Bila anak tidak suka makan dan hanya makan makanan ringan, ibu bapa mula tercari-cari vitamin yang sesuai untuk tambahkan selera anak. Hakikatnya pengambilan vitamin ini tidaklah membantu malah pengambilan vitamin juga tidak mendorong kenaikan berat anak.
Menurut Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, pengambilan vitamin penambah selera makan seperti Lysine tidak membantu menaikkan selera makan anak jika salah caranya. Ada beberapa perkara dan tip yang dikongsikannya sebagai panduan ibu bapa.
“Doktor, ada vitamin tambah selera, tak?”
Di klinik saya, ramai ibubapa tanya macam mana nak tingkat selera makan anak-anak. Anak-anak mereka hanya makan biskut atau makanan ringan.
Vitamin tertentu, seperti lysine boleh bantu tingkatkan selera makan. Tetapi ada beberapa perkara yang ibubapa perlu tahu berkenaan selera makan.
Lysine meningkatkan selera secara umum, bukan selera khusus pada nasi, lauk pauk, atau makanan berkhasiat.
Ads
Jika tak kawal apa yang dimakan, mungkin peningkatan selera makan tu menyebabkan anak makan lebih banyak makanan ringan. Itu tak selesaikan masalah.
Kaedah yang baik untuk menggalakkan anak-anak makan makanan berkhasiat adalah:
Set jadual waktu makan yang tetap. Sarapan, mesti waktu sekian, makan tengah hari waktu sekian, dsb. Elak makan sembarangan masa. Jika tidak, anak akan beri alasan “sekejap lagi” untuk, mengelak.
Ads
Pada waktu makan, semua ahli keluarga yang ada di rumah , hendaklah makan bersama (sekali/serentak), di meja yang sama. Kanak-kanak cenderung buat dan ikut apa yang semua orang buat.
Makanan yang dihidang, sama untuk semua orang. Cuba elakkan makanan khusus untuk individu. Ayah makan ikan, emak makan ayam, anak makan telur. Kecuali jika individu ada alahan makanan.
Jika nak galakkan anak makan sesuatu, ibubapa kena tunjukkan teladan iaitu makan makanan itu juga. Nak galakkan anak makan sayur, maka ibubapa kena makan sayur yang sama, dsb.
Ads
Libatkan anak dalam penyediaan makanan. Ia aktiviti yang menyeronokkan dan biasanya kanak-kanak teruja untuk makan makanan yang dia terlibat sediakan. Tak sedap pun dia rasa nak makan.
Elakkan makan sambil menonton TV, tablet atau smartphone. Makan sambil menonton, menyebabkan aktiviti makan dianggap sebagai aktiviti sampingan semasa menonton.
Kadang-kadang kanak-kanak tak suka sesuatu makanan, bukan kerana rasanya, tetapi kerana teksturnya. Cuba tukar tekstur makanan itu jika anak tak suka makanan itu.
Ibubapa perlu luangkan masa untuk latih amalan pemakanan yang betul. Tiada jalan mudah. Sabar, tenang dan jika sudah cuba semua ikhtiar ini, tetapi masih gagal, bawa jumpa doktor atau dietician.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Madu sememangnya diketahui akan khasiatnya pada semua tetapi tidak pada bayi kita di bawah usia 1 tahun ke bawah. Bahaya! Ini yang dikongsikan oleh Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, suami kepada pelakon Ummi Nazeera di instagramnya.
Sebagai tanda prihatin kepada permasalahan bayi dan kanak-kanak, Dr Izzar tampil menjelaskan mengapa madu tidak boleh sama sekali diberikan kepada bayi.
Racun Untuk Anak
Madu tu kita tau memang pemanis semulajadi yang baik untuk kita. Tetapi, bagi baby normal (1 tahun ke bawah), ia merupakan RACUN untuk depa. Awat pulak? Meh saya cerita.
Madu ni sebenarnya mengandungi spora daripada bakteria Clostridium botulinum. Untuk kanak-kanak besar dan dewasa, salur penghadaman kita sememangnya boleh mencerna/memproses spora tersebut ?
Tetapi buat baby-baby ni, masalah akan terjadi sebab sistem penghadaman baby belum cukup matang dan ini boleh menyebabkan baby mendapat BOTULISM?
BOTULISM ni memberi kesan kepada sistem saraf baby yang boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan lumpuh. Botulism ni jarang berlaku, tapi kalau kena memang boleh MENGANCAM NYAWA?
Kat USA ada company menjual pacifier berisi madu (honey pacifier) kepada baby-baby. Terus naik kes botulism kat sana. Rata-rata parents sana tak tahu bahaya madu untuk baby mereka. Harap-harap tak masuk Malaysia produk tu?
Tanda-tanda Botulism pada bayi.
So kepada parents, elakkan la kasi baby tu makanan yang ada madu (madu asli/ madu proses). Makanan yang dah bakar dengan madu pun elakkan ye. Sebab spora Colostrium botolinum ni memang tahan panas.
