Sebagai ibu, pelakon dan juga usahawan, Nur Fazura meluahkan rasa kecewa terhadap tindakannya sendiri apabila memberi ‘umpan’ coklat kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, 2 tahun.
Menerusi perkongsian aktres berusia 39 tahun di laman Instagram, dia memberitahu terpaksa memberikan coklat kepada Fatima sebagai ‘umpan’ kerana mahu mengalihkan perhatian si kecil itu yang menangis selepas disuntik.
“Selesai mengambil vaksin influenza. Ini saya sebagai ibu bapa yang teruk sebab cuba tenangkan anak dengan coklat,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Dalam video berkenaan, Fatima dilihat menangis sambil memeluk Fazura akibat ketakutan sewaktu mendapatkan suntikan vaksin influenza. Bagi menenangkan anaknya, Fazura dilihat mengeluarkan coklat dari beg yang dibawa lalu diberikan kepada Fatima.
Hantaran itu mendapat perhatian ramai di mana ramai mengatakan tindakan yang dilakukan oleh Fazura adalah wajar dan normal serta tidak salah bagi ‘mengambil’ hati si anak.
Ads
Tidak kurang juga mereka memberikan kata-kata semangat kepada Fazura dengan mengatakan dia sudah menjadi seorang ibu yang hebat dan terbaik buat si anak.
Macam dukung Fattah Amin versi perempuan
Ads
Selain itu, rata-rata warganet menyatakan Fatima dilihat seiras dengan ayahnya iaitu Fattah Amin tapi dalam versi perempuan.
Untuk rekod, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan anak pertama Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.
Maizatul buktikan ada anak kecil bukan halangan minat mendaki. Maizatul Hazra Yahaya, 39 tahun, bukan mahu dilihat sebagai ibu yang cuai atau mengambil ringan soal keselamatan, sebaliknya beliau hanya ingin menyemai minat terhadap aktiviti mendaki bersama anak tersayang, Nur Nayla Ardani Muhamad Arham.
Menurut Maizatul, yang juga seorang suri rumah sambilan serta pengusaha makanan sejuk beku di Gombak, Selangor, semua langkah keselamatan telah diteliti sebelum membawa Nayla, yang kini berusia tiga tahun, menyertai aktiviti mendaki.
“SEBELUM MEMBAWA NAYLA, SAYA PASTIKAN SEMUA ASPEK KESELAMATAN DIPERIKSA. SAYA TIDAK BERTINDAK SEMBARANGAN ATAU AMBIL MUDAH,” KATANYA YANG MERUPAKAN PEMINAT TEGAR AKTIVITI MENDAKI SEJAK DAHULU LAGI.
Sebelum kehadiran anak sulungnya itu, Maizatul sudah giat mendaki pelbagai gunung dalam dan luar negara. Bahkan semasa hamil, beliau masih aktif mendaki sehingga kandungannya mencecah tujuh bulan.
“Saya sering berbual dengan Nayla dalam kandungan, niat untuk mendaki bersamanya setelah dia lahir,” ujarnya.
Hasrat tersebut menjadi kenyataan apabila Nayla berusia tiga bulan. Ketika itu, Maizatul membawa bayi kecil itu mendaki Bukit Batu Puteh di Port Dickson. Sepanjang pendakian tersebut, Nayla tidur lena dalam ‘carrier’ tanpa sebarang masalah.
Maizatul, isteri kepada Muhamad Arham Mohd Anuar, menegaskan setiap pendakian bersama anak dilakukan dengan persiapan rapi. Ubat-ubatan dan keperluan anak diutamakan, malah beg dibawa hampir penuh hanya dengan barang-barang milik Nayla.
“SETAKAT INI, NAYLA TIDAK PERNAH MERAGAM. DIA MALAH KELIHATAN SERONOK, TENANG DAN SELESA DALAM KENDONGAN, SEOLAH-OLAH MENIKMATI KEINDAHAN ALAM CIPTAAN TUHAN,” JELASNYA.
Kini apabila Nayla sudah boleh bercakap, pendakian menjadi lebih meriah kerana dia suka bertanya dan memberi reaksi terhadap persekitaran.
