Youtuber terkenal dari Indonesia iaitu Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah sedang menghitung hari menyambut kelahiran anak sulung mereka.

Selain membuat persiapan dari segi mental dan barangan keperluan bayi, pasangan ini sudah mempunyai perancangan yang cukup besar dan hebat buat anak yang bakal lahir itu.Bayi Perempuan Belum Lahir, Atta Halilintar Dah Beli Kereta Tesla Sebagai Hadiah

Beli kereta mewah buat bayi perempuan

Melalui perkongsian di Instagram, Atta dan Aurel telah memuat naik foto sebuah kereta mewah jenis Tesla sebagai hadiah buat bayi perempuan mereka.

Menerusi laporan Suara.com, kereta mewah tersebut telah diubah suai dari segi warnanya. Menurut Atta, mereka mahu memberi nafas baru kepada kereta tersebut dan warna merah jambu sangat signifikan kepada jantina anak mereka.

IKLAN

Bayi Perempuan Belum Lahir, Atta Halilintar Dah Beli Kereta Tesla Sebagai Hadiah

Ujar Atta lagi, isterinya mahu warna yang sama untuk kereta kegunaan mereka sekarang ini. Di samping itu, Atta memberitahu kereta mewah tersebut sangat sesuai untuk membawa bayi mereka bersiar-siar.

Gaya pintu kereta tersebut boleh dibuka sehingga ke atas dan boleh membuatkan isteri dan anak saya selesa dan senang untuk keluar. Bahkan ia boleh dibuka secara automatik dan sangat menarik.

Bayi Perempuan Belum Lahir, Atta Halilintar Dah Beli Kereta Tesla Sebagai Hadiah

Terdahulu, Atta pernah berkongsi beberapa foto kereta mewah miliknya. Selain Tesla, Atta turut mempunyai kereta jenis Alphard, Mustang dan Lamborghini.

IKLAN

Bayi Perempuan Belum Lahir, Atta Halilintar Dah Beli Kereta Tesla Sebagai Hadiah

Mahu yang terbaik untuk isteri dan anak

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Atta seorang suami yang penyayang. Setiap apa yang dilakukan olehnya, sudah pasti dia mahu yang terbaik buat isteri dan anaknya yang bakal lahir kelak.

IKLAN

Di samping itu, netizen mendoakan urusan Aurel untuk bersalin nanti dipermudahkan. Ternyata ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah puteri kepada pasangan tersebut.

Sumber: Suara.com & OB

Bayi Perempuan Belum Lahir, Atta Halilintar Dah Beli Kereta Tesla Sebagai HadiahTak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI