Bila disahkan mengandung, perasaan teruja itu pasti ada. Syukurlah Allah masih memberikan peluang untuk zuriat kecil menghuni rahim kita. Bayangkan pasangan yang dah lama berkahwin dan menanti zuriat mereka masih sabar menanti dan mengharapkan ada peluang bergelar seorang ibu atau ayah.

Justeru itu, semasa mengandung, dinasihatkan agar mengamalkan perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam. Antaranya adalah membaca al-Quran. Sebagai umat Islam, membaca ayat suci al-Quran merupakan satu ibadah yang sangat dituntut.

Walaupun tiada dalil dalam Islam yang menyuruh ibu hamil mengamalkan mana-mana surah dalam al-Quran, tetapi tidak salah sekiranya ibu hamil membaca surah-surah dalam al-Quran dengan harapan agar Allah SWT mengurniakan kesihatan, kebaikan, kemudahan serta rahmat Allah buat ibu dan anak yang dikandungnya.

Amalkan Surah Ini Sepanjang Hamil. Lagi Elok Suami Pun Baca & Niatkan Untuk Kedua-duanya

Sebagaimana janji Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (Surah Al-Isra, ayat 82)

Berikut adalah surah-surah untuk ibu mengandung amalkan sepanjang proses kehamilan supaya mendapat bayi yang seperti kita inginkan. Doanya ringkas dan mudah dihafal, InsyaAllah. Surah-surah untuk ibu mengandung ini juga boleh dibaca oleh si bapa, lebih baik supaya ikatan antara anak dan ibu bapa sentiasa utuh terjalin.

1. Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.

IKLAN

2. Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

3. Surah At-Taubah
Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat.

4. Surah Yusuf
Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya.

5. Surah Al-Fatihah, 3 Qul Iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq, Ayat Kursi
Bacakan kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar kandungan dilindungi.

6. Surah Yaasin
Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak tak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

IKLAN

7. Surah Al-Hujurat
Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

8. Surah Luqman
Agar memperolehi anak yang cerdik akal dan terang hati.

Amalkan Surah Ini Sepanjang Hamil. Lagi Elok Suami Pun Baca & Niatkan Untuk Kedua-duanya

9. Surah Al-Nahl (Ayat 78)
Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin.

10. Surah Al-Imran (Ayat 38)
Doa agar mendapat zuriat yang soleh dan solehah.

IKLAN

11. Surah Al-Imran (Ayat 8-9)
Doa memohon rahmat.

12. Surah Al-Imran (Ayat 192-194)
Doa memohon keampunan Allah.

13. Surah Ibrahim (Ayat 40-41)
Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

14. Surah Al-Baqarah (Ayat 128)
Doa agar anak patuh kepada perintah Allah.

15. Surah Al-Furqan (Ayat 74)
Doa agar diberikan zuriat yang menyenangkan hati.

Tapi apa-apa pun, jangan hanya amalkan bacaan ayat-ayat suci ini ketika hamil sahaja sebaliknya jadikanlah ia sebagai amalan harian supaya hidup sentiasa mendapat keberkatanNya. Suami pun elok sama-sama amalkan untuk isteri dan bayi dalam kandungan. Semoga semua urusan ibu dipermudahkan sebelum, semasa dan selepas bersalin ya.

Sumber: decamellia.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI