Tahniah diucapkan buat pelakon, Eyra Hazali yang selamat melahirkan anak keduanya pada Jumaat lalu.
Semalam, menerusi Instagramnya, Eyra memuat naik sekeping gambar bersama suami dan anak serta meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana proses melahirkan anak lelaki keduanya itu berjalan dengan lancar.
Malah menurut kata Eyra lagi, hero keduanya ini dilahirkan tepat 6.18 petang Jumaat.
“Alhamdulillah syukur.
“Hero kedua kami lahir pada hari Jumaat, 29/4/2022 ,pukul 6.18 petang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan 🤍,” kongsi melalui Instagram.
Ads
Terdahulu beberapa minggu lalu, Eyra terpaksa mendapatkan pemeriksaan lanjut disebabkan bayi di dalam kandungannya tidak bergerak malah mempunyai saiz yang besar.
Dan kini semuanya dipermudahkan selepas kelahiran bayi comel kesayangan semua ini.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut Eyra di Instagram turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi menjelang Syawal ini. Hadiah terbesar yang paling bermakna.
Semoga kelahiran anak kedua ini mencambahkan lagi rasa bahagia buat pasangan ini. Tahniah Eyra dan suami!
Takbir Raya Istimewa Superb Huffaz Pa&Ma dibawakan oleh Pa&Ma, Keluarga & Bintang Kecil. Nantikan pada jam 9.00 malam pada 2 Mei dan 7.00 pagi pada 3 Mei di Facebook Majalah Pa&Ma!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelawak dan pelakon, Achey atau nama sebenarnya Nor Nasir Hamzah berkongsi perkembangan terkini mengenai proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang sedang dijalani oleh isterinya, Nor Hasanah Yahaya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Achey di laman instagramnya, dia berkongsi isterinya telah menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakannya.
“Bismillah bermula dari Ogos dan kini, proses penting telah tiba… memasukkan embrio matang ke tubuh ibunya.
“Mudah-mudahan berjaya, doakan proses ini berjalan dengan baik. Tak mudah proses ini, positif kita jalani, positif la kita dapat. Usaha sebaik yang boleh, Allah juga yang menentukan berjaya atau tidak, doakan kami terus kuat.
“Allahuakhbar, bismillah, tiada daya dan usaha hambaMu ini tanpa keizinanMu Ya Allah. Doakan Anne kuat dan hari ini bermula fasa penting,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Semoga semua berjalan lancar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa keterujaan mereka untuk menantikan berita gembira hasiI daripada keputusan IVF tersebut.
Bukan itu sahaja, netizen turut mendoakan agar urusan Achey dan isteri sentiasa dipermudahkan selepas 11 tahun menanti kehadiran zuriat dan berharap pasangan itu akan kuat dalam menempuh segala dugaan.
Terdahulu, Nor Hasanah Yahaya telah menjalani pembedahan untuk membuang tiub fallopian yang tersekat bagi membolehkan dia hamil di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.
Setiap ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayinya sehingga cukup membesar. Malangnya, kebanyakan para ibu tidak boleh meninggalkan pekerjaan mereka untuk jangka masa panjang selepas kelahiran, jadi mereka terpaksa beralih kepada penyusuan dengan botol. Lebih sukar lagi bagi para ibu yang menghadapi bayi yang tidak suka botol susu.
Jika bayi anda mengalami masalah yang sama, berikut adalah beberapa tip untuk membuat peralihan lebih mudah untuk anda dan si manja anda:
Jadikan botol susu terasa seperti penyusuan badan
Penyelidik percaya bahawa bayi akan lebih cenderung menerima susu daripada botol jika ia mempunyai persamaan dengan susu daripada payudara ibunya. Sekiranya bayi anda cerewet tentang suhu, anda boleh mengepam dan menyusukan bayi anda dengan serta-merta atau memanaskan botol susu. Jika bayi masih menolak botol, cari botol dengan puting puting yang sama dengan puting payudara anda. Bayi anda mungkin hanya mencari rasa dan suhu yang menyerupai payudara ibunya.
Jauhkan diri
Sesetengah pakar pediatrik mencadangkan anda menjauhkan diri daripada bayi anda, contohnya dengan tidak menyusukannya, sebaliknya tugaskan suami anda atau orang lain. Anda masih boleh berada di rumah yang sama tetapi di dalam bilik yang berbeza.
