Kehamilan

Alhamdulillah Baby Isabella Kuat. Sarat Hamil 8 Bulan Nourul Terjatuh Pula Dalam Tandas

Share

Penyanyi Nourul Wahab berkongsi yang dia terjatuh ketika berada dalam tandas berikutan leka dan terlalu banyak berfikir.

Bagaimanapun, Nourul bersyukur kandungannya yang kini berusia 8 bulan selamat dan dan berada dalam keadaan baik.

“Fikir macam-macam sampaikan tak fokus.” Lepas tu jatuh dalam tandas. Alhamdulillah bayi saya tak ada apa.

“Syukur alhamdulillah semuanya okey. Dah buat pemeriksaan doktor, baby kuat. Syukur taka da apa yang berlaku,” katanya menerusi instastorynya.

Sebelum ini Nourul juga pernah jatuh ketika dia cuba menghentikan anak lelakinya, Rahphael Depp yang sedang bergerak laju bermain ski Disember lalu.

Sumber: ig Nourul Depp

IKLAN