Mak ayah mana yang tidak gembira bila mana melihat anaknya dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik. Bagi pelakon, Datin Lisa Surihani, dia meluahkan rasa syukurnya saat melihat anak sulungnya dapat berpuasa penuh pada hari ketiga berpuasa.
Menerusi Instagramnya, Lisa memuat naik sekeping gambar anak sulungnya, Yahaira Leanne yang kini sudah pun berusia tujuh tahun.
Menurut kata Lisa, bukan mudah untuk anak kecilnya itu berpuasa penuh selepas dua hari tewas dan tidak dapat bertahan. Walaupun dihujung waktu berpuasa Yahaira begitu getir namun semuanya dipermudahkan.
“Hari penuh siyam Yong. Cukup sukar pada jam-jam terakhir tetapi dia berjaya mengatasinya.
“Dia sendiri terkejut dan gembira kerana dia telah menunaikan rukun Islam ke-3 buat pertama kali sepenuhnya hari ini, selepas dua setengah hari berlatih. Alhamdulillah,” tulis Lisa berkongsi.
Ads
Dalam pada itu, Yusri turut sama memuat naik gambar Yahaira malah begitu berbangga dengan kejayaan anak sulungnya itu.
“Well done Yong. First full day of puasa. Proud Daddy ❤️,” tulisnya ringkas.
Ads
Dalam pada itu, rata-rata pengikut pasangan ini turut sama meninggalkan pelbagai reaksi malah mengucapkan tahniah buat si comel Yahaira yang kuat meneruskan puasanya.
Tahniah buat si comel Yahaira. Semoga dapat meneruskan puasa hingga ke penghujung Ramadan ini. Inspirasi untuk anak-anak kecil seusianya.
Terdahulu, Lisa dan Yusri mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doktor selebriti, Dr Say atau nama sebenarnya, Dr Shazril berkongsi pendapat tentang urusan rumah tangga yang menjadi perdebatan hangat di laman sosial media miliknya.
Menurutnya, dia banyak melakukan kerja rumah bukan kerana terpaksa namun dia sendiri memahami tanggungjawab sebagai seorang suami yang mana perlu membuat kerja rumah bukan melepaskan semua kerja rumah di bahu isteri.
Ikuti perkongsian beliau.
Harini saya buat Q&A dan terduduk kao kao bila saya dapat soalan sebegini. In fact saya jawab dah soalan ni kat story tapi saya delete sebab saya rasa this question deserve a permanent post. Yang buat saya terduduk ada dua sebab.
Satu, sebab this question came from a woman. Yes ladies & gentleman it came from a wanita (identiti dirahsiakan untuk menjaga aib). Kedua sebab dia guna caps lock. Kira dia macam nak marah “WEY DOC APAHAL KO KEMAS RUMAH? TU KEJE HAKIKI BINI KO LAH” sebab caps lockkan macam orang tengah marah en.
Saya ni bukanlah warak berdahi hitam tapi ilmu agama yang saya dalami tak pernah sebut yang tugas seorang isteri adalah mengemas rumah. In fact mengemas rumah adalah tugas seorang suami menurut islam. Isteri nak tolong, tu semua atas ihsan isteri, BUKAN SATU KEWAJIPAN BUATNYA. Dan bukan isteri saya tak kemas rumah langsung.
In fact dia lah yang kemas hari-hari. Saya ni kemas tang spring/ deep cleaning. Stor, baju-baju, toys-toys lama anak, yang melibatkan pemikiran tuk let go atau tak, haa yang tu yang saya kemas. Lagi satu kemas ni satu terapi untuk saya, bila rumah jadi minimalist lapang rasa otak ni.
Dalam marriage kena ada give and take. Contoh, saya memang cukup susah nak bagi anak makan, bini pulak cukup susah nak angkat lipas mati/cuci outlet sinki yang slimy2. Jadi we complement on areas yang we are lacking. That is how marriage works.
Takde macam “owh anak ko wajib jaga 100%, aku provide duit je untuk ko”. Pandai buat anak, pandai jaga lah. What say u?
Anak anda sudah pandai menipu? Tidak dapat dinafikan memang ada banyak faktor anak menipu. Tahukah ibu bapa bahawa salah satu faktor anak-anak sudah pandai menipu adalah disebabkan hasil sikap ibu bapa sendiri.
Apabila ibu bapa ada sikap suka marahkan anak gila-gila (menjerit, memperkecilkan anak, melabel, menghina, menghempas barang, mengherdik dan mengguna kekerasan fizikal) setiap kali dan setiap masa.
Kajian University of Washington yang di terbitkan dalam Journal Cognitive Development mereka mendapati, anak-anak semuda 15 bulan:
☑️ Boleh mengesan emosi marah bila melihat interaksi sosial orang sekeliling walaupun belum faham nama emosi tersebut ialah ‘marah’ . Mereka menggunakan informasi emosi tersebut sebagai panduan peribadi mereka.
☑️ Berkebolehan menggunakan pelbagai signal emosi dan penglihatan dari sekeliling untuk faham PUNCA kelakuan seseorang.
☑️ Mempunyai fahaman canggih tentang dunia sosial dan reaksi manusia MENDAHULUI kemahiran bercakapnya.
Maksudnya apa? Contohnya begini:
Anda mempunyai sikap suka jerit-jerit dan baling-baling barang bila sedang marah. Anak kecil anda sering melihat anda jerit-jerit dan baling-baling barang bila marahkan abangnya yang seringkali sepah-sepahkan mainan di seluruh rumah. Dia melihat abangnya menangis ketakutan setiap kali dimarahi.
Maka anak kecil anda yang telah menonton perbuatan ini beberapa kali akan faham: jerit-jerit dan baling-baling barang ialah perbuatan emosi marah ➕ sepah-sepahkan mainan itu punca yang buat mak marah ➕ abang menangis ketakutan itu akibat bila kena marah.
Bila anak faham ciri-ciri orang yang sedang marah ➕punca atau perkara yang boleh buat orang jadi marah ➕ akibat bila seseorang marah ➡️ Anak akan cari jalan untuk ‘selamatkan’ dirinya dari situasi tersebut dengan MENGUBAH KELAKUANNYA agar terlepas dari dimarahi.
Anak akan mencari jalan mengelak dari dimarahi antaranya dengan menafikan perbuatan, mengubah cerita kejadian sebenar malah menuduh orang lain sebagai pelaku. Ia menyedihkan kerana anak belajar menipu demi menyelamatkan dirinya dari ibu bapanya sendiri. Tambah menyedihkan jika anak-anak di marahi dua kali ganda teruk bila ibu bapanya mendapat tahu bahawa dia menipu demi menyelamatkan diri.
Hasilnya? Anak belajar menipu dengan yang lebih hebat, seiring masa. Jadi, bagaimana cara untuk buat anak tahu bahawa kita marah atau tidak suka dengan perbuatannya tanpa buat anak rasa teruk tentang dirinya sendiri dalam masa yang sama?
DISIPLINKAN PERBUATAN ANAK, BUKAN EMOSI ANAK.
Dua contoh situasi:
Anda menjumpai cermin mata anda yang telah dipatahkan anak dan disorokkan anak untuk elak dimarahi oleh anda. Dua hal ini pasti akan berlaku:
a. Kecewa dengan perbuatan anak yang menyorokkan cermin mata tersebut sehingga menyusahkan anda mencari sehingga berhari-hari.
b. Kecewa kerana anak takut nak mengaku dan berkata benar kepada anda.
Anda hanya perlu INGAT:
– EMOSI jujur anak TIDAK PATUT di hukum. Yang patut di hukum atau didisiplinkan ialah PERBUATAN salahnya. Maka ,fokus kepada betulkan perbuatannya berbanding menghukum emosinya:
☑️ SAHKAN perasaan takut anak.
☑️ BERITAHU perasaan sebenar anda tentang perbuatan anak menyorokkan cermin mata anda.
Misalnya:
“Mama faham abang tak mengaku sebab abang takut mama marah atau sedih. Tapi bila mama tak jumpa cermin mata mama, mama susah nak buat kerja sebab mata mama tak nampak. Banyak kerja office mama tak dapat siapkan”
Kemudian..Sambung perbincangan kalian tentang bagaimana cara anak boleh berterus-terang kepada anda dengan rasa selamat.
MULAKAN dengan cari punca anak takut nak berterus- terang kepada anda. Misalnya dengan bertanya:
“Abang takut nak bagitahu mama sebab mama suka menjerit ke kalau mama marah?”
Kemudian….➡️➡️➡️➡️ Buat perjanjian 2 hala tentang cara kedua pihak boleh perbaiki keadaan di masa hadapan :
” Mama minta maaf sebab buat abang takut bila marah jerit-jerit. Mama janji mama tak akan marah jerit-jerit kalau abang mengaku silap. Abang pula kena janji kena cakap jujur dengan mama lepas ni, OK?”
Kemudian….➡️➡️➡️➡️Tunjuk akibat (consequences) perbuatan anak dan bimbing anak cara untuk memperbaiki atau bertanggungjawab atas kesilapannya.
Misalnya:
” Sebab kerja mama banyak tak siap dan esok bos mama suruh hantar, so abang kena sama-sama tolong mama ye. Mama tanda kertas, abang pula tolong check kalau ada bahagian yang mama terlupa nak tanda, ok?”
