Perjalanan menyusukan setiap ibu berbeza-beza. Ada yang direzekinya untuk menyusu hingga anak berusia dua tahun, namun ada pula ibu yang terpaksa pasrah bila mana anak hanya mahu menyusu hingga usia enam bulan.
Bagi Diana Nasir, yang juga kakak kepada pelakon Anzalna Nasir, dia melalui dua pengalaman berbezanya dalam menyusukan ketiga-tiga anaknya, Anggun Darleesa, Anggun Darleena dan anak bongsunya, Anggun Darniella.
Kedua kembarnya lebih awal menolak susu ibu di awal kelahiran, namun sebaliknya pula anak ketiganya yang terus ‘melekat’ menyusu sehingga kini.
” Darleesa dan Darleena sama-sama minum susu botol (formula) sejak lahir sampailah sekarang. Si kembar ni memang tak nak langsung susu badan.
” Bila bagi, masing-masing muntah dan kami akhirnya saya dan suami memilih untuk beri susu formula saja. Waktu itu saya tak rasa stress atau ada tekanan dengan keputusan saya kerana saya tahu bukan mudah untuk breastfeed 2 bayi dalam satu masa yang sama.
“Saya pula waktu itu saya ada masalah sakit belakang ditambah pula bersalin secara Czer. Jadi saya buat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa. Dan saya rasa inilah keputusan terbaik untuk saya dan anak-anak,” kongsi Diana bercerita mengenai dua anak kembarnya.
Namun kata Diana, lain pula kisahnya dengan anak ketiganya, Darniella yang langsung menolak susu formula. Sejak kecil lagi, anak ketiganya itu hanya menyusu susu ibu dan menolak susu formula.
Ads
“Darniella pula 100 peratus memang direct breastfeed sampailah sekarang. Dia langsung tak nak susu botol. Alhamdullilah, baik anak-anak kembar mahupun Darniella, mereka semua membesar dengan sihat, cergas dan teramat sayang dan rapat dengan saya,” kongsinya.
Jaga makan dan banyak minum air
Kata Diana yang lebih mesra disapa Dee, dia tidak mengamalkan sebarang milk booster tertentu untuk memperbanyakkan susu tetapi hanya menjaga pemakanannya setiap hari.
” Alhamdullilah setakat ini, saya tak pernah ada masalah kekurangan susu. Saya juga tak pernah ambil apa-apa milk booster untuk banyakkan susu. Cumanya, saya jaga pemakanan.
Ads
” Saya amalkan Vitamin C, hadkan pengambilan makanan yang tak sihat dan minum banyak air setiap hari. Tak ketinggalan juga sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan berusaha untuk kekal sihat sentiasa, “katanya lagi.
“Journey kita berbeza, tak mengapa”
Ibu penyayang kepada tiga cahaya mata ini juga turut berkongsi nasihat. Baginya tidak ada satu kekurangan pun jika ibu tidak direzekikan untuk menyusukan anak. Setiap perjalanan hidup kita berbeza malah ada kelebihan dan kekurangan dalam perjalanan menjadi ibu.
“Bagi saya, bagaimana pun cara kita memilih, tak kisahlah samada beri susu botol atau susu ibu, takkan ada kena mengenanya dengan berapa banyak kasih sayang anak pada kita. Begitu juga dengan kasih sayang kita pada anak-anak.
“Pada saya, kalau kita memilih untuk susukan anak dengan susu formula pun, perjalanan seorang ibu langsung tak terkurang atau terlebih berbanding ibu yang menyusukan anak. Tak mengapa jika journey kita berbeza dengan ibu yang lain. Saya amat menyokong ibu-ibu diluar sana,” katanya berkongsi.
Tinggal lagi 3 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suami saat isteri bersalin akan mengalami perasaan cuak dan berdebar. Sekuat mana pun lelaki, pasti akan terkesan, lebih-lebih lagi bagi anak pertama.
Penyanyi Tasha Manshahar dikhabarkan dalam proses melahirkan permata hati sulungnya. Melalui posting Instagram, detik cemas ini dikongsikan. Apa pun, Tasha mengharapkan proses kelahiran ini lancar dan dirinya diberikan kesihatan yang baik.
“Assalamualaikum dear my 800K followers ?(didnt expect I’d finally reach 800K followers ?) _ “Dari lubuk hati yang paling dalam, mohon doa ikhlas dari semua untuk mendoakan kemudahan, kelancaran, dan kesihatan sepanjang saya menempuh proses melahirkan cahaya mata sulung saya dan @raqibmajid .
“Bila dan bagaimana, saya cuma minta apa yang terbaik. May Allah ease and give whats best for us ♥️ _ “Bismillahirrahmanirrahim. Laa ila ha illa anta subhaanaka inni kuntu minadzholimin.”
Manakala suami Tasha, Raqib Majid turut memaklumkan berita mendebarkan dalam kemas kini Instagram yang terbaru. Dalam video yang memaparkan dirinya sedang membaca Al-Quran sambil memegang kandungan.
Kata Raqib, sekuat mana pun lelaki, apabila tiba saat bersalin isteri perasaan cuak dan berdebar tidak dapat dinafikan lagi. Perasaan bercampur baur gembira takut, cuak. semua ada, apatah lagi ia pengalaman pertama.
Raqib turut memohon doa daripada follower bagi kelancaran proses kelahiran permata hati sulungnya.
“@tashamanshahar dah warded. Saya minta doa awak semua untuk permudahkan urusan kami??
“Doakan diberi kelancaran, kemudahan dan keselamatan untuk isteri dan anak saya. Perasaan saya bercampur baur. Happy, takut, gembira, cuak.
Semuanya ade. Ini pengalaman pertama kami kan. Dan saya akan ikut tasha masuk ke labour room inshaALLAH. Sayu saya tengok wajah dia. Tapi saya kena kuat supaya Tasha pun kuat
“Saya post ini bukan suka2 tapi saya yakin dengan berkat doa awak semua akan membantu urusan isteri dan anak saya dipermudahkan??
“Sekuat2 seorang lelaki kalau sampai ke tahap ni akan berdebar juga?.”
Para peminat mendoakan kesejahteraan Tasha dan mendoakan agar proses kelahiran berjalan lancar. Malah ada yang memuji kemerduan Raqib mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran buat Tasha.
@azizahzainon1605 “InsyaAllah semuga Allah permudahkan kelahiran anak yg soleh atau solehah. Sihat tubuh badan nya,cerdik dan pintar. Amiiin. 3.30 pagi barakAllah.”
@ainisophieeee “Sedapnya bacaan ?.”
@syahmiazli “Semoga di permudahkan segala urusan abg raqib dan kak tasha , moga dapat anak yg soleh dan solehah serta diberkati kehidupan Allah humma amin.”
@basirahnasir “Semoga dipermudahkan..Semoga ibu dan baby selamat dan sihat hendakNya..Amiin..”
Penantian selama 10 tahun untuk memeluk zuriat sendiri berakhir setelah pasangan selebriti Indonesia, Irwansyah dan Zaskia Sungkar telah selamat menimang cahaya mata lelaki hari ini (30 Mac).
Zaskia selamat melahirkan anak sulungnya di Hospital Bunda, Menteng, Jakarta Pusat.
Khabar gembira ini telah dikongsikan oleh Irwansyah dan isterinya, Zaskia di akaun Instagram milik mereka serta sebuah rakaman video yang dimuat naik di akaun Youtube The Sungkars Family.
Terdahulu, Irwansyah dan Zaskia yang mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011. Mereka turut berkongsi berita gembira tentang kehamilan anak pertama mereka melalui proses IVF pada September 2020.
Tahniah diucapkan kepada Irwansyah dan Zaskia! Semoga momen ini akan menjadi kenangan paling berharga atas kesabaran dan usaha tanpa berputus asa sejak dari awal perkahwinan sehinggalah bertukar status mami dan papa!
**Nak dapatkan barangan anak pada harga promosi, klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagaimana ada antara ibu ayah sedia tahu, anak yang disahkan disleksia adalah sangat unik dan istimewa. Cara otak mereka memproses maklumat yang dilihat dan didengar adalah berbeza berbanding orang lain.
Begitulah juga yang ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak lelaki ini. Dia mempunyai semangat luar biasa dan minat yang begitu mendalam terhadap dunia pendakian, sekali gus mendorong Anas Ahmad Zulhisyam, 11, melakukan kerja-kerja membina laluan mendaki di lereng gunung dengan usahanya sendiri.
Berbekalkan sebatang cangkul kecil, Anas mencuri tumpuan apabila sering mengikuti bapanya Zulhisham Abd Rahim, 50, seorang pemandu arah sepenuh masa untuk mendaki gunung pada cuti persekolahan.
Memetik perkongsian Zulhisham di Bernama, difahamkan anak istimewanya itu minat terhadap hutan sejak berumur dua tahun lagi, apabila sering dibawa bersama selepas Anas kematian ibu ketika itu baru berumur 11 bulan.
Bercerita lanjut, Zulhisyam berkata, anak lelakinya itu pernah mencipta rekod tersendiri apabila berjaya mendaki tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia (G7) dalam tempoh setahun pada 2017 dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Kelantan ketika berusia lima tahun.
Rekod itu tercipta bermula dengan pendakian Gunung Yong Yap, Gunung Yong Belar, Gunung Korbu, Gunung Gayong dan Gunung Ulu Sepat di Perak, Gunung Chamah di Kelantan dan penutupnya di Gunung Tahan di Pahang.
Selain mendaki, Anas juga tidak melepaskan peluang mengikuti Zulhisyam ‘merintis’ laluan-laluan baru gunung di sekitar Pahang.
Anak tunggalnya itu bercita-cita menakluki gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu satu hari nanti. Ayah ini juga percaya dengan mendaki dapat membantu mengembangkan kesihatan fizikal dan mental anaknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila Anak Ada Minat, Tugas Kita Adalah Menyokong”: Inspirasi Dari Dunia Taekwondo Si Cilik
Pernah tak kita sebagai ibu bapa terhenti sejenak dan bertanya, “Apa sebenarnya...