Dalam keadaan sekarang ini, bagi yang terpaksa keluar bekerja atau perlu keluar membeli barangan keperluan harian dan uruskan hal-hal tertentu, hati pasti akan berdebar. Risau dengan keadaan virus ini yang masih tiada ubat.

Namun orang kata kehidupan harian itu perlu dilalui seperti biasa cuma cara kita ikhtiar pun penting juga. Selain menggunakan mask, sarung tangan dan sentiasa kerap membasuh tangan, cara kita ikhtiar dengan menggunakan ayat al-Quran sebagai pendinding diri juga boleh dijadikan amalan.

Perkongsian di FB Tazkirah Ustaz Ebit Lew mengenai amalan yang dilakukan salah seorang individu yang dikuarantinkan dan dengan izin Allah kekal sihat walaupun selepas mempunyai kontak rapat dengan jemaah ijtimak tabligh itu mungkin boleh diamalkan bersama.

Alhamdulillah…14 hari saya menjalani proses kuarantinkaan diri disebabkan saya mempunyai kontak rapat dengan jemaah ijtimak tabligh (Sukarela saya ke hospital untuk check dan sukarela saya kuarantinkn diri even saya tak ada simptom covid19). Semuanya masih dalam keadaan baik dengan izin Allah SWT. Dalam masa 14 hari apa yang saya lakukan untuk pastikan saya kekal sihat? Letakkan tawakkal 80%, usaha 20%..

IKLAN

Dalam usaha 20% apa yang saya lakukan? Saya berkongsi bukan kerana apa.. Tapi saya doakan moga boleh memberi manfaat kepada orang lain dengan izin Allah SWT..Mudah-mudahan kita semua terus diberi kesihatan yang baik..InsyaAllah..

Amalkan Surah Al-Fatihah & Amalan Ini Sebagai Pendinding Setiap Kali Keluar Rumah

IKLAN
  1. Set dalam hati dan minda kita sihat. Jangan beri sedikit pun ruang untuk rasa takut masuk dalam diri kita. Jalani kehidupan macam biasa. Pegang pada hati, Allah SWT  ada untuk melindungi. Elakkan juga stres tentang apa-apa sekalipun. Kalau tak stres imunisasi kita akan lebih kuat, banyakkan usaha utk tenangkan diri walau kita mungkin berdepan dengan karenah anak-anak sekalipun.
  2.  Jaga solat+Solat sunat
  3.  Sentiasa berwuduk- tak kisah masa bila kita rasa nak berwuduk. Kalau 10x kita berwuduk maknanya 10x kita dah sucikan diri kita.
  4. Baca yassin setiap malam, sampai ayat “Salamun Khaulam mirrabbirrahim…” ulang 21x, niatkan dalam hati untuk Allah SWT lindung dari segala musibah.
  5.  Selepas solat baca alfatihah sekali, ayat kursi 3x, surah alfill 3x.(Amalkan juga sebelum tidur dan kalau ada anak kecil, hembuskan pada anak dari kepala hingga kaki)-Bila-bila masa baca lebih baik.
  6. Baca bismillah 5 kali tak kira masa, baca juga 11x selepas solat
  7.  Keluar rumah bila perlu sahaja, sebelum keluar baca Bismillahitawakkalualallah 3x, baca alfatihah 1x dan ayat kursi 3x.. Niat Allah SWT lindung dari segala bahaya.
  8. Bila keluar beli barang disupermarket elak belek-belek barang, saya hanya tuju tempat barang yang saya nak ambil, ambil barang, bayar dan terus balik-Kalau terpaksa sangat-sangat je baru saya keluar. Ini bukan masa untuk kita berseronok.
  9. Balik kena trus mandi. Jangan pegang anak-anak, jangan pegang sesiapa. Bersihkan diri dahulu. Pakaian dari baju stokin semuanya, saya akan basuh. Saya basuh juga semua barang yang saya beli. Plastik bag tak simpan. Terus buang.
  10.  Gunakan hand sanitizer bila diluar rumah
  11. Jaga jarak ketika diluar walaupun kita memakai mask
  12. Cuci tangan sekerap mungkin, jaga kebersihan diri
  13. Minum air garam sebelum tidur. Baca istighfar 3x, selawat 3x, niatkan dlm hzti diberi kesihatan yang baik (Saya guna garam yg warna perang, beli seketul, blik pecahkan jadi bjik kecil-kecil, ambil 3biji masukkan dalam air bersih separuh gelas dan minum)-Garam biasa pun boleh.
  14. Bacalah berulang kali DOA ini, “Allahumma Jurni Fimusibati Waakhlifli Khoirun Minha”… Moga Allah SWT menggantikan segala musibah ini dengan sesuatu yang lebih baik.

Amalkan Surah Al-Fatihah & Amalan Ini Sebagai Pendinding Setiap Kali Keluar Rumah

Apa pun, apa sahaja yang kita buat niatkan kerana Allah SWT. Niatkan nak sihat untuk kekal beribadat kepada Allah SWT. Nak sihat untuk jaga anak-anak. Nak sihat untuk mudah keluar cari rezeki yang halal. Mudah-mudahan dengan izin Allah SWT kita selamat semuanya. InsyaAllah.

IKLAN

Amalkan Surah Al-Fatihah & Amalan Ini Sebagai Pendinding Setiap Kali Keluar Rumah

#Saya hanya berkongsi.. Hak Allah SWT untuk memberi kita sakit dan hak Allah SWT juga nak bagi kita sihat. Apa pun, berbalik pada Allah SWT adalah sebaik-baik jalan yang kita ada.Amalkan Surah Al-Fatihah & Amalan Ini Sebagai Pendinding Setiap Kali Keluar Rumah

Sumber: Tazkirah Ustaz Ebit Lew

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI