Anak terkena jangkitan HFMD sememangnya amat ditakuti oleh ibu-ibu. Bukan sahaja HFMD, malah terkena virus campak juga lebih membimbangkan ibu. Bukan hanya terpaksa dikuarantinkan takut berjangkit dengan orang lain, bahkan ibu terpaksa memikirkan karenah anak yang pelbagai ditambah dengan rasa sakit yang membebankan anak-anak.
Semua ini tidak mampu ditanggung oleh hati seorang itu. Melalui tempohnya nyata tidak mudah. Walaupun anak makin reda, mereka juga harus dijaga dengan sebaiknya. Parut misalnya antara yang ditakuti oleh ibu-ibu.
Sebenarnya bukan semua parut kekal hingga dewasa. Parut jenis campak yang halus dan kecil akan hilang dengan sendirinya apabila demam makin reda. Adakalanya parut campak jenis bebola air besar, terutama yang dikatakan sebagai ‘ibu’ campak biasanya akan meninggalkan kesan parut.
Pun begitu ia bergantung kepada tubuh seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan parut.
Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini pastinya buat mak ayah tak perlu risau dengan masalah parut lagi. Jadi jom kita cuba.
Ads
Pulihkan Guna 3 Bahan
Bahan-bahan:
Daun bunga melur
Beberapa tangkai daun asam gelugur
Bedak sejuk
Caranya:
1. Basuh bersih daun asam dan daun melur.
2. Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air.
Ads
3. Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
4. Sapukan seluruh badan selepas campak kering.
Ads
Guna Daun Semambu
Antara cara lain yang boleh dilakukan adalah berbedak dengan dengan menggunakan daun semambu. Perkongsian Puan Norhafizah Abdul Hamid juga sama iaitu amalan berbedak.
Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan ‘bedakkan’ pada seluruh badan anak.
Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat dah, mak ayah mesti cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu seluruh badan. Bila dah berbedak maka sahlah tamatnya penyakit campak itu. Katanya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila masa sesuai boleh ajar anak minat membaca? Ini antara soalan yang sering ditanya oleh ibu bapa. Sebenarnya tiada spesifik umur cuma jika dari awal anak dibiasakan dengan buku lagi bagus.
Seperti perkongsian ibu ini, Puan Fathin Suhaila Azman, ada lima teknik yang diamalkannya di rumah sehingga si kecilnya itu mendapat kebaikan membaca buku. Seawal usia 3 bulan anaknya dah diperkenalkan secara santai.
Umur 3 bulan perkenalkan anak bahan bacaan visual
Muhammad Imaan Faa’iq adalah anak sulung. Menurut Fathin, anaknya yang kini berusia dua tahun adalah seorang kanak-kanak yang agak hiperaktif dan juga ceria.
Berkongsi cerita mengenai didikan membaca yang diamalkan untuk Muhammad Imaan Faa’iq, Fathin mula memperkenalkan bahan bacaan visual seawal usia anaknya itu tiga bulan.
Sedar anaknya masih kecil, jadi dia hanya memperkenalkan bahan bacaan seperti flash card dan juga soft book yang mengandungi pelbagai gambar dan visual untuk merangsang deria penglihatan bayi.
Selepas Muhammad Imaan Faa’iq berumur enam bulan, barulah diperkenalkan sensory board book agar anaknya boleh baca buku sambil merangsang motor halusnya.
Ketika si anak sudah mencecah umur dua tahun, dia mula mengajak anaknya untuk ke kedai buku bagi memilih sendiri buku-buku cerita yang ingin dibaca.
Teknik pendedahan secara berfasa ini sememangnya berkesan dalam memupuk minat Muhammad Imaan Faa’iq untuk baca buku sejak kecil.
5 tip ini berkesan untuk pupuk minat anak baca buku
Mendidik anak kecil untuk suka atau minat baca buku bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, jika kita tahu teknik yang tepat, segalanya boleh dipupuk dengan berkesan.
Ini 5 kaedah yang Fathin terapkan untuk menggalakkan anaknya minat baca buku:
#1. Ibu dan ayah mesti menjadi role model untuk anak
Bak kata peribahasa Melayu, bapa borek anak rintik. Peribahasa ini menerangkan bagaimana sifat seseorang anak akan menuruti kelakuan ibu dan ayahnya sendiri.
Ini bermaksud, ibu dan ayah perlu menunjukkan minat dan gaya hidup membaca di hadapan anak-anak.
Tambah Fathin,
“Ibu ayah perlu memulakan tabiat membaca bermula daripada diri mereka sendiri sejak awal lagi. Ibu dan ayah juga boleh memberikan hadiah buku kepada anak supaya minat membaca buku itu boleh dipupuk sejak anak masih kecil.”
#2. Baca buku bersama anak
Apabila membaca buku bersama-sama, ia bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan antara anak dengan ibu bapa, tetapi anak juga boleh membiasakan diri dengan tabiat membaca buku.
Bonding time seperti ini boleh dilakukan pada waktu malam sebelum waktu tidur anak. Ini merupakan antara kebaikan membaca buku yang mungkin ramai ibu bapa terlepas pandang.
#3. Ibu bapa boleh lakonkan watak dan gunakan bunyi yang sesuai ketika bercerita
Menurut Fathin lagi, ibu bapa juga perlu menjadi contoh pembaca buku yang terbaik untuk anak mereka.
“Ibu ayah perlu menggunakan intonasi suara yang menarik dan melakonkan aksi ketika bercerita. Contohnya apabila ada gambar kucing, ibu ayah boleh membuat bunyi kucing, dan anak akan menjadi teruja setiap kali melihat gambar kucing pada buku tersebut.”
#4. Pilih buku yang menarik untuk anak
Tidak perlu membeli buku yang tebal dan mahal, Fathin berkata, pemilihan buku kanak-kanak cukup sekadar buku yang mudah dibaca dan banyak pengisian berwarna yang menarik minat si kecil.
Untuk bayi, buku seperti soft book adalah pilihan yang paling sesuai kerana ia lebih selamat untuk si manja.
Manakala untuk kanak-kanak berumur satu hingga dua tahun, belikan mereka board book kerana ia lebih sesuai dengan peringkat umur mereka.
Untuk kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke atas, berikan peluang untuk mereka memilih sendiri buku kegemaran mereka.
Namun sebagai ibu bapa, pastikan pilihan anak itu benar-benar berkualiti dan bersesuaian dengan mereka.
#5. Sediakan perpustakaan mini di rumah
Dengan kewujudan ruang bacaan atau perpustakaan mini di rumah, ia juga boleh membantu mewujudkan budaya membaca dalam diri anak kita dan juga keluarga.
Menurut Fathin, ibu bapa boleh bermula dengan pemilihan ruang atau bilik khas yang sesuai dijadikan ruangan membaca.
Seterusnya, beli rak buku yang menarik dan sediakan juga kelengkapan lain seperti meja dan kerusi untuk anak membaca dengan selesa.
Muhammad Imaan Faa’iq kini banyak tahu kosa kata baharu!
Disebabkan kaedah yang Fathin terapkan di atas, anaknya kini amat gemar membelek buku kegemarannya iaitu kamus bergambar.
Muhammad Imaan Faa’iq telah banyak belajar kosa kata baharu daripada kamus bergambar. Malah, sehingga waktu makan pun anaknya itu sempat membelek kamus tersebut.
Disebabkan minat anaknya terhadap buku, Fathin melihat anaknya itu agak kurang menonton televisyen dan menggunakan gajet, dan ini merupakan antara manfaat dan kebaikan membaca buku yang semestinya membuatkan ibu bapa gembira.
Kekangan masa jadi cabaran untuk baca buku bersama
Fathin akui, disebabkan kesibukan dirinya dan suami, pastinya terdapat kekangan masa yang agak terhad untuk memupuk tabiat membaca ini bersama anaknya.
Dia dan suami hanya berpeluang untuk membaca bersama-sama anak pada waktu malam atau hujung minggu sahaja.
Namun, walaupun hanya sebentar, dia dan suaminya tetap memanfaatkan waktu yang ada untuk melakukan aktiviti yang bermanfaat bersama-sama anaknya itu terutamanya membaca buku.
Selain itu, ada kalanya Muhammad Imaan Faa’iq akan meragam sehingga boleh mengoyakkan buku.
Namun dia dan suaminya tetap sabar melayan dan berusaha menarik semula minat anaknya itu agar tetap berminat untuk terus membaca buku.
Lipas antara serangga yang biasa ada di setiap rumah. Biasanya sasaran lipas ini adalah di dapur ataupun dalam almari. Tak tahu dari mana datangnya tapi bila nampak, pasti mak-mak akan naik angin kan?
Bukan apa, jika dah mula bersarang dalam kabinet atau almari, kesan baunya sangat kuat. Jadi bagi anda yang alami situasi macam ni, boleh buat petua yang dikongsikan oleh Ummi As.
