Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Jalan Dutamas, Kuala Lumpur, pada petang 22 Jun dan mayat kanak-kanak itu ditemukan di tingkat tiga kondomium itu.
Menerusi laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima panggilan MERS 999 berhubung kemalangan terbabit kira-kira jam 3.30 petang.
“Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur,” katanya.
Panjat tab mandi, naik atas tembok
Menurut Beh, sebelum kejadian mangsa dan ibunya berada di ruang tamu sebelum mangsa berlari ke bilik air dan memanjat tab mandi lalu naik ke atas tembok dalam tandas itu.
Ads
“Mangsa dipercayai membuka tingkap tandas sebelum menyusup keluar dan terjatuh di perimeter laluan bomba di tingkat tiga,” katanya.
Difahamkan ibu mangsa yang berusia 32 tahun kemudian turun memaklumkan kepada pengurusan mengenai kejadian itu.
Beh berkata polis sedang menyiasat dengan lebih lanjut berhubung kejadian itu.
Ads
Mayat mangsa dibawa keluar oleh ibu mangsa pada kira-kira jam 7.30 malam sebelum menaiki kenderaan polis untuk proses bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Malang tidak berbau. Siapa pun pasti tidak mahu terlibat dalam kemalangan apatah lagi sekiranya memandu bersama isteri dan bayi.
Pelakon kacak Ikmal Amry memuat naik gambar keretanya yang terpusing apabila dia sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) pada hari Sabtu di Instagram miliknya.
Menurut Ikmal atau nama sebenar Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 28, pada hari kejadian dia memandu dalam keadaan kurang rehat ekoran baru selesai menjalani penggambaran sehingga jam 7 pagi sebelum pulang ke Melaka untuk menziarahi keluarganya.
Mimpi ngeri yang tak sanggup ku lalui terjadi. Pahit untuk ditelan,tapi pengalaman yg menjadi pengajaran.
Alhamdulillah kami sekeluarga selamat.Allah masih bagi peluang. Alhamdulillah. Simpan sini untuk kenangan. Maaf kepada yg terlibat.
Kereta yang dipandu Ikmal hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kenderaan sehingga menyebabkan keretanya berpusing dan terbalik.
Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada hari Ahad, Iqmal membuat penjelasan berkenaan kemalangan tersebut.
“Saya hanya sempat berehat selama tiga jam. Dalam keadaan kurang rehat, saya gagahkan diri untuk terus memandu. Saya akui ia satu kesalahan apabila memandu dalam keadaan kurang sihat,” katanya.
Bapa kepada seorang anak ini menjelaskan kemalangan itu bukan kehendak dirinya namun bersyukur kerana semua yang terlibat selamat. Dia menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan tindakan lanjut.
“Syukur kpada Allah. Dia lindungi kami, orang yang kami langgar, kereta MyVi biru dan Honda sekeluarga. Syukur tiada kemalangan jiwa berlaku.
“Saya ingin meminta maaf kepada semua yang terlibat. Bukan kehendak diri ini. Saya bukan juga nak cakap saya tidak bersalah.
“Tetapi tidak perlu keruhkan keadaan. Duit boleh dicar, nyawa tiada ganti. Jika betul saya bersalah, pihak berwajib sahaja berhak untuk selesaikan”, jelasnya.
Sementara itu, Ikmal memberitahu dia sekeluarga masih trauma disebabkan kejadian tersebut.
“Saya dan keluarga masih trauma dengan kejadian semalam. Perkara yang terjadi bukan biasa. Soal nyawa dan keselamatan pemandu lain yang terlibat.
“Masih tak boleh saya lupakan apa yang berlaku,” katanya.
Selain Najla iaitu isteri Ikmal, turut terlibat dalam kemalangan tersebut adalah anak mereka yang bernama Cailie berusia lapan bulan.
Ibarat hilang kekuatan saat dapat tahu suami dijemput ilahi dalam keadaan anak-anak yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa. Namun siapa kita untuk menidakkan qada dan qadar Allah SWT.
Walaupun hati ini cukup sedih apabila diberitahusuami kemalangan semasa bekerja dan meninggal dunia di tempat kejadian, tiada kata-kata dapat diungkapkan. Hanya linangan air mata saja saat melihat dua wajah anak yang telah menjadi anak yatim. Lagi perit apabila waktu itu masih dalam pantang selepas melahirkan anak kedua. Allahuakbar!
Menerusi perkongsian Suhaili Mohamad, genap setahun (13 Februari 2020) suami pergi meninggalkan mereka tiga beranak. Walaupun dah reda dan dapat menerima kenyataan ini, sesekali bila teringat arwah gugur juga air mata.
Pergi tanpa pesan
Genap setahun saya dan anak-anak hidup tanpa suami yang saya cintai. Arwah suami dijemput ilahi ketika saya berpantang anak kedua. Arwah kemalangan semasa bekerja dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana remuknya hati dan perasaan saya. Hidup terasa gelap, lemah, sakit dan tak terdaya. Lebih-lebih lagi di saat itu saya dan anak-anak perlukan kasih seorang suami dan ayah.
Belajar untuk reda demi anak-anak
Ye, dulu saya tidak dapat menerima kenyataan ini. Selalu cakap ini hanya mimpi buruk buat saya. Selalu cakap kat mak, suami kerja jauh nanti dia balik. Selalu nangis, cakap sampai hati suami tinggalkan saya dan anak-anak. Sebab saya tahu dia terlalu sayangkan saya dan anak-anak.
Rupanya saya silap ketika itu, saya tidak reda dengan pemergiannya. Saya mula sedar, saya sebenarnya perlu reda dengan ujian yang Allah takdirkan pada saya. Ingat, jodoh, ajal dan rezeki semuanya ketentuan yang Allah tentukan dan terbaik untuk kita. Hanya lalui jalan tersebut dengan hati yang tenang.
Saya mula belajar untuk reda. Dengar ceramah agama, baca al-Quran dan solat malam. Perlahan-lahan hati mula reda. Hati dan perasaan mula ikhlas merelakan dia pergi dengan tenang.
Rindu orang yang tiada, paling sakit
Barulah saya sedar betapa manisnya dan indahnya sebuah keredaan dalam setiap ujian yang kita terima. Sentiasa ingat Allah uji kita sebab dia sayangkan kita. Allah sentiasa ada disaat susah dan senang kita. Terima kasih Ya Allah.
Alhamdulillah, sampai ke saat ini saya masih mengutip sisa-sisa semangat saya demi Allah dan anak-anak yang tersayang.
Saya sentiasa pesan pada diri saya dengan kata-kata ini “Percayalah orang yang bersabar atas kepahitan hidupnya, pada waktunya pasti Allah limpahkan manisnya kebahagiaan, ”
Dan “Mudah-mudahan Allah akhiri kesusahanku, kesedihanku, dan esok mendatangkan khabar gembira yang tak disangka-sangka buat diriku. Amin
Walaupun perit untuk dilalui tanpa seorang insan yang selama ini banyak susah senang sama, kita kena akur. Jika masih ada yang tersayang, sayangilah dia dan hargailah dia. Kerana bila tiada, sakit merindui pada tiada itulah yang paling sakit.
Hadapilah dengan hati tenang dan ikhlas. Kita wanita kuat, kita boleh. Sedekahkan Al Fatihah buat suamiku tersayang, Mohamad Izzul Aman bin Mohamad. Doakan saya terus kuat untuk anak-anak saya yang tersayang.. inshaAllah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan memanjatkan rasa syukur di atas kelahiran bayi perempuannya hari ini.
Berita gembira tersebut dikongsi olehnya di laman Instagram pada satu jam yang lalu.
“Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan baby girl pada 27.12.2021”
Pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) itu juga mengucapkan terima kasih di atas doa ramai buat dia dan isterinya, Zarema Zainal.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri”
Setakat ini Aidil masih belum mendedahkan nama serta wajah bayi perempuanya itu.
Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah kepada Aidil dan isteri di atas kelahiran bayi permpuan mereka.
Hasil perkahwinan Aidil dan Zarema, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki dan satu perempuan iaitu Ayden Zeeyad, Ayres Zachary.
Sebelum ini Aidil Zafuan pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Rita Rudaini namun hanya bertahan selama lima tahun. Mereka bernikah pada 2008 dan bercerai pada September 2013.
Hasil daripada perkahwinan itu Rita dan Aidil Zafuan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa, 10.
Kredit: Aidil Zafuan
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isu guru sekolah rendah didakwa janji kahwin murid Tahun 6 ketika umur 18 tahun buat ramai ibu ayah takut dan marah. Dakwaan tular ini cetus kebimbangan tentang keselamatan anak di sekolah.