Lipas antara serangga yang biasa ada di setiap rumah. Biasanya sasaran lipas ini adalah di dapur ataupun dalam almari. Tak tahu dari mana datangnya tapi bila nampak, pasti mak-mak akan naik angin kan?
Bukan apa, jika dah mula bersarang dalam kabinet atau almari, kesan baunya sangat kuat. Jadi bagi anda yang alami situasi macam ni, boleh buat petua yang dikongsikan oleh Ummi As.
Petua ini dikatakan sangat berkesan, lipas pun dah tak ada dalam kabinet dan paling penting jimat.
Beberapa bulan lalu kita buat sisihan di dapur dan buang apa-apa yang tak berkaitan dan kita nak kongsi idea kot boleh bantu atasi masalah “cikpas”, saya dah cuba cara ni selama hampir 3 bulan dan alhamdulillah dengan izinNya kini kabinet dapur saya tak di ziarahi cikpas lagi.
Ads
Mungkin cikpas ni tak suka kot bauan tu so tak mendatang dah kini. So far hampir 3 bulan ni bayangan cikpas dan hasil membuangnya pun tiada.
Bubuh 4 sekawan dalam mesh net beg tapi kena buh 3 atau 4 beg la dalam kabinet tu. Dan banyakkan cengkih dan buah pelaga.
Cuba lah mana lah tahu berhasil untuk korang. Berjaya untuk saya tidak semestinya untuk korang, apa pun usaha itu tangga kejayaan.
TAPI sebelum letak tu…bersih kan kabinet, kosongkan lap bersih-bersih dan spray la dengan apa yang biasa korang guna. Saya hanya spray dengan citrus cleaner jer. Sembang-sembang dengan cikpas suruh dia jangan datang lagi, jangan marah-marah.
Kesilapan beri nama anak baru lahir yang dibuat oleh ibu ayah mungkin boleh menyebabkan si anak terpaksa menanggungnya seumur hidup. Bukankah nama itu satu doa sendiri kepada tuan punya badan.
Ini sambungan daripada artikel tulisan Puan Dhuha Rashidi mengenai 27 kesilapan beri nama anak baru lahir yang mungkin dilakukan tanpa sedar oleh ibu ayah.
#18. Nama dengan makna yang tidak tepat penggunaannya.
Contoh : Siti (Puan) . Gelaran ‘puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin.
Contoh : Anisah (Cik). Hanya digunakan gelaran ini untuk wanita yang belum berkahwin seperti yang digunakan orang Arab.
Namun dalam Bahasa Arab ada yang mengatakan Anisah mebawa maksud yang mesra.
#19. Letak nama yang berkaitan dengan tempat.
Contoh :
Suyuti : orang Asyut
Bukhari : orang Bukhara
Ghazali : orang Ghazal
Nawawi : orang Nawa
Misri /Masri : orang Mesir
Baihaqi : orang Baihaq
Tirmizi : orang Tirmiz
#20. Nama yang boleh keliru sebutan pada ejaan ruminya.
Seeloknya nama yang diberi pastikan dieja dengan betul tanpa menyukarkan untuk menyebut. Ejaan rumi yang mengelirukan juga boleh lari makna yang asalnya. Sedangkan nama ini adalah doa.
#21. Nama yang memberi makna sifat.
Contoh : Muti’ah (Yang taat)
#22. Menggunakan nama yang merupakan gelaran khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya.
Contoh :
a) Ruhullah (Roh daripada Allah ) -kepada Nabi Isa
b) Khalilullah /KhalilulRahman (kekasih Allah/kekasih Yang Maha Pengasih) – kepada Nabi Ibrahim.
Nama -nama ini membawa maksud yang terlalu tinggi untuk dipakai oleh orang biasa.
#23. Menggunakan nama ‘Malikul Muluk’ @ ‘Malikul malak’ bermaksud “Raja bagi segala raja” kerana ada #larangan dalam hadith :
“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak.” (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)
#24. Tidak melambangkan Islam.
Sebab ini mengapa tidak digalakkan beri nama contohnya ikutan nama barat, walaupun maksudnya sama. Seperti Isaac (Ishak) . Ini termasuk dalam nama-nama yang tidak beridentitikan Islam.
Menggambarkan hilangnya jati-diri sebagai seorang muslim, seperti meniru-niru nama orang bukan Islam seperti Natasya, Susan, Suzuki, Mazda dan Ninja. Juga nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama ‘Huyam’ (gila berahi), dan sebagainya.
#25. Gabungan nama ibu dan ayah yang tiada makna.
Ada ibubapa yang suka menggabungkan nama mereka ditulis di setiap nama anak. #Harus menggunakan nama gabungan ibu dan ayah jika gabungan nama itu punyai makna yang elok.
#26. Nama yang dilarang dalam hadith.
Makruh memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Rasulullah SAW;
“Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; “Apakah ada di sana (Yasar, Rabah dan sebagainya itu)?” Lalu ia menjawab; “Tidak ada”.” (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda::
لا تسمين غلامك يسارا ولا رباحا ولا نجيحا ولا أفلح فإنك تقول أثم هو فلا يكون فيقول: لا
“Jangan namakan anakmu dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan. Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah ‘kuntungan’ ada? Jika tidak ada, orang akan menjawab “Keuntungan tidak ada”.” (Hadis riwayat Muslim, Tirmizi r.a. dan Abu Daud r.a.)
Menurut Imam Nawawi, dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) adalah kerana buruk dan rosaknya jawapan yang bakal diterima, juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian golongan ke dalam suatu bentuk perbuatan menenung untung/nasib. (Contohnya; apabila ditanya; “Adakah di sana ada Rabah (untung)?”, lalu dijawab; “Ada”. Apabila orang yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung).
Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama’. (Tarbiyatul-Aulad)
#27. Nama yang bertembung dengan nama Jin.
Dalam perawatan Islam seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Syarhan juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan guna sebab membawa makna yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari.
Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;
Balqis – ketua jin
Qistina/Kistina – penghulu jin
Najwa – bisikan
Zaqwan/Zaquan – anak jin
Haikal/Haiqal – tengkorak
Badrisha/Badlisha/Herisha
Mungkin akan menimbulkan banyak masalah seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya. Nauzubillahiminzalik.
Begitulah, perkongsian tentang kesilapan dalam memberikan nama anak. Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini. Sumber rujukan dari WADi, Maulana M. Asri Yusof Al Kauthar , S.Q wordpress.
Jika ada permasalahan berat dalam pemilihan nama adalah lebih baik terus merujuk kepada pakar bahasa Arab , ulamak yang lebih arif dalam bab memilih nama anak ini. Dhuha bukan pakar dalam bahasa dan pemilihan nama. Juga masih belajar dalam bab ini.
Sebagai penulis khat, amat penting juga Dhuha kena tahu ejaan yang betul bagi nama-nama yang menempah supaya makna sebenar pada nama tepat dan baik.
Puan Dhuha Rashidi Penulis Nama Dalam Kaligrafi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kolam renang buat sendiri guna ‘poly round water tank,’ anak-anak mesti suka. Mandi di kolam renang memang menjadi kegemaran anak-anak. Kalau boleh, setiap hari hendak ‘berendam.’
Orang lain ada kolam renang di rumah, anak-anak kita pun teringin. Hendak upah orang buat kolam renang, memang tak mampu. Kos bukan sikit-sikit.
Sebenarnya ada cara yang lebih murah untuk anda merealisasikan impian untuk memiliki kolam renang sendiri. Hasilnya pasti mengkagumkan!
Berikut DIY cara-cara membuat kolam renang. Semoga bermanfaat.
Anak-anak mesti suka! Sesuai juga dijadikan kolam ikan. Betul-betul kreatif!
Sesetengah anak kecil tidak suka berada di tempat yang ramai orang. Mungkin kurang selesa atau takut dengan persekitaran membuatkan mereka meragam. Susahnya apabila mereka langsung tidak mahu berenggang dari Mama dan Papa. Ketika pertemuan team Pa&Ma bersama pelakon cantik Ezzaty Abdullah, kami sempat bertanya tentang cara dia mendidik anaknya yang masih kecil, Harum Dahlia, untuk sentiasa tenang dalam persekitaran yang penuh dengan orang.
Menurut Ezzaty, dia sudah mula membawa Harum keluar seawal usia anaknya itu tujuh bulan. Dia selalu membiasakan Harum untuk mengikutnya menghadiri pelbagai majlis bagi melatih Harum untuk sentiasa selesa dengan orang dan tidak mudah meragam jika berada dalam persekitaran yang sesak.
Tambahnya lagi, cara itu menjadikan Harum mudah mesra dan tidak meragam jika berdepan dengan orang. “Kalau dahulu lebih mudah kerana dia belum boleh berjalan. Letak saja dalam stroller, dia akan duduk diam. Bila sampai waktu tidur, dia akan tidur. Tidak kisahlah macam mana bising pun keadaan waktu itu,” kata Ezzaty. Namun sejak Harum mula pandai berjalan, susah sedikit kerana dia lebih gemar untuk menjelajah ke segenap kawasan.
Kata Ezzaty lagi, tidak sukar untuk membawa anak keluar tetapi persediannya perlu cukup. Setiap kali sebelum keluar rumah, Ezzaty akan pastikan setiap keperluan Harum sudah disediakan. Memandangkan Ezzaty tidak beri anaknya makan di luar, Ezzaty akan bawa bekal makanan yang dimasaknya sendiri sebagai persediaan jika Harum lapar. Susu juga tidak ketinggalan.
Selain makanan dan airnya, Ezzaty akan pastikan barang kesayangan Harum akan dibawa. “Kain busuk Harum kena ada. Itu barang favaourite dia, kalau tak ada susah Harum nak tidur” kata Ezzaty lagi. Ezzaty juga akan bawa beberapa mainan Harum jika mahu keluar.
Biasanya jika dia perlu keluar awal esok pagi, Ezzaty akan pastikan Harum masuk tidur awal. Katanya lebih mudah anak dibawa keluar jika tidur cukup. Selain itu, Ezzaty menggunakan pendekatan psikologi jika perlu keluar ke mana-mana dengan Harum.
Dia akan maklumkan terlebih dahulu segala rancangan mereka untuk hari esok kepada Harum supaya anaknya juga tahu apa yang bakal berlaku. Kata Ezzaty, biasanya Harum jarang meragam dan dia dan suaminya Azwan Kombos akan bawa Harum keluar selagi tidak penat.
Ezzaty akan pastikan bekal makanan Harum ada sebelum keluar rumah. Selain bubur nasi, ada masanya Ezzaty akan sediakan mi pasta sayuran yang dicelur dan ditambah dengan keju untuk Harum.
Ini resipi bubur yang Ezzaty sediakan untuk anak kesayangannya itu:
BUBUR NASI HARUM
Bahan-bahan:
Beras wangi
Sedikit ikan bilis
Sedikit brokoli
Sedikit lobak merah
*Bahan mengikut anggaran sebanyak mana mahu dimasak
CARA MEMBUAT:
Rebus semua bahan bersama sehingga empuk dan mudah untuk dimakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pagi, ibu bapa pastinya sibuk menyediakan bekal makanan untuk anak-anak ke sekolah. Namun, selain makanan jasmani, anak-anak juga memerlukan bekalan rohani dan emosi...