Tak kira sama ada ibu bagi anak minum susu formula atau susu ibu, penggunaan botol susu memang tak boleh dielakkan. Bila sudah menggunakan botol susu pastilah ia perlu dicuci dengan betul.
Tahukah ibu semua, kalau botol susu tidak dicuci betul ia boleh membiakkan bakteria yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti sakit perut atau gastroenteritis. Ia sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa anak anda. Jangan main-main ya!
Jadi, ibu dan ayah jangan malas mencuci botol susu anak. Jangan disebabkan hendak cepat, anda hanya cuci botol susu dengan air paip sahaja. Pastikan ia betul-betul dicuci bersih menggunakan peralatan yang bersesuaian.Kemudian jangan malas untuk mensterilkan kesemua peralatan sebelum digunakan.
Peraturan ini mesti dipatuhi selagi anda memberikan anak susu menggunakan botol. Pada akhir penyusuan, bilas botol dan puting susu dan ketepikan.
Cara betul membasuh botol susu anak
1. Letakkan semua botol, puting susu, penutup, gegelang penahan, cakera yang telah dibilas ke dalam air sabun panas. Basuh dengan sempurna supaya kesan susu ditanggalkan. Lakukan proses ini secepat mungkin selepas penyusuan, sebelum susu boleh mengering.
2. Gosok bahagian dalam botol tersebut dengan berus botol untuk mengasingkan semua kesan susu. Gosok dengan cermat di sekeliling leher botol serta jalur skrunya. Hati-hati ketika mencuci puting susu untuk memastikan semua ketulan susu betul-betul tanggal.
3. Sapukan garam di bahagian dalam puting susu dan gerakkan ke sekeliling dengan cara memicit dan mengurut hujungnya. Cara ini membantu mengikis dan mengasingkan kesan susu.
4. Bilas botol, puting susu dan peralatan lain dengan sempurna di bawah air yang mengalir. Anda juga boleh gunakan pin untuk membersihkan lubang-lubang pada puting susu.
5. Periksa puting dan botol dengan baik dan buangkan ia jika sudah retak, rekah dan pecah. Bakteria boleh membiak di permukaan yang rosak dan terus bertahan hidup walaupun sudah melalui proses penbersihan dan pensterilan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ainul Mardhiah menunjukkan perkembangan positif. Naik berat badan dan semakin sihat, si kecil ini digambarkan bakal dibawa pulang ke Malaysia tidak lama lagi.
Bapanya, Ahmad Safiuddin dalam kemaskini Facebook menyatakan perkembangan terbaru keadaan permata hatinya itu. Ainul Mardhiah yang mengalami Germ Cell Tumor berjaya melalui pembedahan berisiko tinggi yang memakan masa 5 jam.
Apa yang menggembirakan, si kecil ini menunjukkan perkembangan positif selepas pembedahan. Terbaru, bapanya memberikan bayangan si kecil ini bakal pulang ke Malaysia.
Manakala ibunya, Nurul Erwani Zaidi turut menyatakan si kecil dalam keadaan sihat dalam posting terbaru Instagram.
Warganet bersyukur Ainul semakin sihat dan mendoakan agar si kecil ini bertambah kuat.
Mohd Hafiz Mohd Amran “Alhamdulillah. Nampak ainul makin sihat.”
Kak Amy Zuraidah “Alhamdulillah..semoga Ainul Mardhiah bte Ahmad Safiuddin segera sembuh sepenuh nya dan perjalanan Ainul kembali ke malaysia di permudahkan ALLAH SWT…satu malaysia dah tak sabar menunggu kepulangan Ainul…Rinduuu❤❤❤.”
Siti Hazariah Mamat “Comeynye Ainul.. Indahnya ciptaan Allah.. Besarnya kuasa yg Allah nk tunjukkan pd hamba²Nya ?.”
Nor Azura Hariz “Alhamdulilah cantik sangat2 anak dara mama nie..terima kasih allah sebab memberi sinar kebahagian pada bidadari syurga ini..semoga allah memberi kesihatan yang total buatmu wahai anak..ingatlah..mama dan semua rakyat malaysia menunggu ainul pulang ke malaysia..allah tau ainul seorang anak yang kuat..insyaallah..allah akan bagi ganjaran pada ainul..?.”
Penyusuan susu ibu adalah peringkat yang sangat penting untuk bayi anda, jadi anda harus makan makanan yang sihat dan berkhasiat.
Dengan disiplin dan amalan pemakanan yang betul, anda boleh mengurangkan berat badan anda. Malah, pemakanan yang sihat dan seimbang serta senaman yang kerap, anda boleh berjaya kehilangan berat badan lebih banyak dan pada masa yang sama memastikan bayi tidak kekurangan nutrisi.
1. Buah-buahan dan sayur-sayuran
Semasa menyusu, jangan lupa untuk memasukkan pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran dalam pemakanan anda.
Ini akan menyediakan vitamin dan mineral yang paling diperlukan dalam tubuh anda dan yang secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada bayi.
Buah-buahan dan sayur-sayuran juga memberikan tubuh anda komponen cecair yang juga sangat penting dalam pembentukan susu ibu.
2. Protein
Diet anda harus kaya dengan protein kerana:
Ini akan memastikan pengukuhan otot bayi dan juga memberi tenaga serta kekuatan yang diperlukan.
Apabila anda kurang mengambil protein, anda akan berasa letih dan bekalan susu anda juga mungkin terjejas.
3. Lemak baik
Semasa fasa penyusuan badan, badan anda juga memerlukan lemak. Tetapi ini tidak sepatutnya menjadi lemak yang tidak sihat.
Oleh itu, selain daripada lemak mono dan polyunsaturated, anda harus elak daripada lemak yang tidak sesuai.
Mengambil lemak lain bukan sahaja akan menyebabkan penyakit jantung tetapi juga menambahkan berat badan anda.
4. Minum banyak air
Air sangat penting untuk ibu menyusu dan ia berfungsi sebagai minuman terbaik.
Ibu menyusu harus mengambil sekurang-kurangnya 12-16 cawan air setiap hari. Setiap cawan mestilah kira-kira 150-180ml.
Air membantu menjaga agar tubuh anda bebas dan sentiasa terhidrasi.
5. Daging dan ikan
Ada yang mengatakan bahawa makan daging mungkin tidak bermanfaat semasa menyusu, tetapi jangan lupa bahawa ia adalah sumber protein dan asid lemak omega 3 yang sangat baik. Masukkan daging ke dalam diet anda untuk menurunkan berat badan semasa menyusu.
Anda harus cuba makan daging tanpa lemak atau daging putih bukannya merah. Ini termasuk pemotongan ayam.
Kebanyakan makanan laut adalah daging putih; pilih ikan dengan kandungan merkuri yang rendah.
6. Bersenam
Idea untuk memakan diet di atas tidak berguna jika anda tidak melakukan beberapa latihan harian. Kami mengesyorkan berjalan sekurang-kurangnya 30-45 minit sehari.
Pada peringkat awal penyusuan badan, anda tidak boleh mengambil senaman yang ketat tetapi jumlah aktiviti fizikal yang kecil dapat membuat anda aktif.
Anda boleh berjumpa dengan doktor anda untuk mengetahui latihan yang sesuai untuk anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif sehingga berumur enam bulan akan membesar dengan sihat dan tidak memerlukan makanan lain.
Pakar dalam pemakanan bayi mengesyorkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi berumur enam bulan kerana susu ibu sahaja sudah cukup untuk membekalkan tenaga dan kesemua nutrien yang diperlukan oleh bayi. Di samping itu, penyusuan susu ibu secara eksklusif juga dapat mengurangkan kematian bayi yang disebabkan oleh penyakit-penyakit yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak seperti cirit-birit atau diarea dan radang paru-paru. Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga boleh mempercepat proses penyembuhan semasa kanak-kanak sakit dan membantu ibu menjarakkan kehamilan.
Sejak dari lahir sehingga berumur enam bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak memerlukan air tambahan, walaupun ketika cuaca panas.
Mengapa pemberian air bahaya kepada bayi berumur di bawah enam bulan yang menyusu susu ibu?
Memberi air kepada bayi berumur di bawah enam bulan yang menyusu susu ibu boleh membawa kemudaratan kepada mereka.
Air mengenyangkan bayi tanpa membekalkan sebarang kalori dan boleh menyebabkan bayi mengalami penurunan berat badan atau berat badan tidak meningkat dengan mencukupi. Pengambilan air atau minuman lain, walaupun sedikit, boleh memenuhkan perut bayi dan mengurangkan selera bayi untuk menyusu susu ibu yang padat dengan nutrien.
Pengambilan air boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Ini kerana, bayi yang diberi air akan kurang berminat untuk menyusu. Jika bayi tidak disusukan dengan kerap, susu ibu akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihasilkan dan ini boleh melambatkan atau mencegah pengaliran susu. Selain itu, sekiranya bayi diberi air menggunakan botol dan puting susu, bayi akan menjadi keliru dan berkemungkinan tidak mahu menyusu terus daripada payu dara ibu.
Air meningkatkan risiko penyakit kerana ia boleh menjadi pembawa kuman. Bayi yang diberi air lebih mudah terdedah kepada organisme yang menyebabkan cirit-birit, terutama dalam persekitaran yang kurang bersih.
Air dikaitkan dengan peningkatan paras bilirubin dan keseriusan jaundis di kalangan bayi baru lahir. Bayi yang menyusu susu ibu dengan baik kurang menghadapi masalah jaundis.
Air boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil oral water intoxication. Di kalangan bayi yang berumur kurang dari lima minggu, air yang berlebihan boleh mencairkan natrium di dalam darah dan ini menyumbang kepada simptom-simptom seperti suhu badan yang rendah, kembung dan kekejangan.
Bagaimana bayi yang menyusu susu ibu mendapat air yang secukupnya?
Susu ibu mengandungi 88% air dan berupaya membekalkan kesemua cecair yang diperlukan oleh bayi yang menyusu susu ibu. Bayi yang sihat dilahirkan dengan cukup air dan keadaan ini akan terus kekal jika bayi disusukan dengan susu ibu secara eksklusif, siang dan malam, dengan kerap dan tanpa had. Pada beberapa hari pertama selepas dilahirkan, kolostrum sahaja sudah mencukupi untuk membekalkan air kepada bayi.
Bagaimana dengan bayi yang tinggal di dalam iklim yang panas dan kering?
Beberapa kajian yang dijalankan di pelbagai lokasi (lembap dan kering) pada julat suhu antara 22°C – 41°C (71.6°F – 105.8°F) dan kelembapan relatif antara 9% – 96%, mengesahkan bahawa bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif tidak memerlukan air tambahan. Bayi akan mendapat semua cecair yang diperlukan melalui susu ibu, sekiranya dibenarkan menyusu susu ibu mengikut keperluannya.
Haruskah bayi yang mengalami cirit-birit atau diarea diberi air?
Dalam keadaan cirit-birit atau diarea yang tidak teruk, adalah dicadangkan supaya ibu-ibu meningkatkan kekerapan penyusuan susu ibu. Walau bagaimanapun, bagi cirit-birit atau diarea yang sederhana atau teruk, ibu-ibu perlu membawa bayi berjumpa doktor dengan serta – merta, di samping meneruskan penyusuan susu ibu seperti biasa.
Haruskah air diberi kepada bayi yang berumur enam bulan ke atas?
Pada umur enam bulan, selain daripada susu ibu, bayi harus diberi makanan pelengkap. Ini penting untuk memenuhi keperluan nutrien bayi yang semakin meningkat.
Jenis makanan yang dimakan oleh bayi mempengaruhi keperluan airnya. Secara amnya, keperluan air bagi bayi yang berumur 6 hingga 11 bulan boleh dipenuhi melalui susu ibu. Walau bagaimanapun, air yang telah dimasak boleh diberi kepada bayi selepas makan. Perlu diingatkan bahawa memberi air kosong kepada bayi adalah lebih baik berbanding jus buah-buahan. Ini kerana air kosong adalah minuman yang terbaik untuk menghilangkan dahaga dan tidak mengandungi gula, sebagaimana jus buah-buahan. Bayi juga patut diberi air menggunakan cawan dan bukannya botol. Ini kerana pemberian air menggunakan botol mendorong bayi untuk minum air secara berlebihan yang melebihi keperluannya.
Apabila memberi bayi air atau sebarang cecair lain, pastikan yang ia tidak menggantikan susu ibu. Air yang ditambah ke dalam makanan pelengkap juga boleh menggantikan atau mencairkan kandungan di dalam nutrien makanan tersebut. Oleh itu, kurangkan penambahan air ke dalam makanan pelengkap seperti bubur dan sup untuk meningkatkan kepekatan nutrien dalam makanan tersebut, yang seterusnya akan membantu meningkatkan status pemakanan bayi.
Rujukan
Almroth S, Bidinger PD. No need for water supplementation for exclusively breast-fed infants under hot and arid conditions. Trans R Soc Trop Med Hyg. 1990;84:602-604.
American Academy of Pediatrics Section on Breastfeeding. Breastfeeding and the Use of Human Milk. Pediatrics. 2005 Feb;115(2):496-506.
Exclusive Breastfeeding: The Only Water Source Young Infants Need
FAQ Sheet No. 5 from the Linkages Project
Sumber: Laman Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Imun ibu hamil mengalami perubahan semula jadi sepanjang kehamilan. Ketahui punca sistem imun menjadi lemah, risiko jangkitan serta cara berkesan untuk menguatkan daya tahan badan ibu dan melindungi kandungan.