Viral sebuah perkongsian di TikTok di mana bayi yang berusia sebulan mengangkat kaki ke atas. Ketika itu bayi tersebut berbaring di dalam katil bayi di sebuah hospital.
Video tersebut mendapat perhatian ramai dan meraih lebih 3.2 juta tontonan. Berkongsi kisah itu, Nur Liyana Shafiqa berkata, gambar berkenaan diambil ketika Nur Khayra Sofea ditempatkan di dalam wad kanak-kanak.
“Nur Khayra Sofea adalah anak sulung dan dilahirkan pra matang pada 21 Jun lalu.
“Ikutkan, anak saya patut dilahirkan pada 27 Julai namun lahir lebih awal dan ditahan dulu di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) sebelum dipindahkan ke wad kanak-kanak.
“Sebagai kenangan, saya ambil gambar dan videonya (anak) kemudian muat naik di laman sosial namun ramai menyangka ia dirakam selepas bayi saya dilahirkan.
Ads
“Hakikatnya, gambar itu diambil selepas anak mandi dan berada di wad lebih 10 hari,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
“Selepas rakam gambar dan ambil video, saya muat naik di TikTok.
“Tak sangka pula boleh tular sampai suami (Khairul Hafizzy Azman, 27) pun terkejut.
Ads
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana ramai mendoakan bayi saya dan diharap doa yang baik berbalik kepada mereka juga (yang mendoakan),”
Youtuber terkenal dari Indonesia iaitu Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah sedang menghitung hari menyambut kelahiran anak sulung mereka.
Selain membuat persiapan dari segi mental dan barangan keperluan bayi, pasangan ini sudah mempunyai perancangan yang cukup besar dan hebat buat anak yang bakal lahir itu.
Beli kereta mewah buat bayi perempuan
Melalui perkongsian di Instagram, Atta dan Aurel telah memuat naik foto sebuah kereta mewah jenis Tesla sebagai hadiah buat bayi perempuan mereka.
Menerusi laporan Suara.com, kereta mewah tersebut telah diubah suai dari segi warnanya. Menurut Atta, mereka mahu memberi nafas baru kepada kereta tersebut dan warna merah jambu sangat signifikan kepada jantina anak mereka.
Ujar Atta lagi, isterinya mahu warna yang sama untuk kereta kegunaan mereka sekarang ini. Di samping itu, Atta memberitahu kereta mewah tersebut sangat sesuai untuk membawa bayi mereka bersiar-siar.
Gaya pintu kereta tersebut boleh dibuka sehingga ke atas dan boleh membuatkan isteri dan anak saya selesa dan senang untuk keluar. Bahkan ia boleh dibuka secara automatik dan sangat menarik.
Terdahulu, Atta pernah berkongsi beberapa foto kereta mewah miliknya. Selain Tesla, Atta turut mempunyai kereta jenis Alphard, Mustang dan Lamborghini.
Mahu yang terbaik untuk isteri dan anak
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Atta seorang suami yang penyayang. Setiap apa yang dilakukan olehnya, sudah pasti dia mahu yang terbaik buat isteri dan anaknya yang bakal lahir kelak.
Di samping itu, netizen mendoakan urusan Aurel untuk bersalin nanti dipermudahkan. Ternyata ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah puteri kepada pasangan tersebut.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak hebat ini pernah viral di media sosial gara-gara aksinya bersilat bersama ayahnya di sebuah majlis. Aksi Ahmad Danish Danial Salihen yang baru berusia 3 tahun ketika itu ternyata mencuit hati semua penonton.
Kini Danish sudahpun berusia 6 tahun dan telah pun memasuki alam persekolahan. Kata ayahnya, Salihin Sarbini, 35 tahun yang juga merupakan Naib Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Gayung Cula Sakti Malaysia, bakat anaknya mula dikesan sejak berusia 9 bulan.
“Danish ketika itu dalam stroller. Seingat saya dia baru berusia 9 bulan dan bila dipasangkan dengan lagu pencak silat, dia hayunkan tangannya sama seperti gerakan silat.
Dan bila dia sudah boleh berjalan ketika usianya 1 tahun, dia sudah mula mengikut gerak langkah silat. Jujurnya ketika dia dalam kandungan lagi saya dan isteri selalu bawa dia ikut ketika saya mengajar silat. Mungkin daripada situlah dia sudah terbiasa dengan lagu, kiraan dan gerak langkah,” kata guru silat yang berpengalaman lebih 23 tahun ini.
Bukan itu sahaja malah lebih hebat lagi anak kecil ini bijak menggabungkan seni langkahnya sendiri tanpa diajar oleh sesiapa, hanya berdasarkan apa yang dilihatnya sahaja. Bakat semulajadi yang dimiliki oleh anak kecil ini sentiasa menjadi dambaan semua penonton yang melihatnya.
“Saya memang tak pernah ajar Danish apa-apa, dia tengok sahaja dan gabungkan sendiri bunga-bunganya dengan langkah dan setakat ini gabungannya tak pernah salah.
Pertama kali Danish minta pada saya untuk buat persembahan silat dikhalayak ramai adalah pada majlis perkahwinan saudara saya. Saya terkejut kerana dia anak yang pemalu tetapi dia yakin untuk buat persembahan. Dan itulah permulaannya. Bila penonton bertepuk tangan dan bersorak ketika persembahan, dia bertambah seronok dan beritahu saya dan isteri untuk buat persembahan lagi.