Swipe kiri untuk check tanda-tanda botulism kat baby. Kalau baby dah termakan madu dan ada tanda-tanda botulism, bawalah jumpa Doktor ya. Jangan PM saya pula. Kami doktor mana boleh beri khidmat nasihat kesihatan kat DM message. Scammer je boleh!
Semoga ilmu dan informasi yang dikongsikan oleh Dr Izzar ini dapat dijadikan panduan buat semua ibu dalam membesarkan anak-anak. Madu memang baik tetapi bukan pada bayi kita. Take note mama!
-ends-
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Jangan layan sangat budak tu, nanti dia manja mengada-ngada” nasihat si A kepada si ibu. Terkadang ada sahaja nasihat yang perlu ibu bapa muda dengar daripada orang sekeliling. Maka rasa serba salah untuk mendidik anak-anak mengikut cara sendiri timbul. Salahkah meluangkan masa dengan anak-anak, mencium anak-anak setiap hari? Ikuti perkongsian ini.
Sangat menghairankan saya apabila ada ibu yang bertanya benarkah sekiranya ayah dan ibu banyak meluangkan masa bersama anak, anak akan menjadi ‘spoiled’ (manja/rosak)?
Ini bukanlah pertama kali saya mendengar kepercayaan pelik dan karut tentang luangan masa ibubapa bersama anak-anak.
Beberapa tahun lalu seorang ibu pernah bercerita kepada saya bahawa dia dinasihati sekiranya bayi menangis mahukan susu pada waktu malam, biarkan anak itu terus menangis. Biarkan dia supaya lama-kelamaan dia biasa tidak bangun malam dan mengganggu tidur ibu. Jika tidur ibu terganggu, ibu tidak dapat memberi tumpuan pada kerja keesokan harinya.
Kepercayaan karut apakah itu?
Tidak ada anak yang akan menjadi manja kerana ibubapa banyak meluangkan masa bersamanya.
Tidak ada anak yang akan rosak sekiranya ibubapa melakukan aktiviti berfaedah dengan anak, bermain dengan anak, berbual dengan anak, solat bersama anak, mengaji bersama anak, makan bersama anak, bacakan buku bersama anak, belajar bersama anak, memasak bersama anak, mengemas bersama anak, menonton cerita bersama anak, beriadah bersama anak waima menyanyi ataupun menari bersama anak sekalipun.
Tidak ada walau sesaat masa pun yang diluangkan bersama anak adalah perbuatan yang sia-sia.
Malah tidak ada hadiah yang lebih berharga buat seorang anak selain dari masa yang diluangkan bersama anak kerana di situlah memori yang tercipta akan dikenang sampai bila-bila oleh anak-anak dan akan mengeratkan hubungan anak-anak dengan kita.
Insya Allah.
Anak akan menjadi rosak sekiranya ayah dan ibu tidak meluangkan masa untuk anak dan membiarkan dia terumbang ambing tanpa didikan dan bimbingan.
Anak akan menjadi rosak sekiranya ayah dan ibu membiarkan anak ketandusan belaian, pelukan dan ciuman daripada dua insan yang sangat diharapkannya.
Jangan dengar nasihat mengarut yang diberikan oleh individu yang cuba menjastifikasikan dirinya sendiri yang tidak betah meluangkan masa bersama anaknya kerana mengejar impian duniawi semata-mata.
Anak-anak adalah harta dunia akhirat yang tidak ada galang gantinya.
Jika masa itu berlalu, ia akan terus berlalu dan tidak akan kembali lagi.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keletah si comel Nur Fatima Aisya, anak pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin yang kini berusia dua tahun seringkali menarik perhatian kita.
Ada sahaja gelagat dan aksi comel Fatima yang sememangnya petah berkata-kata dikongsikan oleh ibunya di Insta Story.
Menerusi Instagram keluarga kecil itu, @fattzuralovelife, Fazura turut memuat naik video Fatima yang kini sudah pandai meminta dibelikan mainan kepada bapanya.
Menurut Fazura, anak kecil kesayangannya itu berjaya mendapatkan barangan kesukaannya yang dipilih sendiri di gedung mainan.
“Upacara pow daddy for toys berjaya dengan cemerlang semalam.
“Masuk je kereta dia kata “daddy, Nyamma nak beli toys”. Kitorang semua terkejut dia cakap macam tu.
“Daddy kata Nyamma dah banyak toys no need to buy la ok?
“Dia pun kata “ok”. Habis je makan, dia minta lagi “Nyamma nak jalan beli toys”. Nasib la awakkk @fattahaminz,” tulis Fazura berseloroh.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian video yang dikongsikan pelakon cantik manis ini, ternyata Fatima begitu fokus memilih mainan yang menarik perhatiannya.
Fatima terlebih dahulu memilih beg bewarna merah jambu dan terus menggalasnya ketika memilih mainan.
Tidak hanya beriya memilih mainan kesukaan, bahkan Fatima juga mahu membawa sendiri mainan kesukaannya biar pun terpaksa menggalas bebanan yang berat. Bersungguh Fatima!
Rata-rata peminat anak kecil itu begitu terhibur melihat langkah Fatima yang laju dan begitu teruja melihat deretan mainan di hadapannya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.