Tahniah diucapkan buat pelakon Emma Maembong yang telah selamat melahirkan putera sulungnya pada 8 November lalu.
Semalam menerusi instagram miliknya dan juga Youtube, Emma berkongsi sebuah videonya bersama keluarga dalam sebuah majlis ringkas bagi memaklumkan jantina bayi sulungnya itu.
Namun awal pagi ini, suami Emma, Muhammad Shazli Azhar menyampaikan khabar gembira bahawa Emma sudah pun selamat melahirkan bayi sulung mereka pada 8 November lalu.
“Alhamdulillah ❤️ 8.11.20.
“Allah is the greatest. ☝🏽 Baby boy” kongsinya ringkas.
Ads
Suami kesayangan Emma ini juga turut berkongsi sekeping gambarnya bersama anak dan isteri, sejurus selepas kelahiran bayi comel itu.
Dalam pada itu, perkongsian ringkas itu dihujani ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti dan juga para pengikut Emma di instagram.
Ads
Rata-rata warga maya memuji kecomelan cahaya mata sulung Emma dan suami. Semoga kehadiran si comel ini melengkapkan lagi kasih sayang mommy dan daddynya. Selamat berpantang Emma.
Terdahulu, Emma mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu. Pada Julai lalu, Emma mengumumkan kehamilan sulungnya.
Pengambilan ubat tanpa saranan doktor atau ahli farmasi sangat berbahaya. Tidak boleh suka-suka makan ubat atau pil hanya kerana ia viral dan dikatakan mempunyai fungsi tertentu seperti membesarkan payudara, menegangkan punggung, melangsingkan badan dan sebagainya.
Sekiranya anda mahu mengambil sebarang pil, sangat penting untuk bertanya dahulu tentang dos serta kesannya terhadap tubuh. Jangan sesekali beli ubat dari penjual atas talian hanya kerana terpedaya dengan strategi pemasaran mereka.
Melalui perkongsian di Medical Mythbusters Malaysia, Dr Amirul Amzar menerangkan tentang pil Postinor yang dikatakan mampu membesarkan payudara. Ikuti penjelasan ini.
PIL PEMBESAR PAYUDARA (wajib baca sampai habis kalau nak guna)
Tular baru-baru ini perkongsian netizen berkaitan sejenis pil bernama Postinor yang dikatakan mampu membesarkan payudara penggunanya. Kata netizen ini, pil tersebut mengandungi hormon estrogen yang membantu meningkatkan saiz payudara sekiranya diambil dua kali seminggu.
Perkongsian ini bukan sahaja SALAH malah berpotensi MEMUDARATKAN.
Postinor adalah pil hormon levornogestrel (sejenis hormon progestogen, BUKAN estrogen) yang mana berfungsi sebagai pencegah kehamilan dalam keadaan kecemasan (emergency contraception). Ianya adalah Racun Kategori C, bermakna boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi doktor, tetapi perlu dijual dengan kehadiran ahli farmasi bertauliah.
Pil ini tidak disarankan diambil secara berterusan. Oleh itu, penjualan pil ini di internet atau media sosial adalah SALAH dan melanggar undang-undang.
Pil ini berpotensi menyebabkan beberapa kesan sampingan serius, antaranya: 1) risiko interaksi bersama ubatan lain 2) risiko membebankan fungsi hati 3) risiko kitaran haid tidak teratur sekiranya digunakan dengan kerap 4) risiko peningkatan tekanan darah 5) risiko kemandulan sekiranya digunakan tanpa kawalan
Oleh itu, pengambilan Postinor secara berterusan dengan bertujuan membesarkan payudara bukan sahaja tidak berkesan, malah ianya boleh memudaratkan. Ianya TIDAK MENGANDUNGI estrogen.
Saiz payudara dipengaruhi secara amnya oleh faktor genetik. Wanita asia secara umumnya mempunyai saiz payudara yang kecil berbanding wanita barat. Selain itu, secara amnya bentuk payudara dipengaruhi oleh jenis tisu yang membentuknya. Payudara dibentuk oleh 2 jenis tisu utama iaitu lemak dan juga kelenjar.
