Berita terkini yang pastinya menyentuh hati ramai ibu bapa. Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan supaya diadakan inkues berhubung kematian adik Zara Qairina Mahathir. Keputusan ini dibuat selepas pihak Jabatan meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.
Inkues ini akan dijalankan selaras dengan subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], bagi menentukan punca dan sebab kematian termasuk menyiasat sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya dalam kes yang menyayat hati ini.
“Prosiding inkues ini bertujuan menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina,” jelas kenyataan rasmi Jabatan Peguam Negara.
Menurut kenyataan itu lagi, proses inkues akan dijalankan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus, mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
Ads
Kisah yang Menyentuh Hati Ramai
Bagi ibu bapa, kehilangan anak adalah satu pengalaman yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Kes adik Zara Qairina telah menarik perhatian masyarakat sejak awal kerana melibatkan persoalan tentang keadilan, keselamatan anak, dan hak keluarga untuk mendapatkan jawapan yang sebenar.
Ads
Ads
Langkah mengadakan inkues ini diharap dapat memberi kelegaan kepada keluarga, rakan-rakan, serta seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan kes ini. Lebih penting, ia menjadi satu usaha untuk memastikan kebenaran dapat ditegakkan, demi menghormati memori dan hak seorang anak kecil yang telah pergi.
Keadilan Untuk Anak-Anak
Sebagai ibu bapa, kita mahu melihat setiap anak membesar dalam suasana yang selamat, dilindungi, dan dihargai. Kes seperti ini mengingatkan kita tentang pentingnya memberi perhatian kepada isu keselamatan kanak-kanak, dan memastikan suara mereka yang tiada lagi di dunia tetap dibela.
Semoga inkues ini menjadi langkah penting untuk mencari jawapan, dan semoga roh adik Zara Qairina tenang di sisi-Nya.
Selepas bertarung nyawa pada tempoh yang lama, terbaharu, pelakon yang cukup berbakat, Nad Zainal diberitakan sudah berada dalam keadaan yang baik malah kini sedang dalam proses pemulihan.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh rakan baiknya, Ungku Ismail melalui satu perkongsian video yang dikongsikan olehnya menerusi Instagram.
Nad sebelum ini dilaporkan kembali bergantung pada alat bantuan pernafasan disebabkan oksigen dalam badan yang semakin merosot.
Menerusi perkongsian itu juga, Ungku turut meminta agar orang ramai supaya tidak henti mendoakan Nad Zainal agar kembali sihat seperti sedia kala.
“Nad Zainal masih lagi dalam proses pemulihan. Alhamdulilah, dia dalam keadaan yang baik.
“Saya mohon agar kamu semua terus mendoakan dia, sembuh, dilenyapkan segala jenis penyakit dan kesakitan yang ada pada dia dan kembali seperti sedia kala dalam masa terdekat,” katanya.
Kongsinya lagi, dia bukan sengaja tidak mahu memberi sebarang perkembangan mengenai keadaan terkini Nad namun, orang ramai perlu memahami bahawa dia kini masih dalam proses pemulihan.
“Dia kena banyak berehat.
“Saya tidak boleh nak cerita sangat, berlainan pada awal-awal dahulu, saya cerita secara terperinci sebab tak nak orang buat spekulasi yang bukan-bukan walaupun pada akhirnya ada juga orang buat dan tak tahu atas niat apa,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Ungku Ismail mendedahkan aktres Nad Zainal kini menunjukkan perkembangan yang positif dari saban hari dimana rakannya itu sudah tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan.
Namun begitu, Nad Zainal kembali bergantung kepada alat bantuan pernafasan apabila paru-paru aktres tersebut masih belum kuat untuk berfungsi sendiri.
