“Ameena Letih Hisap Ibu Jari Kaki.’ Shukri Yahaya Bagi Hint Sempena Anniversary Ke-4

Share

Pelakon Shukri Yahaya dan isterinya, Tya Adnan menyambut ulang tahun perkahwinan keempat mereka pada 20 November. Namun apa yang menarik perhatian adalah ucapan yang diberikan Shukri sempena hari istimewa itu agak berbeza berbanding pasangan lain.

Tidak perlu terlalu sweet sebaliknya Shukri memberikan ucapan berbentuk gurauan dan bernada lucu buat isterinya.

Coretan tersebut juga turut diserta dengan video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya.Malah menerusi penulisannya juga, Shukri seakan-akan memberi bayangan mahu menimang cahaya mata kedua untuk memberi kawan kepada Ameena. Lagipun kalau diikutkan usia Ameena pun dah masuk 3 tahun.

“Happy Anniversary Sayang @tyaadnan. Thank you sebab jadi wife & mommy yang HEBAT untuk kami! Kita gemok sama-sama, kita kurus sama-sama, kita tua sama-sama okay! p/s: Ameena dah letih hisap ibu jari kaki dia tu,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen ramai peminat yang bersetuju dengan hint yang diberikan Shukri buat Tya dan berharap akan dapat Shukri junior pula selepas ini.

Tak kurang juga, pelakon Nad Zainal tidak ketinggalan mengusik pasangan berkenaan.

“Alamak dia bagi HINT,” tulis @nad.zainal

Terdahulu, Shukri dan Tya telah berkahwin pada 20 November 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.

Sumber: ig Shukri Yahya & Tya Adnan

IKLAN