Bagi yang sudah berkeluarga, lebih-lebih lagi yang punya anak kecil, penggunaan lif sememangnya amat membantu. Ditambah pula dengan penggunaan stroller yang kurang sesuai menggunakan eskalator.
Namun malangnya ada yang tidak prihatin dengan ibu yang membawa anak kecil dan langsung tidak memberi ruang kepada ibu dengan stroller ini. Di mana keprihatinan kita?
Luahan rasa seorang ibu yang dikenali sebagai Ameenazizul meluahkan rasa kecewanya melihat orang-orang sekeliling yang kurang peka dan tidak bertimbang rasa bagi mengutamakan ibu beranak kecil.
Malah lebih buruk lagi katanya, dia menunggu lif hampir tujuh hingga lapan pusingan namun malangnya tiada sesiapa yang memberikan ruang.
Ads
Kecewa dengan situasi itu, akhirnya ibu ini memilih jalan untuk mengendong anak dan menaiki escalator agar lebih cepat.
“Koyak teruk harini. 7-8 round tunggu turn nak naik lif di KLCC. Punyalah ignorant takda sorang pun bagi laluan.
“Padahal semua muda-muda, bawak shopping bag je, bukan stroller atau warga emas. Lama sangat tunggu last last kami mengalah, lipat stroller, dukung anak, turun escalator.
Ads
“Hidup ni kena lah bertimbang rasa. Kesian,” luahnya kesal.
Seharusnya prihatinlah pada ibu ayah yang menggunakan stroller dan membawa anak kecil. Berilah laluan kepada mereka. Ini sebaiknya.
Nampaknya gelombang kedua COVID-19 ini belum menunjukkan keadaannya semakin reda. Walaupun Malaysia tidaklah seteruk negara lain, memandangkan kes ini semakin meningkat ia turut memberi kerisauan kepada orang ramai.
Menurut lapaoran Kementerian Kesihatan, Malaysia mencatat lima kes terbaharu positif jangkitan penyakit coronavirus 2019 (COVID-19) seperti yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima kes terbaharu yang direkodkan sehingga pukul 12 tengah hari Khamis (semalam) menjadikan jumlah kumulatif positif wabak berkenaan ialah 55 kes.
Hakikatnya, tanpa kita sedari seluruh negara termasuk negara kita sedang berhadapan dengan gelombang kedua COVID-19 bermula akhir Februari lalu.
Daripada 55 kes, 22 sudah pulih
Daripada 55 kes berkenaan, beliau berkata, seramai 22 orang daripada mereka yang dikenal pasti positif itu sudah pulih sepenuhnya dan telah discaj dari wad.
“Kesemua kes baharu ini berhubung kait dengan satu (1) kluster COVID-19 yang telah dikenal pasti sebelum ini yang melibatkan kes positif ke-26.
“Kes-kes ini merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dalam kluster tersebut. Justeru, sehingga kini, jumlah kes positif bagi kluster ini adalah sebanyak 26 kes.
“Siasatan dan pengesanan kontak bagi kluster tersebut masih diteruskan,” kata Dr Noor Hisham dalam sidang media pada Khamis.
Punca jangkitan di Malaysia masih boleh dikesan
Bagaimana pun, pihak KKM meminta rakyat Malaysia jangan panik kerana setakat ini kesemua kes, puncanya berjaya dikesan dan beberapa kontak rapat pesakit kini dalam pantauan.
Sekat serta merta kemasukan pelawat tanpa mengira warganegara
Mengulas mengenai penyebaran berita palsu yang mencetuskan panik di kalangan masyarakat, beliau menyarankan agar orang ramai membuat aduan terus kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) selain membuat semakan terus di laman rasmi Kementerian Kesihatan.
“Kita tak mampu nak kawal penularan berita palsu kerana terlalu banyak jadi saya saran orang ramai terus buat aduan kepada SKMM.
“Sebarang info sahih boleh rujuk terus di laman rasmi KKM”, katanya lagi.
Setakat ini, pihak Kementerian Kesihatan juga telah membuat satu langkah proaktif berhubung wabak COVID-19 yang telah memasuki gelombang kedua dengan mengenakan sekatan pelawat serta merta tanpa mengira warganegara dari negara Itali, Jepun, dan Iran.
KKM ambil langkah pencegahan COVID-19 gelombang ke-2
Cuti sekolah, jangan bawa anak pergi melancong
Melihat jumlah jangkitan yang makin bertambah, menerusi Facebook Public Health Malaysia memberi nasihat kepada ibu bapa agar tidak membawa anak-anak melancong ke tempat-tempat berisiko pada cuti sekolah akan datang ini.
Sekarang ini memang bukan waktu yang sesuai untuk pergi melancong, diharapkan musim cuti sekolah yang akan datang ini ibu bapa tahan dulu nak bawa anak pergi berjalan.
Gelagat pasangan selebriti, Datuk Fizz Fairuz dan isterinya, Datin Almy Nadia tidak pernah membosankan. Ada sahaja aksi pasangan ini yang mencuit hati ramai dengan gelagat mereka.
