Baru sahaja sebentar tadi, pelakon Aidil Aziz suami kepada Fasha Sandha berkongsi berita gembira, isteri tercinta telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Dalam perkongsian yang dibuat melalui Instagram miliknya, Aidil mengucapkan rasa syukur dengan kelahiran bayi yang dipanggil ‘Baby A’.
Pelakon Camelia itu turut mengucapkan terima kasih buat Fasha Sandha yang mengandungkan anak mereka selama sembilan bulan.
Malah menurut Aidil menerusi kapsyen yang memuat naik gambar bayi mereka turut menyatakan akan bercuti sebulan untuk menjaga dan menemani Fasha selama berpantang.
“Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan & sehat.Syukur Ya Allah.
Ads
“Alhamdulillah di atas rezeki ini.
“Terima kasih isteriku @fashasandha di atas kandungan selama ini.I cuti sebulan jaga & teman u berpantang ok.
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus2 mendoakan utk kami.
Ads
“Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian..Aminn,” tulisnya.
Tak kira sama ada ibu bagi anak minum susu formula atau susu ibu, penggunaan botol susu memang tak boleh dielakkan. Bila sudah menggunakan botol susu pastilah ia perlu dicuci dengan betul.
Tahukah ibu semua, kalau botol susu tidak dicuci betul ia boleh membiakkan bakteria yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti sakit perut atau gastroenteritis. Ia sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa anak anda. Jangan main-main ya!
Jadi, ibu dan ayah jangan malas mencuci botol susu anak. Jangan disebabkan hendak cepat, anda hanya cuci botol susu dengan air paip sahaja. Pastikan ia betul-betul dicuci bersih menggunakan peralatan yang bersesuaian.Kemudian jangan malas untuk mensterilkan kesemua peralatan sebelum digunakan.
Peraturan ini mesti dipatuhi selagi anda memberikan anak susu menggunakan botol. Pada akhir penyusuan, bilas botol dan puting susu dan ketepikan.
Cara betul membasuh botol susu anak
1. Letakkan semua botol, puting susu, penutup, gegelang penahan, cakera yang telah dibilas ke dalam air sabun panas. Basuh dengan sempurna supaya kesan susu ditanggalkan. Lakukan proses ini secepat mungkin selepas penyusuan, sebelum susu boleh mengering.
2. Gosok bahagian dalam botol tersebut dengan berus botol untuk mengasingkan semua kesan susu. Gosok dengan cermat di sekeliling leher botol serta jalur skrunya. Hati-hati ketika mencuci puting susu untuk memastikan semua ketulan susu betul-betul tanggal.
3. Sapukan garam di bahagian dalam puting susu dan gerakkan ke sekeliling dengan cara memicit dan mengurut hujungnya. Cara ini membantu mengikis dan mengasingkan kesan susu.
4. Bilas botol, puting susu dan peralatan lain dengan sempurna di bawah air yang mengalir. Anda juga boleh gunakan pin untuk membersihkan lubang-lubang pada puting susu.
5. Periksa puting dan botol dengan baik dan buangkan ia jika sudah retak, rekah dan pecah. Bakteria boleh membiak di permukaan yang rosak dan terus bertahan hidup walaupun sudah melalui proses penbersihan dan pensterilan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Benar, rezeki kita tak sama. Ada ibu yang direzekikan untuk dapat menyusukan anaknya hingga usia enam bulan dan hingga dua tahun. Namun ada pula yang tidak dapat menyusukan anak di awal kelahiran lagi. Semuanya atas pelbagai alasan.
Jangan judge ibu-ibu ini kerana setiap ibu pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak. Siapa yang tidak mahu anak sihat dengan susu ibu namun tidak semua orang punya rezeki.
Perkongsian Terapis Carakerja (Occupational Therapist) Pn Maryam Jamadi banyak benarnya. Tak perlu mendengar kata-kata orang lain, asalkan anak kita sihat membesar, sudah memadai.
“Breastfeeding is not a choice, its a tanggungjawab. Kalau tak mampu, cari ibu susuan”
Tadi saya terbaca statement di atas, tapi entahlah walaupun saya menyusu penuh kedua-dua anak saya tetapi rasa ‘something wrong somewhere” dengan ayat di atas.
Sebab, statement tersebut mungkin akan melukakan hati
1. Ibu yang memang ada masalah penyusuan.
2. Ibu yang terpaksa hentikan pengeluaran susu atas sebab masalah kesihatan dan mengambil ubat.
3. Ibu yang mempunyai masalah emosi atau kesihatan mental terganggu.
4. Ibu yang kerja sektor kritikal, nak ke tandas pun tak sempat apatah lagi mengepam susu.
5. Suami yang kematian isteri semasa/selepas melahirkan anak.
Kita tak tahu rezeki dan ujian setiap orang.
– Ada orang yang ada susu banyak tetapi anak pula ada masalah tidak boleh menyusu/tidak boleh terima susu badan.
– Ada orang yang susu banyak tetapi ada masalah susu pula tak boleh keluar (inverted nipple dll).
– Ada orang yang masa anak pertama susu melimpah ruah, tiba anak kedua tiada rezeki susu.
– Ada orang diuji dengan kesihatan mental semasa proses menyusukan anak.
Saya ada kenalan yang susunya banyak melimpah ruah, tetapi ada masalah susu tak boleh keluar pula (inverted nipple) sehingga bengkak susu dan dapat jangkitan. Setiap kali pam susu, keluar susu bercampur darah. Akhirnya, terpaksa lakukan pembedahan dan hentikan pengeluaran susu.
Jadi, mohon sangat kalau nampak bayi baru lepas lahir menyusu botol tak perlulah kita “judge” mereka sebagai “kurang usaha” atau “kurang jadi ibu” selagi tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Ya, perjalanan menyusukan anak memang tidak mudah, banyak pengorbanan terpaksa dilakukan. Sakit dan lenguh-lenguh badan. Korbankan masa. Anak melekat dengan ibu sampai susah nak buat apa-apa. Kena gigit.
Itu belum lagi ibu yang bekerja, awal pagi dah bangun sediakan kelengkapan menyusu. Sambil bekerja, sambil pam. Tapi…. jika kita adalah ibu yang menyusu badan dan berjaya harungi semua cabaran dan dugaan. Ia bukanlah tiket untuk kita memperlekehkan ibu-ibu yang tidak mampu.
Kerana semuanya 100% bergantung kepada rezeki Allah juga. 1 Rezeki ada susu. 2. Rezeki anak itu sendiri 3. Rezeki ada masa. 4. Rezeki ada suami yang menyokong. 5. Rezeki tempat kerja kondusif untuk pam susu. 6. Rezeki ada ibu susuan. 7. Rezeki Allah kuatkan mental kita. Rezeki dan ujian Allah beri kepada kita pelbagai cara. Usaha memang usaha tetapi kalau Allah dah kata tak ada rezeki, maka tak adalah.
Susu badan atau susu tepung, tidak mengurangkan keibuan seorang ibu. Daripada kita “judge” ibu-ibu lain, lebih baik kita tawarkan diri jadi ibu susuan. Setuju?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berkat doa orang ramai, anak pelawak terkenal, Shahrol Shiro, Ismail Rifqi yang berusia 10 bulan selamat menjalani pembedahan akibat masalah buah pinggang kronik di sebuah pusat perubatan swasta.
Berita itu dimaklumkan isterinya, Nor Farhanah Shamimi atau Anna menerusi hantaran terbarunya di instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, Anna mengucapkan rasa syukur kerana pembedahan yang mengambil masa selama lima jam itu berjalan lancar dan tiada apa-apa komplikasi serta tak perlu berada di wad ICU.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH kerana telah mendengar doa hamba-hamba mu. Alhamdulillah pembedahan Ismail berjalan dengan lancar dan Ismail akan terus ke ward.
Terima kasih pada semua yang telah mendoakan urusan Ismail. Terima kasih pada yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa kalian.
Di instastory yang dikongsikan juga, Anna memaklumkan Ismail dah mula memberi senyuman dan makan.
Terima kasih semua yang mendoakan kesihatan Ismail. Tengok tu dah boleh makan kemudian dah senyum,” tulisnya.
Sebelum ini, Anna pernah berkongsi yang Ismail dilahirkan dengan satu buah pinggang. Bagaimanapun buah pinggang kirinya itu mengalami masalah dan membengkak 80 peratus akibat saluran tersumbat.
Ismail perlu menjalani pembedahan secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih kritikal.
Shahrol dan Anna berkahwin pada 8 Mac 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki. Selain Ismail, anak sulung mereka, Iskandar Rizqi kini berusia empat tahun.
Kredit: IG Anna Hanna
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!