Panduan Memilih Botol Susu Yang Terbaik Buat Bayi Anda
Jenis Kelajuan Aliran Susu
Salah satu penyebab utama mengapa bayi tersedak susu kerana kelajuan aliran susu daripada botol susu ke dalam mulut bayi. Terdapat 2 jenis botol susu di pasaran,
Sebab itulah, apabila anda mahu beli botol susu pastikan anda melihat label kotak botol susu tersebut tertera umur berapa yang sesuai untuk penggunaannya. Syarikat botol susu telah ‘design’ jenis botol susu di pasaran mengikut kesesuaian umur bayi. Jangan terlepas pandang bab ini kerana ia boleh menyebabkan keburukan kepada bayi anda.
Bentuk Puting Botol Susu
Pelbgai jenis bentuk puting botol susu yang ada di pasaran sekarang. Dan terdapat 2 jenis bahan yang sering digunakan untuk pembuatan puting botol susu ini iaiatu latex dan silicone. Pada zaman ini, bahan jenis silicone lebih banyak digunakan oleh syarikat yang mengeluarkan botol susu bayi.
Bagaimana mahu memilih bentuk puting yang sesuai dengan bayi anda? Sebelum itu, anda perlu tahu beberapa jenis bentuk puting botol susu yang ada di pasaran sekarang.
Orthodontic
Mengikut doktor pakar yang mengkaji berkenaan botol susu ini, mereka mengatakan ketika bayi hisap puting susu ibu akan berubah bentuk seperti jenis Orthodontic ini dan disebabkan itulah mereka mencipta bentuk puting tersebut supaya bayi dapat merasai bentuknya seperti menghisap puting susu ibu. Ada beberapa jenama di pasaran menjual puting jenis ini seperti NUK dan SUAVENIX.
Wide Neck Round Teat
Jenis bentuk wide neck round teat ini adalah kebiasaannya dijual dipasaran dan banyak jenama yang terkenal juga menjual jenis bentuk puting botol susu seperti ini. Cuma bezanya adalah kepanjangan dan bentuk hujung puting botol susu tersebut. Ada yang mengecil, ada yang besar dan sebagaiya.
Adakah perlu Pilih Botol Susu Anti-Colic?
Tidak semua bayi boleh menggunakan botol susu biasa kerana ada sesetengah bayi mempunyai colic di mana mereka ini memerlukan botol susu Anti-colic.
Bagaimana nak tahu bayi anda perlukan Botol susu anti-colic atau tidak?
Antara simptom bayi yang mempunyai colic adalah bayi yang baru lahir sehingga umurnya 4 bulan, mereka ini akan menangis lebih 2-3 jam sehari dan keadaan mereka menangis hingga muka merah seperti menahan sakit. Segera bawa ke hospital atau klinik berhampiran untuk dapatkan nasihat doktor. Jika doktor mengesahkan bayi anda ada msalah colic maka, anda perlu membeli botol susu Anti-colic ini.
Saiz Botol Susu
Terdapat 2 hingga 3 saiz botol susu yang sering dijual dipasaran antaranya
Ia bergantung kepada kemampuan bayi anda menghisap berapa banyak untuk 1 sesi penyusuan. Ia hanyalah cadangan mengikut umur bayi dan saiz botol susu. Ada sesetengah ibu bapa lebih suka terus beli saiz 8 ounces walaupun bayi yang masih baru dilahirkan sehingga mereka 6 bulan. Ibu bapa ini akan buat separuh daripada botol ketika bayi bawah 6 bulan, dan mereka akan menggunakan botol yang sama apabila bayi tersebut mula menambah umurnya.
Umur bayi yang baru lahir selalunya akan minum susu sehingga 4 ounces sahaja untuk 1 sesi dan apabila umur mereka menambah kepada 3 bulan, 6 bulan dan seterusnya maka berlakuya juga pertambahan isi padu susu tersebut.
Top 6 botol susu terbaik pilihan ibu
Dalam pemilihan botol susu, ibu kena try and error. Ada yang sesuai dengan baby dan ada yang baby taknak. Ini bergantung juga pada ciri-ciri botol tu, ada yang baby selesa ada juga yang baby tak selesa. So i nak share 6 botol susu yang menjadi pilihan ramai ibu-ibu.
1. Philip Avent Natural
2. Pigeon PP wide neck
3. Tommee Tippee
4. Hegen
5. MAM easy start Anti colic
6. ComoTomo Natural feel
Semoga dengan perkongsian tentang panduan memilih botol susu yang terbaik buat bayi anda ini dapat membantu anda membeli botol susu yang bagus dan sesuai untuk bayi.
