kami pilih selepas berdebat dengan Khadeejah adalah Safiyyah Hijanah binti Mohd Hazalif. Penat bertikam lidah dengan Khadeejah yang nak nama adik dia Sarrah,” tulisnya berkongsi.
Tambah ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, nama Safiyyah ini dipilih kerana kekuatan yang dibawa oleh nama itu selain maknanya yang cukup hebat.

Aisyah juga turut mendoakan agar perjalanan anak ketiganya itu sentiasa dipermudahkan malah menjadi anak yang berakhlak mulia dan dilindungi Allah SWT.
“Safiyyah diambil daripada nama ibu saudara Rasulullah, Safiyyah binti Abdul Mutalib yang adik beradiknya adalah Saidina Hamzah.
“Dalam sejarah Islam, Safiyyah antara wanita yang sanggup berperang & tinggalkan harta untuk agama Allah. Safiyyah adalah wanita Islam pertama yang menghunus pedang dalam peperangan (Perang Uhud).
“Dalam perang lain, Rasulullah sendiri amanahkan Safiyyah untuk menjaga kubu. Semoga dengan keberanian, ketegasan Safiyyah ini diserap ke dalam diri puteri kami, Safiyyah Hijanah binti Mohd Hazalif. Anak yang kuat hadapi cabaran dalam hidup, tegas & bijak.

“Semoga Safiyyah menjadi anak yang baik di dunia & Akhirat. Kita sama-sama bina keluarga & cipta childhood moment yang baik untuk Safiyyah, Khadeejah & Hassan.
“Semoga Safiyyah dijauhkan daripada pandangan jahat manusia, manusia yang berniat buruk, jin syaitan yang menyesatkan, haiwan berbisa dan haiwan yang tidak berbisa tetapi menyakitkan.
“Doa Aisyah sebagai ibu adalah untuk Khadeejah, Hassan & Safiyyah berjaya di dunia & Akhirat. Diberi kehidupan & takdir yang baik di dunia & Akhirat, masuk ke syurga dengan mudah & memberi manfaat kepada orang lain juga, Allahumma Aameen,” kongsinya lagi.
Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!
Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!
Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Kalau Pergi Ke Mana-Mana Pun Pasti Berdua…”- Empat Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu, Undang Pilu!

“Kalau Pergi Ke Mana-Mana Pun Pasti Berdua…”- Empat Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu Undang Pilu!
Perpisahan abadi dengan insan tersayang adalah sesuatu yang perit untuk diterima. Apatah lagi andai ujian kehilangan ini dirasai oleh anak-anak kecil yang kehilangan ibu dan ayah yang selama ini menjadi tempat bergantung harap.
Membayangkan nasib anak-anak yang ditinggalkan, nyata mengundang sedih dan pilu dihati orang sekeliling. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Begitu juga halnya bagi adik Muhammad Amirul Ikhwan Ridzuan, 17, Muhammad Alif Irfan, 15; Nurin Alya Iwanie, 12 dan Muhammad Ridz Danial, 5 telah menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu dan ayah mereka terlibat dengan kemalangan jalan.

“Dalam sekelip mata, kami empat beradik jadi yatim piatu tetapi sebagai abang, saya perlu kuat demi adik-adik dan takkan berpisah dengan mereka,” kata Muhammad Amirul Ikhwan Ridzuan, 17 selaku abang sulung.
Memetik berita Harian Metro, difahamkan Muhammad Amirul Ikhwan adalah anak sulung pasangan suami isteri, Ridzuan Salleh @ Ramli, 42, dan Rosmawati Ismail, 39, yang maut selepas motosikal berkuasa tinggi Benelli TNT dinaiki melanggar belakang trak tentera di Kilometer 87, Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di Gurun, semalam.
Ridzuan yang melecur dan mengalami kecederaan di badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Rosmawati meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini semalam.
Menurut Muhammad Amirul, ketika kejadian ibu bapanya dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Permai Utama, Jeniang di Gurun menuju ke HSAH untuk menziarahi nenek mereka yang sakit.
Katanya, dia yang ketika itu berada di tempat tuisyen di Guar Chempedak, terkejut apabila dimaklumkan rakannya yang ibu bapanya terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia.

“Awalnya saya dapat tahu cuma abah meninggal manakala ibu pula dimasukkan ke Unit Kecemasan HSAH dan tak lama kemudian dapat berita ibu pula meninggal.
“Memang terkejut tapi saya kena kuat demi adik-adik apatah lagi saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik.
Tunai Amanat Ibu
Muhammad Amirul berkata dia akan menjaga adik-adiknya, Muhammad Alif Irfan, 15; Nurin Alya Iwanie, 12 dan Muhammad Ridz Danial, 5, malah tidak akan berpisah walau apa yang terjadi.
Muhammad Amirul Ikhwan yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Enggang, Batu 5, Sik berkata, dia akan sentiasa ingat amanat ibunya supaya menjaga adik-adik dengan baik dan sentiasa menjaga solat lima waktu.
“Semalam, sebelum kejadian abah sibuk mengemas rumah sebab dia nak buat kolam depan rumah tapi tak sempat siap, mungkin itu petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.
“Abah dengan ibu memang tak pernah berpisah. Kalau pergi ke mana-mana pun pasti mereka akan pergi berdua dan mati pun bersama,” katanya.
Muhammad Amirul Ikhwan berkata, setakat ini adik bongsunya paling terasa sedih di atas pemergian ibu bapa mereka kerana dia paling rapat dengan bapanya.
Ridzuan anggota tentera bertugas di Kem Hobart, Jeniang manakala Rosmawati berniaga secara dalam talian.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Segantang Garam di Merbok petang ini sebaik selesai bedah siasat dia Jabatan Forensik HSAH.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan masih diteruskan setakat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian jam 2.20 petang semalam berlaku apabila motosikal dinaiki suami isteri itu yang dari arah Alor Setar menghala ke arah Butterworth melanggar belakang trak tentera.
“Impak perlanggaran yang kuat itu menyebabkan motosikal yang ditunggangi pasangan terbabit terbakar di tengah laluan jalan,” katanya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Comel Model Minuman Kordial, Rupanya Kini Sudah 24 Tahun & Cantik Orangnya!

kordDulu pernah juga jadi tanda tanya mengenai siapakah gerangan model kordial F&N. Bukan sahaja senyuman manis kanak-kanak tersebut mencuri tumpuan, bahkan tidak dinafikan begitu lama produk tersebut mengekalkan model yang sama sejak dahulu hingga kini.
Ekoran daripada itu ada antara kita bila melihat sahaja botol dengan model ‘penghias’ pada bekas itu, seakan mengimbau memori di zaman kanak-kanak betapa minuman kordial ini menjadi pilihan utama terutamanya di musim perayaan.

Bercerita tentang model tersebut, sebelum ini ramai menyangka wajah kanak-kanak pada botol minum kordial bahawa ianya adalah Liyana Jasmay namun ternyata bukan. Ini kerana wajah kanak-kanak comel tersenyum manis itu merupakan milik Madihah Mohd Firdaus.

“Ibu suka bawa saya pergi uji bakat masa kecil-kecil dulu. Tidak sangka ada rezeki jadi model untuk produk minuman itu. Dulu adalah papan iklan dipasang, namun sekarang hanya tinggal gambar di botol sahaja.
Menurut sumber, Madihah Mohd Firdaus atau turut mesra disapa Dihah itu kini menjangkau usia 24 tahun dan ketika wajahnya menghiasi botol kordial itu, usianya lima tahun. Selain itu, pemilik wajah kanak-kanak itu juga sudah berubah menjadi seorang hijabi yang jelita.

Madihah turut gemar berhias dan sangat suka belajar teknik solekan menerusi laman Youtube dimana platform berkenaan kini menjadi pilihan para gadis untuk mengetahui cara merias wajah dengan betul.
Gadis ini juga dilaporkan baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik. Dia dikatakan bakal menyambung di peringkat ijazah pula dalam bidang yang sama.

Gadis cantik ini juga gemar gaya fesyen yang ringkas dan bersesuaian dengan usianya itu, dia suka bergaya terutama bagi rakaman OOTD melalui laman Instagram miliknya dimana dia kini mempunyai hampir 40 ribu followers.
Sumber : dihahmfrds
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


