Bayi perempuan berusia sembilan bulan ditemui mati dalam kereta bapanya di tempat letak kereta Kompleks Tun Razak (Komtur), Indera Mahkota, Kuantan, semalam.
Bayi berkenaan, Annur Jannatul Syuhada Mohd Khalil yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ditemui ketika bapanya mahu keluar makan pada jam 1 tengah hari.
Foto: Sinar Harian
Allahuakbar, Anak..!
Difahamkan, ketika menyedari anak berada dalam kereta, bapa yang panik itu hanya mampu menjerit Allahuakbar dan jeritannya didengari orang awam berhampiran.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata berdasarkan siasatan awal, bapa bayi berumur 38 tahun itu menghantar anak perempuan sulung berumur 10 tahun ke sebuah sekolah di Kampung Chendering di sini kira-kira jam 7.20 pagi.
Ads
Selepas itu bapa mangsa kemudian pulang ke rumah untuk mengambil isteri berumur 39 tahun dan dua anak perempuan termasuk mangsa.
“Pada jam 8.25 pagi, bapa mangsa menghantar pula anak kedua berumur enam tahun ke sekolah yang sama untuk prasekolah sebelum menghantar isteri ke tempat kerja di Indera Mahkota dan terus menuju ke tempat kerjanya di Komtur.
Ads
“Sepatutnya mangsa dihantar ke sebuah taska di Indera Mahkota 15 di sini tetapi bapa mangsa terlupa dan dianggarkan mangsa ditinggalkan di dalam kereta kira-kira empat jam dari jam 9 pagi,” katanya.
Ads
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.
Ditinggalkan ibu selepas lahir di hospital penghujung Oktober lalu tanpa apa-apa pesanan, kini bayi lelaki yang masih lagi belum mengenali ibunya dijaga sementara oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menerusi laporan Sinar Harian, ibu bayi lelaki ini berusia 20-an dikesan menghilangkan diri sebaik sahaja melahirkan anak di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada 31 Oktober lalu.
Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda, Noor Liza Azezool berkata, pihaknya cuba menjejaki wanita terbabit di alamat terakhir, namun gagal.
Menurutnya, ketika kejadian, wanita itu telah meninggalkan bayi lelakinya dalam bekas bayi di hospital tersebut yang kini sudah berusia 18 hari.
“Kes ini telah dirujuk oleh kakitangan hospital kepada JKM untuk tindakan selanjutnya.
“Difahamkan, kakitangan HSAH telah mencari wanita terbabit di sekitar kawasan hospital, namun gagal menemuinya,” katanya.
Menurutnya, JKM juga telah melakukan pencarian di alamat terakhir di Kampung Penghulu Him, Sungai Petani, namun masih gagal menemuinya.
“Dalam masa sama, kita juga sedang mengesan waris kepada bayi tersebut,” katanya.
Terdahulu, perintah jagaan sementara telah diperoleh di Mahkamah Sungai Petani mengikut Seksyen 25 (2) Akta Perlindungan Kanak-Kanak selama sebulan bermula semalam sehingga 9 Disember 2020.
Ia membolehkan bayi berkenaan diletakkan bawah penjagaan Taman Sinar Harapan, Jitra sementara menunggu ibu atau waris yang sedang dikesan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedih memang sedih lagi-lagi impian untuk membesarkan anak-anak bersama tak kesampaian. Situasi ini dilalui oleh seorang ibu kepada tiga cahaya mata yang masih kecil iaitu Najwa Karim.
Menerusi perkongsian Najwa di TikTok, kini tanggungjawab membesarkan 3 amanah terletak padanya dan dialah ibu dan ayah. Walaupun pemergian suami suatu kehilangan yang berat, Allah uji sebab dia Dia tahu hambanya kuat.
Menurut ibu muda ini, semuanya berlaku ketika sedang mengandungkan anak ketiga. Masa itu usia kandungan 8 bulan. Waktu terlibat dalam kemalangan, dia dan arwah suami menaiki motosikal.
Sewaktu kemalangan berlaku, arwah suami diseret van sekolah kerana cuba untuk menyelamatkan dirinya dan anak yang dikandung. Akibat kemalangan tersebut, suami mengalami kecederaan parah di kepala dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Pada waktu itu juga Najwa terpaksa melahirkan anak ketiganya secara czer tanpa kehadiran suami di sisi.
Semua orang akan ada kisah hitam yg menyelubungi hidup kita. Jodoh kami tak menyebelahi di dunia. InsyaAllah di syurga dia menanti.
Yusuff dalam kandungan 8 bulan, mama dengan ayah terlibat dalam kemalangan. Mama terselamat kerana ayah, tapi sebab ayah selamatkan kita ayah diseret kereta.
Kongsi Najwa lagi, walaupun ketika itu badan masih lemah kerana berpantang, dia tetap menunaikan janji untuk menjaga arwah suaminya walapun suami ketika itu hanya terlantar di atas katil. Namun takdir Allah, dia reda apabila Allah jemput juga suami kembali menghadap ilahi.
Lepas mama habis pantang, mama terus jaga ayah. Mama tunaikan hasrat ayah nak jadi suami mama sampai dia tutup mata. Walaupun ayah mampu buka mata, tapi ayah tak mampu bangun. Menguruskan ayah adalah satu rezeki bagi mama. Sehingga satu saat Allah lebih sayangkan ayah.
Bercerita lebih lanjut, sebelum kejadian arwah suaminya sempat memberikan ‘petanda-petanda’ terakhir seolah-olah tahu akan terlibat dalam kemalangan.
Abiy tak nak makan, tapi saya paksa abiy makan bersama. Kita makan berdua dan kongsi air dalam cawan yang sama. Sampai di bukit abiy pesan jangan turun kaki awak walapun apa yang terjadi. Tiba-tiba satu van sekolah dari arah bertentangan meluru laju dan bergesel dengan side mirror abiy.
Saat mengerikan tu, saya tutup mata dan peluk abiy. Tiba-tiba pelukan saya terlepas dan saya tercampak jauh dari abiy.
Waktu tu saya jatuh dalam keadaan merangkak. Siku dan bahu menahan muka dari tersembam ke jalan. Kedua-dua lutut saya menahan perut dari kena jalan.
Kini, Yusuff dan besar. Satu hari Yusuff akan tahu cerita di sebalik pengorbanan ayah untuk Yusuff. Kerana ayah, mama masih hidup dan kuat untuk terus hidup demi anak-anak ayah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Akhirnya wanita berusia 20 tahun diberkas polis selepas dipercayai membuang bayinya dalam mangkuk tandas di Hospital Selayang, dekat sini, petang semalam.
Wanita berusia 20 tahun itu ditahan selepas ada saksi melihat perbuatannya cuba membuang bayi itu ke dalam mangkuk tandas wanita bahagian Zon Kecemasan hospital berkenaan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, berkata saksi iaitu seorang wanita pekerja kilang yang melihat kejadian itu memaklumkan perkara itu kepada pengawal keselamatan.
“Tindakan segera saksi itu memaklumkan pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan nyawa bayi yang mahu dibuang suspek.
“Bayi itu kemudian disahkan oleh doktor berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata wanita terbabit dipercayai baharu melahirkan anaknya semalam namun siasatan lanjut akan dilakukan selepas suspek mendapatkan rawatan lanjut di hospital sama.
“Pada masa ini suspek ditahan di wad Zon Merah hospital sama untuk rawatan dan enggan memberikan kerjasama ketika ditemubual oleh doktor.
“Dia hanya menangis sejak ditempatkan di wad Zon Merah,” katanya.
Samsor berkata, semakan rekod mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.