Bius epidural banyak diambil oleh ibu-ibu ketika proses kelahiran sama ada secara pembedahan atau normal. Ambil tahu tentang bius ini, cara suntikan dibuat dan kesan sampingan yang mungkin boleh dihadapi selepas bius ini diambil.
Kefahaman yang jelas dan pengetahuan tentang epidural boleh memberikan anda pilihan dalam mendapatkan alternatif melegakan kesakitan ketika bersalin. Poliklinik Az-Zaara berkongsi info mengenai bius ini.
Ramai ibu bersalin ambil bius epidural ini. Statistik menunjukkan lebih 50% ibu bersalin normal menggunakan epidural.
Yang belum pernah ambil tu, pastikan faham dulu apa itu epidural, sebelum request nak ambil epidural. Sebab nanti tengah sakit nak bersalin, susah dah nak concentrate masa Doktor explain pasal epidural ni.
Epidural ini tujuan dia untuk menghalang rasa sakit. Kalau bagi full epidural, ibu yang nak bersalin tu boleh senyum je. Thats why masa c-zer, ada ibu yang sedar, boleh borak-borak dengan husband sambil doktor buat operation. Memang langsung tak sakit.
Jom fahami bagaimana epidural berfungsi.
Rasa sakit adalah berpunca dari receptor sakit yang diaktifkan. Jadi receptor sakit ini akan menghantar isyarat menggunakan elektrik impulse, impulse ini akan melalui saraf peripheri, ke saraf tunjang di tulang belakang dan akan sampai ke otak.
Otak akan proses isyarat tersebut dan kenal pasti ia sebagai isyarat dari pain receptor dan memberi rasa sakit pada bahagian tersebut.
Jadi, epidural ni bertindak dengan menghalang receptor dari saraf peripheri ke saraf tunjang. Jadi otak tidak menerima sebarang isyarat sakit, jadi ibu tersebut pun tidak merasa sebarang kesakitan.
Epidural diberikan di bahagian belakang pinggang. Ia boleh diberikan dalam posisi duduk dan membongkok ke depan atau dalam posisi baring.
Kawasan belakang pinggang akan dibersihkan untuk mengelakkan jangkitan. Kemudian suntikan “local anesthesia” akan diberikan di tempat epidural akan dicucuk supaya tidak menyebabkan kesakitan semasa jarum dimasukkan. Selepas kawasan tersebut kebas, barulah jarum halus untuk bius epidural akan dimasukkan sehingga keluar cecair air tulang belakang.
Ini menunjukkan jarum berada pada lokasi yang tepat.
Selepas itu, satu tiub yang kecil akan dimasukkan melalui jarum ke dalam ruang epidural. Selepas itu, jarum dengan berhati-hati akan dikeluarkan, meninggalkan kateter di dalam sebagai laluan untuk memasukkan ubat bius ke epidural.
#1. TEKANAN DARAH MENURUN
Epidural boleh menyebabkan tekanan darah anda untuk tiba-tiba jatuh.
#2. SAKIT KEPALA TERUK
Anda mungkin mengalami sakit kepala yang teruk akibat dari epidural. Sakit kepala ini mungkin berpanjangan walaupun selepas bersalin dan berlarutan. Namun amat sedikit mereka yang mengalami simptom seperti ini.
#3. MENGGIGIL, LOYA & SUKAR BUANG AIR KECIL
Anda mungkin mengalami kesan sampingan seperti menggigil, deringan dalam telinga, sakit belakang, kesakitan di mana jarum dimasukkan, loya, atau sukar membuang air kecil.
#4. PERLU DIBANTU KERANA BAHAGIAN BAWAH BADAN KEBAS
Untuk beberapa jam selepas kelahiran, bahagian bawah tubuh anda mungkin berasa kebas dan memerlukan anda untuk berjalan dengan bantuan.
#5. PROSES KELAHIRAN MUNGKIN PANJANG & PERLU VAKUM/ FORSEPS
Risiko proses bersalin mungkin berpanjangan sehingga menyebabkan perlunya bantuan untuk melahirkan anak seperti forceps dan vakum. Ini berlaku kerana epidural tersebut menghalang rasa sakit, jadi ibu tidak dapat meneran sewaktu rahim tengah contraction. Jadi baby susah nak keluar.
Kalau ini berlaku, midwife/ Doktor akan bantu dengan mengenal pasti waktu contraction sedang berlaku dengan bantuan CTG, Dr akan arahkan ibu untuk meneran sewaktu contraction sedang berlaku.
Jadi, fahami kebaikan dan risiko epidural akan membantu anda membuat keputusan terbaik semasa bersalin nanti.