Wanita di peringkat umur subur mempunyai lebih tisu kelenjar berbanding lemak. Kelenjar ini berfungsi dalam penghasilan susu selepas bersalin. Oleh itu wanita yang mengandung mempunyai saiz payudara yang lebih besar. Apabila wanita berumur, tisu kelenjar akan berkurang dan lebih banyak tisu lemak menjadikan payudara kurang anjal.
Ada kajian yang menunjukkan payudara akan lebih menarik sekiranya seseorang itu tidak merokok dan tidak mengambil alkohol. Kajian yang dijalankan dalam kalangan saudara kembar ini juga menunjukkan berat badan berlebihan juga menjadikan payudara tidak menarik.
Oleh itu, jikalau mahukan payudara yang menarik, berhenti merokok, jangan minum alkohol dan dapatkan berat badan ideal. Bukan dengan makan pil hormon yang merbahaya dan tidak berkesan.
Dan terakhir, wanita yang mempunyai saiz payudara yang besar akan lebih berisiko mempunyai masalah sakit tengkuk, belakang dan bahu berbanding mereka yang berpayudara kecil. Maka bersyukurlah dengan kurniaan semulajadi.
Masalah perut bayi kembung dan sering kentut, ada kalanya boleh mendatangkan kerisauan di hati ibu. Jom fahami punca bayi kembung perut dan cara mengatasinya yang dikongsi oleh hello doktor ini.
Perut bayi kembung dan sering kentut
Secara purata seorang bayi akan mengeluarkan gas antara 13 hingga 21 kali setiap hari. Punca bayi kembung perut sering disebabkan masalah angin dan biasanya ia tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan khas.
Gas atau berangin perkara normal untuk terjadi pada bayi usia 1 hingga 4 bulan. Keadaan ini disebabkan oleh sistem pencernaannya yang masih dalam proses perkembangan.
Banyak perkara boleh mengakibatkan bayi mengalami perut berangin. Bayi akan menelan udara ketika menangis, menghisap puting dan menyusu – sama ada terus daripada payudara ibu atau botol susu.
Perut si kecil juga boleh menjadi berangin kerana menelan udara berlebihan apabila berada dalam posisi penyusuan yang salah, menyusu terlalu banyak atau mengalami sembelit.
Bayi baru lahir juga mungkin mempunyai alahan atau intoleransi terhadap bahan dalam susu formula atau susu ibu yang mengakibatkan perut berangin.
Makanan turut jadi punca bayi kembung perut
Bagi ibu menyusu, sesetengah makanan yang anda makan turut menjadi punca bayi mengalami kembung.
Contoh makanan seperti:
Tip membantu masalah bayi kembung
Ibu boleh mencuba petua berikut bagi membantu melegakan keadaan perut bayi kembung dan sering kentut:
1. Tukar peralatan penyusuan bantu atasi punca bayi kembung perut
Jika perut bayi menjadi berangin disebabkan penyusuan botol, cubalah pelbagai jenis puting susu dan kombinasi botol.
Puting lembut, berkontur di sepanjang bibir dan mulut bayi dapat membantu mengelakkan aliran udara berlebihan semasa bayi menyusu. Pastikan juga aliran susu yang mengalir adalah perlahan untuk membolehkan bayi mempunyai cukup masa menyusu tanpa menghisap susu secara berlebihan.
Masa menyusu terbaik adalah antara 20 minit hingga 1 jam. Jika si kecil menghabiskan susu dalam tempoh 5 minit, bermakna mereka menghisap dengan cepat dan menelan udara berlebihan.
2. Posisi penyusuan
Semasa menyusu badan atau susu formula, kedudukan penyusuan juga memainkan peranan penting atau ia boleh menjadi punca bayi kembung perut.
Penting untuk memastikan kedudukan kepala si manja lebih tinggi berbanding perut mereka. Kedudukan ini juga membantu susu bergerak ke bahagian bawah perut dan menolak udara ke atas yang membolehkan si manja bersendawa.
3. Sendawakan si manja atasi punca bayi kembung perut lepas menyusu
Salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan gas yang terperangkap dalam perut bayi adalah dengan membedung si manja semasa menyusu dan selepas penyusuan.
Selain itu, sebaiknya tunggu bayi berehat semasa menyusu sebelum cuba menyendawakan mereka. Jika tidak mereka mungkin akan meragam, menangis dan akhirnya menelan lebih banyak udara.
