Alhamdulillah Lepas Ni Dah Tak Sakit. Icha Selamat Dibedah Buang Cecair Di Leher

Share

“Syukur alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Akhirnya pembedahan membuang cecair yang menyebabkan leher Nur Falisya Mardina Fahme Ridzuan yang membesar sebelum ini diharapkan tidak lagi menganggu aktiviti harian.

Menurut ibunya Nur Atekah, Icha (nama manja) selamat menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuang cecair yang menyebabkan leher anaknya itu membesar pada petang Rabu.

“Keadaan Icha nampaknya stabil dan anak kesayangan kami tidak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana pernafasannya dalam keadaan baik.

“Icha mula dibedah 10 pagi dan selepas itu dia berada dalam keadaan baik namun masih separuh sedar dan batuk serta muntah-muntah kerana kesan bius.

“Sebaik sedar dia memanggil ‘ayah dan ibu’ serta mengadu sakit dan menangis minta dibuka tiub pada lehernya.

ARTIKEL BERKAITAN [Setiap Hari Cakap “Ibu..Sakit. Leher Anak Makin Membengkak. Makan & Nafas Susah]

“Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan serta menyumbang untuk Icha dan berkat doa ramai semuanya dipermudahkan,” katanya.

Sebelum ini Icha dikesan menghidap penyakit cystic hygroma iaitu gejala abnormal yang terjadi pada leher atau kepala bayi ketika berusia 21 bulan.

Fokus kesihatan Icha

Berkongsi perkembangan terbaru Icha selepas dibedah, Icha kini dalam pemantauan rapi doktor dan fokus kami sekarang mahu Icha pulih sepenuhnya.

Katanya, dia bersyukur pembedahan itu berjalan lancar dan pasukan perubatan dapat membuang semua cecair di leher anaknya itu.

Sebelum ini media melaporkan, leher kiri Icha membesar dan mengandungi cecair atau air bisa dalam badan yang sepatutnya keluar melalui najis namun sebaliknya berkumpul di leher.

Sumber: Harian Metro

 

IKLAN