Kehamilan

Almy Nadia Risau Kandungan Songsang. Kalau Tak Berubah Kedudukan Pada Minggu Ke-37, Kena Bersalin Caeser

Share

Aktres Almy Nadia risau akan kandungannya yang kini berusia 36 minggu 3 hari berada dalam keadaan songsang. Katanya, kalau tak berubah kedudukannya dalam masa seminggu ini (37 minggu), doktor akan cadangkan bersalin  secara pembedahan caesarean.

Kandungan ini merupakan anak ketiga Almy. Dua cahaya matanya sebelum ini ialah Nur Afrina Arianna, 3 dan Nur Aurora, 2. Kedua-duanya dilahirkan secara normal. Maka, aktres ini bimbang akan dibedah sekiranya bayi dalam kandungan songsang berterusan sehingga minggu ke-37 kehamilan.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu dibedah.

 

Berikut ialah perkongsian Almy di Instagram;

fizzalmy Harini gi check up . Kandungan 36minggu 3 hari.

Doc cakap baby songsang. Minggu depan 37 minggu jumpa doc lagi, if baby tak duduk di kedudukannya kena buat keputusan antara normal delivery atau potong perut jawabnya.

DOAKAN saya dan baby saya berada dikedudukan yang betul yer semua. Jadi nervous bila doc cakap nak kena bedah. Sebab 2 anak saya normal delivery.

Jadi kalau boleh taknak la nak kena bedah2 ni.. ???… doakan saya agar selamat semuanya ya.. (pic tak ada kaitan ap2,abaikan yg depan tu ) ???

Para follower turut berkongsi tips bagi Almy menghadapi situasi kandungan songsang ini dan membantu agar ia kembali kepada kedudukan asal bagi memudahkan proses kelahiran secara normal.

TALK TO ALLAH

CUBA LETAK AIS

LAKUKAN PROSEDUR ECV

BANYAKKAN BARING KE SEBELAH KIRI

SUJUD LAMA

Sumber: fizzalmy 


Ekzema ialah satu keadaan di mana kulit tidak dapat menahan kelembapan. Ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti merekah, kegatalan dan sebagainya. Apakah faktor yang menyebabkan terjadinya ekzema dan rawatan yang sesuai? Ikuti rancangan TV Pa&Ma episod Derita Ekzema yang akan ke udara pada 4 Disember 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam. 

IKLAN