Selebriti serba boleh, Alif Satar atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar telah memuatnaik gambar di Instagram bersama anak lelakinya Muhammad ‘Ali di Masjid Wilayah untuk menunaikan solat jumaat.
“Muhammad ‘Ali’s first jumaat.. ikuti moment2 kami di masjid wilayah hingga ke gambar terakhir. 😆 (24/3/23)
Ads
p/s Bawak anak pi masjid!👍🏽♥️SALAM JUMAAT.. AL KAHF MODE ON! #futuremessageformuhammadali” ” kongsi Alif di kapsyennya.
Gelagat Muhammad ‘Ali, 4 tahun yang tertidur di masjid mencuit hati warganet, mana tidaknya awal-awal seronok ke masjid hujung-hujung tertidur! Antara komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet:
Ads
Memupuk anak ke masjid dari seawal usia kecil sangat penting dalam membentuk sahsiah ketika dewasa. Antara tip sebelum membawa anak ke masjid adalah:
Ads
Memastikan keselesaannya supaya dia mempunyai ruang dan tidak merasa bosan.
Memberi bimbingan kepadanya terlebih dahulu dan dari masa ke semasa supaya dia tahu adab di masjid.
Memberi pujian apabila dia berkelakuan elok supaya dia bersemangat untuk terus menjadi baik.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak akan tetap menjadi kanak-kanak, kita sebagai orang dewasa yang perlu memberikan sokongan dan didikan kepada mereka.
Semoga Muhammad ‘Ali terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat ibu dan ayahnya.
Air nabeez ialah minuman yang diambil Nabi Muhammad SAW. Ia dikatakan dapat memulihkan tenaga, sesuai diambil ketika bersahur.
Memberikan tubuh nutrien daripada bahan semula jadi adalah perkara yang terbaik yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan.
Bagi memastikan tubuh badan kekal bertenaga ketika berpuasa, amalan pemakanan yang sihat adalah amat penting dan perlu dititikberatkan terutamanya ketika bersahur dan berbuka.
Rendaman kurma atau kismis
Amalan meminum air nabeez iaitu air rendaman kurma atau kismis dalam air masak semalaman dalam bekas yang tertutup dan kemudiannya diminum keesokkan harinya. Selain tersimpan banyak khasiat, air nabeez adalah minuman sunnah dan merupakan minuman kegemaran Rasullullah SAW.
Namun bagi ibu hamil, penting bagi anda mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pemakanan, terutama sekali yang mempunyai diabetes kerana gula dalam kurma agak tinggi.
Selain menggunakan kurma, air nabeez juga boleh disediakan menggunakan kismis.
Penyediaan air nabeez
Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insyaallah, perut mampu bertahan.
Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama2 sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.
Cara-cara:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carikkan isi kurma. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan Ramadhan. Amalkan masa perut kosong.
Khasiatnya air nabeez
1. Pemberi & pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).
2. Tinggi kandungan fiber- menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit).
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya akan pottassium- penting dalam menjaga jantung & menstabilkan tekanan darah.
Disebabkan air nabeez tinggi akan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
“Mama minta maaf sebab tak jaga Fayyadh baik-baik,” kata Nur Shamimi yang juga ibu kepada Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid sambil mengusap jasad anaknya selepas ditemui lemas di lombong berdekatan taman perumahan.
Nur Shamimi Abdul Malek 27, dilihat berulang kali meluahkan rasa tidak percaya anaknya itu sudah tiada sambil menzahirkan ucapan maaf.
Biasanya bermain di taman permainan
Ketika ditemui pemberita, Nur Shamimi berkata, mereka sekeluarga sama sekali tidak menyangka arwah akan mendekati lombong berkenaan kerana kawasan itu telah berpagar.
Katanya, pada kebiasaan, anak kedua daripada lima beradik itu hanya bermain di taman permainan yang terletak kira-kira 80 meter dari rumah mereka di Taman Kinta Baru, Gopeng, Perak sambil ditemani adik beradik yang lain.
“Kalau keluar je dari pagar rumah ini, memang ke taman permainanlah dia akan pergi, melompat sambil bermain papan gelongsor.
