Sebuah insiden ngeri melibatkan sebuah bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berlaku pagi Isnin di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) apabila bas tersebut merempuh belakang Perodua Alza yang dipandu oleh seorang guru Pendidikan Islam, Mohd Lutfi Radzi, 37 tahun.
Isteri Patah 5 Tulang Rusuk, Anak Tercampak
Akibat rempuhan itu, isteri beliau Nurul Ain Zakaria, 35 tahun, mengalami patah lima tulang rusuk, manakala anak mereka yang berusia 6 tahun cedera di lutut. Lebih menyayat hati, anak bongsu mereka berumur dua tahun tercampak keluar dari kenderaan akibat impak kuat kemalangan.
Sumber foto: Sinar Harian
Pemandu Alza Cedera Ringan
Mohd Lutfi yang memandu Alza dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan, dan semua ahli keluarganya kini sedang menerima rawatan di Hospital Baling.
Ads
Bas Dipandu Laju, Hilang Kawalan
Siasatan awal mendapati bas yang membawa pelajar UPSI dari Terengganu ke Tanjung Malim dipercayai dipandu laju dan hilang kawalan, lalu melanggar belakang Alza sebelum terbabas ke pembahagi jalan.
Ads
15 Pelajar UPSI Maut, 27 Lagi Cedera
Kemalangan tersebut turut mengorbankan 15 pelajar UPSI, manakala 27 yang lain cedera dan sedang dirawat di Hospital Gerik. Pemandu dan kelindan bas juga dilaporkan mengalami kecederaan.
Kehilangan yang paling meninggalkan kesan. Seorang suami reda dengan pemergian isteri dalam tidur sebaik selesai menyusukan anak pertama mereka.
Menurut perkongsian menerusi @amirul_n4fis di laman Threads, suri hati hidupnya itu menghembuskan nafas terakhir ketika tidur dalam pelukannya selepas selesai menyusukan bayi mereka yang baru berusia dua bulan.
“Allah. Pergi dalam tidur, dalam pelukan saya. Selesai susukan baby, dia tidur dan ajalnya dijemput dalam tidur,” katanya berkongsi.
Malah menurut kata @amirul_n4fis lagi, pemergian bidadari hidupnya itu amat mengejutkan kerana isterinya tidak menunjukkan atau mengadu sedang sakit sebelum ini kepadanya.
Susulan kematian mengejut tersebut, jenazah arwah isterinya dihantar ke hospital dan dibedah siasat untuk mengetahui punca kematian. Hasil bedah siasat yang dibuat, doktor memaklumkan bahawa isterinya mengalami jangkitan di bahagian paru-paru.
Dalam pada itu, @amirul_n4fis memaklumkan mereka sekeluarga sempat meluangkan masa bersama dengan pergi bercuti dan baru sahaja beberapa hari yang lalu. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarhamah Nur Izzaty Hafizah memuat naik status di aplikasi Whatsapp yang memaparkan gambar arwah sedang memegang bayinya di tepi pantai.
“Selamat jalan bidadariku. Terima kasih hadir dalam hidup papa selama 582 hari. 6/1/2025 papa kehilangan sayang. Kita dah plan macam-macam tetapi Allah lebih sayangkan mama.
“Papa redha. Papa akan jaga amanah Allah yang ada dan Faleeq tetap akan papa jaga. Membesar dengan baik. Papa sayang mama sangat-sangat tetapi Allah lebih sayangkan mama.
“Nanti hari-hari datang tengok mama. Doakan papa dan Faleeq ya,” ujar @amirul_n4fis.
Coretan @amirul_n4fis di laman Threads ternyata meruntun hati namun mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Ungkapan ringkas daripada seorang kanak-kanak kecil itu cukup meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kejadian tragis pada minggu pertama tahun 2026 ini bukan sahaja menyentuh hati ibu bapa, malah meninggalkan kesan mendalam kepada anak-anak kecil yang masih belum mengerti erti kehilangan.
Insiden ini melibatkan kematian seorang guru muda yang disayangi, apabila berlaku satu kemalangan maut guru tadika di persimpangan lampu isyarat Jalan Kemajuan, Bukit Kecil.
Menurut laporan media, mangsa, Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, yang memandu sebuah Perodua Viva, dilanggar oleh sebuah Honda Jazz yang dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan.
Kejadian berlaku ketika Allahyarham membelok ke kanan sebaik lampu isyarat bertukar hijau. Perlanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pemandu Honda Jazz berkenaan, seorang lelaki berusia lingkungan 32 tahun dan berasal dari Kampung Bukit Cempaka, Kepong, dikatakan dalam perjalanan dari Jalan Kemajuan untuk pulang ke kampungnya.
