“Tolak ke LB pukul 245.. jam334pm keluarlah aizamjr..heheee, alhamdulillah..”
“Now baby dekat nursery dan bonda habis tenaga dah. Hampir Giveup”
Ads
Intan turut mengucapkan terima kasih diatas doa ramai dan dia turut mendoakan kelancaran kelahiran buat ibu-ibu yang bakal bersalin.
“Terima kasih yang mendoakan bonda… dan bonda doakan untuk ibu-ibu yang menunggu hari untuk melahirkan semoga dipermudahkan semuanya..”
Tambahnya lagi, dia berpuas hati dengan layan yang diterima di hospital berkenaan walaupun keputusan untuk bersalin di situ di buat saat akhir.
“Special thanks to Dr Jamaliah dan nurse-nurse .. sangat-sangat puas hati walaupun decide last minute untuk bersalin kat sini..comfortable hospital.. caring nursing dan experienced doctor… tqsm”
Ads
Setakat ini Intan hanya mendedahkan huruf ‘A’ sebagai ‘hint’ untuk nama putera ketiganya itu. Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah diatas kelahiran Baby A.
Untuk rekod, baby A adalah anak pertama untuk perkahwinan kedua Intan bersama suami, Aizam. Sebelum ini Intan pernah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Ude Wahid dan dikurniakan 2 cahaya mata lelaki, Arish Muqri serta Ariq Muqri sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada Mac 2018 lalu.
Isteri kepada pengarah filem, Aziz M. Osman, Puteri Lily Lokman meluahkan rasa syukur selepas kelahiran anak lelakinya pada 31 Ogos lalu pada tarikh keramat untuk rakyat Malaysia.
Dia menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata kedua sudah lama diimpikan selepas melahirkan anak pertamanya, Ara Aziz enam tahun lalu.
Puteri Lily berkata, dia juga pernah berdoa untuk menimang cahaya mata kedua mereka ketika berada di tanah suci Mekah tahun lalu.
“Salah satu dari beribu doaku (di tanah suci Mekah), supaya dikurniakan ku zuriat kerana kasihan tengok Ara dekat rumah selalu cakap seorang diri,” katanya seolah-olah bergurau.
Selain itu Lily cukup berterima kasih dan bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan dan dikurniakan seorang bayi lelaki.
Ramai ibu-ibu akan buat persiapan awal menjelang kelahiran anak. Siap barang keperluan anak. Siap barang keperluan ibu. Dah plan nak ke hospital mana.
Dah plan anak-anak yang lain siapa nak jaga. Banyak persiapan yang kita dah rangka sebelum anak lahir.
Ada satu lagi persiapan, yang kita perlu juga titikberatkan, iaitu persiapan kesihatan ibu menjelang kelahiran bayi.
1. Tidur yang berkualiti. Tidur awal, kalau dapat sebelum jam 10 malam, itu lebih baik.
2. Rehat yang cukup. Tidak bebankan diri dengan aktiviti yang boleh buat ibu letih melampau.
3. Banyakkan bergerak. Ia dapat bantu proses kelahiran dengan lebih mudah, insyaAllah. Training untuk ibu supaya stamina tinggi untuk proses kelahiran.
4. Banyakkan makanan yang sihat dan bernutrisi. Patut diamalkan sejak hari pertama kita tahu adanya janin dalam kandungan. Fikirkan badan kita seolah seperti sebuah kilang. Jika kita mahu keluarkan produk yang berkualiti, maka kita perlu letakkan bahan-bahan yang berkualiti juga di dalamnya.
5. Elakkan makanan tinggi proses, yang mana boleh bawa keradangan pada badan. Radang tinggi, mudah pula untuk ibu jatuh sakit. Kita nak lahirkan baby baru dalam keadaan sihat dan segarkan.
Maintain sihat terutama di ambang kelahiran, sangat penting supaya proses kelahiran dapat berjalan dengan lancar. Supaya badan ibu tidak stress, dan dapat lahirkan anak dalam keadaan yang baik. Insya-Allah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika anda memegang bayi, pasti anda akan mencium bau wangi bayi baru lahir. Bayi bau wangi yang selalu orang katakan sebagai ‘bau syurga ini’ sebenarnya datang dari mana?
Pasti anda ingin tahu bukan apakah fungsi bau ini dari segi sains? Jom, ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.
Bayi bau wangi eratkan hubungan ibu dan anak
Ibu dan bayi mempunyai satu hubungan istimewa yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Bermula daripada saat ibu tahu tentang kehamilan, sehinggalah tibanya saat kelahiran, ibu telah melalui pelbagai kesusahan dan rintangan demi seorang insan yang bernama anak.
Menurut kajian, bayi yang baru lahir amat tertarik dengan bau ibunya. Perkara yang sama juga berlaku kepada si ibu.
Mengapa bayi bau wangi?
Penjagaan bayi merupakan sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Amatlah memenatkan untuk menjaga bayi yang sering muntah, buang air, menangis dan juga perlu dipantau 24 jam sehari.
Bayi yang baru lahir tidak dapat menjaga dirinya sendiri. Oleh itu, bayi perlukan ibunya di sisi.
Sebab itulah, bayi mempunyai ‘bau’ wangi pada badannya. Menurut pakar, bau ini merupakan satu ciri evolusi yang memainkan peranan penting untuk memastikan bayi selamat dan terus hidup.
Selain itu, mekanisma bau ini sebenarnya berfungsi secara dua hala. Bukan sahaja bayi, malah ibu juga dapat rasa lebih tenang dan kurang tertekan ketika mencium bayi.
Ketika ibu menghidu bau wangi daripada badan bayi, otak ibu akan menerima hormon dopamine, sejenis hormon yang sering dikaitkan dengan rasa gembira.
Hormon yang sama jugalah yang membuatkan kita rasa gembira ketika makan makanan yang diingini ataupun rasa puas ketika menerima sesuatu ganjaran.
Hidu bayi bau wangi secara tidak langsung dapat memberikan ibu satu rasa istimewa yang dapat membantu mengukuhkan hubungan antara ibu dan bayi.
Malah, hormon ini jugalah yang menyebabkan ibu tidak senang meninggalkan bayi seorang diri!
Ibu juga seperti mengendahkan rasa penat yang dialami ketika menjaga bayi disebabkan keinginan mereka untuk menjaga dan juga melindungi bayi tersebut.
Bayi boleh kenal pasti ibu yang baru melahirkan anak
Menurut kajian, bayi baru lahir juga dapat mengenal pasti bau ibu yang baru melahirkan anak!
Usai kajian dijalankan, mereka mendapati bahawa bayi akan lebih tenang dan kurang menangis jika berada dekat dengan ibu mereka ataupun mana-mana ibu yang baru melahirkan anak.
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti betapa pentingnya kehadiran ibu di sisi bayi lebih-lebih lagi jika bayi terpaksa tinggal di hospital.
Seramai 44 bayi yang baru lahir telah turut serta dalam kajian ini. Semasa bayi menangis, bayi telah diletakkan berdekatan dengan gaun hospital yang mempunyai bau ibu yang baru bersalin.
Bayi yang sedang menangis berhenti menangis hampir serta-merta selepas diberikan gaun hospital yang mempunyai bau ibu.
Apa yang menarik, bayi tetap akan berhenti menangis tidak kiralah jika bau tersebut bukan milik ibunya. Samalah juga ketika bayi ingin tidur, bayi tidur lebih mudah di samping bau ibu.
Namun, jika bayi diberikan gaun hospital yang terdapat bau ibunya, bayi akan menggerak-gerakkan mulut tanda ingin minum susu.
Ini membuktikan bahawa bayi dapat mengenali bau spesifik milik ibunya walaupun baru berusia beberapa bulan! Menarik bukan!
Ibu juga lebih tenang
Sebuah kajian telah dijalankan di Clinical Neuroscience, Karolinska Institutet di Stockholm untuk mengenal pasti sama ada bau bayi boleh digunakan untuk merawat depresi dalam kalangan wanita.
30 orang wanita telah diberikan topi kecil yang telah dipakai oleh bayi yang baru lahir.
Semasa mereka mencium bau topi tersebut, saintis pada masa yang sama bertindak mengkaji gelombang otak mereka menggunakan sejenis kamera magnetik.
Mereka mendapati bahawa bau daripada bayi merangsang kawasan yang sama seperti ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental.
Walaupun bayi bau wangi seperti dapat kurangkan stres dalam diri ibu, kompaun yang bertanggungjawab untuk melegakan depresi itu masih belum dapat dikenal pasti.
Tapi dari mana datangnya bau yang menyenangkan ini?
Selain bau bedak bayi, losyen dan juga tisu basah yang anda gunakan ke atas bayi, si manja mempunyai bau wangi yang membuatkan kita rasa ‘macam nak gigit’!
Sebuah lagi teori mengaitkan bau ini dengan bau vernix caseosa – sejenis cairan berwarna putih yang melitupi badan bayi ketika lahir.
Walaupun bahan tersebut dibasuh selepas kelahiran, baunya masih lagi ‘melekat’ pada badan bayi.
Walau bagaimanapun, ini kekal teori semata-mata kerana tidak ada kajian yang dapat membuktikan bahawa vernix caseosa membuatkan bayi berbau wangi.
Namun, lama-kelamaan bayi bau wangi akan hilang seiiring dengan peredaran masa.
Tetapi, ibu akan tetap mengingati bayi bau wangi dan tetap menganggapnya sebagai salah satu bau paling wangi dan indah yang pernah mereka hidu sepanjang hayat mereka.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.