Mohd Ammar Dhani Mohd Azuan, 6, anak lelaki tunggal dari empat orang adik beradik kini semakin sampai ke penghujung perjuangannya bila doktor memaklumkan bahawa dari segi sains dan teknologi perubatan, sudah tiada lagi kaedah yang mampu diusahakan untuk merawat Ammar yang disahkan menghidap kanser darah sejak usianya 2 tahun.

Disebabkan itu, Ammar dibenarkan pulang dan memerlukan sebuah mesin oksigen untuk menyokong sistem pernafasannya.

Kesihatan semakin merosot

Ammar kini semakin lemah. Sebelah tangan dan sebelah kakinya mulai longlai selain pendengarannya yang kian merosot. Matanya juga kelihatan bengkak sebelah. Ini terjadi kerana sel kanser telah merebak ke otaknya.

“Ammar Seolah Faham Dia Tiada Harapan. Risau Tengoknya Selalu Termenung”

Mesin bantuan oksigen telah pun selamat ke penerimaan Ammar dan itulah talian hayat Ammar buat masa ini. Tanpa mesin itu, pernafasan Ammar mula tersekat dan bacaan SPO Ammar juga menurun.

Doktor yang datang melawat Ammar di rumah mendapati sebelah paru-paru Ammar sudah tidak berbunyi dan menasihatkan Ammar untuk ke hospital.

Namun dia seakan mengerti. Ammar berkeras enggan ke hospital lagi sejak doktor memaklumkan yang dia sudah tiada harapan lagi.

IKLAN

Cuba penuhi segala permintaan Ammar

Dalam saat terakhir ini kedua ibu dan ayah Ammar berusaha memenuhi apa saja permintaan dan hajat anak kecil ini. Maka itu permintaan Ammar untuk tidak ke hospital juga dipenuhi.

Ammar sudah hilang selera makan. Baru-baru ini, Ammar menyatakan hajat teringinkan buah durian. Ayah Ammar berusaha mencari durian yang dihajatkan. Sekarang bukanlah musim durian tetapi alhamdulilah, rezeki Ammar dapat juga buah durian. Tetapi Ammar hanya makan seulas saja.

Ammar minat sekali dengan robot tranformers. Dulu ibu dan ayah tidak mampu belikan sangat sebab berapalah pendapatan ayah. Tapi kini semua itu bukan lagi alasan. Yang penting, senyuman di wajah Ammar yang kian hilang itu terukir kembali.

IKLAN

Kerap termenung

Kebelakangan ini Ammar kelihatan banyak termenung. Takut sekali kedua ibu dan ayah hendak bertanya apa yang difikirkan Ammar. Takut kelak hancur hati mendengar jawapan dari Ammar.

“Ammar Seolah Faham Dia Tiada Harapan. Risau Tengoknya Selalu Termenung”

Sedekah Jumaat permudahkan urusan Ammar

IKLAN

Alhamdulillah dengan wang hasil sumbangan Sedekah Jumaat yang dikumpulkan sebelum ini, membolehkan kita membayar harga mesin bantuan oksigen untuk Ammar.

Kita juga menyerahkan sejumlah wang tunai buat kedua ibu dan ayah Ammar bagi mempermudahkan segala urusan mereka ke atas Ammar dalam meniti hari-hari terakhirnya termasuklah memenuhi apa saja kehendaknya. Sumbangan itu disambut dengan linangan air mata oleh kedua pasangan muda itu.

Sebelum sakitnya tiba-tiba menyerang pada 9 November lalu, Ammar ada meminta dibelikan pelampung. Dia berhajat sangat untuk mandi di kolam dengan menggunakan pelampung itu.

Bagi memenuhi hajatnya, Ammar dan keluarga akan diberi peluang untuk berehat selama tiga hari dua malam di sebuah hotel yang ada kolam mandi di dalam bilik. Inilah saja yang mampu kita lakukan utk menggembirakan hati si anak kecil yang hebat diuji ini.

Mudah-mudahan ia akan terpahat sebagai salah satu kenangan terindah buat keluarga ini.
Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga Allah berkati dan rahmati kalian semua.
Ke hadrat Illahi kita panjatkan doa, semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Ammar dan semoga Allah angkat seluruh kesakitan dari tubuh kecil ini serta permudahkan segala urusan ke atasnya.

Kredit: Natipah Abu

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI