Ads

Ryan Bakery Kongsi Berita Sedih Isteri Keguguran Kali Kedua, Luahan Menyentuh Hati

Ryan Bakery berkongsi berita sedih apabila isterinya, Elyia Ibrahim, mengalami keguguran buat kali kedua. Kehilangan itu tentunya menjadi satu lagi ujian berat buat pasangan berkenaan selepas melalui pengalaman sama sebelum ini.

Hati ibu ayah mana yang tidak sedih apabila impian untuk menyambut seorang lagi cahaya mata terpaksa terhenti di tengah jalan.

Saat mengetahui ada satu lagi nyawa kecil sedang membesar dalam rahim, pastinya sudah terbayang bagaimana keluarga bakal bertambah meriah. Dalam diam, mungkin sudah ada pelbagai impian dan harapan yang disimpan untuk si kecil.

Namun, tidak semua perjalanan kehamilan berakhir seperti yang diharapkan.

Kehilangan kandungan bukan sekadar kehilangan seorang bayi yang belum sempat didakap. Bagi seorang ibu, ada tubuh yang perlu kembali pulih, ada kesakitan yang perlu ditanggung dan ada emosi yang mungkin mengambil masa untuk sembuh.

Bagi seorang suami pula, melihat isteri melalui kesakitan itu pastinya bukan sesuatu yang mudah.

Itulah ujian yang sekali lagi dilalui personaliti media sosial, Ryan Bakery apabila isterinya, Elyia Ibrahim, mengalami keguguran buat kali kedua.

Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 31, berkongsi berita duka berkenaan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Ryan Bakery: “Sakit Lagi Ibu Yang Menanggungnya”

Ryan Bakery Kongsi Berita Sedih Isteri Keguguran Kali Kedua, Luahan Menyentuh Hati

Dalam perkongsiannya, Ryan mengakui kehilangan itu menyakitkan, namun sebagai suami dia sedar bahawa isterinya melalui kesakitan yang jauh lebih besar, bukan sahaja dari sudut fizikal tetapi juga emosi.

Ads

“Sakit merasa kehilangan, sakit lagi ibu yang menanggungnya. Fizikal mahupun mental. Isteri saya keguguran buat kali kedua.”

Walaupun impian untuk menimang seorang lagi cahaya mata belum kesampaian, Ryan Bakery memilih untuk menerima ketentuan tersebut dengan hati terbuka.

Baginya, mereka sudah melakukan yang terbaik dan kini perkara paling utama adalah memastikan isterinya kembali sihat.

“Tak mengapa sayang, kita dah buat yang terbaik, reda atas segalanya. Ikhlas menerimanya.

“Yang penting, saya nak awak kembali sihat.”

Kata-kata itu cukup menggambarkan bagaimana sokongan seorang suami amat bermakna ketika seorang isteri sedang melalui kehilangan.

Dalam keadaan sebegini, ibu bukan sahaja memerlukan masa untuk tubuhnya pulih tetapi juga ruang untuk menerima apa yang berlaku tanpa perlu terburu-buru kelihatan kuat.

Kadang-kadang, kehadiran pasangan yang hanya menemani, mendengar dan memahami sudah cukup memberi kekuatan.

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Ads

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Ryan Bakery Titip Doa Buat Ibu Yang Pernah Melalui Kehilangan

Ryan Bakery Kongsi Berita Sedih Isteri Keguguran Kali Kedua, Luahan Menyentuh Hati

Dalam masa sama, Ryan Bakery turut menitipkan kata-kata semangat buat wanita di luar sana yang pernah atau sedang berhadapan pengalaman sama.

“Kepada ibu-ibu di luar sana yang menghadapi perkara yang sama, saya doakan moga cepat sembuh. Kuatkan semangat. Ada rezeki lain.”

Ryan turut mendoakan pasangan yang masih menanti kehadiran cahaya mata agar urusan mereka dipermudahkan.

“Insya-Allah, kepada yang masih menanti cahaya mata, saya doakan moga dilancarkan rezeki kalian, dipermudahkan segala urusan. Amin.”

Sesungguhnya, perjalanan mendapatkan zuriat berbeza bagi setiap pasangan.

Ada yang menunggu bertahun-tahun sebelum diberikan rezeki, ada yang pernah melihat dua garis pada alat ujian kehamilan tetapi akhirnya terpaksa melalui kehilangan, dan ada juga yang perlu melalui pengalaman keguguran lebih daripada sekali.

Ads

Apa pun perjalanan mereka, setiap kehilangan tetap mempunyai rasa dukanya sendiri.

Artikel trending:Tragedi FDS Rentap Bahagia Keluarga, Juruterbang Jelas 5 Persoalan, No. 4 Kenapa Mangsa Tak Guna Payung Terjun

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Ryan Bakery Dan Elyia Pernah Melalui Keguguran Sebelum Ini

Sebelum ini, Ryan pernah memaklumkan bahawa isterinya mengalami keguguran pada 10 Syawal. Pasangan berkenaan mengetahui mengenai kehamilan tersebut pada 1 Syawal ketika usia kandungan sudah melebihi sebulan.

Pengalaman kehilangan kali kedua ini sekali lagi menjadi ujian buat pasangan berkenaan. Dalam perkongsiannya, apa yang menjadi keutamaan Ryan Bakery adalah keadaan kesihatan isterinya selepas melalui keguguran tersebut.

Untuk rekod, Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ryan Ezra.

Semoga Elyia diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk kembali pulih selepas melalui kehilangan ini.

Buat ibu-ibu yang pernah melalui keguguran, tidak mengapa jika hati masih terasa sedih. Kehilangan tetap kehilangan, walaupun si kecil belum sempat berada dalam dakapan. Berikan tubuh dan hati masa untuk sembuh, satu hari pada satu masa.

Sumber: ryanfahmibakery

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Ajak Ayah Solat Isyak Bersama, Kenangan Terakhir Putri Sebelum Di Campak Dalam Sungai!

Ajak Ayah Solat Isyak Bersama, Kenangan Terakhir Putri Sebelum Dicampak Dalam...

Ajak Ayah Solat Isyak bersama menjadi antara kenangan terakhir Putri, 5, sebelum kanak-kanak itu ditemukan maut di sungai di Tanjung Sedili.