Ali memasak masakan istimewa untuk Fatimah setelah menangis seharian akibat sedih apabila fatimah telah bertukar sekolah.
Keakraban adik-beradik ini memang tak dapat dinafikan lagi. Mr Dad telah memuatnaik video di instagram The Family UK dimana Ali sedang memasak untuk fatimah. Mr Dad cuba untuk mengalihkan perhatian Ali dari terus bersedih dengan aktiviti memasak.
Hari ini, kita dibanjiri lagi dengan air mata Ali ketika Fatimah pergi ke sekolah. Dia masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan baru. Mudah-mudahan akan bertambah baik apabila dia memulakan sekolah pada hari Isnin depan. Seperti yang anda lihat, matanya agak bengkak kerana dia menghabiskan sebahagian besar waktunya menangis dan menangis dan menangis dan menangis !!! Untuk mengalihkan perhatiannya, kami membawanya memasak! Jadi, jom lihat, DELICIOUS NASI GORENG, dimasak dengan cinta oleh Chef Ali khas untuk Fatimah – dengan pelbagai bahan, tolak air matanya! Dan tolong maafkan semua kekacauan ini… memang sedikit bersepah, tapi tak ternilai!
p/s: Ali kata mata dia bengkak sebab tak cukup tidur ok…bukan menangis tau?! #coverlinebaekpunya
Tengok wajah bangga Ali kerana dia berjaya buat kejutan untuk Fatimah dengan NASI GORENG yang sedap – tak ternilai! Seperti yang anda lihat, dia sangat sayang kan kakaknya dan betapa rapatnya dia dengan kakaknya. Dia menangis sepanjang hari tetapi mukanya bersinar-sinar sebaik sahaja Fatimah pulang dari sekolah! Phew … sekurang-kurangnya tiada lagi air mata buat masa ini!
Ruang komen The Family UK dihujani komen dari netizen. Ramai yang memuji sikap adik beradik ini.
Selepas empat hari pemergian arwah Ashraf Sinclair, Ibunya Khadijah A Rahman Sinclair akhirnya mendapat kekuatan untuk berbicara.
Menerusi akaun IG atas nama Dida Sinclair, Khadijah mengakui sukar untuknya meluahkan perasaan selepas pemergian arwah Ashraf.
“Saya tak tahu mahu bermula daripada mana. Terlalu berat dan sukar menggambarkan perasaan saya ketika ini.
“Bagaimanapun, saya perlu mengatakannya bagi pihak anak saya, Ashraf. Terima kasih kepada semua insan dalam dunia ini yang berkongsi kesedihan dan kesakitan atas pemergian Ashraf Daniel Mohamed Sinclair.
“Allah SWT mempunyai rancangan untuknya dan kami dengan tulus hati reda atas pemergiannya. Walaupun sukar untuk menerima, tetapi semoga kehidupannya selama 40 tahun ini menjadi terbaik untuk alam akhirat,” katanya.
Luahan Khadijah dikongsi pada ruang komen entri dan hampir 40,000 tanda suka sejak dimuat naik. Kebanyakan mendoakan yang baik-baik untuk arwah Ashraf dan keluarganya.
Arwah meninggalkan seorang isteri, Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki Noah Aidan, 10 tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila fikir sekali macam mana pasangan suami isteri yang ada anak ramai boleh uruskan keperluan keluarga dengan baik. Lagi-lagi dalam keadaan sekarang ni yang agak mencabar dan semuanya memerlukan komitmen tinggi.
Bagaimanapun kisah seorang ibu yang dikurniakan anak seramai 10 orang berusia antara 18 hingga setahun sangat mengagumkan walaupun dalam keadaan sekarang ini ramai yang berkira-kira untuk menambah anak.
Bagi Puan Nurshaleena binti Mohammad Nor, 40, anak ramai ini ibarat hadiah yang paling mahal dalam hidupnya dan suami. Ini kerana di awal perkahwinan dia dan suami terpaksa menunggu dua tahun untuk mendapat zuriat.
“Selepas dua tahun menunggu dan dikurniakan anak sulung pada tahun 2002, rezeki anak tak putus pula walaupun dah cuba merancang sehinggalah yang ke-10 dilahirkan 2019. Walaupun anak ramai, saya dan suami syukur semuanya dipermudahkan bermula sejak lahir hinggalah anak-anak besar.
“Alhamdulillah untuk 10 anak ni pun semuanya dilahirkan secara normal. Beza setiap anak ada yang setahun seorang, dua tahun seorang dan tiga tahun seorang. Bermula dengan yang sulung usianya 18, 17, 14, 11, 10, 8, 7, 5, 3 dan setahun,” ujarnya.
Ada jadual uruskan rumah tangga & anak
Kongsi Shaleena lagi, setakat ini keadaan masih terkawal walaupun sedikit penat. Cuma sebagai ibu yang mempunyai anak ramai, perlu buat jadual awal untuk menguruskan anak dan rumah tangga. Ni antara tip yang diamalkan sejak anak kecil lagi sehingga sekarang.
“Jadual ni penting untuk kita tahu apa perlu dilakukan dulu dan barulah tak mudah rasa stres dan nak marah anak.
“Macam saya setiap hari dah biasa tidur lambat sikit. Sebab lepas semua anak tidur baru akan uruskan kain baju, kemas rumah, menyapu dan sebagainya. Cara ni memang dah dipraktikkan dari dulu lagi supaya bila bangun keesokan harinya, urusan rumah tangga dah selesai.
“Jadi bila hari siang saya boleh fokus kepada nak memasak dan luangkan masa dengan anak-anak. Sebab ada antara anak-anak yang usia 10 hingga 17 tahun ni mereka suka bercerita.
“Saya ibu, sayalah kawan untuk anak-anak. Contoh saya suka cari masa untuk bacakan cerita seram untuk mereka.. Jadi mereka akan duduk rapat untuk dengar cerita dan ini salah satu bonding selain bawa keluar berjalan-jalan. Bagi anak-anak yang kecil pula, bila ajak main saya dan suami akan main sama-sama dengan mereka,” katanya.
Anak-anak jadi bestfriend
Sementara itu, bercerita mengenai anak-anak ramai ni, Shaleena akui dia dan suami sangat-sangat seronok walaupun pelbagai tanggapan dan soalan sering di tanya apabila membawa anak-anak keluar.
Soalan yang paling biasa orang akan tanya, “betul ke ni semua anak-anak akak?”. Sebab nampak mak masih muda lagi. Bukan itu saja bila jalan beramai-ramai, pasti akan ada mata yang memandang.
Tapi semua itu saya dan suami dah lali kerana yang penting kami gembira. Saya akui bila anak-anak dah besar, mereka ni dah jadi kawan rapat. Bila keluar ke mana-mana, anak-anak yang besar ni masing-masing akan jaga setiap adik-adiknya.
Contohnya kalau pergi mall, abang dan kakak yang besar ada adik-adik yang mereka jaga.. Contohnya kakak jaga yang adik nombor 7, abang jaga yang nombor 8, yang nombor 3 jaga nombor 6, ibu jaga baby.. Yang selebihnya ayah jaga. Tiap kali naik lif org akan kira anak akak ada berapa.
“Mereka dah faham dan tak perlu disuruh pun. Kita tengok pun senang hati sebab anak yang kecil semua ada bodyguard.
“Walaupun 10 anak ada 10 karenah, semua tu momen yang akan dikenang sampai bila-bila,” katanya yang mempunyai 8 anak perempuan dan dua lelaki.
Setiap anak bergilir buat kerja rumah
Sebagai ibu, mengajar anak-anak berdikari antara proses pembelajaran untuk masa depan mereka.
Setiap anak akan ada kerja rumah yang perlu mereka lakukan tapi tak dikhaskan dengan tujuan supaya mereka rasa enjoy buat kerja rumah.
Contohnya.. Hari ni no 1 basuh pinggan, no 2 buang sampah no 3 menyapu.. Esok tukar pulak no 1 menyapu no 3 buang sampah no 2 basuh pinggan dan seterusnya macam tu. Kalau nak kemas rumah sikit-sikit akak ajak sama-sama sampai yang umur 3 tahun tu pun tolong sama.
Difahamkan anak-anak Puan Shaleena ini juga mempunyai bakat dalam lakonan dan mereka adalah pelakon remaja dan kanak-kanak serta banyak membintangi drama tempatan yang popular.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini masuk hari ke-11, selebriti media sosial, Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai Mua Bellaz melahirkan cahaya mata keempatnya.
Menurut perkongsianya di laman Instagram semalam, dia berkongsi wajah terkini puteri keduanya. Dalam hantaran tersebut, itu merupakan pertama kali dia dapat berkongsi wajah baby Nur Aisywara Nealofa sambil membuka mata.
“Masyallah 🤍 segala puji bagi ALLAH”
“Haa tudia harini genab 10 hari ,mama baru dapat snap gambaq dia buka mata hahahah adehh Aisywara Nealofaa uii..tidakk reja lena jaa..”
“Harini dia pandai mai check kuning dia ,dia buka mata luas,seronok abah bawak kluaq rumah ka 🤣 ka mama hang yang syok ronda-ronda”
Dalam perkongsian itu juga, Mua Bellaz bersyukur kerana demam kuning baby Aisywara semakin menurun dan luka pembedahan Czer-nya semakin pulih.
“Alhamdulilahh kuning Nealofa dah Turun syukur ..luka czer mama pon takat lani dah beransur pulih dah sikit Alhamdulilahh”
Kecantikan baby Aisywara Neelofa yang memukau menarik perhatian ramai termasuk selebriti tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor serta warga maya.