***Pastikan anda pegang janji untuk bertenang bila anak mengaku silapnya di masa hadapan. Usah musnahkan kepercayaan anak dengan tetap berperangai marah gila-gila.
***Ucapkan penghargaan anda kepada keberanian dan kejujuran anak, setiap kali.
***Kesilapan dan kecuaian tak boleh dielakkan, maka bimbing anak tentang cara untuk kurangkan sikap cuainya. Dan, sentiasa sabar tunjuk cara baiki kesilapan-kesilapan barunya di masa hadapan. Ingat, kita juga tak sempurna dan kita juga tidak serba tahu tentang semua perkara.
APA PUN, YANG PENTING:
Marah teruk-teruk atau gila-gila TIDAK ADA NILAI PELAJARAN POSITIF buat anak.
*Anak belajar ‘direct’ dari tingkahlaku anda bahawa cara untuk menggendali rasa marah, sedih dan kecewa itu adalah dengan cara menyakiti orang lain.
*Anak kecil tiada kemahiran menyelaraskan emosi yang baik seperti orang dewasa. Mereka AMAT BERGANTUNG kepada orang dewasa untuk bantu dia melaras emosinya.
Cuba bayangkan jika anda dan rakan-rakan berada di dalam sebuah situasi cemas. Kalian mengharapkan seorang ketua yang dapat mengawal situasi. Tentulah kalian rasa lebih tenang dan fokus bila ada ketua yang tenang berbanding yang jenis menggelabah ayam kan?
Begitulah perumpamaannya anak yang bergantung harap kepada orang dewasa dalam mengawal sesuatu situasi.
Yang rasa puas bila dapat marah gila-gila ini cuma orang dewasa saja. Anak kecil yang di marahi pula tak lebih dari sekadar ‘punching bag’ yang tak dapat apa-apa selain rasa teruk tentang diri sendiri. Ini salah satu bentuk penderaan verbal (lisan): “Emotional abuse happens when a child is repeatedly made to feel worthless, unloved, alone or scared” :kishelpline Australia.
Marah yang terkawal dan penuh sivik itu = satu bentuk pendidikan berkesan. Marah gila-gila ikut emosi itu = satu bentuk penganiayaan.
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASS
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
NOTA: Artikel ini diolah daripada artikel asal Pa & Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Benarlah kata orang, happy wife happy life. Kesan dari isteri yang terlampau penat menjadikan isteri kita murung malah tidak dapat menikmati hidupnya dengan baik.
Bukan hanya isteri bahkan seisi keluarga akan turut merasa kesannya jika orang kuat di rumah ini tidak sihat. Maka biarkanlah isteri berehat sebaiknya. Biar dia ada tenaga yang cukup untuk menjadi penyeri di rumah kita. BroOhsem, Akhtar Syamir turut memberi pesanan buat semua. Take note suami!
Perkara yang sengaja saya lakukan pagi-pagi. Kalau isteri saya belum bangun, saya takkan bising. Saya akan tutupkan langsir supaya bilik jadi lebih gelap.
Saya akan keluar dengan senyap, buatkan sarapan untuk anak sebab diorang memang kaki bangun awal untuk porak perandakan rumah.
Ada masanya saya buat kerja di luar terus kalau ada meeting yang akan ganggu tidur dia. Anak-anak tak dibenarkan ganggu atau masuk bilik.
Dia hanya akan bangun bila dia rasa nak bangun. Bermakna masa tu ialah masa dia sudah puas tidur dan tenaganya di tahap yang maksimum.
Ada kalanya saya siapkan sarapan sekali untuk dia. Lepas selesai semua, saya dapat fokus kerja tanpa gangguan. Dia akan mula buat kerja rumah, uruskan anak, sampailah waktu makan tengahari.
Kalau dalam jam 3 tu saya mengantuk nak rehat sekejap pun tidak akan diganggu sebab anak-anak pun dah buat hal masing-masing dan dia pun dah selesai apa yang dia nak buat.
Jadi, saya dapat rehat dengan cukup dalam sejam dua sebelum sambung bekerja atau buat benda lain.
Begitulah rutin kami setiap hari. Bateri isteri perlu dicas. Isteri perlu rehat secukupnya. Suami pun sama. Bezanya ikut masa dan kesesuaian.
Jika korang tak boleh buat begini waktu pagi, buatlah waktu petang sikit. Bagi masa untuk rehat tanpa gangguan. Kesan dia, satu keluarga akan dapat.
Jangan kita harap isteri buat semua benda tapi kita tak cakna pasal masa rehat dia. Rehat yang tak cukup akan buat dia tertekan, penat, kecewa dan marah.
Kadang-kadang suami pelik kenapa isteri cepat marah. Cuba periksa sama ada dia dapat tidur yang cukup atau tidak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!