Terdahulu, Nad Zainal yang mengesahkan perceraiannya bersama bekas suami turut mempunyai dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6 dan Budi Kalsom, yang berusia hampir 2 tahun.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bagi wanita ini, tiada luka yang lebih pedih bagi seorang isteri selain kehilangan suami yang menjadi pelindung, sahabat, dan separuh jiwa. Begitulah kisah seorang wanita tabah yang baru kehilangan suami tercinta kisah yang dikongsikan di Threads, Whymas, dan membuat ramai menitis air mata membacanya.
Setiap baris ayat yang ditulis penuh dengan rasa kasih mendalam dan rindu yang tiada penghujung. Baju uniform penuh tumpahan susu anak menjadi saksi betapa tinggi rasa tanggungjawab seorang ayah terhadap anaknya. Dia pergi bukan dalam kelalaian, tapi dalam kasih yang sedang dilunaskan mengambil susu anaknya.
“Suami sayang tinggalkan saya dan anak cukup lengkap. Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang sangat bertanggungjawab dan bertolak ansur. Allah ambil awak sayangku MUHAMMAD AMIR, sebab awak orang baik-baik. Rindunya suara u panggil i ‘IBUUUU’. SYURGA BUAT MU WAHAI SUAMIKU SAYANG.”
Setiap coretan ini adalah luahan hati seorang isteri yang baru kehilangan insan tercinta. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa dalamnya kasih, dan betapa peritnya kehilangan. Isteri arwah telah berkongsi 10 foto bersama kisah setiap gambar yang penuh menyentuh emosi — kisah cinta sejati yang kini tinggal kenangan, namun kekal hidup dalam doa dan ingatan.
Dengan nama Allah, suami saya seorang yang baik. Saya selalu doa takut kehilangan suami saya sebab dia satu dalam sejuta. Semua kawan-kawan awak bercerita baik tentang awak sayangku. Dari Perak, dari PD dan jauh-jauh ramai datang ziarah awak abiyku sayang. Ramai sangat sayangkan awak.
Gambar raya tahun ni. Anak saya sangat rapat dengan suami saya. Nama anak saya pun ada iras nama suami saya. Suami saya nak sangat letak nama anak “EMEER” sejak zaman kami bercinta lagi.
Saya cek hp awak sayangku. Awak tulis notes semua detail segala pass peribadi awak. Masa tarikh ni juga awak cakap nak letak KWSP penama anak dan saya. Dan awak tak habis-habis bercerita tentang “KALAU SAYA TAK ADA”.
Semua keperluan anak, barang-barang sabun, bahan masakan semua awak tinggalkan cukup lengkap. Awak tinggalkan saya dan anak dengan baik. Awak suami yang sangat bertanggungjawab.
Suami saya dah book hotel untuk surprisekan birthday saya di Terengganu pada hujung bulan ni. Awak meninggal pun pada bulan hari jadi saya. Dan awak dah tempah kambing tiga ekor untuk aqiqah anak kita bulan depan.
Setiap kali suami pergi kerja, kebiasaannya saya akan pakaikan stoking dan siapkan suami saya. Tapi masa tu penat balik klinik lambat, saya tak pakaikan pun stoking dan siapkan suami. Masa suami nak buka pintu, suami cium saya dan anak sambil cakap “sayang ibu”, “sayang Harraz”. Hari tu juga suami pergi patah balik ambil susu anak — dan pulang sebagai jenazah.
Inilah asbab suami saya meninggal. Untuk makluman semua, sepanjang saya kenal suami saya, dia seorang yang sangat expert bawa moto. Tak apa, saya redhaaaa.
Conversation terakhir saya dan suami. Kebiasaannya suami akan VC terus kalau balik lambat. Tapi tidak hari itu, saya VC tak angkat. Saya call orang lain tolong angkatkan.
Nampak tak yang melekat tu… Tu packet susu anak yang melekat kat sweater suami saya.
Rupanya baju uniform penuh tumpahan susu anak. Baju itu menjadi bukti kasih seorang ayah yang sentiasa mendahulukan anak dan keluarga.
