Ibu muda ini sememangnya rajin berkongsi cerita dan pengalamannya sejak bergelar ibu. iarpun mungkin ada sesetengah perkongsiannya itu disalahertikan sesetengah pihak, itu tidak menghalang Shakilla Khoriri untuk terus bercerita tentang kehidupannya sebagai seorang ibu.
Baru-baru ini, Shakilla memuatnaik sebuah video dengan kapsyen yang menceritakan tentang realiti kehidupan seorang ibu. Katanya, sejak kelahiran anaknya itu, banyak perkara yang tidak mampu dilakukan untuk diri sendiri kerana terikat dengan tanggungjawab.
Tak sabar nak tunggu anak Shakilla ni membesar. Confirm Shakilla akan banyak bergaya sedondon dengan si comel Ameena. Apa pun, Pa&Ma doakan agar Shakilla akan terus berbahagia di samping suami dan anaknya tersayang. You are a supermom, Shakilla!
Di sebalik kesakitan yang dialami oleh anak syurga bernama Muhammad Syahid,4, kanak-kanak itu dikagumi ramai kerana mampu menghafal banyak surah dari al-Quran dalam usia yang masih kecil.
Selepas pemergian Syahid pada Jun tahun lalu, Bazli berazam melakukan petua yang sama pada anak keduanya Affan.
Bazli pernah berkongsi video di Instagramnya cara dia mengajar arwah Syahid menghafal surah al-Quran ketika anak syurga itu berusia 2 tahun lebih.
Katanya kini dia melakukan perkara yang sama dengan Affan pula dan berdoa agar dapat mendidik Affan menjadi anak yang hebat nanti, Insya Allah
Masa ni syahid umur 2thun lebih.. Kami akan selalu keluar berdua kualiti time berdua ayah dan anak. Skrg dgn affan pulak.. Syahid senyum manis ceria membacakan Surah Al Qariah. Syahid anak istimewa autism yg sgt minat pada alquran walaupn masih baru 2tahun. Moga ayh dapat mendidik affan jadi ajak yg hebat juga insya Allah! Syahid dalam kenangan bersama ayah…
Petua Bazli Mendidik Syahid
Bazli pernah berkongsi petua bagaimana dia mendidik Syahid suka mengaji al-Quran ketika di seminar Pendidikan Kekeluargaan Islam anjuran Kepitar, Abim & Wadah Terengganu.
Anak-anak memang mudah dibentuk ketika mereka masih kecil..Cc: Seminar Pendidikan Kekeluargaan Islam anjuran Kepitar, Abim & Wadah Terengganu.
Posted by Afwan Rosli on Wednesday, 4 October 2017
Sewaktu Syahid belum lahir lagi, sebagai ayah kita punyai impian. Dari dalam perut kita dah bayangkan nak anak macam ni.
Macam mana nak ajar anak baca Quran?
Ajar seronok-seronok pada mulanya. Ajar anak sambil berlari pun okay. No 1 nak ajar seronok dalam Quran. No 2 al-Quran tak semestinya atas sejadah.
Waktu paling tepat saya ajar waktu pakaikan baju anak, peluk anak, pegang anak sambil pakai baju, baca quran. Masa umur berapa bulan Syahid dengan sendirinya sambung bacaan.
“Selain itu, Ayah dengan anak mesti ada quality time, keluar berdua dengan anak. Sembang dengan anak supaya anak cepat matang. Dalam rumah kena ada suasana Quran, mak ayah kena baca Quran.”
Video yang dimuat naik semalam menunjukkan Bazli mengajak Affan menyambungkan surah yang dibacanya.
Telatah lucu Affan yang lebih fokus bermain namun tetap menyambung bacaan surah tersebut membuatkan ramai netizen geram dengan si comel.
Dalam kapsyen yang ditulis, Bazli mendoakan anaknya akan terus bersemangat dan cintakan al-Quran juga.
Ramai turut mendoakan supaya si comel ini menjadi anak yang soleh dan mampu menurut jejak langkah arwah abangnya Syahid yang boleh menghafal surah dalam usia muda.
Tugas menjaga bayi atau anak yang masih kecil, kebanyakan bapa surrender awal-awal lagi. Kebiasaannya golongan bapa menganggap ibu lebih sesuai memahami apa yang anak mahukan. Jadi bila si ayah ditugaskan untuk menjaga anak, jika tiba-tiba menangis, terus diserahkan tugas itu pada isteri.
Sebenarnya dalam bab keibubapaan, bonding anak bersama bapa sangat penting untuk mewujudkan kasih sayang, kemesraan dan keyakinan dalam diri anak untuk membesar. Inilah pentingnya ayah lebih rapat dengan anak.
Menurut Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan, beliau menjelaskan jika anak-anak menangis dan tetap mahukan ibu, itu tandanya bonding dengan ayah masih lagi kurang. Bermakna satu kegagalan di pihak seorang ayah.
Bonding dengan anak-anak anda. Kalau baby menangis nak mommy, maknanya daddy tak cukup bonding. Jika anak mahukan mamanya, ia menunjukkan kegagalan dalam ilmu keibubapaan di pihak ayah.
Ikatan antara ibu dan bayi memang tak dinafikan lagi. Ia bermula sejak lahir iaitu sentuhan pertama, bau dan penyusuan. Tidak dinafikan mommy mempunyai kelebihan.
Biasanya pada waktu begini, daddy tak rapat kerana mereka tidak tahu nak buat apa. Mereka tidak pernah diajar atau diberitahu mengenai apa tugas yang sepatutnya mereka buat. Mereka hanya fokus untuk buat ibu rasa selesa.
Usia 0-3 bulan penting bonding ayah dengan anak
Kongsi Dr Sheikh Muszaphar lagi, antara waktu penting dan sesuai untuk bonding dengan anak adalah ketika umur mereka 0-3 bulan. Hal ini supaya anak-anak boleh merasai kewujudan ayah seperti yang dilakukan oleh ibu.
Masa paling kritikal untuk bonding ialah 0-3 bulan. Inilah masanya daddy harus memainkan peranan penting seperti mommy jika mereka mahu mewujudkan ikatan istimewa itu.
Apakah yang boleh ayah lakukan untuk mewujudkan ikatan yang kuat ini?
1. Mula belajar mengendalikan bayi. Jangan takut. Bila dah biasa, lama-lama akan ok. Lihat dan belajar bagaimana isteri uruskan anak.
2. Tukar lampin bayi
3. Mandikan bayi
4. Tidurkan bayi
5. Nyanyi lagu lullaby kepada bayi
6. Sentuhan kulit ke kulit dengan bayi
7. Bersendirian dengan bayi di dalam bilik.
8. Cuba ambil tugas untuk beri susu pada bayi atau suapnya makan
9. Bersiar-siar di taman dengan hanya anda dan bayi
10. Luangkan seberapa banyak masa dengan bayi. Ambil dan peluk bayi selepas setiap kali menyusu.
Tetapi apabila mereka dah menginjak usia menjadi kanak-kanak kecil, mereka mula mahukan salah seorang antara ibu atau bapa dan ia adalah bersebab.
1. Apabila salah seorang (ibu atau bapa) bersikap tegas dan seorang lagi mengalah sepanjang masa.
2. Apabila salah seorang biasanya berjauhan dengan anak kerana bekerja.
Oleh itu, penting bagi kedua ibu bapa untuk meluangkan sebanyak mungkin masa bersama anak. Kedua ibu bapa mestilah mempunyai gaya keibubapaan yang sama terhadap anak-anak.
Jika ayah keluar bekerja, apabila pulang ke rumah, biarkan si ayah pula uruskan anak seperti memandikannya, melayan anak main atau bercerita sebelum anak tidur dan sebagainya.
Kedua ibu bapa mestilah mempunyai gaya keibubapaan yang sama terhadap anak-anak. Jika Mommy kata Tidak, maka Daddy patut ikut sama.
Ikatan dengan anak anda boleh memberi kesan jangka panjang yang positif. Kedua-dua ibu bapa perlu memainkan peranan untuk melahirkan anak yang lebih penyayang, yakin dan berjaya.
Kredit: Instagram Dr Sheikh Muszaphar
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang kita terlalu ghairah dan tertekan untuk membentuk anak kita mengikut acuan yang kita idamkan sehinggakan kita terlepas pandang ciri-ciri unik yang sudah sedia ada dimiliki oleh anak kita.
Kelebihan dan kekuatan seorang anak bukan hanya terletak pada kepandaian, skil dan bakat sahaja, memiliki karakter yang positif juga adalah satu kelebihan dan kekuatan seorang anak.
Dalam satu kajian yang dibuat oleh Park, Peterson dan Saligman dan diterbitkan dalam Journal of Positive Psychology pada tahun 2006, didapati bahawa terdapat 6 karakter yang perlu dikenalpasti dan dipandang tinggi dalam masyarakat (dan juga keluarga) kerana ia juga adalah kelebihan dan kekuatan yang boleh membawa manfaat kepada individu yang memilikinya dan juga masyarakat di sekelilingnya.
Karakter tersebut adalah:
1) Keberanian (Courage) 2) Kemanusiaan (Humanity) 3) Kebijaksanaan (Wisdom) 4) Keadilan (Sense of Justice) 5) Kawalan Diri (Self control) 6) Tidak penting diri
Pupuklah anak-anak dengan karakter yang disebut di atas. Jika anak sudah pun memilikinya, lihatlah ia sebagai satu kelebihan dan kekuatan pada anak. Salurkan karakter tersebut ke jalan yang sepatutnya supaya anak tahu yang dia bernilai dan berharga walaupun anak mungkin tidak memiliki kepandaian, skil atau bakat seperti anak-anak yang lain.