Difahamkan, lelaki terbabit mengalami kecederaan parah termasuk patah tangan kiri serta kecederaan di bahagian leher dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Kes kemalangan maut guru tadika ini masih dalam siasatan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Lebih menyedihkan, seorang kanak-kanak perempuan tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui guru kesayangannya telah pergi buat selama-lamanya.
Kanak-kanak tersebut, Hana Melissa Ahmad Hariz, nyata terkesan dengan pemergian gurunya walaupun arwah bukan guru kelasnya ketika di pusat asuhan Tadika Zahir Annur, Batu Buruk.
Allahyarham Syakirah Hanan Mazli bukan sahaja dikenali sebagai seorang pendidik, malah seorang guru yang sangat penyayang dan disenangi oleh kanak-kanak.
Arwah juga merupakan anak saudara kepada pendakwah terkenal, Datuk Mohd Zawawi Yusoh. Kehilangannya dirasai bukan sahaja oleh keluarga, malah oleh komuniti pendidikan dan ibu bapa yang mempercayakan anak-anak mereka di bawah jagaannya.
Kes kemalangan maut guru tadika ini sekali lagi membuka mata banyak pihak tentang risiko yang dihadapi pendidik muda dalam menjalani rutin harian mereka.
Ibu kepada Hana, Mira Rozaliya Mohamad Rozaini, 34, berkata anaknya sangat rapat dengan arwah Syakirah Hanan walaupun bukan guru kelas.
Menurutnya, arwah sering menyapa, melayan dan memeluk kanak-kanak di tadika dengan penuh kasih sayang, menyebabkan ramai anak-anak selesa dan menyayangi arwah seperti keluarga sendiri.
Pemergian ini meninggalkan kesan mendalam, terutama kepada anak-anak kecil yang belum mengerti erti kehilangan dan perpisahan.
Dalam usia yang masih mentah, mereka hanya tahu guru adalah tempat mengadu, tempat bermanja dan insan yang membuatkan mereka rasa selamat setiap hari.
Sesungguhnya, tragedi kemalangan maut guru tadika ini bukan sekadar berita kemalangan, tetapi kisah kehilangan yang akan terus terpahat dalam ingatan anak-anak kecil yang pernah disayangi oleh arwah.
Semoga roh Allahyarham Syakirah Hanan Mazli dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Semoga keluarga, rakan sekerja dan anak-anak didiknya diberi kekuatan menghadapi ujian berat ini.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kecomelan anak perempuan Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang dinamakan Aisha Amaira sering mendapat perhatian warganet. Kulitnya yang cerah serta bentuk matanya yang cantik dengan bibir comel adalah gabungan wajah kedua ibu bapanya yang sememangnya jelita dan tampan.
Menerusi IG Story Fasha Sandha, dia berkongsi tentang rupa paras anaknya itu yang dikatakan serupa seperti anak kedua pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana iaitu Sumayyah.
Akui Fasha, ketika hamilkan Aisya dia gemar melihat wajah Sumayyah yang menurutnya antara baby yang paling cantik pernah dilihatnya.
“Aisha dah besaq now. Kulit dia cantik and muka dia ada iras Sumayyah sebab kak kan tengok gambaq Sumayyah masa pregnant.
Dulu masa hamil, selalu tengok gambaq Sumayyah. Almost everyday, sebab dia baby yang cantik.”
Tambah Fasha lagi, kini anaknya sudah pun berumur 2 tahun 3 bulan dan menurutnya sekarang jarang berkongsi gambar anak-anak kerana sibuk di set penggambaraan. Kongsi Fasha lagi kini dirinya sedang bercuti selama seminggu dari bekerja.
Ceritanya lagi, bila dia post gambar Aisha ramai yang akan tegur tentang wajah anak dia dan Puteri Sarah seiras.
“Memang benarlah, bila kita hamil kita tengok yang cantik-cantik je, yang manis-manis. Semoga Sumayyah sihat.”
Selain itu, Fasha juga sempat menitipkan kata-kata semangat buat Puteri Sarah yang sedang melalui ujian dalam perkahwinannya.
“Kak doakan yang baik-baik buat adik, kuat untuk anak-anak dan terus berjuang! Terus bekerja, In sha Allah bila kita busy kita tak fikir sangat masalah tu. In sha Allah kak doa dipermudahkan.”
Kalau dilihat, sememangnya wajah Aisha dan Sumayyah ada irasnya. Dua-dua comel dan pasti akan membesar menjadi anak yang cantik bila dah besar nanti. Semoga mereka berdua akan membesar dengan sihat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.