“Allah Maha Baik, Kanser Saya Hilang, Perjuangan 11 Tahun Berhasil!”- Elyana

Share

Kuasa Allah lebih dari segala-galanya. Penyanyi Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkongsi berita gembira apabila memaklumkan kanser limfoma yang dihidapi kini hilang.

Berita tersebut dikongsikan Elyana menerusi satu perkongsian di instagram, pagi ini.

Menurut penyanyi Kalis Rindu itu, perjuangan serta penantiannya selama 11 tahun berjuang melawan penyakit akhirnya berhasil.

“Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram.

“Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua..

“Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!!! Kanser saya hilang!” tulisnya.

Elyana juga bersyukur ke hadrat ilahi kerana doanya telah dimakbulkan Allah selama ini. Semua ini dianggap keajaiban Allah.

“Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah, kau telah mendengar doa kami..
Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya.

“Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. Aku pernah putus asa untuk berjuang. Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang.

“Tapi aku sangat percaya dengan keajaiban dari sang pencipta ku. Allah Maha Baik!!! I love u Ya Allah…” kongsinya lagi.

Sebelum ini, Elyana memberitahu yang dirinya menghidap kanser Limfoma tahap empat.

Elyana dan suaminya, Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 2010 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah, 10, dan seorang anak angkat, Cahaya Ramadani yang kini berusia dua tahun.

Kredit: Instagram Elyana

 

Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.

Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

IKLAN