Gunakan posisi sendawa yang paling selesa bagi mereka. Melakukan urutan juga dapat membantu menghilangkan gas pada bayi anda.
Posisi sendawa bantu atasi punca bayi kembung perut
Antara kaedah melegakan perut si manja berangin adalah dengan mencuba cara menyendawakan bayi.
Menyendawakan bayi akan dapat membantu membuang sebahagian udara yang ditelan bayi semasa menyusu.
Di bahu
Ibu duduk dalam keadaan tegak dan pegang bayi ke dada. Sandarkan dagu si manja pada bahu dan pastikan anda memberikan sokongan pada bahagian punggung bayi dengan tangan. Tepuk perlahan bahagian belakang bayi menggunakan sebelah lagi tangan.
Baring di paha
Untuk mencuba posisi ini bagi mengatasi punca bayi kembung perut adalah dengan membaringkan bayi secara meniarap pada pangkuan paha. Angkatkan sedikit bahagian dada si kecil dan berikan sokongan menggunakan tangan anda. Pastikan anda memegang si manja dengan selamat.
Dengan sebelah tangan yang lain, lakukan gosokan atau tepuk secara perlahan belakang badan bayi sehingga mereka bersendawa.
Duduk
Pegang bayi seperti mendudukkan mereka di atas pangkuan anda. Bongkokkan sedikit tubuh bayi ke hadapan. Gunakan tangan untuk memberikan sokongan pada kepala dan dada. Sebelah yang lain pula, lakukan tepukan atau gosokan perlahan di belakang badan si manja.
4. Pemilihan makanan bersesuaian
Jika bayi sudah mula mengambil makanan pejal, berbincanglah dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan yang boleh menyebabkan gas tambahan.
Sekiranya melakukan penyusuan eksklusif, anda juga perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan turut menyumbang kepada punca bayi kembung perut.
Seandainya bayi minum susu formula, cubalah untuk menukar jenama lain. Jika tidak pasti, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Bersalin waktu PKP ni memang agak mencabar. Banyak SOP yang perlu dipatuhi supaya ibu dan bayi yang bakal lahir selamat dari jangkitan Covid-19. Ibu-ibu yang bakal bersalin bukan hanya perlu bersedia dari segi fizikal, tetapi mental juga harus kuat kerana jika bersalin di hospital awam suami tidak dapat menemani isteri.
Puan Haslinda berkongsi pengalaman dari mula masuk ke hospital untuk bersalin hinggalah dibenarkan pulang ke rumah. Semuanya harus dilakukan sendiri. Persiapkan mental agar ibu-ibu bakal bersalin kuat situasi ini.
Bersalin di hospital kerajaan musim pkp 3.0 19/5/2021
Pastikan sebelum check in hospital minta ampun siap-siap dengan suami sebab lepas register suami tidak dibenarkan jumpa isteri. Barang dihantar ke security guard sahaja
Register pukul 8pagi pukul 6petang baru dipanggil masuk ward sebab katil penuh ye puan-puan, sementara tunggu katil berlegar-legar seperti dalam gambar tu
Setelah dapat katil swab test dilakukan bagi ibu-ibu yang bakal bersalin secara elective cezer result keluar setelah 4jam jangan risau tak sakit pun dia cucuk kat hidung je.
Dah bersalin nurse akan call suami naik ward untuk azan dan ambil uri diberi masa 10minit sahaja, saya dibius penuh disebabkan ada masalah kesihatan lain maka packing baju baby siap seperti dalam gambar sangat membantu nurse sebab saya tak sedar apabila sedar pun masih tak mampu uruskan baby masih ada ibu-ibu yg lain membantu ambilkan barang.
Setelah 2hari doktor pantau diberi balik pukul 8pagi kol 10malam baru selesai urusan keluar ward dan baby
Musim pkp terlalu ramai ibu bersalin jadi persediaan mental sangat penting kita kaum ibu diberi power yang luar biasa jangan takot suami tak ada disisi melainkan puan2 ada duit extra dan tiada masalah kesihatan boleh ke hospital private mungkin lebih selesa.
Semoga bermanfaat kepada orang lain yang bakal menyambut orang baru musim pkp ni.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!