Siapa yang tak kenal dengan gelagat usahawan popular, Datuk Aliff Syukri yang memang terkenal suka menyakat anak-anak. Kali ini, si bapa sporting itu sekali lagi mencuri perhatian apabila ‘mengusik manja’ anak lelakinya, Ammar Ahyan, tentang hubungan mesra dengan anak kepada Datuk Seri Vida iaitu Cik B!
Dalam satu sesi siaran langsung TikTok, Ammar menceritakan bahawa Cik B, pernah mengajukan soalan-soalan peribadi yang dikatakan ‘macam ada minat’ terhadapnya.
Lucunya, Aliff tidak melepaskan peluang untuk masuk ‘line’ dan menyarankan jawapan romantik untuk anaknya.
“Ammar Ahyan patutnya cakap, hari yang paling bahagia dalam hidup adalah apabila saya dapat berjumpa dan bertemu dengan awak (Cik B),” usik Aliff.
Namun Ammar terus mencantas ayat ayahnya itu dengan selamba berkata,
Ads
“Itu menipu tu abah. Kita tak boleh menipu.”
Situasi itu jelas mencuit hati ramai yang menonton, melihat cara dua beranak ini bergurau penuh kasih sayang.
“Terima Kasih Cik B, Bakal Menantu Papa”
Dalam nada berseloroh tetapi ‘sweet’, Aliff terus mengusik Ammar dengan bertanya apa yang membuatkan Cik B menarik di matanya.
Ads
“Cara Cik B bercakap dan suka berkawan dengan semua orang,” jawab Ammar jujur.
Jawapan itu disambut dengan pujian dan gelak ketawa oleh Aliff sambil berkata, “Terima kasih Cik B, bakal menantu papa,” guraunya, momen ini buatkan ramai terhibur dan kagum dengan hubungan Aliff bersama anaknya.
Ikatan Bapa dan Anak yang Makin Erat
Walaupun niatnya sekadar bergurau, telatah Aliff Syukri ini jelas menunjukkan hubungan bapa dan anak yang sangat rapat dan penuh kasih sayang. Dalam suasana santai sebegini, bukan saja dapat mengeratkan hubungan, tapi turut memberi inspirasi buat ibu bapa lain untuk sentiasa menceriakan hari anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kembar yatim piatu, S Yamuna dan S Yasoda berjaya genggam ijazah, nenek jadi sumber inspirasi. Pasangan kembar S Yamuna dan S Yasoda, 23, berjaya memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Perakaunan selepas melalui perlbagai cabaran.
Pasangan kembar dari Dengkil, Selangor ini dibesarkan oleh datuk dan nenek sejak kecil selepas ayah meninggal dunia akibat kemalangan pada 2006 dan ibu pula pergi buat selamanya tiga tahun selepas itu akibat kanser paru-paru.
S Yamuna berkata, sekali lagi mereka diuji dengan kemalangan jalan raya pada tahun 2010 yang menyebabkan datuknya meninggal dunia.
Jelasnya, dia bersama kakak dan abang kemudiannya dibesarkan oleh nenek dan banyak bergantung dengan bapa saudara dan bantuan bulanan diberikan kerajaan serta pihak sekolah.
“Kehidupan kami sekeluarga agar sukar dan saya sedar dengan pelajaran sahaja mampu ubah keadaan kami. Saya dan pasangan kembar sentiasa bersama sejak sekolah rendah, menengah, kolej matrikulasi dan UTM.
‘’Nenek, A Letchumy, 70 merupakan sumber inspirasi dan motivasi terbesar kami untuk belajar bersungguh-sungguh. Nenek yang selalu beri motivasi jangan sesekali putus asa,” katanya yang ditemui selepas Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-68 di sini pada Rabu.
Pasangan kembar yang turut memperoleh Anugerah Dekan berkata, meskipun menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan namun mereka tidak pernah berputus asa untuk mengejar impian menjadi seorang akauntan.
Jelasnya, kejayaan itu merupakan hadiah terindah diberikan kepada neneknya yang telah banyak berkorban untuk membesarkan dia bersama adik kembarnya.
“Kami sentiasa menyokong dan memberi semangat antara satu sama lain. Kami gemar belajar seawal jam 4 pagi dan kerap ulang kaji bersama.
“Segala yang kami capai merupakan usaha dan sokongan nenek, kakak dan abang,” katanya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul begitulah gambaran yang tepat untuk si ibu yang sedang berusaha mendapatkan rawatan untuk bayinya.
Ketika baru dilahirkan, bayi ini terus diuji dengan pelbagai komplikasi termasuklah organ dalaman gagal berfungsi. Tidak berputus asa dengan ujian yang menimpa, Puan Ummi Ar Rayyan ingin menjual barangan bayinya untuk menampung kos rawatan si kecil.
Assalamualaikum , ada tak yang sudi beli carseat ni .? Saya nak jual untuk buat tambahan dana operation anak saya.
Keputusan MRI SCAN otak anak saya baru dapat update dari doctor petang tadi . Dan hasilnya ada bebrapa pendarahan dalam otak anak saya, dan juga saluran air dalam otak tersumbat dan menyebabkan saluran air tu bengkak. Dan perlukan menjalankan operation tuk keluaran cairan yang tersumbat tu.
Anak saya baru berusia 46hari namun dah diduga dengan macam-macam penyakit. Semoga saja ada yang sudi beli carseat ni.
Ada beberapa lagi barang yang saya nak jual seperti stroller, baby carrier dan magic stroller. Terpaksa jual semua ni untuk buat tambahan dana operation .
Saharmi binti sahari 7070090395 Cimb bank Prefer area klang sahaja yang boleh pickup . Tq
Mohon doakan kedua-dua anak perempuan saya sihat seperti anak-anak yang lain. Semoga Allah angkat segala penyakit yang ditanggung . Sungguh sebak hati seorang ibu melihat keadaan kedua-dua anak sakit. Doakan
(NUR DHIA SOFIA BINTI MUHAMMAD NASHRUN AIMAN )
(NUR RAFEEQAH RAISHA BINT MUHAMMAD NASHRUN AIMAN )
Amin-amin Ya Allah.
KISAH ADIK MULA DISAHKAN SAKIT
Ni gambar sofia sehari selepas lahir. Sebelum di masukkan ke NICU, Alhamdulillah adik sihat macam biasa. Sikit pun takde cacat cela kat badan adik, adik aktif sgt ‘kuat susu, kuat nangis. Happy sangat umie waktu lahirkan adik, susukan adik. Tuhan je yang tahu perasaan umie waktu tu macam mana.
Kakak icha dah ada geng 😘 umie dah ada geng juga. Pastu doktor bagitahu umie esok dah boleh discaj kalau adik dah berak kencing semua. Yeayyy happy sangat-sangat boleh jumpa abg yayan dengan abi. Namun apakan daya keesokan harinya doktor pakar datang nak cek SPO2 adik, tapi malangnya spo2 adik tak naik-naik. Naik pun dalam 84% je. Hm risaunyaa umie. So doktor bawak adik pegi wad baby untuk pantau sehari. Umie je yang boleh discaj 😭😭 sedih sangat.
Tapi masa tu umie yakin yang adik ada masalah nafas laju je sebab mungkin adik dah terberak dalam perut. Umie cuba pikir positif. Umie balik rumah tanpa adik. Sedih sangat-sangat dengan bengkak susu lagi, sebab adik tak susu. Hm .
ADIK DAH KRITIKAL
Dan keesokan harinya, pukul 8pagi macam tu doktor call umie. Bagitahu nak jumpa umie dengan abi nak update pasal adik. Happy sangat-sangat. Umie fikir masatu dah boleh bawak adik balik. Tapi bila dah smpai hospital , umie nampak adik terbujur kaku di katil baby 😭😭 dengan oksigen kat mulut, wayar hampir penuh satu badan . 😭😭 adik tak bergerak.
Ya Allah luluhnya hati umie masa tu tengok adik. 😭😭 Doktor bagitahu umie yang ada dah kritikal, sarat, tenat 50-50 😭 Allahu ‘umie rasa nak pengsan je masa tu bila doktor cakap macam tu. Tambahan lagi doktor cakap adik kena sawan banyak kali. Sehinggakan kena pasang camera kat katil adik untuk pantau sawan adik.
BENGKAK-BENGKAK BADAN ADIK
Misi pun kena jaga adik 24jam. 6 jarum masuk kat setiap badan adik 2 jarum kat kepala, 2 kat tangan, 2 kat kaki. Untuk masukkan ubat, darah, air, vitamin macam-macam lagi. 😭 bengkak-bengkak badan adik. Tak sanggup umie tengok. Masa tu umie dah taktau nak pikir apa lagi. Ya Allah berat sungguh ujian . Tapi umie cuba berpikiran positif, umie tau Allah uji umie sebab Allah sayangkan umie. Allah nak umie sujud minta pertolongan dengan DIA . 😭 Banyak sakit yang adik kena tanggung, paru-paru bedarah ,usus tersumbat, buah pinggang cedera, macam lagi.
SEMUA ORGAN DALAMAN ADIK ROSAK
Sampai satu masa doktor ckp ‘hampir semua organ dalaman adik rosak 😭 Allahu . Umie memang taktau nak buat apa dah, umie dengan abi hanya mampu doakan adik semoga adik kuat jalani semua tu, umie tau adik kuat ‘ semoga Allah angkat semua penyakit adik. Umie tak mintak banyak ‘cukup umie diberikan peluang untuk jaga adik ‘ rawat adik pun dah cukup bahagia buat umie 🤲🏻🙏🏻😭 Sebelum ni umie diuji dengan kesakitan yang Kakak icha, namun kalini umie diuji dengan kesakitan adik 😭 Allahu . Syukur alhamdulillah banyak yang doakan adik ‘ banyak yang bagi adik baju cantik-cantik . Adik cepat balik ye . 😭🤲🏻
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seolah tahu ajalnya bakal tiba, seorang suami dan bapa kepada dua anak sudi merakamkan gambar kenangan sambutan Aidilfitri terakhir sebelum ‘pergi’ buat selama-lamanya pada hari ketujuh Syawal setelah maut dalam kemalangan jalan raya pada Ahad.
Isteri mangsa, Nur Hashima Md Isa, 29, berkata, sebelum ini, arwah suaminya, Muhammad Fazli Mohamad Shamsudin, 28, tidak gemar bergambar tetapi ketika sambutan raya tahun ini, arwah ‘mudah’ meminta untuk bergambar bersama.
“Kalau nak bergambar sebelum ini, kena pujuk dulu sebab arwah tak suka, tetapi raya tahun ini, kami siap berhenti tepi sawah padi sebelum sampai kampung semata-mata nak ambil gambar,” katanya.
“Arwah tetap nak pergi..”
Dalam kejadian pada Ahad, Muhammad Fazli dikatakan terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan bersama rakan konvoi lain dari Tikam Batu ke Jitra, Kedah.
Bagaimanapun, motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan telah berlanggar dengan sebuah kenderaan di hadapan menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian.
Menurut Nur Hashima, mangsa bertolak dari rumah pada kira-kira jam 6 petang dalam keadaan hujan renyai.
“Saya dah habaq (beritahu) tak payah ke sana, sebab banyak kenderaan, selain keadaan hujan tetapi dia berkeras tetap nak pergi juga.
“Kira-kira lepas sejam lebih, saya dapat tahu daripada keluarga maklumkan dia terlibat kemalangan,”katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan di Kilometer 76.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berlaku antara sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner dengan motosikal mangsa jenis Yamaha Y15.
Langgar belakang kereta, cuaca hujan lebat
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menungang motosikal dikatakan bergerak laju dari arah Gurun menghala ke Alor Setar telah melanggar belakang kenderaan SUV yang sedang bergerak perlahan di lorong kiri dipercayai mengalami kesesakan disebabkan kemalangan yang berlaku di arah sama iaitu di Kilometer 75.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.
“Impak perlanggaran yang kuat menyebabkan mangsa maut akibat kecederaan parah pada pelbagai bahagian.
“Keadaan cuaca ketika itu hujan lebat, suasana gelap tanpa lampu jalan dan jalan lurus,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk proses bedah siasat.
Kemalangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Favouritism dalam didik anak boleh memberi kesan psikologi jangka panjang tanpa disedari ibu bapa, termasuk trauma emosi yang berlarutan hingga dewasa.