Didik anak solat bukan mudah. Apa yang dikongsikan Faizal Tahir ini wajar dicontohi.
Apa yang dikongsikan ini boleh menjadi solusi kepada ibu bapa yang sukar untuk menerapkan ibadah ini kepada anak-anak.
Faizal Tahir jarang berkongsi perihal peribadi di Instagram. Semalam beliau telah berkongsi video anaknya, Khalid Al-Walid, 3 tahun. Bapa kepada enam cahaya mata ini telah bersolat manakala Khalid mengikut pergerakan solat di belakangnya walau pun hanya berlampin dan kasut sahaja.
Video itu berkapsyen “Don’t tell them. Show them” mungkin bermaksud tak perlu menyuruh anak solat berulang kali sebaliknya tunjukkan atau solat lah didepan mereka dan lama kelamaan anak akan mengikutnya.
Video ini menerima pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata memuji Khalid dan Faizal serta tidak kurang mengatakan sebak dan tersentuh hati menontonnya.
Dalam kita mendidik anak, ada waktunya kita tak perasaan kita tersalah mendidik malah kita jugalah punca anak jadi makin pelbagai ragam dan sikapnya.
Memberi anak ganjaran atau reward terutama ketika anak tantrum dan menyamuk bukan satu langkah bijak. Penulis keibubapaan, Ahmad Fhais Salim berkongsi tip ini buat panduan semua. Jangan salah langkah.
Tanpa sedar, kita sebenarnya yang galakkan anak berkelakuan buruk! – tantrum – merengek – baling barang – hempas pintu – lawan cakap
Dan macam-macam lagi kelakuan buruk. Kena aware tentang ni.
Sebagai contoh : Anak tunjuk protes, mengamuk, tantrum dan dia baling barang gara-gara dia minta nak main telefon kita tak bagi. Puas slowtalk, semua tak berhasil. Selagi tak dapat telefon selagi tu dia protes.
Sudahnya, kita kerana malas nak panjang cerita dan kadang ada rasa tak sampai tengok anak menangis, kita pun bagi la telefon untuk buat dia diam.
Serius ini la silap paling besar kita. Tanpa sedar sebenarnya kita sedang, REWARD KELAKUAN BURUK !!
Tanpa sedar kita sebenarnya sedang bagitahu anak bahawa bila dia berkelakuan buruk macam tu dia boleh dapat apa sahaja yang dia nak.
Ini bakal jadi penyesalan seumur hidup kita, serius! Sekali dah di buat susah kita nak di putar balik masa. Kena berhenti reward kelakuan buruk dan patut banyakkan reward kelakuan baik dia.
Baru la dia rasa ada MAKNA jika dia buat kelakuan baik. Bila baik dapat reward, bila buruk tak dapat apa-apa. Kena tegas, biar la anak melalak meraung macam mana pun jangan bagi reward, jangan bagi telefon yang di mintanya.
Buat cara ni : Bagitahu anak. “Nak telefon kena ikut apa ibu suruh ni!”
Ada ibu bapa tanpa sedar atau menyedari bahawa mereka sebenarnya pilih kasih pada anak-anak. Anak yang pandai lebih disayangi manakala anak yang kurang pandai selalunya kurang diberi perhatian atau dipandang sebelah mata.
Biarpun anak-anak masih kecil, tetapi mereka juga mempunyai perasaan. Jika dimarahi, tetap akan terasa walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi kecil hati dan sebagainya. Salah satu keadaan di mana ibu ayah mungkin tidak sedar yang kita sebenarnya sedang menyakitkan hati anak-anak adalah apabila kita bersikap pilih kasih.
Adakah kita dibenarkan untuk pilih kasih antara anak-anak? Salah atau tidak jika kita melayan anak secara berat sebelah? Berikut adalah penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus berkaitan hal ini.
Apakah hukumnya ibu bapa yang pilih kasih kepada anak-anaknya? Hukum ibu bapa pilih kasih di antara anak-anak adalah dilarang oleh agama.
Ada pun hati lebih kasih kepada sebahagian anak maka ia tidak termasuk yang dilarang kerana hati manusia tidak boleh untuk menyamakan perasaan kasih kepada semua.
Telah diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. berkata :
Artinya : “Aku berangkat bersama bapaku kepada Rasulullah saw maka kata bapaku : Wahai Rasulullah. Sungguhnya aku telah memberikan pemberian akan Nu’man suatu dari hartaku. Lalu sabdanya : Adakah semua anak-anakmu kamu beri sebagaimana kamu beri kepada Nu’man? Kata bapaku : Tidak. Jawab Rasulullah : Bersaksilah atas ini oleh selainku kemudian berkata : Adakah kamu suka sekiranya semua anak-anakmu sama-sama berbuat baik kepadamu? Jawab bapaku : Ya. Kata Rasulullah : Kalau begitu jangan buat begini.” (Hadith Imam Muslim)
Dan pada riwayat yang lain Rasulullah saw berabda kepada bapa Nu’man :
Maksudnya : “Maka hendaklah kamu takut akan Allah dan hendaklah kamu berlaku adil antara anak-anakmu.”
Menyebut tentang impak sekiranya kita pilih kasih pada anak, mereka mungkin akan mengalami beberapa keadaan ini:
– Kurang keyakinan diri
– Kemurungan
– Cenderung bertindak kasar atau agresif
– Mengalami gangguan pembelajaran
– Berpotensi untuk mempunyai masalah komunikasi dengan orang sekeliling
Selain itu, untuk anak-anak yang terlalu diberi perhatian pula mungkin akan:
– Mengalami masalah dengan adik-beradik yang lain kerana rasa iri hati
– Mudah merasa terkongkong
– Tidak pandai berdikari dan terlebih manja
– Sentiasa memberontak dan tidak pandai untuk bertoleransi dengan orang lain
Sebagai ibu ayah, sebaik-baiknya cubalah mengelak untuk mempunayi sikap pilih kasih ini kerana ia memberi efek yang negatif pada anak-anak. Selain mengganggu proses tumbesaran mereka, keadaan ini akan menyebabkan anak cenderung memberontak dan sentiasa berperangai negatif.
Kita sama-sama buat untuk tahun 2023, Kita buat semampu yang boleh. Kita tak bagi alasan, tapi kita cuba cari jalan untuk buat.
Semua ni kalau kita dapat buat, perlahan-lahan perubahan baik kita akan nampak pada anak.
Terutama dari aspek kesihatan. Yang anak kerap tak sihat tahun 2022, tahun ni kena buat semua 10 tips ni okay!
10 perubahan yang kita kena buat untuk kuatkan imuniti anak.
1. Banyakkan lagi kenalkan anak dengan real food
2. Kurangkan seboleh mungkin makanan tinggi proses
3. Luangkan masa dan tenaga untuk sediakan makanan dari rumah
4. Tukar peralatan dapur yang kurang toksik
5. Guna keperluan diri anak tanpa kimia ganggu hormon
6. Banyakkan air putih dan kurangkan air manis
7. Cari pilihan bahan makanan yang lebih baik
8. Jemur matahari setiap hari
9. Kerap bawa anak main dengan alam dan kurangkan gadjet
10. Tidur yang berkualiti
Kita cuba k.
Semoga dilapangkan rezeki semua ibu ayah untuk sediakan pilihan yang lebih baik buat anak-anak.
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.