Ads

Amira Othman Dedikasi Lagu ‘Jarir Umar’ Buat Anak, Sebak Kenang Pengorbanan Bergelar Ibu

Kasih seorang ibu tidak pernah putus, malah sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan hidup anak tersayang. Begitulah istimewanya lagu terbaharu penyanyi Amira Othman berjudul Jarir Umar yang dihasilkan khas buat anaknya sebagai tanda kasih, doa dan harapan seorang ibu.

Pelancaran lagu istimewa itu turut menjadi sebahagian daripada momen bermakna buat Amira apabila beliau dilantik sebagai duta Yootree, sebuah jenama penjagaan ibu dan bayi yang menawarkan pelbagai produk bagi memenuhi keperluan ibu serta si manja.

Amira Othman Dedikasi Lagu ‘Jarir Umar’ Buat Anak, Sebak Kenang Pengorbanan Bergelar Ibu
Sebak dengan! Single Terbaru Amira Othman Tepat 4 pm ni Youtube petang ini

Bagi Amira, kerjasama ini cukup bermakna kerana ia seiring dengan fasa baharu kehidupannya sebagai seorang ibu. Yootree menawarkan rangkaian produk termasuk pam susu mudah alih (wearable breast pump), penyejuk susu ibu (breast milk cooler), botol susu bayi, bekas penyimpanan susu serta pelbagai keperluan penyusuan dan penjagaan bayi.

Lagu Khas Buat Anak Tersayang

Amira Othman Dedikasi Lagu ‘Jarir Umar’ Buat Anak, Sebak Kenang Pengorbanan Bergelar Ibu

Menurut Amira, lagu Jarir Umar sebenarnya sudah lama dirancang untuk dihasilkan. Namun, kesibukan jadual kerja sebelum ini menyebabkan hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga beliau menemui karya dan masa yang sesuai untuk merealisasikannya.

“Sebenarnya saya sudah lama merancang untuk menghasilkan sebuah lagu khas buat anak, tetapi jadual ketika itu tidak mengizinkan. Saya teruskan perancangan tersebut apabila bertemu dengan karya dan masa yang sesuai. Alhamdulillah, akhirnya terhasillah Jarir Umar.

“Lagu ini memang khas buat anak saya dan dalam masa yang sama mewakili perasaan ibu-ibu di luar sana. Saya percaya kasih sayang seorang ibu tiada tolok bandingnya,” jelas Amira.

Amira Othman Dedikasi Lagu ‘Jarir Umar’ Buat Anak, Sebak Kenang Pengorbanan Bergelar Ibu

Ads

Menerusi lagu tersebut, Amira mahu menzahirkan rasa syukur atas kehadiran anaknya dalam kehidupan. Lebih daripada sekadar sebuah karya muzik, lagu ini turut membawa mesej tentang kasih sayang, doa dan harapan seorang ibu terhadap masa depan anak.

Sebak Kenang Detik Mengandung Dan Melahirkan

Antara bahagian yang paling menyentuh perasaan Amira ialah rangkap terakhir lagu yang membawa mesej tentang doa, reda dan kasih seorang ibu yang akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup anaknya.

Malah, ketika proses rakaman berlangsung, Amira sendiri tidak dapat menahan rasa sebak apabila menghayati bait-bait lirik yang cukup dekat dengan pengalaman peribadinya.

“Bahagian terakhir lagu ini paling memberi kesan kepada saya. Ketika proses rakaman pun saya turut berasa sebak apabila menghayati liriknya.

Ads

“Lagu ini mengingatkan saya kepada pelbagai kenangan sepanjang mengandung dan melahirkan Jarir. Saya berharap apabila dia besar nanti, dia akan memahami betapa besarnya kasih sayang seorang ibu dan tahu bahawa doa saya akan sentiasa mengiringinya,” kongsi Amira.

Pesan Ibu Bapa, Jangan Bandingkan Perjalanan Membesarkan Anak

Dalam masa sama, Amira berharap lagu ini bukan sahaja menyentuh hati pendengar, malah membawa mesej positif kepada ibu bapa agar tidak terlalu membandingkan perjalanan membesarkan anak masing-masing.

Baginya, setiap keluarga mempunyai perjalanan dan pengalaman tersendiri. Apa yang lebih penting adalah memberikan perhatian, kasih sayang serta persekitaran yang baik demi tumbesaran anak-anak.

“Pada saya, setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Apa yang penting ialah kita fokus membesarkan anak sendiri dan tidak perlu membandingkan perjalanan kita dengan ibu bapa yang lain.

Ads

“Kebahagiaan anak-anak perlu menjadi keutamaan. Apabila ibu bapa berada dalam keadaan yang baik dan bahagia, insya-Allah anak-anak juga dapat membesar dalam persekitaran yang positif,” katanya.

Adik Dan Sepupu Turut Terlibat Hasilkan Lagu

Menariknya, lagu Jarir Umar turut mendapat sentuhan insan terdekat Amira yang memahami perjalanan hidup serta perasaannya sebagai seorang ibu.

Adiknya, Irfan Haris bertindak sebagai komposer yang menterjemahkan gambaran dan emosi Amira ke dalam sebuah melodi bersesuaian dengan mesej lagu tersebut. Sementara itu, liriknya ditulis oleh sepupunya, Syafiq yang turut memahami pengalaman Amira.

Wan Saleh pula menyumbangkan idea kreatif khususnya dalam aspek susunan muzik (arrangement) bagi melengkapkan penghasilan karya istimewa berkenaan.

Amira turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Irfan Haris dan Syafiq kerana berjaya memahami mesej serta perasaan yang ingin disampaikan menerusi lagu tersebut.

Buat Amira, Jarir Umar bukan sekadar sebuah lagu, sebaliknya menjadi simbol kasih seorang ibu yang tidak pernah berhenti mendoakan kesejahteraan anaknya.

Semoga apabila Jarir semakin membesar kelak, lagu ini menjadi kenangan indah yang mengingatkannya bahawa sejak awal kehidupannya, dia sudah disayangi sepenuh hati oleh seorang ibu yang sentiasa menitipkan doa dan harapan buat dirinya.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Anak Pemegang Kad OKU Ada 4 Keistimewaan Dalam Pendidikan, Rugi Kalau Ibu Ayah Tak Tahu!

Anak Pemegang Kad OKU Ada 4 Keistimewaan Dalam Pendidikan, Rugi Kalau...

Anak pemegang Kad OKU ada 4 keistimewaan dalam pendidikan termasuk elaun RM150 sebulan, khidmat pakar, program pendidikan khas dan kemudahan peperiksaan.