Waktu hujung minggu atau ada masa terluanglah kita selalu buat ‘spring cleaning’ atau asingkan barang mana perlu dibuang dan diasingkan. Pun begitu, asingkanlah apa-apa barang yang boleh dikitar semula untuk aktiviti anak-anak.
Barulah tak membazir dan bermanfaat untuk anak-anak kita. Idea DIY ibu ini, Zeyqa Amani memang superb. Jom tengok apa yang kita boleh dihasilkan untuk anak-anak.
Hai semua, Eka nak tanya ni. Ketika ibu-ibu semua “spring cleaning” di rumah, mesti kita akan jumpa macam-macam kan? Straw la, botol air yang dah kosong, majalah lama, kertas dan macam-macam lagi.
Haaaa..sebenarnya kita masih boleh mengitar semula/DIY bahan-bahan ini menjadi sesuatu yang menyeronokkan untuk anak-anak tau.
Satu kepuasan apabila dapat DIY sendiri bahan untuk beraktiviti dengan anak-anak yang Eka rase ibu-ibu semua perlu cuba.
Bagi yang tidak tahu, antara barang yang kita boleh kitar semula untuk homeschool antaranya adalah:
Ads
🌀Penutup botol
🌀”Bubble wrap”
🌀penutup wet tissue baby
🌀batang aiskrim
🌀sarang telur
🌀kotak
🌀butang dari baju-baju lama
🌀lidi sate
So Eka nak sharing lah antara aktiviti yang eka dah DIY dengan barang kat atas ni.
Kalau ibu-ibu yang ada pengalaman serta pernah buat juga jom lah jangan segan silu share dengan Eka di ruangan komen.
Moga dapat memberi idea kepada mommies yang lain juga.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ditentukan Allah untuk mengikat tali cinta di sewaktu muda, usahawan berjaya, Datuk Alif Syukri bagaimanapun tidak mahu anak-anaknya mengikut jejaknya dan isteri yang mendirikan rumah tangga pada usia muda.
Bagi dirinya, masa muda sepatutnya diisi dengan ilmu terlebih dahulu sebelum memikul tanggungjawab yang besar.
Menerusi perkongsian videonya, bapa kepada enam anak ini turut mahukan anaknya berjaya terlebih dahulu sebelum melangkah ke jinjang pelamin.
“Saya ni bukan Tuhan nak menghalang jodoh, ajal ketentuan kan di tangan Tuhan tapi sebolehnya saya tak nak kalau anak saya kahwin muda, sebab saya pernah merasa bagaimana kahwin muda.
“Kalau boleh saya nak dia explore dulu, nak ada pelajaran dulu, of courselah saya nak anak saya ada pendidikan yang baik.
“Saya nak dia lengkapkan diploma, ijazah dan sebagainya dahulu sebolehnya tapi kalau jodoh datang awal saya terpaksa reda,” luahnya berkongsi.
Menurut Datuk Alif lagi, dia yang dilahirkan dalam keluarga yang ramai juga turut mahukan anak ramai namun bersyukur dianugerahkan dengan enam rezeki cahaya mata.
Malah bapa penyayang ini turut menitipkan ucapan kepada ibu bapa agar sentiasa menghargai dan menjadikan anak sebagai sahabat yang baik.
“Saya ni sebenarnya ada adik beradik yang ramai. Bila ada adik beradik ramai ni saya happy. Kalau boleh saya nak ada 12 orang anak tapi alhamdulillah saya ada enam anak. Bagi saya tu dah cukup ramai, alhamdulillah.
“Bagi saya setiap anak ini ada rezekinya. Setiap anak lain ragamnya, lain auranya dan setiap anak ada rezeki masing-masing. Jadi sebab itulah saya suka ramai anak.
“Kepada mak ayah semua yang ada anak ramai, saya doakan anda menjadi seorang mak bapak yang baik, menghargai anak dan jadikan anak sebagai sahabat. Inshallah kehidupan kita lebih bahagia.
“Hargai keluarga selagi mereka ada, kalau tak ada nanti kita rindu,” ujarnya lagi berkongsi.
