Anak-anak lelaki cenderung untuk mengalami masalah dengan penis mereka. Tidak terkecuali adalah masalah ‘Buried Penis’ atau ‘hidden penis. Dan anak yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti paling berisiko mengalami masalah ini. Mama papa jangan ambil mudah.

Menurut Dr Syariz Izry Sehat, Pakar Bedah Kanak-Kanak dari Hospital Pakar An Nur, Bandar Baru Bangi, bawalah berjumpa dengan doktor pakar terdekat sebelum mengkhatankan anak obesiti. Salah, buruk padahnya.

Kemaluan Anak Tenggelam


Masalah ‘buried penis’ atau juga dikenali sebagai ‘concealed’ atau ‘hidden penis’ adalah masalah yang berlaku apabila kemaluan anak lelaki didapati dalam keadaan tenggelam di kawasan ari-ari. Keadaan ini kerap berlaku buat anak yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan obes.

Mengikut data kajian demografik tahun 2006, sekitar 19% kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun mempunyai berat berlebihan dan obes. Peratusan ini meningkat kepada 30% menurut statistik tahun 2017. Dengan peningkatan peratusan ini, maka kes kanak-kanak yang mengalami masalah ‘buried penis’ turut bertambah.

Masalah “Buried Penis”, Tak Boleh Sembarangan, Anak Obes Perlukan Doktor Pakar Sebelum Berkhatan!

 

Sebahagian kes terpencil kes ’buried penis‘ berlaku walaupun kanak-kanak tidak mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Kes sebegini adalah disebabkan oleh taburan lemak yang tidak normal di kawasan genital.

Jika anak belum dikhatankan, kebiasaannya ‘buried penis’ boleh menyukarkan anak untuk membuang air kecil secara berdiri atau duduk. Kawasan kemaluan juga berpotensi untuk mendapat jangkitan kuman kerana kawasan tersebut lebih sukar untuk dibersihkan. Sekiranya masalah ‘buried penis’ kekal sehingga dewasa, hubungan kelamin boleh terjejas kerana buried penis boleh menghalang ereksi serta penetrasi terhadap pasangan.

Ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga jaga sekiranya ingin mengkhatankan anak anak yang bertubuh gempal. Bawalah berjumpa dengan doktor pakar terdekat untuk pemeriksaan. Kesilapan melakukan khatan secara biasa untuk anak anak boleh membawa kesan jangka masa panjang yang kekal.

Masalah “Buried Penis”, Tak Boleh Sembarangan, Anak Obes Perlukan Doktor Pakar Sebelum Berkhatan!

Situasi yang digambarkan ini boleh menjelaskan keadaan sebenar anak. Anak sebelum berkhatan tidak akan mengalami masalah untuk membuang air kecil tetapi setelah berkhatan, anak anak akan mengalami masalah yang besar untuk membuang air kecil. Ini terjadi kerana keadaan zakar anak sentiasa terselindung di dalam lapisan lemak dan sudah tidak mempunyai saluran kulit untuk mengalirkan air kencing. Justeru anak perlu menekan tepi kemaluan sendiri untuk ‘mengeluarkan’ zakar mereka setiap kali ingin membuang air kecil.

Keadaan yang sama akan berlaku ketika anak mengalami ereksi. Zakar berkemungkinan masih tenggelam di dalam kawasan lemak jika khatan tidak dilakukan khusus utk masalah ini.

Masalah “Buried Penis”, Tak Boleh Sembarangan, Anak Obes Perlukan Doktor Pakar Sebelum Berkhatan!

Apa parents perlu buat?


  • Sekiranya anak anak masih berpeluang untuk menurunkan berat badan mereka, berilah masa untuk mereka menurunkan berat badan mereka.
  • Penurunan berat membantu mengurangkan ketebalan lemak di kawasan ari ari yang melitupi kemaluan anak. Ini secara tidak langsung boleh menyebabkan zakar kelihatan terkeluar dan semakin normal.
  • Penurunan berat badan juga membantu mengurangkan risiko penyakit kronik awal seperti Type II Diabetes buat anak anda.
  • Sekiranya berat badan gagal diturunkan dan masalah buried penis tetap kekal, maka kaedah khatan yang khusus perlu dibuat kelak.
  • Elakkan menjalani kaedah khatan biasa kerana ia boleh membawa masalah di kemudian hari.
  • Masalah “Buried Penis”, Tak Boleh Sembarangan, Anak Obes Perlukan Doktor Pakar Sebelum Berkhatan!

Penurunan berat badan adalah rawatan terbaik untuk mengembalikan keadaan zakar dari buried penis kepada normal.

Sekiranya pemeriksaan mendapati zakar anak anda telah kembali kepada posisi normal, maka khatan secara biasa boleh dilakukan, tidak kira sama ada kaedah jahitan, clamp atau gam.

Sekiranya masalah buried penis tetap kekal, maka, khatan perlu dilakukan dengan bius penuh. Objektif akhir khatan menjurus kepada membuat zakar anak anda kembali kepada keadaan normal dan tidak tenggelam. Bila keadaan telah kembali normal, maka zakar juga boleh berfungsi secara normal.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI