Bila anak terlalu memilih makanan atau istilah ‘picky eater’ memang merungsingkan. Namun ibu-ibu perlu menjadi lebih kreatif dalam penyediaan makanan buat si manja dan perkara ini turut disarankan oleh pakar-pakar pemakanan dan juga doktor kanak-kanak.
Sama seperti ibu ini yang akhirnya menghasilkan karya dalam masakan selepas terpaksa menghias makanan untuk anak keduanya.
Seorang ibu Jepun, Etoni Mama menghabiskan sekurang-kurangnya satu jam untuk menyediakan satu hidangan berhias (kyaraben) ini.
Ads
Etoni pada awalnya mendapat idea buat makanan macam ni sebab anak keduanya sangat memilih untuk makan, jadi dia dapat idea untuk buat makanan bukan saja nampak lebih menarik, tapi juga sedap.
Biasanya Etoni dapat idea nak buat karakter apa berdasarkan bahan apa yang dia ada je. Memang level power dah ni. Tapi apa pun, rasa yang sedap tetap kriteria utama dalam hidangannya.
Sejak akhir-akhir ini, kes cubaan menculik melibatkan kanak-kanak begitu membimbangkan ibu bapa. Walaupun kisah-kisah berkaitan penculikan tular baru-baru ini dikatakan palsu dan salah faham, tetapi ibu bapa seharusnya lebih berwaspada untuk mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.
Baru-baru ini, seorang ibu berdepan detik cemas apabila mendakwa tiga anaknya nyaris dibawa lari berhampiran sebuah stesen minyak di Batu 9, Telok Panglima Garang.
Disyaki cuba buka pintu kereta
Kisah tersebut telah tular di media sosial selepas klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada stesen minyak itu dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Hizam.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat si ibu, ketika kejadian, dia singgah sebentar di kedai makan untuk membeli sarapan sementara anak-anaknya ditinggalkan di dalam kereta kerana cuaca hujan.
Ketika saya berada di kedai makan tersebut, saya terlihat sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna hitam (nombor pendaftaran tidak pasti) telah memandu dalam keadaan perlahan dan telah berhenti di bahagian belakang kereta saya.
Dakwa wanita ini lagi, dia melihat seorang lelaki telah keluar dari kereta tersebut dan berdiri di sebelah pintu kereta Nissan Almera miliknya. Lebih mencurigakan apabila wanita ini mendakwa lelaki terbabit melihat keadaan di dalam kereta melalui tingkap selain seperti cuba membuka pintu keretanya.
Saya terus berlari ke arah kenderaan dan bertanyakan kepadanya kenapa menghampiri kenderaan saya dan beliau beritahu yang pintu kereta saya tidak rapat. Pintu tersebut tidak rapat kerana mengalami kerosakan.
Apabila saya menyoalnya, lelaki tersebut terus berlalu pergi dan masuk ke dalam keretanya dan terus beredar.
Video Penuh:
Berdasarkan percakapan, wanita ini mengesyaki lelaki berkenaan merupakan warga Indonesia. Dakwa wanita ini lagi, tujuannya membuat laporan polis adalah untuk tujuan keselamatan dirinya dan anak-anak.
Kisah yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya menasihati para ibu bapa supaya lebih peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling.
Mereka turut meluahkan rasa syukur kerana tidak ada perkara buruk yang berlaku ke atas tiga kanak-kanak itu.
Isteri dan anak-anak tak perlukan hidup yang mewah pun untuk bahagia. Cukuplah dengan layanan baik dan dihargai, sudah cukup untuk buat senyuman terukir di bibir mereka. Seorang ayah adalah harapan sebuah keluarga dan tidak mudah menggalas tanggungjawab berat untuk mencari nafkah serta membahagiakan isteri dan anak-anak.
Biarpun hidup bersederhana, anak-anak hanya mahukan perhatian dari ibu ayah mereka. Tanpa perlu dilimpahi kemewahan pun, anak-anak boleh merasai kasih sayang kita. Usaha kecil pun jika dilakukan dengan ikhlas akan memberi impak yang besar pada emosi anak.
Seperti yang dikongsikan oleh nurulfadiahabubakar di akaun TikToknya apabila dia dan suami merancang sambutan hari jadi anak mereka biarpun tidaklah mewah. Sambutan yang sederhana tapi cukup ‘meriah’ dengan kasih sayang.
Pada awalnya dia telah memberitahu bahawa mereka berdua terlupa akan tarikh hari jadi anak mereka. Si suami lantas mengajak isterinya untuk membeli kek.
Tonton video ini;
Kemudian ada dua buah lagi video yang dimuatnaik menunjukkan mereka sekeluarga begitu seronok menyambut hari jadi si anak.
Bila melihat video keluarga ini jelas kelihatan kebahagiaan mereka. Ia membuktikan tanpa majlis sambutan hari jadi yang besar pun sudah cukup untuk buat anak merasa teruja. Sudah pasti kenangan indah seperti inilah yang akan anak-anak ingat sehingga mereka dewasa kelak. Semoga keluarga ini terus bahagia dan diramati Allah SWT selalu!
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Susu kultur adalah antara contoh makanan yang mengandungi probiotik atau dipanggil bakteria baik. Bakteria baik ini berfungsi meningkatkan persekitaran sihat di dalam sistem penghadaman.
Puan Nurbaidurah Bazid, Pegawai Dietetik berkongsi bilakah susu kultur sesuai diberikan kepada kanak-kanak.
Bilakah susu kultur ini boleh diberikan?
Menjawab pertanyaan ini, terdapat beberapa kajian mengenai susu kultur atau probiotik di kalangan kanak-kanak bermula satu tahun dan ke atas. Kebanyakan kajian menunjukkan kesan yang positif khususnya bagi mengatasi atau mengurangkan penyakit atau gejala yang berkaitan dengan usus atau sistem penghadaman.
Namun, tidak banyak kajian yang dijalankan kepada bayi yang berusia bawah satu tahun. Maka saranan saya, susu kultur ini boleh diberikan pada seawal usia satu tahun tetapi perlu dikawal dan jangan berlebihan. Saranan saya mengikut kajian-kajian yang terdapat kini, hadkan pengambilan susu kultur pada kadar 65ml sehari, atau bersamaan 1 botol kecil sehari.
Seterusnya, apakah alternatif lain yang juga mengandungi probiotik atau bakteria baik ini?
Antaranya ialah kefir dan makanan yang ditapai seperti tempe. Suka untuk saya kongsi di sini, selain bakteria baik (probiotik), ada satu faktor lain yang menyumbang meningkatkan lagi kesihatan sistem penghadaman iaitu prebiotik. Ia adalah hasil daripada makanan yang tidak terhadam dalam sistem penghadaman, yang memberi manfaat menyokong pertumbuhan bakteria baik. Fungsinya sama seperti makanan kepada bakteria baik.
Antara contoh makanan yang mengandungi prebiotik adalah madu, bawang merah, asparagus, pisang dan oat. Maka, selain kita mengambil bakteria baik, makanan untuk bakteria baik ini juga penting bagi memastikan ketahanan bakteria baik yang berada di dalam sistem penghadaman.
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.