Baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah selepas selamat melahirkan bayi keduanya pada Ahad lalu, bayi kepada pelakon Faye Kusairi terpaksa dimasukkan kembali ke hospital kerana mengalami masalah jaundis atau demam kuning.
Faye berkongsi kisah itu menerusi instagramnya semalam. Kata Faye menerusi entri tu, bayinya mengalami kesukaran untuk diletakkan di bawah cahaya biru itu.
Menerusi entri itu, Faye berkongsi sebuah foto bayinya yang diletakkan di bilik dengan cahaya biru dikenakan padanya untuk mengurangkan jaundis.
” Selepas dua hari pulang ke rumah, anak saya kembali dimasukkan ke hospital kerana demam kuning.
“Susah untuk letak dia di bawah cahaya biru sebab dia tak mahu tidur dengan badannya dibedung dengan kain.
Ads
“Jadi kami tidur bersama di atas katil dan berkongsi cahaya biru di bilik yang sama. Alhamdulillah..kami kuat bersama,” katanya berkongsi.
Kata Faye lagi, untungnya kerana ketika berpantang dia dibantu suaminya.
“Ayah (suami) pun ada tolong mommy yang sedang berpantang. Teamworks is golden!,” kongsinya lagi.
Ads
Faye memohon doa dari semua agar anak keduanya itu cepat sembuh daripada masalah kuningnya dan dibenarkan keluar hospital segera.
” Doakan baby girl kami cepat sembuh dari jaundice ni ya. Abang Alif ada bersama Atok Yan & Ann kat rumah. Syukur Alhamdulillah. I have such wonderful backbone and people sending love from everywhere. I thank you in advanced.
Positive thinking brings positive results. Kami tetap bersyukur dengan dugaan yang melanda. Semoga الله SWT kekalkan semangat kami dan memberi hikmah atas dugaan kami. Aamiin,” katanya lagi.
Bolehkah bayi minum teh chamomile, ini info mama dan papa mesti tahu. Teh chamomile telah lama dikenali kerana khasiatnya yang menenangkan. Secawan teh chamomile dapat membantu tidur lebih nyenyak dan tenang.
Persoalannya, adakah teh ini selamat diminum oleh bayi? Berikut adalah maklumat mengenai manfaat dan kesan sampingan teh chamomile untuk bayi yang dipetik dari Healthline:
Mengubati Kolik
Kolik berlaku apabila bayi menangis atau meragam secara berterusan. Kolik sering dikaitkan dengan masalah pencernaan. Teh chamomile dapat membantu pencernaan dan menenangkan perut bayi yang mengalami kolik. Dalam sebuah kajian pada tahun 1993, 68 bayi dengan kolik diberikan teh chamomile selama tujuh hari dan hasilnya kolik berkurang pada 57 peratus bayi.
Meningkatkan Kualiti Tidur
Teh chamomile mempunyai keupayaan untuk merelakskan saraf tubuh, yang bukan sahaja meredakan kecemasan tetapi juga menimbulkan kesan mengantuk. Memberi teh chamomile kepada bayi sebelum tidur dapat membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak.
Meredakan Sembelit
Teh chamomile dapat meningkatkan hidrasi dalam saluran usus, memudahkan bayi untuk buang air besar. Selain itu, teh chamomile juga dapat membantu mengatasi sembelit pada bayi.
Berapa Banyak Teh Chamomile yang Boleh Diminum oleh Bayi?
Beberapa kajian mendapati bahawa teh chamomile dapat membantu mengubati sakit perut dan cirit-birit pada bayi. Namun, meskipun teh chamomile dalam jumlah kecil (satu atau dua ons) mungkin selamat untuk bayi, adalah lebih baik untuk merujuk kepada doktor anak terlebih dahulu.
Untuk menyediakan teh chamomile untuk bayi, rebus air dan rendamkan uncang teh selama kira-kira 10 minit. Biarkan ia sejuk hingga mencapai suhu bilik.
Teh chamomile tidak disarankan untuk bayi di bawah usia enam bulan. American Academy of Pediatrics menyarankan penyusuan eksklusif dengan susu ibu untuk bayi selama enam bulan pertama. Mama boleh memperkenalkan teh chamomile apabila bayi mula mengambil cecair lain selain susu ibu, iaitu selepas usia enam bulan.
Meskipun teh chamomile umumnya selamat untuk bayi, ada kemungkinan bayi mengalami reaksi alahan. Tanda-tanda reaksi alahan termasuk:
Gatal di sekitar bibir dan lidah
Pembengkakan wajah
Cirit-birit
Mual
Kelesuan
Reaksi parah boleh menyebabkan kejutan anafilaksis dan kesukaran bernafas
Jika bayi mama mempunyai alahan terhadap tumbuhan seperti ragweed, krisan, marigold, atau aster, jangan beri mereka teh chamomile. Sentiasa bertanyakan kepada doktor anak mengenai teh chamomile sebelum memberikannya kepada bayi.
6 langkah penjagaan bayi baru lahir mesti dibiasakan, baru boleh elak pelbagai masalah. Anda juga boleh tersenyum melalui minggu-minggu pertama bergelar mama dan papa da menikmati indah bersama si kecil.
Langkah penjagaan in wajib diketahui. Cara betul penjagaan bayi baru lahir terutama sekali yang bakal menyambut cahaya mata pertama perlu dititikberatkan. ia memang aan menyebabkan rasa kekok pada awalnya, tapi mama papa jangan bimbang lama-kelamaan akan terbiasa.
Penjagaan bayi yang baru lahir bukan sesuatu yang mudah kerana badannya masih kecil, kulit yang sensitif, risiko mengalami perut kembung dan tangisannya yang membuatkan anda cemas.
Jangan risau mama papa, ikuti enam panduan asas penjagaan bayi ini. Keenam-enamnya mesti anda tahu untuk memastikan bayi anda membesar dengan sihat, segar dan selamat.
#1. MEMEGANG BAYI BARU LAHIR
-Sentiasa menyokong bahagian bahu dan kepala bayi.
-Pegang kepala bayi apabila anda mendukungnya dan sokong kepala apabila hendak mengangkat atau membaringkannya.
–Jangan goncang bayi walaupun sedang bermain dan menangis. Jika terlalu kuat akan mengakibatkan Sindrom Goncang Bayi (Shaken Baby Syndrom) iaitu pendarahan dalam otak dan risiko kematian. Jika mahu mengejutkan bayi, jangan goncangkan badannya, sebaliknya sentuh perlahan bahagian mulut dan bukakan bedungnya supaya dia tersedar dari tidur.
#2. SENTUHAN
-Sentuhan adalah aspek penjagaan untuk bayi yang amat penting untuk satu jam pertama dan selepas kelahirannya. Sentuhan ini mampu memberi kesan emosi yang menenangkan bayi anda.
-Mulakan sentuhan dengan memegang tangan, mengusap badannya dan kepalanya. Biar dalam dakapan anda bagi menggalakkan sentuhan kulit ke kulit.
-Kajian mendapati sentuhan secara urutan membantu bayi membesar. Dapatkan panduan cara urutan yang betul untuk bayi kerana kulit sensitif dan tulang bayi masih tidak kuat seperti orang dewasa.
Bayi selalunya menangis disebabkan lapar, lampin basah, mengantuk, kembung perut dan memberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya (seperti merasa sakit atau kerana tidak sihat). mereka juga menangis hanya kerana ingin dipegang, didukung, dibelai atau diberi perhatian.
#3. MEMAKAI LAMPIN
-Apa jua pilihan sama ada menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden, pastikan ia sesuai dengan kulit bayi.
-Semasa memakai lampin anda perlukan perkara seperti berikut:
Jika ruam lampin berlaku, ia biasanya terdapat kesan merah pada bahagian kulit bayi. Jadi mandi menggunakan air suam, sapu dengan sedikit krim anti ruam dan kerapkan menukar lampin. Pastikan juga punggungnya sentiasa kering.
#4. MEMANDIKAN BAYI
-Bagi bayi yang baru lahir, cukup memandikan bayi dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Ketika memandikan bayi pastikan udara bilik tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
-Tanggalkan baju dan lampin, kemudian lap muka bayi dan bersihkan hidung dan telinganya. Seterusnya cuci bahagian badannya terlebih dahulu kemudian barulah beralih kepada kepalanya dengan air bersih. Jika perlu, gunakan syampu bayi.
– Gunakan kapas bagi membersihkan bahagian yang berlipat seperti belakang telinga, bawah ketiak, keliling leher, betis, tangan dan bahagian sulitnya.
-Bagi bayi baru lahir yang masih belum tanggal tali pusat, sapu bahagian itu menggunakan sedikit cecair pembersih alkohol setiap kali menukar lampin atau selepas mandi sehinggalah tali pusat gugur dengan sendirinya.
#5. MENYUSUKAN DAN SENDAWAKAN BAYI
-Penyusuan susu ibu amat penting untuk bayi membesar dengan sihat. Secara umumnya bayi akan menunjukkan reaksi menangis, memasukkan jari dalam mulut atau membuat bising jika lapar.
-Bayi baru lahir akan menyusu susu ibu setiap dua atau tiga jam sekali dengan jangka masa 10 hingga 20 minit untuk setiap kali penyusuan.
–Selepas menyusu bayi perlu disendawakan untuk mengelakkan perut kembung. Ini kerana bayi yang menyusu akan membawa bersama udara ke dalam badannya yang membuatkan bayi berasa tidak selesa. Jadi selepas penyusuan, sendawakan bayi anda.
#6. MENIDURKAN BAYI
-Tempoh masa tidur bagi bayi yang baru lahir ialah sehingga 16 jam sehari atau lebih. Bayi yang lahir biasanya akan tidur tiga hingga empat dalam satu masa. Jika bayi tidak tersedar dalam tempoh itu, bangunkan bayi untuk menyusu. Ia untuk mengelak perut bayi masuk angin.
-Semasa tidur terutama waktu malam, alihkan posisi kepala bayi iaitu mula ke kanan , kemudian ke kiri dan seterusnya. Ia untuk mengelak kepala bayi leper sebelah.
-Semasa bayi tidur, sentiasa periksa keadaannya untuk memastikan bayi tidur dalam keadaan selamat. Ia juga untuk mengelak risiko sindrom kematian mengejut.
-Jika bayi baru habis menyusu, masih belum sendawa dan terus tertidur, jangan tinggalkan bayi terus tidur sendirian. Tunggu seketika kerana bayi mungkin berisiko memuntahkan susu kembali.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersalin waktu PKP ni memang agak mencabar. Banyak SOP yang perlu dipatuhi supaya ibu dan bayi yang bakal lahir selamat dari jangkitan Covid-19. Ibu-ibu yang bakal bersalin bukan hanya perlu bersedia dari segi fizikal, tetapi mental juga harus kuat kerana jika bersalin di hospital awam suami tidak dapat menemani isteri.
Puan Haslinda berkongsi pengalaman dari mula masuk ke hospital untuk bersalin hinggalah dibenarkan pulang ke rumah. Semuanya harus dilakukan sendiri. Persiapkan mental agar ibu-ibu bakal bersalin kuat situasi ini.
Bersalin di hospital kerajaan musim pkp 3.0 19/5/2021
Pastikan sebelum check in hospital minta ampun siap-siap dengan suami sebab lepas register suami tidak dibenarkan jumpa isteri. Barang dihantar ke security guard sahaja
Register pukul 8pagi pukul 6petang baru dipanggil masuk ward sebab katil penuh ye puan-puan, sementara tunggu katil berlegar-legar seperti dalam gambar tu
Setelah dapat katil swab test dilakukan bagi ibu-ibu yang bakal bersalin secara elective cezer result keluar setelah 4jam jangan risau tak sakit pun dia cucuk kat hidung je.
Dah bersalin nurse akan call suami naik ward untuk azan dan ambil uri diberi masa 10minit sahaja, saya dibius penuh disebabkan ada masalah kesihatan lain maka packing baju baby siap seperti dalam gambar sangat membantu nurse sebab saya tak sedar apabila sedar pun masih tak mampu uruskan baby masih ada ibu-ibu yg lain membantu ambilkan barang.
Setelah 2hari doktor pantau diberi balik pukul 8pagi kol 10malam baru selesai urusan keluar ward dan baby
Musim pkp terlalu ramai ibu bersalin jadi persediaan mental sangat penting kita kaum ibu diberi power yang luar biasa jangan takot suami tak ada disisi melainkan puan2 ada duit extra dan tiada masalah kesihatan boleh ke hospital private mungkin lebih selesa.
Semoga bermanfaat kepada orang lain yang bakal menyambut orang baru musim pkp ni.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.