Masih lagi tidak dijumpai! Lebih 36 jam berlalu selepas Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Air Kuala Tiga di sini, namun belum ada petunjuk mengenai keberadaan kanak-kanak berusia 19 bulan itu.
Kehilangan anak kecil ini di rumahnya, terus membuatkan ibu ayah dan ahli keluarga resah dan berduka.
Malah menerusi perkongsian Harian Metro, sejak malam ibunya yang masih tidak keruan dan berharap anak tunggalnya ditemukan dalam keadan selamat.
Menurut ibu saudara bayi itu, Azean Suhaily Ramley, 39, kehilangan Hud Aryan sangat memberi kesan kepada ibunya, Azean Nur Atikah, 34, kerana anak saudaranya itu adalah anak tunggal.
Ujarnya lagi sehingga kini adiknya banyak menangis memikirkan nasib Hud Aryan yang hilang tanpa jejak.
“Atikah berkahwin sejak 2017 lagi dan dua tahun lalu baru berpeluang menimang cahaya mata. Belum puas bermanja, ini pula yang terjadi.
“Kami tidak putus harapan dan masih berdoa sambil berharap ada keajaiban. Tapi dalam masa yang sama, reda dengan ujian ini,” katanya.
Sejak kehilangan Hud Aryan, dalam usaha mencari dan menjejaki Hud, solat hajat terus dibuat sama ada di rumah atau masjid di kampung terbabit.
“Tak henti-henti solat hajat dibuat dan kami tetap berdoa Hud ditemukan walau apa cara sekalipun,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Anjing pengesan Unit K9 bantu cari Hud
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pasukan penyelamat akan diteruskan jam 9 pagi ini dalam usaha mengesan kanak-kanak itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman, berkata operasi akan menggunakan dua anjing pengesan dari Unit K9.
Terdahulu, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dilaporkan hilang apabila disedari tiada dalam rumah kira-kira jam 7.20 malam Isnin lalu oleh ahli keluarga.
Sebagai penghuni pertama rahim ibu, kehadirannya dinantikan oleh ibu dan ayah. Anak pertama adalah segalanya buat mereka yang baru bergelar ibu dan ayah.
Semua ibu dan ayah akan menjaga anak pertama bagai menatang minyak yang penuh, dijaga dan diberi segala yang terbaik.
Tetapi biasanya bila dapat anak kedua, ibu dan ayah automatik anggap anak pertama sudah besar dan boleh berdikari walaupun kadangkala usia belum pun masuk 2 tahun.
Perkongsian dari Hafizah Nordin, ibu kepada tiga orang anak yang bercerita berdasarkan pengalamannya sendiri diharap membuka hati semua ibu ayah untuk lebih memahami perasaan anak pertama.
PENGHUNI PERTAMA RAHIM KU. Semua bakal merasakan perasaan yang sama. Tak sabar. Excited. Teruja. Yang paling istimewa, kerana “dia”, kita bakal bergelar ibu dan ayah pertama kalinya.
Walaupun kecik-kecik dah pernah main pondok-pondok. Ko jadi mak, ko jadi bapak. Kawan sorang lagi jadi anak. Pakai la kasut tinggi konon-konon mak.
PENGHUNI PERTAMA RAHIM KU, pertama kali tahu ummi mengandung, perasaannya tak tahu nak digambarkan macam mana.
Allah je yang tahu. Sepanjang tempoh mengandung tu setiap kesakitan, kesusahan semuanya ummi tempuhi dengah kuat bersama abi mu. Setiap saat ummi doa supaya anak ini dilahirkan mudah, sihat dan sempurna.
9 APRIL 2014 8:29 malam pertama kali dengar tangisannya, ummi membayangkan dia ketika dewasa yang sedang membaca ayat-ayat suci al-quran
Semuanya Allah aturkan dengan sempurna. ANIS HUMAIRAH nama yang diamanahkan membawa maksud teman mesra dan setia, yang peramah dalam pergaulan. Dengan harapan Anis akan jadi seorang insan yang baik akhlak dan budi pekerti.
BERGELAR KAKAK DI USIA MASIH KECIL
Diusia mu 9 bulan ummi disahkan mengandung lagi. Dalam hati fikir 1 je mesti Anis seronok bila ada adik nanti. Mesti dia seronok ada kawan bermain. Mesti die happy dengan adanya adik ni. Usianya genap 1 tahun 6 bulan bermula episod Anis sebagai seorang kakak. Bila Anis menangis mahukan perhatian, ummi suruh diam dan cuba beralah dengan adik.
Disuruh kawal emosi sendiri. Disuruh selesaikan masalah sendiri. Malah dipaksa faham situasi ummi sedangkan masa tu dia hanya anak kecil yang mungkin hanya mahukan senyuman ummi untuk dia merasa gembira dan ceriakan hatinya semula. Tapi ummi masih mahu dia cuba tenangkan hati sendiri.
ANIS ANAK YANG BAIK SAMPAI ADA ADIK KEDUA
Ummi makin terlupa yang Anis masih anak kecil. Ummi selalu suruh Anis sabar sedangkan ummi sendiri tak sabar dan selalu minta Anis faham kesibukan ummi.
Satu hari Allah nak tunjuk pada ummi. Kesalahan ummi. Sedangkan Allah bagi ummi nikmat untuk jaga sendiri anak-anak tapi ummi lalai.
Masa tu ummi terlupa anak-anak belum makan tapi ummi tertidur masa tidurkan adik Umar. Bila terjaga dan dengar bunyi tin biskut terjatuh di lantai dan bangun tengok bersepah Anis dan Aina tengah makan biskut.
Kepala dah mula nak marah tapi tiba-tiba ummi tengok jam dan terkejut sebab tak sediakan makanan lagi untuk anak-anak.
ANIS TAK KEJUTKAN UMMI, ANIS TAK KACAU UMMI BEREHAT TIDURKAN BABY, tapi Anis cuba cari makanan sendiri untuk Anis dan untuk Aina jugak.
Ya Allah berdosanya Ummi. Maafkan ummi sayang. Menangis ummi sampai bila-bila ummi tak kan lupa saat itu.
Ummi tak pernah memahami kesunyian Anis bila ummi sibuk dengan kerja-kerja dunia. Ummi tak ambil peduli tentang kesedihan Anis bila ummi lebihkan adik-adik. Ummi tak ambil berat bila Anis cerita apa Anis buat di tadika.
TAPI ANIS YANG TERPALING HEBAT
Seteruk mana ummi buat pada Anis tapi sekelip mata Anis mudah maafkan ummi. Sekelip mata Anis boleh tersenyum dan lupakan kesedihan Anis pada ummi. Anis tak jemu-jemu bercerita dan meluahkan cinta walaupun kadang-kadang cinta itu tak terbalas oleh ummi.
Selalu ummi abi rasa kami dah beri yang terbaik untuk Anis. Tapi hakikatnya Anislah yang banyak bekorban untuk ummi abi dan adik-adik. Terlalu banyak hutang kasih sayang ummi dengan Anis. Maafkan ummi yang selalu terlupa untuk mencium dan memelukmu di saat Anis kesunyian dan kesedihan.
Ummi berharap satu hari nanti jika Anis membaca tulisan ini. Ummi nak Anis tahu kasih sayang dari ummi dan abi tak pernah beza untuk semua anak-anak.
Anislah cinta hati ummi abi. Harapan ummi, Anis menjadi anak yang solehah, menjaga akhlak dan kehormatan diri, menjaga aurat dengan sempurna dan jadilah tauladan yang baik kepada adik-adik.
Jadikan Saidatina Khadijah r.a. atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah. Jadikan al-Quran sebagai sahabat dunia dan akhirat.
Untuk Anis dan semua anak sulung di seluruh dunia, semoga Allah merahmatimu, membalas jasa pengorbanan dan kasih sayangmu kepada adik-adik.
Selamat hari lahir ke-4 buat sayangku Anis Humairah bt Muhammad Zahin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.