Suaminya turut menyokong minat ini, meskipun atas kekangan kerja, tidak semua pendakian dapat dilakukan bersama. Ada kalanya, Maizatul mendaki bersendirian atau bersama rakan-rakan.
“Sekarang saya lebih bersemangat kerana ada teman kecil mendaki. Nayla kelihatan lasak dan sesuai dengan persekitaran hutan,” katanya, mengakui tetap ada rasa risau terutama mengenai kesihatan dan keselamatan anak.
Namun segala persiapan dilakukan dengan penuh teliti, dan Maizatul sentiasa bertawakal kepada Allah serta berdoa semasa setiap pendakian.
Sehingga kini, pelbagai puncak telah ditawan mereka berdua termasuk Gunung Kinabalu (Sabah), Gunung Kerinchi (Indonesia), Gunung Angsi (Negeri Sembilan), Gunung Karunai (Perak) dan Gunung Ulu Semangkok (Selangor).
Dalam memastikan dirinya sentiasa cergas, Maizatul turut mengamalkan rutin senaman harian selama dua jam yang merangkumi regangan dan latihan fizikal.
“MENGENDONG ANAK SEMASA AKTIVITI LUAR MEMBANTU MENGUATKAN OTOT. INI PENTING BAGI MENDAKI KERANA MEMERLUKAN KEKUATAN FIZIKAL YANG TINGGI,” KATANYA, SAMBIL MENAMBAH BAHAWA BELIAU TURUT MENJAGA PEMAKANAN DAN MENGAMALKAN DIET TINGGI PROTEIN.
Apa yang dilakukan Maizatul membuktikan bahawa ibu yang mempunyai anak kecil juga mampu meneruskan minat dan hobi, asalkan dilakukan dengan tanggungjawab dan persediaan yang teliti.
Namun, beliau mengingatkan bahawa setiap anak itu berbeza dari segi ketahanan dan kesesuaian. Oleh itu, ibu bapa perlu menilai kemampuan diri dan anak terlebih dahulu sebelum membawa mereka menyertai aktiviti seperti mendaki.
“Hobi ini memang menyeronokkan, tapi perlu dilakukan dengan penuh hati-hati seperti mana-mana aktiviti lasak lain,” katanya.
Kematian adik Zayn Rayyan Abdul Matin yang cukup tragis masih meninggalkan kesan mendalam dalam hati rakyat Malaysia. Kini, si ibu, Ismanira Abdul Manaf pula terpaksa melalui detik sukar apabila menjadi saksi pembelaan dalam prosiding kes pengabaian yang mengaitkan dirinya dengan kehilangan dan kematian anak syurganya itu.
Hari ini, 24 Julai 2025, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya diberitahu bahawa mesej WhatsApp yang pernah mencetuskan kecaman ramai — “Lantaklah nak hidup ke nak mati” — sebenarnya bukanlah ditujukan kepada anaknya, Zayn Rayyan, sebaliknya luahan tekanan yang sedang dialami oleh dirinya sendiri ketika detik kehilangan itu berlaku.
Menurut laporan Harian Metro, Ismanira tampil menjelaskan perkara sebenar di hadapan mahkamah. Mesej tersebut dihantar kepada suaminya pada 5 Disember 2023, hari yang sama Zayn dilaporkan hilang dari kawasan kediaman mereka di Damansara Damai.
“Saya sangat cemas hari itu, kelam-kabut dan sedih mencari anak. Saya perlukan suami cepat pulang untuk bantu saya. Ayat itu bukan ditujukan kepada anak, tapi lebih kepada luahan diri saya sendiri,” katanya sewaktu prosiding hari keempat pembelaan.
Pernyataan tersebut dibuat selepas peguam bela, Haresh Mahadevan, meminta penjelasan mengenai mesej yang ditandakan sebagai bukti dalam perbualan WhatsApp bersama suaminya. Ismanira menjelaskan bahawa pada waktu itu, emosinya berada di tahap yang sangat tidak stabil bercampur panik, takut dan terdesak.
Walaupun kenyataan itu dibuat di mahkamah, reaksi masyarakat di media sosial tetap berbelah bahagi. Ada yang bersimpati, namun ramai juga yang terus mencurigai dan menganggap ia sebagai alasan untuk membersihkan nama.