Petua ini dikatakan sangat berkesan, lipas pun dah tak ada dalam kabinet dan paling penting jimat.
Beberapa bulan lalu kita buat sisihan di dapur dan buang apa-apa yang tak berkaitan dan kita nak kongsi idea kot boleh bantu atasi masalah “cikpas”, saya dah cuba cara ni selama hampir 3 bulan dan alhamdulillah dengan izinNya kini kabinet dapur saya tak di ziarahi cikpas lagi.
Mungkin cikpas ni tak suka kot bauan tu so tak mendatang dah kini. So far hampir 3 bulan ni bayangan cikpas dan hasil membuangnya pun tiada.
Bubuh 4 sekawan dalam mesh net beg tapi kena buh 3 atau 4 beg la dalam kabinet tu. Dan banyakkan cengkih dan buah pelaga.
Cuba lah mana lah tahu berhasil untuk korang. Berjaya untuk saya tidak semestinya untuk korang, apa pun usaha itu tangga kejayaan.
TAPI sebelum letak tu…bersih kan kabinet, kosongkan lap bersih-bersih dan spray la dengan apa yang biasa korang guna. Saya hanya spray dengan citrus cleaner jer. Sembang-sembang dengan cikpas suruh dia jangan datang lagi, jangan marah-marah.
Isteri kepada pelawak, pengacara dan penyampai radio ERA, Johan ini selalu berkongsi caranya mendidik empat orang anaknya di mana tiga daripadanya adalah anak lelaki.
Kagumnya kesemua anak lelakinya dididik buat kerja rumah dan kelihatan masing-masing sangat ‘takut’ serta patuh dengan arahan si ibu.
Baru-baru ini Ozlynn memuat naik video gelagat anak-anaknya yang diam menikus selepas dimarah olehnya kerana membiarkan rumah bersepah tidak berkemas.
Kapsyen panjang lebar bebelan Ozlynn jelas memperlihatkan sisinya sebagai seorang ibu yang sangat tegas dan garang dalam mendisiplinkan anak-anaknya menjadi orang yang ringan tulang membantu kerja rumah.
Keadaan dlm umah lepas kena hamuk semua dok main game smp meja pon xde sape lap, umah xde sape vacum.. pinggan xde sape cuci.. org azan dok gentel remote game lagik!!! Mmg korg mintak aku hamok kan.. benda ready stok.. mintak kompom dpt!!! haaaaa kelam kabut sume.. nih ngah tunggu imam dok tlg basuh pinggan.. kita maammmm duk jadi mandor perati.. bebdk mmg mcm nih kan.. tp kena didik bertanggungjwp.. kena lak anak laki.. xnk sok kawin dpt bini dia jdkan bini dia org gaji dlm umah.. mmg aku luku pale sekoq2.. ?.. papa dorg bila dgr bini ngamok mmg xkan campor.. paling kuat pon dia bgtau apa yg dorg x pasan.. n tlg anak2 dia.. tu yg dia basuh pinggan tuh.. ? #papaxsukabilamamangamok#mmgdiaperatianak2dia#silapariblndialibasanakdia#diaxsukaanakbuatmamamarah
Memang lumrah perangai anak-anak lelaki yang biasanya lebih menghabiskan masa bermain game atau menghadap TV sahaja sepanjang hari di rumah.
Jika tidak dikerah pasti semuanya tidak tahu membuat kerja rumah.
Sebagai ibu yang penyayang, Ozlynn memilih untuk bersikap tegas dan garang terhadap kerana merasakan penting mendidik anak-anaknya lebih-lebih lagi anak lelaki untuk bertanggungjawab.
Menurut Ozlynn lagi, dia tidak mahu anak-anak lelakinya bila sudah berkahwin nanti tak tahu buat kerja rumah dan menjadikan isteri seperti orang gaji.
Cara O lynn itu mendapat persetujuan dan sokongan daripada para pengikutnya yang kebanyakan juga bergelar ibu. Masing-masing turut berkongsi pengalaman sendiri serta pentingnya mendidik anak tak kira lelaki atau perempuan tahu buat kerja rumah.
Baguslah kalau anak-anak lelaki dididik macam ini. Barulah mereka membesar sebagai lelaki yang bertanggungjawab dan lari dari tipikal lelaki biasa yang asyik berehat memanjang di rumah.
Sumber: Instagram jozlynnhanania
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.