Sehebat mana pun kita menjadi ibu ayah, tetap bergantung kepada Allah untuk menjaga anak-anak sepanjang masa. Sebab itulah, setiap hari perlu titipkan doa sebagai pendinding anak-anak walau di mana mereka berada.
Melalui perkongsian Puan Wan Nur Syakira, ada beberapa doa yang boleh diamalkan untuk kebaikan semua di dunia dan akhirat.
Ini antara doa yang boleh diamalkan untuk melindungi diri dan keluarga. Doa ini, saya jadikan ikhtiar dan doa peribadi saya.
Doa ini ada dalam al Mathurat. Sudah pasti, bila saya kongsi mengenai kes berkaitan dengan pornografi dan salah laku seksual dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, ramai ibu ayah bimbang, takut.
Pasti pembaca yang mengikuti akan rasa paranoid dan bimbang mengenangkan anak sendiri. Rasa macam tak nak beranak dah lepas ini. Banyak sangat cabaran.
Mindset saya untuk menenangkan hati saya sebagai ibu, setelah apa yang kita telah usahakan dan didik anak, Berdoalah, Bertawakallah.
Ads
Memang jagaan kita tak sempurna. Jagaan siapa paling sempurna ? Allah yang Maha Menjaga. Ya Hafiz.
Siapa boleh jamin keselamatan anak bila kita tiada di sisi?
Siapa boleh jamin anak boleh jaga diri bila kita tiada?
Siapa boleh jamin anak tak lakukan benda pelik bila kita berada jauh dari anak?
Hanya Allahlah, sebaik-baik penjaga. Yang jauh dari kemampuan kita, kita serah dan tawakal. Hasbunallah wa ni’mal wakil.
Begitulah, jadi ibu ayah, memang banyakkan doa. Doa ibu lagilah, kan mustajab.
Guna keistimewaan yang ada.
Ads
Saya kongsikan ikhtiar dan amalan Ustazah Asma’ Harun dalam menjaga anak-anak beliau
Letakkan tapak tangan kita atas kepala anak kita dan baca 3 ayat-ayat ni sebelum tidur atau masa lain pun tak apa ;
1️⃣ Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin 3x
(Yang menjaga, Yang Memelihara)
(Dalam hati, kita doa; Ya ALLAH yang menjaga, jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.
2️⃣ Baca Ar-Rahman ayat 1-4.
اَلرَّحۡمٰنُۙ
Tuhan Yang Maha Pemurah
عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ
Yang mengajarkan Al-Quran.
خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ
Dia mencipta kan manusia
(Dalam hati kita doa, Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan)
عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ
Mengajarnya pandai berbicara
(Dalam hati, kita doa; Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu)
4️⃣Akhir sekali kita pesan pada anak kita,
احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ
“Jagalah Allah, Allah akan menjagamu”.
Ads
5️⃣ Amalkan surah al Ghafir, ayat 44.
وَأُفَوِّضُ أَمري إِلَى اللهِ ۚ إِنَّ اللهَ بَصيرٌ بِالعِبادِ
Maksudnya : Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”.
Jangan terlalu bimbang, terlalu rasa tak berdaya. Allah ada bukan? Kunci tenang ketika berusaha, adalah BERDOA SENTIASA .
Kunci tenang selepas usaha, adalah TAWAKAL. Kita yakin Allah ada. Allah berkuasa.
Untuk menjaga anak kita di kala pancaindera kita tak mampu nak melihat anak kita.
Ajarkan doa-doa ini kepada anak juga.
Amalkanlah al Mathurat. Jadi, jangan lupa ketika berusaha melindungi anak dengan ilmu pendidikan seksualiti yang kita bekalkan, berdoalah dan bertawakallah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang kita terlalu ghairah dan tertekan untuk membentuk anak kita mengikut acuan yang kita idamkan sehinggakan kita terlepas pandang ciri-ciri unik yang sudah sedia ada dimiliki oleh anak kita.
Kelebihan dan kekuatan seorang anak bukan hanya terletak pada kepandaian, skil dan bakat sahaja, memiliki karakter yang positif juga adalah satu kelebihan dan kekuatan seorang anak.
Dalam satu kajian yang dibuat oleh Park, Peterson dan Saligman dan diterbitkan dalam Journal of Positive Psychology pada tahun 2006, didapati bahawa terdapat 6 karakter yang perlu dikenalpasti dan dipandang tinggi dalam masyarakat (dan juga keluarga) kerana ia juga adalah kelebihan dan kekuatan yang boleh membawa manfaat kepada individu yang memilikinya dan juga masyarakat di sekelilingnya.
Karakter tersebut adalah:
1) Keberanian (Courage) 2) Kemanusiaan (Humanity) 3) Kebijaksanaan (Wisdom) 4) Keadilan (Sense of Justice) 5) Kawalan Diri (Self control) 6) Tidak penting diri
Pupuklah anak-anak dengan karakter yang disebut di atas. Jika anak sudah pun memilikinya, lihatlah ia sebagai satu kelebihan dan kekuatan pada anak. Salurkan karakter tersebut ke jalan yang sepatutnya supaya anak tahu yang dia bernilai dan berharga walaupun anak mungkin tidak memiliki kepandaian, skil atau bakat seperti anak-anak yang lain.
Rezeki anak adalah rahsia Allah. Bila Dia nak bagi kita tak tahu. Hanya doa, usaha dan ikhtiar dulu, pasti akan dimakbulkannya. Bagi sesetengah pasangan ada yang berkahwin, baru beberapa bulan dah disahkan mengandung, namun ada juga yang terpaksa menunggu beberapa tahun untuk menimang cahaya mata sendiri.
Namun bagi pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat tak kisahlah anak pertama atau anak kedua atau seterusnya tetapi belum ada rezeki lagi, boleh cuba amalkan doa yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin
Doa buat semua yang masih belum dikurniakan cahaya mata. Sama-sama kita baca doa ini ya..
Ya Allah..Ya Rahman…Ya Rahiim..
Di Kau Adalah Segala Pemilik Segala Hati.. Maka Di Kau Pasti Mengerti Apa Keinginan Kami.. Sesungguhnya Kami Telah Lama Mendambakan Kehadiran Seorang Insan Yang Menjadi Pelengkap Hidup Kami…
Ya Allah… Berikanlah Kami Rasa Itu Untuk Memiliki Seorang Anak.. Anak Yang Soleh Dan Solehah.. Anak Yang Dapat Mendoakan Kami Bila Kami Sudah Tiada Nanti… Akan Kami Menjaga Amanah Yang Di Beri Sebaiknya… Ya Allah… Jadikanlah Zuriat Dalam Rahim Kecil Ku Ini.. Aku Juga Ingin Merasakan Gerakan Dan Keajaiban Bayi Di Dalam RahimKu
Ya Allah …
Aku Ingin Hamil… Engkau Permudahkan lah Rezeki Dan Urusanku.. Ya Allah Aku Ingin Hamil… BerkatilahLangkahku.. Ya Allah Aku Ingin Hamil … Kau Kurniakan lah Aku Zuriat Agar Aku Dapat Menikmati Bagaimana Menjadi Seorang Ibu… Semoga Saat Itu Pasti Akan Tiba… Aamiin Yaa Rabbal Allamiin..
Sebaiknya bacalah setiap hari moga Allah dapat mempermudahkan urusan untuk kita semua yang menantikan kehadiran anak sebagai penyeri keluarga.
Doalah bersungguh-sungguh moga hajat kita ni dapat dimakbulkan. Kita usaha selebihnya berserah pada-Nya. Ajal maut, jodoh dan rezeki semuanya dalam rahsia Allah. Hanya Dia yang berkuasa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Isu anak kesayangan ini boleh dikatakan wujud dalam setiap keluarga. Mereka dikatakan menjadi kegemaran kepada ibu dan ayah berbanding dengan adik-beradik yang lain. Apabila hal ini ditanyakan kepada ibu ayah, sudah tentu mereka akan menafikan hal ini.
Jarang sekali ibu ayah akan mengakui yang mereka ada anak favourite antara kesemuanya namun kadang-kadang perkara ini jelas kelihatan. Paling menyedihkan sekiranya ia disedari oleh anak-anak lain yang akan merasakan diri mereka useless dan seperti dipinggirkan.
Sebuah kajian yang dikendalikan oleh seorang pakar psikologi, Katherine Conger dari University of California menemukan lebih 70% bapa dan 74% ibu yang didapati melebihkan layanan kepada seorang anak.
Sumber foto: www.freepik.com
Kajian ini telah diterbitkan dalam Journal of Family Psychology menyatakan setiap anak merasakan mereka menerima layanan yang lain dan tidak adil. Di dalam penyelidikan ini didapati anak-anak merasakan abang, kakak atau adik bongsu sering diutamakan dan diberi perhatian lebih oleh ibu ayah mereka.
KENA LEBIH BANYAK SABAR
Biasanya kalau di dalam adik beradik, anak sulung atau yang bongsu akan terasa seperti mereka diketepikan. Malahan mereka merasakan, merekalah yang paling tidak digemari oleh ibu ayah.
Adik-beradik lain mendapat layanan yang istimewa sedangkan mereka tidak. Sebenarnya itu adalah perkara normal. Itulah punca mengapa mereka sering ‘buat hal’ untuk menarik perhatian ibu ayah. Malangnya, cara itu biasanya akan membuatkan mereka dimarahi lagi oleh ibu ayah.
Sumber foto: www.freepik.com
Isu anak kesayangan ini boleh menjadi faktor perbalahan antara adik-beradik. Kalau anak-anak yang masih kecil bergaduh, memang sukar untuk ibu ayah redakan. Pun begitu, peranan ibu ayah sangat penting bagi memastikan kasih sayang dan perhatian diberikan sama rata kepada setiap seorang anak anda. Untuk mengendalikan dan menguruskan anak-anak ni, kenalah banyak bersabar.
LAYAN SAMA RATA & ADIL
Sebagai ibu ayah, berilah layanan yang adil kepada setiap anak anda dari segi emosi, fizikal dan mental mereka. Selalulah beritahu betapa anda sayangkan mereka dan semuanya sama sahaja.
Tiada yang lebih (inilah yang anak-anak mahu dengar dari ibu ayah sebenarnya). Sentiasa tunjukkan yang anda sayangkan anak-anak dari segi perbuatan mahupun lisan.
Sumber foto: www.freepik.com
Seandainya ada anak yang memerlukan perhatian lebih dari anda, jelaskan dengan baik kepada anak-anak yang lain. Biarkan mereka faham akan situasi tersebut dan sama-sama membantu serta mengambil bahagian. Paling penting, terimalah anak-anak seadanya kerana setiap satu daripada mereka adalah rahmat dan ada keistimewaan tersendiri.