Namun begitu, kita sebagai masyarakat perlu sedar bahawa seorang ibu yang tertekan secara emosi boleh mengalami letusan perasaan yang sukar dikawal. Mungkin bagi orang luar ia tampak keterlaluan, namun buat si ibu yang sedang ‘terbenam’ dalam keresahan kata-kata itu adalah jeritan dari dalam jiwa yang lelah.
Sebagai makluman, Ismanira kini sedang membela diri atas tuduhan mengabaikan anaknya, Zayn Rayyan, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Suaminya, Zaim Ikhwan, telah dilepaskan dan dibebaskan lebih awal.
Zayn Rayyan, kanak-kanak autisme berusia 6 tahun, dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 sebelum ditemui tidak bernyawa di anak sungai berhampiran rumah mereka keesokan harinya. Negara masih ternanti-nanti jawapan sebenar atas kematiannya.
*Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat dan tiada lagi putar belit yang berlaku…
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak mampu lagi berdiam, seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang terkorban selepas terjatuh dari bangunan sekolah di Papar, akhirnya bersuara di media sosial.
Untuk info mangsa adalah seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Tun Datu Mustafa Limauan di Sabah yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama kini dalam siasatan pihak polis.
Menerusi hantaran penuh emosi di TikTok, wanita itu meluahkan kekecewaan terhadap individu yang dikatakan telah membuli anaknya sambil menyertakan gambar keadaan anaknya yang menyayat hati, sebelum disahkan meninggal dunia pada malam Khamis.
“Kepada pembenci-pembenci anak saya, mungkin kamu sudah berpuas hati melihat keadaan ini.
“Ingat, selagi kamu belum memohon maaf dan mengaku, saya juga tidak akan memaafkan kamu. Saya tahu nama-nama mereka yang selalu si Zara sebut…,” demikian petikan luahan tersebut.
Dalam pada itu,Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kejadian tragis itu kini dalam siasatan pihak polis.
Di samping itu, memetik laporan Sinar Harian, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, mengesahkan bahawa seorang pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama di Papar meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan kenyataan media penuh berhubung siasatan insiden tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Difahamkan, mangsa menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) sebelum disahkan meninggal dunia pada malam Khamis.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, pelajar tersebut berasal dari Sipitang, namun belajar di sebuah sekolah agama di Papar.
“Saya memandang serius perkara dan peristiwa seperti ini yang melibatkan kematian pelajar di sekolah. Info daripada pengetua dan guru-guru di sekolah itu dan dari kronologi peristiwa tersebut tidak jelas penyebabnya.
Pelajar dijumpai cedera parah, tidak sedarkan diri di bawah bangunan sekolah sekitar jam 3 pagi.
“Pelajar dijumpai cedera parah, tidak sedarkan diri di bawah bangunan sekolah sekitar jam 3 pagi, walaupun bilik pelajar tersebut bersama pelajar-pelajar lain berada di Tingkat Tiga, tetapi tiada siapa yang melihat kejadian tersebut sama ada terjatuh atau bersama dengan individu lain kerana pelajar-pelajar masa itu sedang tidur,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, bedah siasat telah dibuat untuk menentukan sebab kematian dan ia masih dalam siasatan polis sama ada ada unsur jenayah atau tidak.
“Jabatan Pendidikan pula perlu menyiasat dan mencari fakta dari segi keselamatan tempat, status psikologi dan kesihatan pelajar dan lain-lain faktor seperti ada unsur buli atau tekanan fizikal juga mental. Jadi, kita tunggu hasil siasatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr Mohd Azam Ahmad meminta supaya tidak membuat tanggapan awal secara melulu mengenai insiden tersebut.
“(Dakwaan buli) itu saya serahkan kepada pihak polis. Kita tak boleh buat tanggapan awal secara melulu. Pihak polis akan datang dengan hasil siasatan,” katanya kepada pemberita ketika hadir pada Konvensyen Pendidikan ke-29 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Jumaat.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peraturan Baru Media Sosial bermula 1 Jun mewajibkan pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi bagi melindungi kanak-kanak daripada jenayah siber dan ancaman dalam talian.