“Walaupun lombong berada dekat dengan taman permainan ini, dia dan anak-anak saya yang lain tak pernah pergi atau merayau di situ.
“Saya sama sekali tak menjangka dia akan ditemui di situ dalam keadaan tidak bernyawa kerana firasat saya mengatakan anak saya hanya ke taman permainan sahaja,” katanya.
Arwah anak istimewa
Katanya, anaknya yang mempunyai masalah autisme, hyper aktif, kurang pendengaran dan tidak boleh bercakap memang pantang jika pintu atau pagar tidak berkunci kerana akan berlari keluar rumah.
“Bila saya nampak pintu terbuka dan Fayyadh tiada di ruang tamu, saya cepat-cepat minta anak sulung berusia 7 tahun cari di taman permainan itu, tetapi dia tiada di situ.
“Kami mencarinya sehingga jam 4.30 pagi termasuklah di kawasan lombong itu, tetapi tidak menemui apa-apa petunjuk sehinggalah pagi ini (Selasa) dimaklumkan anak saya sudah ditemui, tetapi dalam keadaan tidak lagi bernyawa,” katanya pilu.
Akan merindui keletah manja arwah
Nur Shamimi berkata, dirinya reda dengan pemergian arwah dan mengakui akan merindui keletah manja anaknya itu nanti.
“Memang dialah yang paling manja, bila nak tidur dia akan cari dan pegang kaki saya, baru dia akan tidur. Samalah keadaannya setiap kali bangun tidur, dia akan cari dan peluk saya dulu, baru buat benda lain,” katanya.
Jasad Muhammad Fayyadh yang dilaporkan hilang dari rumah sejak petang Isnin ditemui dalam keadaan terapung di tepi sebuah lombong milik persendirian oleh pasukan operasi mencari dari Balai Polis Gopeng pada jam 9.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim mengesahkan tiada tanda berlakunya unsur jenayah ketika pemeriksaan awal pada fizikal mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Daun-daunan herba tidak dinafikan begitu membantu menyedapnya masakan kita. Kalau daun herba tidak ada, boleh jadi masakan kurang rasanya. Pun begitu, daun herba seperti daun ketumbar, daun kunyit, daun sup, daun limau purut dan seangkatannya cepat layu jika disimpan lama dalam peti ais.
Apa nak buat dengan lebihan daun-daunan ini? Nak simpan macam mana? Idea perkongsian Nik Hazifah seperti yang dikongsikan semula Rafzalina Rafli ini memang terbaik. Confirm tak membazir.
Assalammualaikum & gud morning. Meh Kak Lina nak share idea bernas ni. Semoga memberi manfaat buat semua, Insya Allah. Maybe ada yang dah praktikkan idea ni kan. Juz nak share untuk yang belum tau tu.
Ok. Ketua keluarga dah beli stok barang-barang dapur & bahan masak. Sekarang baru ketua dapur nak take charge. Gitu.
Nak share idea simpan daun ketumbar, daun kunyit, daun sup, daun limau purut dan seangkatannya. Selalunya kalo kat pasaraya mesti beli dalam paket & kuantiti yang lebih daripada yang kita perlukan untuk masak..at last abis layu & kering dalam tempat simpanan sayur tu. Betul tak?
So, gunakan plastik aiskrim. Masukkan daun-daun tu, masukkan air dan ikat. Then simpan dalam freezer. Jimat space dalam freezer.⠀
Ni adalah cara untuk kekalkan kesegaran daun-daun ni. Dah suami beli macam nak kenduri. Padahal nak pakai sikit je pun. ⠀ Nak defrost pun kejap je. Keluarkan dari plastik tu dan lalukan bawah air paip. Selesai.⠀
⠀⠀ Kredit : Nik hazifah bawangchannel
* Kak lina dah siap buh malam tadi dalam freezer. Pagi tadi dah kuarkan pun serai & daun limau purut siap-siap untuk masak nasi goreng tomyam untuk lunch nanti. Yang penting tahan lama dan tak membazir, very effective.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.