Datuk Fizz Fairuz yang terkenal dengan sifat lucu dan suka menyakat isteri kali ini turut membuatkan ramai yang ketawa berdekah.
Aksi dan celoteh Fizz yang merawat isterinya ketika sedang sakit buat ramai yang terhibur.
Baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang cyst serta kandungan luar rahimnya, Almy turut ketawa tanpa henti saat disakat suaminya yang tampil sebagai seorang doktor ketika merawatnya di rumah.
Tidak hanya membawa ubat-ubatan ketika merawat bahkan suami kepada empat orang cahaya mata ini tampil lengkap berpakaian ala doktor yang lengkap tertulis namanya sendiri.
“Saya masuk dulu, assalamualaikum. Jangan terkejut eh, kita cuma nak tahu mana urat,” seloroh Fizz yang hanya menggunakan peralatan berupa permainan anaknya.
Malah Fizz juga turut muncul dengan lengkap berpakaian sut PPE khusus buat isterinya.
Gurauan dan gelagat Fizz sudah semestinya dipuji wargamaya malah ramai yang menyifatkan Fizz sebagai seorang suami yang pandai mengambil hati dan menceriakan isteri yang sedang sakit.
Siapa sangka perjalanan terakhir suami keluar bekerja bertukar tragedi yang memilukan apabila maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Km 27.10 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley.
Tinggalkan dua anak masih kecil
Mangsa Muhammad Hafiz Hamdi, 31, bapa kepada dua anak, seorang berusia dua tahun dan seorang lagi masih bayi, memandu lori dengan muatan sayur-sayuran dari kawasan tanah tinggi itu setiap hari.
Menurut abang mangsa, Mohd Kamal Hamdi, arwah selalu berkongsi cerita berkaitan kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands sebelum diri sendiri menjadi mangsa tragedi kejadian tanah runtuh di kawasan peranginan tanah tinggi itu.
Mohd Kamal, 40, berkata dia berasa hairan apabila arwah adiknya itu secara tiba-tiba berdiam diri apabila dia berkongsi mengenai kejadian tanah runtuh berkenaan di dalam pesanan WhatsApp keluarga mereka.
“Gerak hati saya terasa lain sebab tiada tindak balas daripadanya seperti sebelum ini jadi saya menghubungi rakannya untuk mendapatkan kepastian kerana bimbang akan keselamatannya.
Apabila rakannya memaklumkan adik saya terlibat dalam kejadian, saya terus pulang ke Ipoh dengan memandu lori dari Kuala Lumpur dan segera membawa kereta ke lokasi tanah runtuh kerana masih tidak percaya ia menimpanya,” katanya.
Isteri masih terkejut dan bersedih
Mohd Kamal berkata beliau sendiri melakukan pengecaman mayat adiknya kerana isteri mangsa masih berada dalam keadaan trauma.
Menurutnya jenazah akan dikebumikan di kampung mereka di Tanjung Piandang, Parit Buntar selepas segala urusan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selesai.
Arwah seorang yang baik hati
Sementara itu di Jabatan Forensik HRPB, abang ipar mangsa tanah runtuh yang ditemui memberitahu arwah seorang yang ceria dan baik hati.
Rosli Saidin, 52, dari Butterworth, Pulau Pinang berkata beliau mengetahui mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7 malam tadi daripada isteri mangsa yang merupakan adik perempuannya.
“Pada mula anak saya melihat gambar kejadian yang tular namun tidak dapat pengesahan daripada sesiapa sama ada mangsa itu adik ipar saya.
“Kami sekeluarga reda namun agak terkejut dengan kejadian ini,” katanya.
Laluan utama arwah ambil sayur
Beliau yang juga pemandu lori sayur berkata arwah memang kerap berulang-alik ke Cameron Highlands untuk mengambil sayur untuk dijual di sekitar Parit Buntar.
Rosli berkata arwah mempunyai sepasang anak berusia kira-kira dua dan setahun hasil perkahwinan dengan adik perempuannya sejak empat tahun lalu.
Katanya isteri mangsa yang mengetahui mengenai kejadian itu terus bergegas dari Tanjung Piandang, Parit Buntar ke lokasi kejadian.
Setakat ini dua mangsa maut tertimbus yang ditemui iaitu Muhammad Hafiz dan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dikenali sebagai Tan Chee Heng, 36, yang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pulau Pinang.
Difahamkan, Chee Heng yang berasal dari Klang, Selangor ingin melawat neneknya dengan membawa buah strawberi di dalam kenderaan dipandunya.
Kredit: BERNAMA
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dua beradik main mercun bola, abang parah, adik cedera. Dua beradik lelaki berusia empat dan tujuh tahun mengalami kecederaan selepas dipercayai bermain mercun bola dalam kejadian yang berlaku di Kampung Baru, Kuala Nerang, pada malam Selasa.