Penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar yang Ahad lalu disahkan positif Covid-19 hari ini meluahkan rasa syukurnya selepas isteri, Sha Dila Halid, dan ketiga-tiga anaknya disahkan negatif dari jangkitan virus itu.
Menerusi instagram miliknya pagi ini, Alif menyampaikan berita gembira itu kepada seluruh pengikutnya di instagram. Pun begitu kata Alif lagi, isteri dan anak-anaknya akan terus menjalani proses kuarantin di rumah selama dua minggu demi keselamatan keluarga.
Isteri dan ketiga-tiga anak Alif dikhabarkan menjalani ujian calitan atau swab test di kediaman mereka pada jam 9.30 pagi, semalam.
“Allah SWT makbulkan doa kalian semua. Alhamdulillah…isteri dan anak-anak Alif bebas dari Covid-19, dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu,” tulisnya.
Pastinya keputusan yang diterima itu membuatkan Alif merasa lega. Alif yang kini sedang menjalani proses kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka turut sama menitipkan ucapan terima kasihnya kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan keadaannya dan keluarga.
Kata Alif lagi, dia menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan WhatsApp yang sentiasa menguatkan semangatnya untuk melawan virus yang mengancam dunia itu.
“Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan WhatsApp.
Ads
“Alif baca dan di sini Alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan-tuan dan puan- puan sekalian.
“Terima kasih atas semua yang telah anda lakukan untuk keluarga saya dan saya. Saya berdoa semoga Allah SWT mengabulkan doa untuk anda dan keluarga anda juga. Insya-Allah,” tulisnya lagi.
Isteri kongsi pengalaman, tak sanggup tengok anak jalani ujian calitan
Ads
Dalam pada itu, menerusi akhbar Berita Harian, isteri Alif turut berkongsi pengalamannya bersama anak-anak ketika melakukan ujian calitan atau swab test itu dikediamannya semalam.
“Saya minta jauh daripada dijangkiti pandemik COVID-19, selama ini. Satu pengalaman yang saya percaya semua orang enggan melaluinya, tetapi akhirnya datang juga. Saya hanya reda dan pasrah. Jauh di lubuk hati, saya mengharapkan keputusan yang diperoleh menyebelahi saya dan anak-anak.
“Saya menitiskan air mata melihat tiga cahaya mata perlu melalui ujian calitan. Anak sulung agak okay dan hanya terkejut apabila melakukan ujian calitan pada bahagian hidung dan mulut.
“Anak kedua mulanya agak takut, tetapi berjaya ditenteramkan. Anak bongsu pula hanya menangis sekejap, kemudiannya kembali tenang,” katanya berkongsi.
Malah menerusi instagramnya pagi ini, Shadila turut berkongsi ceritanya ketika berdepan detik itu dan sokongan yang tak berbelah bagi dari semua.
Pada Ahad lalu, Alif membuat pengumuman di laman sosial IG mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan di Melaka pada hari Sabtu.
Semoga Alif terus kuat untuk melawan virus ini dan segera sembuh sepenuhnya.
Semoga Alif lekas sembuh dan kembali dapat bersama-sama dengan isteri dan ketiga-tiga anaknya, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1 tahun.
Perkongsian ini dibuat menerusi instagram stories dan ignya.
“Terima kasih pada semua yang mendoakan anak saya, yang solat hajat untuk dia, yang DM dan mesej saya bagi kata-kata semangat.
“Alhamdulillah Jebat dah semakin sihat, dah start makan, dah senyum, dah ajak bergurau. Terima kasih Ya Allah,” tulisnya.
Nabila juga memanjat rasa syukur dengan perkembangan positif Jebat.
Keadaan anak saya semakin baik dan doktor menjangkakan dia akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat. Semoga kita semua berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Sementara itu, aktor Sharnaaz Ahmad turut meluahkan rasa terharu kerana ramai yang menyayangi Jebat di Instagram (IG) miliknya.
Konsep makanan rapu adalah sebagai kudapan. Tapi disebabkan makanan ini diambil untuk isi perut, inilah yang menyebabkan ketagihan.
Kenapa ketagihan? Kerana bahan didalamnya.
Jadi macam mana nak buat kalau anak memang tak nak makan (realfood/makanan bernutrisi) sebab sukakan junkfood?
HENTIKAN TERUS SUPPLY JUNKFOOD. Jangan bagi langsung wujud junkfood dirumah mahupun diluar.
Penuhkan peti ais kita dengan buah-buahan. Sentiasa ada masakan di meja makan (realfood). Jadi kita kekalkan konsep kudapan.Yang berbeza ialah makanan apa jadi kudapan.
Kalau anak mogok lapar hingga tak dapat zat yang baik? Manusia normal akan cari makanan sebagai survival hidup. Beliau takkan biar dirinya mati kelaparan. Mereka akan makan buah-buah dalam peti tu, percayalah.
Lauk yang kita masak harian tu akan jadi survival food untuk anak-anak yang baru nak belajar tukar ‘healthy eating habit’.
Jadi ibu percayalah, jika anak mengamuk sekalipun, lama-kelamaan anak akan makan juga makana sihat jika kita terus disiplin dan tegas dengan mereka.
Mungkin awalnya susah tapi lama-kelamaan anak akan dapat kembali pada pemakanan sihat. Tak terlambat lagi untuk mulakan dari sekarang!
Rambut bayi yang baru lepas dicukur selepas lahir perlu ‘dirangsang’ agar tumbuh lebat dan sihat. Tidak perlu beli ubat-ubatan, cukup hanya menggunakan cara semula jadi agar rambut bayi tumbuh subur dan sihat.
Tip Rangsang Rambut Bayi Tumbuh Lebat
Tidak semua bayi dilahirkan dengan keadaan rambut hitam dan lebat. Kadar pertumbuhan rambut terutama ketika bayi berada dalam kandungan berbeza. Bagi masyarakat Melayu, kebiasaannya rambut bayi dicukur selepas dilahirkan bagi memastikan rambut baru yang tumbuh itu lebih lebat dan sihat.
Namun, terdapat juga bayi yang masih tidak tumbuh rambut walaupun selepas dicukur berbulan-bulan dan ia mungkin mendatangkan kebimbangan kepada ibu bapa. Setiap ibu bapa akan melakukan pelbagai usaha supaya rambut si kecil tersayang tumbuh dengan lebat dan sihat selepas dicukur.
Ini Cara Semula Jadi Boleh Dicuba
MADU DAN MINYAK ZAITUN
Madu bukan saja baik diamalkan dalam diet seharian malah dapat membantu menyihatkan kulit, begitu juga dengan minyak zaitun yang membuat kulit lebih sihat kerana mengandung vitamin E. Kedua bahan semula jadi ini boleh dicampurkan dan dioleskan di bahagian kepala dan biarkan beberapa saat sebelum membilasnya. Disebabkan sifatnya yang semula jadi, selamat untuk mengoleskannya pada rambut atau kulit kepala bayi sekali sehari atau dua hari sekali.
Lidah buaya memang bukan lagi rahsia untuk membantu melebatkan rambut, bukan hanya bayi malah ramai orang dewasa yang menggunakan tanaman ini untuk menghitamkan dan melebatkan rambut. Untuk bayi anda, boleh gunakan lidah buaya dengan mengambil isi dan lendirnya saja. Hancurkan isi sehingga berbentuk gel dan oleskan secara merata pada rambut dan kulit kepala bayi. Lakukan berulang setiap minggu, kerana lidah buaya bukan hanya melebatkan malah membantu menghitamkan rambut bayi.
AVOKADO DAN MADU
Avakado dan madu antara bahan semula jadi lain yang memiliki kandungan yang baik untuk membantu melebatkan rambut bayi. Ambil isi buah yang sudah masak, kemudian hancurkan hingga halus seperti pupur. Kemudian, campurkan satu sudu madu asli sebelum dioleskan pada rambut serta kulit kepala bayi. Jangan lupa gunakan penutup kepala agar tidak disentuh atau diusik oleh tangan mereka. Biarkan seketika dan bilas hingga bersih.
Sebaik-baiknya, hentikan penggunaan bahan tidak jelas dan berbahaya yang sering kali digunakan dalam minyak rambut. Sebenarnya, pada usia seawal itu, ibu bapa tidak digalakkan menggunakan produk rambut untuk melebatkan rambut bayi kerana dikhuatiri bahan yang terkandung di dalamnya membawa mudarat kepada mereka. Sebaliknya, gunakan saja bahan semula jadi seperti minyak kelapa yang sudah jelas tidak akan membawa bahaya atau merosakkan rambut dan kulit kepala mereka.
PISANG DAN MINYAK ZAITUN
Selain menggunakan madu dan minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan pisang dan minyak zaitun. Pisang mengandung bahan mineral seperti kalium yang boleh membuat rambut tumbuh lebih cepat. Sementara campuran dengan minyak zaitun akan membuat folikel rambut lebih kuat dan tumbuh dengan baik. Pisang juga termasuk makanan yang mengandung asid folik dan penting untuk ibu hamil dan bayi.
Buah keras adalah tumbuhan yang bijinya boleh dimanfaatkan sebagai sumber minyak dan rempah. Minyak buah keras memiliki banyak khasiat untuk rambut, menyihatkan, menyuburkan, menguatkan, mencegah rambut rosak serta menghitamkannya secara semula jadi. Sapukan secara rutin minyak buah keras ke kepala anak anda hingga ke hujung rambut.
AIR KELAPA MUDA
Rutin melakukan urutan lembut kepala bayi dengan menggunakan air kelapa muda juga boleh melebatkan rambut mereka. Anda hanya perlu menyediakan air kelapa muda secukupnya, siramkan ke kulit kepala bayi sambil diurut lembut. Untuk hasil yang maksimum lakukan petua ini secara rutin setiap pagi dan petang selepas mandi.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.