“ Persembahan Danish di Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Daerah Gombak pada tahun 2016 yang jadi viral pun sebenarnya tak dirancang. Ketika menunggu keputusan pertandingan, penganjur minta Danish untuk buat persembahan selingan dan tak sangka pula dia mahu.
Sejak itulah bakat Danish mula dilihat oleh semua orang. Setiap bulan ada sahaja undangan untuknya termasuklah membuat persembahan di hadapan menteri serta VVIP dan tak kurang juga kejohanan besar seperti Kejohanan Sukan Selangor dan sebagainya. Ini termasuklah majlis-majlis perkahwinan dan keraian lain. Bukan di Lembah Klang sahaja, bahkan Danish juga sering menerima jemputan di seluruh negeri.
Sukakan Cabaran
Bagi memperkukuhkan lagi bakat yang ada, ketika usianya 5 tahun, ayah dan ibunya, Nor Zakiah Mohd Zaki sepakat untuk memasukkan Danish ke kelas silat yang sebenar.
“Selama ini dia gabungkan sendiri bunga dan langkah mengikut gerak hatinya dan kini dia sudah mula pandai. Saya mahu dia belajar dan tahu silibus seni silat gayung yang sebenar untuk menambah kemahiran yang ada. Bukan berguru dengan saya tetapi dengan rakan saya. Saya nampak Danish lebih berdisiplin dan tahu dengan apa yang dipelajarinya.
Kalau diikutkan Danish sebenarnya anak yang pemalu dengan orang lain tetapi bila membuat persembahan, karektornya terus bertukar dan inilah yang membuatkan saya kagum dengannya. Di rumah juga dia merupakan abang yang sangat melindungi adiknya, Nur Dhiya Kayyisa, 1 tahun 11 bulan.
Malah sejak mula belajar silat secara serius saya nampak sikapnya yang lebih berdisiplin dan pandai berdikari. Dia tahu bila mana dia kena pergi sekolah, siapkan kerja sekolah dan jalani latihan setiap hujung minggu tanpa diberitahu oleh saya dan isteri,” katanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayangkan bila tiba-tiba kain yang dibasuh dalam mesin berbau apa yang mama akan buat? Semestinya kita akan bertindak membasuhnya lagi dan meletakkan sabun untuk pastikan basuhan betul-betul cuci.
Melalui apa yang dikongsikan oleh seorang ibu Umi Aniza Amani melalui Group Anak Sepahkan Apa Hari Ini?, kejadian yang berlaku baru-baru ini benar-benar buatkannya tak sangka sama sekali.
Bayangkan baju yang dibasuh dalam mesin dimasukkan sekali dengan udang. Walaupun dah 3 kali cucian dilakukan bau busuk pada baju masih ada sehinggalah hati tergerak untuk mengeluarkan kain dalam mesin. Akhirnya baru dapat menjumpai punca sebenarnya.
Berikut antara perkongsiannya:
3 kali omi boh sabun basuh kain 3 kali omi boh pewangi tapi kain bju tetap busuk…last2 bila angkt semua bju rupa_rupanya ada udang galah berenang2 dlm mesin basuh
Sebenarnya macam ni. Saya pergi ambil diaorang lepas balik kerja. Abah diaorang ambil diaorang dari rumah pengasuh bawa pergi bengkel tempat dia buat kerja. Nak balik tu abah bagi udang kat si kakak. Kakak masukkan plastik udang dalam plastik baju busuk diaorang..(takut menitik air katanya-releven la alasan tu)
Lepas sampai rumah dia orang bawa beg plastik tu terus letak dalam besen baju-baju busuk yang lain..Yang si omi pun salah juga lupa dah nak tanya sebab kalut nak mandi maklumlah keja hospital balik pula lewat dah masa tu.
Esok pagi pergi keja pagi pulak. Balik kerja pagi jam 3 lebih terus ambil semua baju busuk campak dalam mesin. Nak basuh macam biasa la..si abah salahkan kami semua, sebab si omi tak kirai-kirai dulu baju..memang omi tak kirai sebab baju seluar diaorang tak ada poket. Kebanyakan kalau seluar si abah omi kirai sebab selalu ada skru nut dan yang penting kadang-kadang ada duit juga..
Bukan dia orang saja-saja pergi letak dalam tu..salah dia orang cuma tak simpan dalam peti ais, salah omi sebab tak tengok betul-betul sebelum masuk mesin.
Nak salahkan anak pun tak boleh juga sebab kadang-kadang benda nak jadi ni memang tak sangka. Kejadian ni boleh jadi pengajaran buat kami semua lepas ni untuk lebih hati-hati.
Tapi omi berkeras tak salah. Hehehe..sebab si kakak dah 9 tahun besar dah sepatutnya kena beringat benda-benda apa yang penting..Tak apalah lepas ni sama-sama beringat. Hihihihihi bukan 100% salah mereka. Jangan kecam omi ye😘
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terapi berkuda dikatakan merupakan salah satu terapi terbaik dapat membantu menambah baik kesihatan fizikal, sensori, emosi, sosial dan komunikasi kanak-kanak istimewa.