Walaupun pemergiannya menyayat hati, kisah ini mengingatkan kita betapa besar pengorbanan seorang suami dan ayah dalam menjalankan tanggungjawabnya.
Setiap ayat yang dikongsi isteri arwah ini mengalirkan air mata sesiapa sahaja yang membaca. Kisah kasih seorang suami yang meninggalkan dunia dalam keadaan sedang menjalankan tanggungjawab — mengambil susu anaknya. Begitu dalam kasihnya, begitu indah pengorbanannya.
Kini hanya tinggal kenangan, doa, dan rindu yang tidak pernah padam. Semoga arwah Muhammad Amir ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Dan semoga si isteri dan anak kecilnya terus kuat menghadapi hari-hari mendatang.
Sesungguhnya cinta yang lahir dari keikhlasan akan kekal hingga ke syurga. Kisah baju uniform penuh tumpahan susu anak ini menjadi simbol kasih sejati yang tidak terpadam oleh masa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali dapat duit raya baru ketika Aidil Fitri, baik kanak-kanak mahupun dewasa pasti rasa teruja. Bagi mak dan ayah, urusan tukar duit raya 2026 menjadi satu kewajipan bagi melengkapkan lagi Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi.
Menjelang musim perayaan, ramai yang mula mencari maklumat mengenai tukar duit raya 2026 di bank-bank utama supaya dapat menyediakan wang pecahan kecil lebih awal.
Untuk memeriahkan lagi Hari Raya tahun ini, dua bank sudah pun mengumumkan tarikh untuk menukar duit raya mereka. Ini panduan untuk anda yang merancang melakukan tukar duit raya 2026.
Berdasarkan makluman terkini setakat 2 Mac 2026, semua cawangan Bank Islam telah membuka kaunter untuk perkhidmatan tukar duit raya 2026.
Namun begitu, kemudahan ini hanya ditawarkan kepada pemegang akaun Bank Islam sahaja. Ini bermakna pelanggan perlu mempunyai akaun aktif untuk menggunakan kemudahan tukar duit raya 2026 di bank tersebut.
Pelanggan juga dinasihatkan membawa kad pengenalan serta kad ATM atau dokumen berkaitan bagi memudahkan urusan di kaunter.
Memandangkan permintaan biasanya tinggi menjelang Aidil Fitri, pelanggan Bank Islam digalakkan hadir lebih awal untuk melakukan tukar duit raya 2026 sebelum kehabisan stok wang pecahan kecil.
Sementara itu, Maybank turut mengumumkan tarikh khas bagi pelanggan yang ingin melakukan tukar duit raya 2026 di cawangan mereka.
Tarikh: 10 Mac 2026 Masa: 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Orang ramai disarankan hadir lebih awal bagi mengelakkan kehabisan stok wang pecahan kecil semasa proses tukar duit raya 2026, selain mematuhi garis panduan yang ditetapkan pihak bank.
Seperti biasa, ketersediaan wang pecahan kecil adalah terhad dan tertakluk kepada setiap cawangan. Justeru, pelanggan digalakkan untuk menyemak terlebih dahulu dengan cawangan berhampiran sebelum hadir bagi urusan tukar duit raya 2026.
Setiap tahun, ramai yang terlepas peluang mendapatkan wang pecahan kecil kerana datang terlalu lewat. Berikut beberapa tips mudah untuk memudahkan urusan:
Dengan membuat perancangan awal, urusan tukar duit raya 2026 boleh dilakukan dengan lebih mudah dan lancar.
Pastikan anda merancang lebih awal supaya penyediaan duit raya berjalan lancar menjelang Syawal nanti dan dapat menggembirakan anak-anak serta ahli keluarga.
Sumber: Threads fadzlyramly
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doa Mustajab Di Bulan Ramadan menjadi amalan penting bagi ibu bapa yang mendoakan kebaikan keluarga termasuk doa agar anak menjadi pintar, berilmu dan diberkati Allah.